Jeda jap.

Aku ingat nak berhenti tengok media sosial kejap, twitter terutamanya, sebab rasa penat. Dah la penat lepas covid,  penat baca kemaskini kat twitter. Jadi aku ingat, aku kumpul semua aplikasi ni dalam satu fail lepas tu tak bukak untuk beberapa ketika, mungkin sampai aku setel fokus menulis. Bagi tenang sikit minda walaupun sebenarnya aku tak kemaskini sangat pun. Tapi nak bagi minda segar sikit, bila dah segar, bagi badan segar pulak. Lepas tu aku nak menunggang cafe racer pergi kafe.

Mungkin nak keluar duduk kat kafe menulis baru naik balik semangat kot.

Pasca Covid rasa macam tak sedap badan sangat. Walaupun aku memang selalu rasa tak sedap badan dan juga malas seperti selalu, tapi ada rasa macam walau semangat naik sikit tapi badan rasa tak cukup sihat. Mungkin sebab cuaca mendung kot. Aku memang masih rasa tak semangat kalau asyik hujan atau mendung.  Tapi sebab aku ingat macam banyak benda nak buat dan ubah jadi rasa macam tak cukup produktif. Mungkin sebab belum minum kopi lagi kot sepanjang hari. 

Aku tak tau la ni kalau simptom pasca covid - long covid, aku cakap pasal long covid ni sebab memang dalam My Sejahtera ada juga soal selidik kena isi pasal long covid. Tapi aku malas. 

Oleh sebab malas, aku akan cuba jadi produktif dalam kemalasan. Dalam erti kata lain, pura-pura sibuk atau buat sesuatu walaupun sebenarnya tak buat apa. Biasanya aku akan gunakan waktu ini dengan mendengar muzik, baca buku dan tonton filem atau Netflix. Sesuatu untuk buat aku masih lagi dalam momentum. Sambung baca Tsukuru Tazaki sejak beberapa bulan lepas masih belum sampai separuh, dengar balik Bowling For Soup punya A Hangover You Don't Deserve sambil tengok Interstellar dan Blade Runner 2049. Aku nak tengok The Usual Suspects sebenarnya tapi dah takde pula dalam penstriman. Rasa macam nampak hari tu. Aku sebenarnya tiba-tiba teringat Blade Runner 2049 lepas tu rasa best giler ah dan rasa aku patut buat novel macam tu. Aku rasa Sejadah ada feel Blade Runner 2049 dalam keadaan yang aku tak mampu terangkan selain dari Saat suka Blade Runner. 

Oh, nak tengok Daulat juga kat youtube ada versi penuh. Aku terpengaruh nak tengok sebab drama bersiri Kudeta ada Maslee. Dengan sipnosis dia macam power. 

Aku tengah malas gila nak sambung tulis cerpen ni. Tapi ada la sikit motivasi lepas ni nak tulis novel je. Bagus juga idea ni sebab kebanyakan benda nak tulis hampir habis juga ditulis (tapi lambat lagi siap). Jadi seterusnya aku tumpu tulis novel je lah. 

Tamat kuarantin.

Lepas tamat kuarantin, perkara pertama yang aku lakukan ialah periksa MySejahtera. Pukul dua belas tengah malam aku periksa My Sejahtera, nak tengok status dah bertukar ke belum. Memang ngam pukul dua belas lebih sikit lepas aku refresh, hilang terus status merah tapi HSO masih ada lagi cuma hujung atas tu dia cop dah lengkap. Jadi, aku hidupkan kereta yang dah seminggu tak hidupkan dan pergi mamak beli teh dua bungkus. Seminggu duduk rumah tak ada rasa beza sangat tak keluar rumah. Mungkin kalau setakat duduk rumah tak keluar seminggu tu kira masih lagi biasa la kot. Aku ingat seminggu ni keluar rumah secara harafiahnya untuk buang sampah atau ambil makanan di atas tembok. Malam tadi keluar rumah pergi mamak, rasa macam semua sama je kot. Cuma ye lah, bendera parti semua dah hilang. Aku baru ingat nak ambil beberapa untuk bekalan pilihan raya negeri tahun depan sebab kan aku dah mengundi pilihan raya negeri bulan tiga hari tu, jadi sini je belum. 

Palatao politik selepas tamat kuarantin dan sembuh covid.

Aku syak hari tu lepas balik mengundi, mesti blog aku akan penuh dengan entri berkaitan politik, tapi sebab aku dah kena covid jadi aku tumpukan seminggu kuarantin tu dengan menyembuh. Maksud aku, menyembuh yang betul-betul sembuh la, bukan acah-acah healing budak zaman now. Sembuh dari sakit. Aku memang dari dulu, berpegang dengan makan ubat dan berehat untuk cepat sembuh. Memang segala jenis ubat, panadol, paracetamol, uphamol, antibiotik, madu, air kelapa, teh herba cina, pendek kata segala penawar memang aku akan cuba je dan biasanya kalau doktor aku bagi apa je ubat, memang aku akan makan secara menurut jadual dan aturan, atau kalau kebetulan aku terbaca apa-apa petua kat internet dan kebetulan aku ada segala benda tu dan rasa macam mungkin logik dan masuk akal atau mungkin dah demam jadi kepala tak betul sikit, jadi aku akan ikut je petua atau nasihat; lepas tu rehat dan tidur. 

