- Novel (/)
- Novela (/)
- Novelet (/)
- Cerpen (biasa dan panjang) (/)
- Mikrofiksyen
- Puisi
- Skrip (filem, filpen, pentas dan radio)
- Filem pendek (/)
- Kolum
- Buku cereka dalam bentuk foto atau mudahnya, buku foto.
- Buku cerita kanak-kanak
- Terjemahan haram
Sekadar kemas kini.
Tahun Menulis Novel Kebangsaan berbaki enam bulan.
Sehari selepas selesai menuliskan novel pertama rasa agak hilang punca juga. Rasa macam sepanjang Jun dalam perlumbaan dan bila ia berakhir, ia berakhir. Walaupun sebenarnya sekurang-kurangnya ada lagi satu novel yang perlu ditulis. Walaupun secara lucunya saya berkata bahawa 2025 adalah Tahun Menulis Novel Kebangsaan, tak sangka juga dalam tahun ni merancang untuk tulis tiga novel. Dua novel pertama mungkin adalah dirancang, tapi yang terakhir tak dirancang, sekadar idea-idea yang muncul dalam bentuk novel. Walau rasa agak singkat waktu untuk menuliskan tiga novel dalam setahun, tapi setngah tahun yang pertama sudah habiskan untuk 50 ribu pertama, dan seterusnya mungkin 30 ribu dan 30 ribu patah perkataan. Sasaran ialah untuk siapkan draf pertama dalam masa sebulan; ya, 30k untuk masa sebulan. Boleh cubalah.
Lagipun berharap untuk setelkan kedua novel ini dalam 2025, kerana 2026 adalah Tahun Menulis Puisi Kebangsaan pula.
Langgan:
Catatan (Atom)