Summertime Sadness

Selesai KLAB dan entah kenapa novelet Pandu paling banyak orang beli berbanding Hingar. Tapi okey la.

Okeh, sebelum ni aku ingat nak setelkan satu novelet dan satu kumpulan cerpen; kedua-duanya secara swaterbit, tapi berjumpa dengan seorang penerbit dan menawarkan untuk menulis kumpulan cerpen secara zine dengan penerbitannya. Untuk pendekkan cerita (sebab cerita dia panjang tak panjang sangat tapi aku malas nak taip, kalau nak tahu, tanyalah di kotak mesej), aku cakap okey. Kahkahkah. 

Selepas melalui proses fikir dan rangka cerpen yang sedia ada, okeh, aku tak jadi untuk swaterbit kumpulan cerpen, dan bahagiakan ia dalam dua kumpulan berbeza. Sepatutnya ia sebuah manuskrip yang agak tebal juga, sebab tak siap lagi pun, dah dekat tiga puluh ribu perkataan. Kenapa aku kena bahagi dua? Sebab aku pernah ditanya oleh penerbitan lain, tapi aku tak sempat siap sebelum tarikh akhir dan kitorang pun tak pernah cakap apa-apa pasal tu lepas tu. Tapi bila dah jadi camni, aku kena bagi dulu dekat penerbit pertama sebelum bagi kepada penerbit kedua. Salah satu caranya ialah bahagi terus dua. Senang. Takdelah terkejar-kejar aku nak siapkan satu manuskrip. 

Dan dalam pada itu juga, setelah menelaah draf-draf lama, ada satu novelet yang sesuai dengan kaver yang aku kongsi sebelum ni. Kahkahkah. Maknanya aku kena tulis novelet tu jugak keee. 

Paling best, aku sebenarnya malas nak menulis selagi aku belum kurus. Mantap. 

Okey takpelah, kita susun balik. Siapkan setelkan satu menuskrip cerpen. Hantar pada penerbit pertama jika mereka masih berminat. Ada dua kemungkinan; satu, tak berminat, jadi aku terus bagi semua cerpen pada penerbit kedua dan suruh dia pilih dan susun. Baki cerpen tak terpilih, kita simpan dulu, lain kali baru fikir. Dua, penerbit pertama menerima manuskrip, jadi aku kena siapkan manuskrip kedua untuk penerbit kedua (sebenarnya tak perlu tebal sangat jadi, mudah-mudahan tak terlalu lama nak siap). Selepas itu, kita siapkan novelet pertama yang dirancang tapi tak ada kaver lagi la. Novelet kedua pulak, dengan kaver bawah ni, pun sama, kita akan simpan dulu juga, tak tergesa-gesa untuk tulis. Selesai kumpulan cerpen dan novelet pertama, kita mulakan proses menulis novel dari cakar. Kahkahkah. From scratch laa. Aku syak seluruh penulisan novel, dari kumpul draf kepada kerangka idea, menulis draf pertama semua mungkin akan ambil masa tiga atau empat tahun. Jadi ya, boleh jangka yang rilisan mutakhir saya akan terhenti selepas 2025. Selepas iu, aku akan setelkan jual semua rilisan yang ada sampai habis. Sekarang pun aku dah mulakan proses menjual rilisan, waktu ini aku dah mula fokus menjual Polaroid sebab dengarnya masih banyak naskah tidak terjual. Segereeee beli Polaroid!

Aku macam nak demam ni.

Aku tengah buat susun atur keseluruhan buku seterusnya Saat. Oleh sebab ada kemungkinan akan dicetak, jadi aku susun semua sekali berdasarkan saiz untuk cetak dan juga buat kaver. Nasib baik kat kafe banyak gila buku terpakai dan aku boleh buat rujukan saiz. Buku seterusnya ni buku skrip pentas, jadi aku pun amik feel dan saiz buku skrip yang ada. Cuma agak leceh sebab aku tak pernah tulis atau betul-betul baca skrip, jadi agak tak reti sangat aku macam mana nak susun. Jadi aku ingat, aku terai je la buat sambil rujuk balik kat Saat okey ke, betul ke format dia. Saat memang dah ada idea kasar untuk kaver, jadi aku olah balik, dengan berikan warna dan gambar latar. Kebetulan dari gambar tu, memang warna lembut, jadi kaver dia secara automatik jadi warna lembut jugak. Sekarang ni memang kebanyakan buku menstrem semua warna lembut (sebab tu pembaca dia semua jadi lembik) jadi aku cuba into scene yang tak into scene sangat. Gambar bawah ni Saat minta tukar, tapi aku mungkin akan kekalkan warna yang sama la kot. Tapi tak sama sangat, sebab aku dah boleh agak dari segi editing, dia takkan dapat jadi warna sama macam bawah tapi sipi-sipi.  