Lagi pula ni kali pertama kena Covid, jadi aku memang cuba sembuh cepat. Tapi nampaknya aku memang ambil masa sepanjang kuarantin untuk betul-betul sihat. Hari ni pun rasa macam ada sesuatu pada badan yang masih belum benar-benar sembuh dan aku rasa skeptik, tapi aku dah berhenti makan ubat sejak beebrapa hari lepas. Aku tak tahu la yang aku demam ni kira memang demam atau memang covid punya demam sebab rasa sebelum ni pernah juga rasa demam macam ni. Rasa macam beberapa bulan lepas aku pernah kena demam macam ni. Tapi memang dah berapa kali aku buat ujian, semua negatif.  

Dan paling bersyukur ialah anak-anak walaupun positif tapi mereka tak sakit teruk. Ariana positif tapi tak sakit langsung, jadi dia seronok la seminggu tak pergi sekolah. Gibran tak vaksin lagi tapi nasib dia tak sakit teruk. Aku syak dia sembuh lagi cepat dari aku. Waktu aku sakit-sakit badan lagi, dia dah cergas. Badan sakit, terutamanya bahagian belakang, ada waktu aku rasa bagusnya kalau ada teman wanita tolong urut. Nak teman wanita untuk urut je. Kahkah. Tapi nasib baik aku teringat pasal panadol extend. Dulu aku makan bendalah ni sebab sakit pinggang. Lepas aku makan panadol extend baru la hilang rasa sakit badan. Dah tak payah teman wanita tukang urut (ayat kaver). Tapi bila korang dah umur macam aku, kalau rasa sakit badan, lenguh otot ke, kejang badan ke, tahulah korang dah sampai pada umur untuk makan panadol extend. Aku sebenarnya masih skeptik yang segala jenis panadol (actifast, soluble, extend, menstruate atau yang budak-budak punya tu pun) sebenarnya semua sama je. Aku pun tak tau la macam mana nak terangkan tapi aku syak ini semua efek placebo je ni. 

*

Sebenarnya masa huru hara lepas pilihan raya hari tu, memang ada banyak benda nak tulis, sekarang aku dah tak ingat sangat dah. Sayang juga, sebab nanti aku lupa apa konteks pilihan raya 2022. Tapi takpelah, dulu masa Gibran dan Ariana masuk hospital pun aku patut catat setiap hari, hanya Gibran aku sempat buat catatan, itu pun dah lambat. 

Dulu masa mula-mula ikut politik, sumber dan bahan bacaan aku tentang politik banyak dari blog. Ada sedikit dari buku-buku langka dan tak langka, sama ada dari pekan frinjan atau Kino. Lain dari tu, dari kawan yang gemar bercerita tentang hal politik. Tapi tak banyak - sorang je. Sebab kawan-kawan aku semua tak celik politik lagi (lepas tu sekarang baru nak sibuk celik politik tapi sibuk undi parti pengkhianat yang mainkan sentimen agama dan kaum - sangat teruk hingga penerbit buku fasis juga terkejut melihat sentimen yang dimainkan - wah ironinya. Dan ya, memang generasi aku yang buat hal dalam pilihan raya kali ni - bukan budak undi 18. Korang cakap ni semua pengaruh tiktok - korang ingat orang sebaya aku tak main tiktok ke? Diorang lagi kuat main tiktok) dan aku selalu dengar member ni cerita bila aku tanya pasal hal politik - walaupun dia berat kepada parti gerombolan dan aku pula waktu itu kecenderungan kepada politik kiri, sosialis dan melawan. 

Antara benda yang aku teringat tentang hal politik pada 2008 ketika zaman blog ialah mengikuti blog Najwan Halimi. Ya, ini sebelum dia masuk bertanding dan jadi wakil rakyat. Aku ingat dia tulis blog pasal Dewa 19 dan entah apa lagi, tapi memang kebanyakannya pasal politiklah. Antara entri dia yang aku ingat ialah tentang Teori Rahman. 

Masa ni teori Rahman belum lengkap. Tak salah aku masa ni zaman Pak Lah. Tapi waktu ni rasanya semua macam dah terima je kot yang teori Rahman ni dah lengkap, tinggal tunggu Najib naik je. Cuma lepas tu orang tanya, lepas RAHMAN, apa pula? 

Kalau tanya aku, patut lepas Rahman ialah Rahim; merujuk kepada Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tapi dalam blog Najwan, dia tulis, lepas Rahman, mungkin Razak - sempena perdana menteri kedua - Abdul Razak. 

(Tapi sudah tentu la sekarang kita tahu segala turutan ni dah caca marba sejak Tun M naik balik jadi PM7. Tapi pada aku memang dia dah lama kacau turutan nama ni bila dia buang Anwar. Walaupun dia dapat kaver balik dengan lantik Abdullah - tapi lepas tu dia naik jadi PM7, dah hilang dah turutan nama cantik. Sekarang dah jadi MMIA lepas Rahman. Tak paham aku. Dan aku rasa Mahathir memang mengganggu progress negara bila dia buang Anwar, aku percaya patut sekarang ni bukan Anwar baru jadi perdana menteri, patutnya sekarang dia dah lama letak jawatan perdana menteri dan serah pada Najib - kalau Najib relevan lagi la - dan sekarang fokus untuk memimpin dunia Islam. Anwar punya bakat bukan untuk dihabiskan dengan bergelut dengan politik di dalam negara, patutnya politik dunia yang jadi fokus dia, tapi ya, ia semua dah terlambat.)

Okey, kalau ikut teori RAZAK, Najib memang jadi perdana menteri ke enam juga, tapi perdana menteri terakhir dari UMNO. Lepas dari tu, semua dah bukan dari UMNO. Tapi ironinya, semuanya bekas Umno. Ada orang komen kat blog dia cakap mende semua bekas orang Umno juga, Sebab waktu tu adalah waktu Pakatan Rakyat jadi mana PM dari PAS. Ada PM dari DAP tapi takde PM dari PAS.

R - Razaleigh

A - Anwar

Z - Zahid

A - Azmin

K - Khairy

Sebelum korang cakap amende Razaleigh tiba muncul kat dalam senarai, dan macam mana orang tua ni boleh relevan lagi, aku harap korang tak lupa Mahathir secara harafiahnya menjadi PM7 pada umur 92 tahun. Aku rasa kalau tahun 1980 aku cakap kat orang yang Mahathir tahun 2020 jadi perdana menteri mesti orang ingat aku gila. Dan kalau ikutkan, Razaleigh jadi perdana menteri kira sementara la sebelum serah pada Anwar. Ya, sama juga macam dunia nyata kita, Mahathir jadi perdana menteri sementara sebelum serah pada Anwar (walaupun sampai kesudah tak serah).

Zahid dalam senarai ni pula, bukanlah Zahid yang kita tahu sekarang yang banyak kes mahkamah. Sekurang-kurangnya waktu ni memang nama Zahid masih bersih lagi. Dan ia tak pelik sebenarnya kalau sebelum ni kenapa Zahid boleh jadi Pengerusi Umno.

Sama juga Azmin dalam senarai ni, sebab dia masih lagi dalam PKR. Aku rasa dia tengah jadi menteri besar Selangor masa ni. Memang ramai pandang tinggi pada dia. Tapi sebelum dia jadi pengkhianat. Dan tak salah aku, dalam blog tu, Azmin dijangka akan jadi perdana menteri agak lama, hingga perdana menteri seterusnya Khairy jadi timbalan perdana menteri paling lama sebab tunggu Azmin nak turun lama betul.. Dan tadi aku ada cakap ada perdana menteri dari DAP kan? Ha, ni la dia, perdana menteri dari DAP iaitu KJ. Aku tak ingat sangat tapi lepas Pakatan Rakyat menang, Khairy keluar Umno dan masuk DAP. 

Kalau korang rasa bendalah ni merepek, ketahuilah, apa yang kita lalui selama dua tiga tahun kebelakangan ni lagi merepek, surreal dan absurd berbanding yang aku baru kongsi atas ni. Iyeee, dalam senarai atas, haram nama Muhyiddin atau Ismail Sabri ada dalam ramalan. 

 

Akid ale

Aku, Ariana dan Gibran positif Covid. Jadi memang sementara ni tak larat nak kemaskini blog. Lepas dua tahun, baru pertama kali terjangkit dengan Covid. Tak tau la jangkit dari siapa.

Menyelamatkan Johor (Edisi 2) (takde zine, kemaskini blog je).

Semalam tiba-tiba terlintas idea untuk judul tulisan (sebab tak tahu lagi nak tulis apa walaupun besar kemungkinan ialah cerpen) - Sehari Sebelum Malaysia Musnah (Sepenuhnya). Kenapa ia terlintas dalam kepala ialah aku dapat rasakan suasana yang sama, pada sehari sebelum mengundi PRU15, dengan sehari sebelum GST dilaksanakan. Aku tak tahu kenapa, ia rasa agak sentimental bila waktu GST dikuatkuasakan pada 1 April (secara jujurnya aku palatao je ni sebab ni ingatan secara rambang aku dan tak ingat tahun bila, tapi pada zaman pemerintahan Kemaluan Negara la), waktu tu aku berada di luar, memandu sekitar Ampang, tengok semua orang sedang sibuk beli barang sebelum GST akan berkuatkuasa esoknya. Dan ini juga rasanya waktu aku memandu di sekitar Setia Alam yang sibuk pada hari sehari sebelum PRU15. Aku tak tahu jika ini adalah petanda atau apa-apa firasat, tapi aku dah lali.

Yalah, kalau ikutkan, perjuangan menentang gerombolan ini dah bermula dari 1998 dan hanya pada 2008 baru dapat rasakan kebangkitannya walau masih tak berjaya mengalahkan gerombolan ini. Tapi yang bagusnya ia sudah ada momentum yang baik, walau ambil masa sepuluh tahun. 2008 adalah waktu yang aku mula ambil peduli tentang politik dan selalu harap akan kemenangan untuk pihak melawan. Walaupun 2008 rasa kecewa (aku masih ingat waktu itu, sehari selepas pilihan raya umum 2008, aku rasa sangat tak bersemangat, satu hari rasa tak semangat, rasa macam dah hampir menang tapi masih tak berjaya lagi dan aku masih bawa perasaan itu hingga hari ini) tapi ia adalah kemenangan moral secara keseluruhannya kerana belum tertutup lagi pintu untuk perubahan. 2013 tak ingat sangat tapi aku masih lagi tetap dengan keinginan pada angin perubahan tapi selepas 2013 aku dah mula kurang ambil tahu politik dan secara jujurnya, hinggalah kemenangan pada 2018, baru aku kembali mengikuti politik secara rapat. Ya, 2018 aku tak terfikir apa-apa sebab aku dah sibuk dengan perkara lain di dalam hidup tapi aku masih biarkan api perubahan menyala di dalam diri; walaupun ia hanya sekadar dalam sekeping kertas undi. Dan ya, sekeping kertas undi itulah yang kita sama-sama buat perubahan pada 2018 (walaupun selepas itu kita semua dikhianati tapi, ya, aku dah lali dengan semua ini, sebab memang tak ada jalan mudah untuk watak baik mengalahkan watak jahat).