Kebetulan juga, sebelum mula buat projek buku skrip ni, aku ada la cuba-cuba membuat kaver untuk zine seterusnya, dan kebetulan ia juga berwarna lembut. Malah paling lembut aku pernah buat kot. Mosyuki kata ini tak mencerminkan buku-buku aku, sebab buku aku biasa warna gelap (sebenarnya dia nak cakap pasal kaver zine aku yang dua ketul sebelum ni). Tapi sebenarnya, perkara yang mencerminkan buku aku ialah perempuan seksi, tapi yelah, dua zine sebelum ni, tak ada perempuan seksi untuk dijadikan kaver. 

Aku saja buat mock cover ni sebab untuk novelet seterusnya, idea dan arah tuju dah ada, cuma belum tulis dan belum ada judul (ye, judul di bawah cuma saja je aku letak, tapi Beduk cakap sedap juga tajuk ni, tapi masalahnya nanti nak menyebutnya aku tak reti. Yeee, kau ingat Neesa reti sebut Schadenfreude keee). Jadi mungkin novelet seterusnya paling cepat keluar pada pertengahan tahun, tapi aku syak mungkin hujung tahun baru siap. 



 

Aku dah macam nak tulis sesuatu tentangnya tapi lepas tu aku fikir, takpelah.

Kalau bila-bila masa akan datang, aku baca ni balik, sekarang adalah antara waktu di mana pengakuan secara anonim di NGL tweetfemes adalah konten yang paling popular di twitter. Aku dulu masih boleh terima lagi kalau ada pengakuan secara anonim di akaun-akaun macam Tweet Secret tapi kemudian bila ia mula perlahan-lahan beralih kepada influencer, aku terfikir, memang agak teruk juga hidup korang berpaksikan selebriti media sosial. Aku fikir hidup berpaksikan selebriti sebenar pun dah cukup menyedihkan,  ini lagi pula acah-acah selebriti.

Tapi ada satu pengakuan NGL, yang pada awal sebelum semua orang sibuk mengadu dan bertanya kepada influenza ni, yang sentiasa aku ingat. Walau aku tak ingat begitu detail, tapi dia lebih kurang tentang seorang isteri yang mempunyai kawan imaginari yang selalu menemaninya di rumah, kerana dia seorang surirumah. Dan kawan imaginarinya ialah bekas teman lelaki pada waktu sekolah, cuma ia agak platonik, kerana kawan imaginari ini kekal pada umur mereka bersama, walau dalam kehidupan sebenar, bekas teman lelakinya sudah dewasa sama seperti surirumah tadi, dan sudah kelihatan tak sama langsung seperti kawan imaginarinya (bayangkan kau umur 17 dengan umur 30, lebih kurang macam tu la). Aku tak ingat apa yang diluahkan, tapi dia rasa kehadiran kawan imaginarinya buat dia tak rasa sunyi.

Aku tak pasti jika ia akan ada apa-apa terkait dengan aku, tapi setiap kali teringat pengakuan tu, ia akan buat aku mahu terus duduk di depan komputer dan sambung menulis. 

Penat.

Sebenarnya aku sibuk. Sibuk sakit, sibuk kerja, sibuk nak membaca, sibuk nak menyunting, sibuk nak menyusun, sibuk nak menulis, sibuk kemas rumah, sibuk nak tambah produk kat kedai shopee, sibuk nak bega motor, sibuk nak perbaharui cukai jalan (kereta dan motor sekali huhu), sibuk nak senam, sibuk nak kuruskan badan, lepas tu entah lah.