2022 dan dua kali aku pangkah kertas undi yang berbeza dan aku masih lagi tetap dengan pendirian untuk Malaysia yang progresif. Ada rasa yang sepatutnya aku lebih vokal dalam perkara ini tapi aku tahu, tak semua orang punya kebolehan untuk menggalas beban yang berat ini. 

*

Malam ni aku tak bercadang untuk ikuti keputusan pilihan raya dengan dekat, hanya sekadar memeriksanya sekali sekala dan hanya tunggu esok saja. Bukan kerana tak ada tenaga atau keterujaan, cuma malam ni rasa amarah sedikit dengan insiden sebentar tadi.

Beberapa hari lalu aku nampak kawan twitter kata dia sudah fedap dan gibap dengan keluarga sebab masih tak faham yang politik progresif adalah lebih dari sekadar polemik bangsa dan agama. Aku kata, yang penting kita tak fedap & gibap. Tapi kejap tadi aku pun ada rasa, lantaklah negara selatan ni. Aku pergi pasaraya dan bayaran guna kad hanya untuk amaun lima puluh ringgit ke atas. Seriuslah, aku pergi MR. DIY pun dua ringgit dia terima pakai kad. Dan dengan konpiden, pasaraya itu buat poster maklumkan memang lima puluh ringgit ke atas je boleh pakai kad. Aku tahu tak guna aku gaduh dengan juruwang sebab dia hanya bekerja. Dan aku tak boleh terima ialah mengapa penduduk sekitar macam boleh terima saja hal ni. Sepatutnya boleh ambil gambar dan buat aduan sebab semua bukti cukup. Tapi ya, aku rasa perkara yang sama macam kawan twitter aku dan rasa lantaklah tempat ni, memang layak sebab tiap tahun undi kleptokrat yang sama dan masih kuat feudalisma. 

Selama ni yang aku rasa macam nak tukar alamat kad pengenalan ni mungkin akan tiba waktunya bila aku dah tak ada sebab sangat untuk pulang ke sini. Tapi buat sementara ni, aku akan terus cuba selamatkan tempat ini walaupun tiada siapa yang minta. 

Sabar itu lebih separuh dari Sabariah iaitu 5/8

Aku dah nak balik tadi tiba-tiba kunci kereta aku habis bateri. Sebenarnya taklah tiba-tiba, dah berapa bulan entah aku perasan memang dah lemah dah bateri dia tapi selagi aku tekan enam belas juta kali masih boleh buka kunci kereta, jadi okey lagi kot. 

Lepas tu hari ni aku keluar pergi mall (nasib keluar seorang je), dah nak balik, dah sampai depan kereta, aku tekan bermacam gaya dekat tujuh belas juta kali pun tak nak buka (siap ada amoi - tapi sebaya dengan aku kot - lalu siap pandang-pandang). Nasib baik aku selalu tengok cerita Mac Gyver dulu, jadi aku turun balik  mall dan pergi Mr. DIY. Aku beli pemutar skru dengan bateri kunci kereta. Itupun aku kena beli pemutar skru dulu, lepas tu keluar kejap, bukak dan keluarkan bateri untuk tengok jenis bateri lepas tu masuk balik kedai untuk padankan. Masalahnya takde pulak yang sama model. Volt dah sama dah. Ketebalan dia yang lain, saiz dah sama. Dekat aku bateri dia nipis sikit, aku tak ingat macam mana dia kira tapi aku tengok hujung dia nombor siri/produk 16, yang jual cuma ada 25 dengan 32. Aku rasa elok beli 25 lah sebab 32 nanti tebal sangat. Dan takde pulak dia jual 25 ni sekeping je, jadi aku kena beli entah berapa keping satu paket tu, ada dalam lima biji kot. 

Lepas tu aku keluar balik dan nak pasang, dan baru aku sedar bateri 16 kat tempat kunci tu dua keping rupanya, letak atas bawah. Maknanya bila aku keluarkan lagi satu 16 tu, dan masukkan 25, dia jadi banyak ruang jarak. Bila cuba macam boleh tekan (lampu menyala) tapi bila siap pasang, tak menyala dah lampu. Maknanya memang nak kena beli 32 pula. Dah lagi sekali aku kena masuk kedai, beli bateri 32. Aku dah rasa macam malas sebenarnya tapi bila fikir balik, sama je, baik susah sekarang, dari dah sampai kereta lepas tu kena patah balik. Jadi, aku masuk beli bateri 32 tu dan keluar duduk depan kedai dan pasang semula yang baru.

Tapi lepas pasang tu memang cemerlang habis la. Dari jauh lagi dia dah tet tet. 

Paling best, lepas tu aku bawa kereta balik pun rasa macam naik kereta baru, padahal aku tukar bateri kunci je pun. Kahkah. 

It's Morbin Time! (Aku patut pos ni semalam tapi aku lupa)

Semalam aku baru habis tengok Morbius (2022). Sejujurnya aku tak tau nak komen macam mana filem ni sebab aku rasa tak teruk pun, ada la beberapa benda yang mungkin boleh persoalkan, tapi takde la macam rasa patut kena buli di internet kaw kaw. Tak pasti la kalau sebab aku dah baca banyak reviu atau meme sebelum ni buat aku punya jangkaan jadi rendah sangat, tapi kalau ikutkan, kira premis yang menarik la jugak. Kira pada aku, lebih kurang sama macam Venom atau Fantastic Four punya filem sebelum ni, taklah best sangat tapi masih boleh tengok dan enjoi. Setakat ni aku masih tak tau lagi macam mana SSU nak kembangkan semua watak ni (Venom, Morbius, Vulture), tak tau la kalau tengah tunggu Maddame Web punya filem baru ada nampak kaitan ke, sebab dalam SSU ni tak tau Spiderman yang mana nak lawan semua ni, atau memang nak guna pasukan Maddame Web ni sebagai Spiderman dia (yang ni boleh la kata aku palatao sebab aku macam ingat-ingat lupa dan malas nak periksa balik tapi yang kompom memang filem Maddame Web tengah buat penggambaran dan masih tengah teka siapa yang akan jadi watak jahat). Aku tak baca komik Marvel sangat tapi entah kenapa, dekat bahagian explore instagram aku banyak pos pasal Marvel, DC dan segela benda berkaitan. Dia macam baca wikipedia atau ensiklopedia tentang watak-watak ni semua. Lagi banyak aku tengok pos tu, makin banyak la dia letak kat explore. Bahagian explore aku memang banyak dengan pos atau reels motor, caferacer, makwe bertatu (sebab tu masa hari tu ada diorang kecoh pasal bahagian explore kata ada banyak pos atau reels yang tak senonoh tu aku tengok kat explore aku - sama jeee kahkah), skateboard dan komik. Ada keratan komik atau fakta tentang perkara yang menarik dalam komik yang dia buat dengan ringkas dan buat nampak macam aku baca komik dari azali. Sama juga dekat cadangan video atau artikel  dekat Facebook, banyak juga berkaitan. Kadang dekat explore ni banyak juga bagitau spoiler (walaupun sebenarnya tak berniat pun, cuma diorang memang cepat kemaskini benda yang terkini dari Marvel - projek yang macam tak hype sangat pun diorang kemaskini, macam Nova atau Vision Quest. Kadang berita kecik macam siri baru Daredevil Born Again dapat rating mature pun kemaskini juga. Apalagi, okeh, Hugh Jackman kembali sebagai Wolverine dalam Deadpool 3, mungkin akan ada Mobius (ejen TVA dalam siri Loki) juga dalam Deadpool 3. Fantastic Four yang baru rasa memang kompom bukan John Kransinki jadi Richard Reed, ada khabar angin pelakon lain yang bawa sebab kata dah tandatangan kontrak walaupun tak tau watak apa dalam Fantastic Four.  Avengers Secret Wars (aku selalu konfius dengan siri Secret Invasion) akan libatkan banyak watak dari keseluruhan filem-filem Marvel dari francais sebelum-sebelum bermula fasa-fasa MCU dan sasarkan lebih banyak watak dari End Game).

Oh ye, takde babak 'Its Morbin time!' tu cuma meme je.  

*

Lagi satu filem yang aku baru tengok (walaupun sepatutnya aku tengah fokus kejar tarikh akhir) ialah Straight Outta Compton (2015). Dua-dua filem ni aku baru tengok sebab baru ada kat Netflix. Aku macam malas nak tengok dulu, ye lah kan sibuk nak menulis, tapi oleh sebab aku dah mulakan dengan Straight Outta Compton, jadi tak boleh berhenti sebab memang ngam lah cerita dia. Aku rasa ni antara biopic yang memang best nak tengok, selain dari jalan cerita dia jelas, seimbang dan adil, okeh lah taklah adil sangat sebab masih ada lagi yang direka tapi rasa macam semua benda seimbang. Bahagian yang tak adil sangat tu mungkin sebab bahagian Arabian Prince yang memang diorang buang terus dalam filem ni (dan masa dapat anugerah Rock & Roll Hall of Fame pun diorang tak masukkan Arabian Prince sekali. Tapi masalahnya, aku pun baru tahu yang Arabian Prince ni wujud. Wujud dan menganggotai NWA. Dan masih hidup. Memang tak tau langsung dan tak hype langsung macam anggota lain. Tapi okey la, dalam NWA yang paling hype memang Eazy E, Ice Cube & Dr. Dre je pun. atau memang aku tak ikut sangat kumpulan ni dengan dekat).

Tapi sebenarnya banyak juga yang aku tahu lepas tengok filem ni. Selain Arabian Prince, aku baru tahu yang dalam NWA, rapper tunjang ialah Ice Cube. Aku selalu ingat macam semua sama tara kot, atau kurang-kurang cuma DJ Yella je la kot yang memang kerja di duduk kat turntable. Sekali Ice Cube da paling power, dia tulis kebanyakan lirik dan siap jadi ghost writer dalam NWA lagi ha. Eazy E pula memang bukan rapper tapi kena paksa baru mulakan karier sebagai rapper. Dan Dr. Dre aku ingat memang rapper, rupanya dia sebenarnya ialah producer. Dan kalau kat konsert, dia juga duduk kat meja turntable (set dia sendiri la, kira DJ Yella satu meja, dia satu meja). 

Antara benda yang lagi menarik dalam filem ni ialah genre rap yang diorang perjuangkan ni bukan gangsta rap pun sebenarnya. Mereka namakannya reality rap, di mana aku boleh rasa terkait sebab tu la benda yang aku minat tentang Bukowski. Persoalan atau perkongsian tentang realiti. Ye lah, walaupun realiti kita berbeza tapi kita tak nafikan realiti ini wujud dan patut ambil iktibar. Atau tak nak pun okey. Asal sedap baca. Macam cerita-cerita Bukowski, mana ada moral semua tu. Aku punya cerita pun mana ada moral. Dulu masa aku mula menulis tu, aku macam, apa moral cerita aku tulis ni eh, aku tulis cerita pasal suami yang curang dengan kawan isteri dia dan aku tulis dari sudut suami tu dan mungkin tak rasa bersalah sangat pun. Lepa stu aku dapat kata-kata hikmat, biarlah diorang yang baca fikir pasal moral tu. Halah, nak moral sangat, ha jangan curang. Kan dah dapat moral tu. Lepas tu aku dah tak toleh belakang lagi dah. Kalau aku toleh belakang, mungkin sekarang aku dah menulis untuk Jejak Tarbiah kot. Sufian kata ini imprin menunggang agama. Aku macam, tak boleh nak komen la sebab kalau tak nanti jadi makin panjang pula sebab ia akan jadi meleret macam, dengan menggunakan hipotesis yang sama, bolehkah kita simpulkan yang nasyid juga menunggang agama? Itu belum masuk, apa definisi nasyid. Aku rasa sampai sekarang macam tak boleh nak definisikan nasyid sebetul-betulnya. Lagu berunsur ketuhanan? Sweet Charity nasyid la macam tu. Atau Inteam, ketuhanan celah mana 'sebelum diijab kabullll'. (tiba teringat dulu pernah baca kat suratkhabar pasal satu kumpulan indie ni imej diorang pakai songkok walaupun bukan nyanyi lagu nasyid. aku tak tau la jadi apa band tu. Ni sepuluh tahun lepas punya cerita. Lebih kurang macam Flop Poppy pakai songkok la kalau nak bayangkan).

Kahkah aku main bantai je ni Inteam ke UNIC punya lagu ni. Biasa la aku cuma dengar nasyid hitam.

Lawan tetap lawan.

Hari ni baru betul-betul cerah dan panas kat luar. Aku macam dah lupa dah sebelum ni panas macam mana sebab dah berapa minggu asyik mendung. Aku lupa langit warna biru bila cerah. Rasa best jugak ni kalau dapat ride sket.

Aku asyik ingat hari ni Khamis. Tak sabar nak mengundi kot. Aku tak tau la nak cakap macam mana tapi harap le parti korup dan parti pengkhianat tak menang dan paling penting tak cukup nombor untuk tubuh kerajaan. Hari ni PM gagal sibuk cakap hanya sebilangan yang mati ketika pandemik. Aku dah rasa marah betul lah cerita dia sebab ia secara tak langsung mengingatkan aku tentang puisi konkrit yang aku tulis masa jumlah kematian waktu pandemik tak terkawal dan kerajan gagal/pembunuh/pintu belakang ni haram tak ambil peduli. Aku dah rasa nak tulis satu pos panjang kat Facebok dan cakap panjang pasal bendalah ni - kerajaan gagal, kerajaan pembunuh, puisi konkrit, hanya sebilangan saja yang mati, scheme of things, vaksin lambat keluar, darurat politik dan akhiri dengan kalau kau orang masih lagi nak undi orang-orang dari kerajaan gagal ni, THE BLOOD IS ON YOUR FUCKING HANDS. Tak kisahlah kau tak setuju apa kerajaan butoh ni buat masa pandemik, tapi anggap undi untuk mereka kali ini kerana ini adalah untuk masa depan; ia tetap sama. THE BLOOD IS STILL ON YOUR FUCKING HANDS! 

Tapi dah tentulah aku asyik fikir banyak kali sama ada nak buat atau tak. Yelah, Facebook aku sunyi sepi dan tiba-tiba keluar kenyataan berani mati macam tu, lagipula kawan-kawan dalam Facebook memang ramai yang tak cenderung ke arah PH, jadi ya. Mungkin sebab itu Bukowski kata, "Masalah dengan dunia adalah bahwa orang-orang cerdas penuh dengan keraguan, sedangkan orang-orang bodoh penuh percaya diri."

Aku copy paste je ni dari google translate - aku set dalam bahasa Indonesia. Sebenarnya sejak kebelakangan ni aku rajin terjemah secara langsung guna google translate, macam lagu Disillusioned hari tu, aku masuk dalam google translate dan terus copy paste. Mula-mula memang macam nak berlucu tapi lepas tu tiba-tiba aku boleh faham makna lirik tu bila dah diterjemah, walau secara langsung. Dan selalunya aku perasan yang terjemahan google translate mesti lebih sedap ke bahasa Indonesia berbanding terjemah ke bahasa Melayu. Terjemahan bahasa Melayu rasa kaku sangat dan macam tak banyak perbendaharaan kata. Biasanya aku akan seimbangkan dengan gabungkan kedua-duanya. 

*

Hari ni aku lupa Ariana balik lambat sikit macam biasa berbanding dua hari akhir dalam minggu sekolah. Jadi, ada lebih kurang setengah jam kena tunggu sebab sampai awal setengah jam. Dan paling kesian Gibran lah, dah macam duduk dalam sauna. Budak ni pun mana tahan panas, nasib tak mengamuk. Dia malam tidur dalam pendingin hawa tak kira cuaca pun tak nak pakai selimut. Tapi pandai la dia himpit-himpit nak bagi panas sikit. Selimut tetap tak nak. 

Tengah tunggu, tiba-tiba ada orang tegur. Aku ingat dekat berapa saat juga la aku jem nak ingatkan siapa la tegur. Mungkin dah lama tak jumpa jadi aku tak biasa tengok muka dia kot. Dia cakap memang dia saja nak kacau aku. Aku ingat memang betul kacau la sebab lepas tu aku pun jem kejap jugak, dia cakap anak dia balik lagi dua puluh minit, lepas habis borak dengan aku (kejap je) dia terus gerak. Aku macam, bukan tengah tunggu anak ke, lepas tu terus keluar dari kawasan sekolah dan terus masuk jalan besar. Aku memang tak pernah nampak dia la kalau anak dia balik lagi lambat dari Ariana. Ariana memang khas, balik awal dari budak biasa. 

*

Aku tengah nak setelkan manuskrip seterusnya. Di mana aku bajet mungkin akan boleh pulun dalam masa seminggu. Lebih kurang camni, aku bajet lapan cerpen, dua dah siap, dua lagi dah tinggal sikittt je tapi sengaja tak habiskan sebab nak peram kejap, dan ini bermakna ada empat cerpen nak kena tulis. Dari empat cerpen, aku ingat tiga dah ada jalan cerita tapi tak plot mungkin tak cukup atau tak rancang lagi, dan satu cerpen yang hanya ada idea. Aku sasarkan empat hari untuk tulis sebab hari tu aku berusaha nak kejar tarikh akhir, dan cerpen tu aku paksa untuk tulis dalam sehari. Aku harap dalam sehari fokus bendalah tu, dapat la curi masa untuk peram dan edit betul-betul.

Ada lapan je cerpen sebab memang sasaran manuskrip ni nipis je. Dan kalau tiba-tiba kena tolak, akan masuk dalam projek bersama pulak.

Tak Best dan Tak Padu

 Baru nampak langit hari ni cerah. Ada rasa konpiden sikit yang mungkin dah lepas fasa banjir. Tapi rumah masih lagi dalam mod persiapan banjir dan akan biarkan sampai lepas habis mengundi nanti. Aku syak mana yang tengah baca ni sekarang ni mesti macam, banjir? Banjir apa? Ye, kawasan aku tengah banjir tapi tak seteruk tahun lepas. Tahun lepas boleh kata hampir keseluruhan kawasan ni banjir. tapi sekarang ni mungkin hanya beberapa saja yang terkesan, tapi mereka maish lagi dipindahkan ke pusat pemindahan. 

Aku terfikir juga, oleh sebab tak semua banjir tapi masih ada lagi kat pusah pemindahan, jadi sekolah tu buka ke tutup sebab sekolah tu jadi pusat pemindahan. 

Aku macam ingat-ingat lupa tapi kalau tak silap antara waktu yang mereka bajet banjir ialah pada hujung bulan lepas, sebab ada air pasang besar, tapi hujan dia membawa sampai sekarang. Dan ikut ramalan tu, akan ada lagi sekali tarikh yang akan ada air pasang besar (yang ada potensi air naik) lagi sekali bulan ni, sama juga, hujung bulan. Aku sebenarnya dah tak tahu la tapi dah boleh tahan semak juga rumah dalam mod persiapan banjir ni, lagi-lagi meja makan tengah guna untuk letak barang. Sekarang makan kat lantai. Walaupun memang aku paling anti makan kat lantai, yang aku kurang gemar sebab Ariana masih makan bersepah lagi. Kalau kat dapur, senang sikit sebab takde la terpijak sangat. Ni sekarang dah depan televisyen (sebab ni je ruang yang paling selesa nak makan), jadi kadang-kadang akan rasa juga macam cebisan makanan atau nasi dekat kaki. 

Jadi, aku harap ni lepas ni dah lepas dah la fasa banjir, walaupun sekarang matahari dah hilang lagi.


A Perfect Circle - Disillusioned



Dopamin

Pada dopamin

Pada dopamin

Atas dadah


Kami telah dikuasai oleh keinginan haiwan kami

Penagih segera membuatkan kita patuh dan tidak sedar

Memberi makan mutasi ini, Pavlovian putus asa ini


Kami telah menjadi

Kecewa

Jadi kita lari

Ke arah apa sahaja yang berkilauan


Masa untuk mengurangkan obsesi silikon

Lihatlah sekeliling, cari jalan dalam kesunyian

Berbaring telentang dengan punggung ke tanah

Putuskan dan sambung semula ke resonans sekarang

Anda tidak pernah menjadi pulau

Unik, suara antara ramai, dalam koir ini


Menala satu sama lain, angkat semua lebih tinggi


Dopamin

Pada dopamin

Pada dopamin

Atas dadah


Dengan rela disambung semula oleh ejen bijak dalam

Menggulung refleksi kita, obsesi kita menarik kita

Perbaikan dan penetapan, tiada perasaan melampaui


Kami telah menjadi

Kecewa

Jadi kami menyelam seperti burung gagak

Ke arah apa sahaja yang bergemerlapan


Masa untuk mengurangkan obsesi silikon

Lihatlah sekeliling, cari jalan dalam kesunyian

Berbaring telentang dengan punggung ke tanah

Putuskan dan sambung semula ke resonans sekarang

Anda tidak pernah menjadi pulau

Suara yang unik antara ramai dalam koir ini


Menala satu sama lain, angkat semua lebih tinggi


 


Lagi satu saya ingat ialah belajar sirah. Memang belajar sampai lepas Khulafa Al-Rasyidin, Bani Umaiyah dengan bani apa lagi ntah lepas tu. Saya ingat ada satu khalifah yang memerintah sekejap je sebab dia undur diri dan siap dilabel sebagai penakut. Lepas tu saya ingat entah kenapa masa belajar ni macam nak tunjuk Muawiyah ni jahat.

Saya jarang bualkan hal kontroversi, malah saya jarang berikan pendapat tentang hal berkaitan, kecuali dengan orang yang rapat. Ada masa memang sengaja saya tak sebut atau ulas sebab pada kebanyakan masa, saya memang percaya kalau saya sebut, taip hal berkaitan ketika itu, sebenarnya saya beri promosi percuma kepada persona-persona berkenaan. Memang ramai yang saya tak minat, tapi takkan siapa benar-benar tahu sebab saya memang takkan cerita hal orang yang saya tak suka.

Okeh, kecuali kali ini (dan mungkin beberapa kali lagi selepas ini, ikut suka daa) sebab saya teringat kembali hal kontroversi Sajat pergi umrah pakai telekung. Sejujurnya, saya memang tak ambil peduli pun, apalagi nak ikut beri komen seperti netizen lain. Tapi pendapat saya tentang hal itu - memang salahlah cerita dia. Saya pun tak dengar apa Sajat kata pasal hal tu, dan saya tak peduli. Begitu juga komen netizen, saya tak peduli tapi oleh sebab tengah hangat isu tu, memang terbacalah komennya.

Hinggalah beberapa hari lepas.

Tak ingat pasal apa dan bagaimana boleh mula perbualannya, tapi tiba-tiba teringat pelajaran di sekolah agama. Sekolah agama di Johor, saya pasti memang sangat lain dengan di negeri lain. Setakat saya bersekolah agama di Johor, atau biasa kami panggil sekolah petang (sebab biasanya yang akan sekolah agama ni untuk budak sekolah rendah, jadi lepas habis sekolah rendah sebelah pagi, sebelah petang akan sambung sekolah agama pula. Ia memang jadi norma seluruh warga Johor, hingga akan nampak janggal kalau budak tak sekolah petang) dan silibusnya agak pelik kalau berbanding dengan negeri lain (okey la berbanding negeri Selangor pada dua puluh tahun lepas sebab itu je waktu dan negeri saya tahu lain. Secara jujur saya tak tahu kalau negeri lain sebenarnya ada sekolah petang ke tak) di mana saya ingat silibus masa umur sebelas atau sepuluh tahun, dah belajar pasal perkahwinan, faraid dan jual beli. Ada banyak lagi subjek berat yang lain tapi ni la saya ingat. Kira memang ada satu subjek khas untuk perkahwinan, dari hukum nikah cerai nafkah apa semua tu. Saya ingat macam pernah ada orang cakap, bila tunjuk kitab yang jadi buku teks kitorang tu, dah macam kitab yang aras tinggi (kot), dah la dalam jawi lama. Kau eja bumi dengan ba wau mim je tau. 

Antara benda paling random saya ingat ialah hukum pasal apa entah tapi kisahnya pasal khunsa dengan dua-dua kelamin yang hidup dan dia buat dirinya sendiri hamil dengan dua-dua alat yang berfungsi tu. Lain dari tu saya ingat pasal pergi haji, dalam kapal terbang nanti niat tukar mazhab sebab kat Mekah nanti ikut mazhab orang yang jadi imam kat Mekah (tapi ni saya sebenarnya tak ingat sangat pasal apa kena tukar mazhab, rasanya pasal bersentuhan kot). Ada lagi satu benda random saya ingat sebab ada berkaitan dengan isu semasa juga hari tu tapi dah lupa apa la sekarang. 

Okeh, berbalik hal Sajat tadi, saya tiba-tiba teringat, sebenarnya kalau dia dah menyerupai perempuan, memang dia kena pakai telekung. Saya kena ingat balik pasal hukum apa entah ni, tapi macam ada kaitan dengan khunsa. Kiranya, memang patut Sajat pakai telekung masa kat Mekah sebab dia dah ubah tubuh dia jadi macam perempuan. Lepas saya cakap pasal benda ni, ada juga la bagitau yang sebenarnya memang Sajat ada cakap orang Arab sana yang suruh dia pakai telekung. 

Saya rasa kenapa tiba-tiba saya teringat pasal hal Sajat ni sebab tengah borak hal khunsa kot. Khunsa ni ada dua kelamin tapi masa lahir memang kita tak boleh buat pilihan yang betul, sama ada budak ni besar jadi lelaki atau perempuan, tapi masalahnya memang masa pendaftaran tu memang kena pilih dan ibu bapa yang akan terus pilih jantinanya walaupun baru lahir. Dia jadi masalah bila besar, contohlah waktu kecik pilih jantina lelaki tapi bila besar, alat kelamin lelaki tak dominan dan rupa fizikal apa semua memang perempuan. Begitu juga sebaliknya. Saya siap teringat filem Waris Jari Hantu lagi pasal hal ni.

Walaubagaimanapun, saya kena letak penafian juga la, sebab semua saya tulis ni banyak berdasarkan ingatan je, boleh jadi salah. Lagipun dah berapa puluh tahun tinggalkan sekolah agama, entah betul entah salah apa saya cakap kat atas tu. Apa-apa pun kita akhiri dengan Wallahu A'lam (budak Johor sambung pls). 

Cerpenis bangkit!

Hasil tulisan tahun ini, setakat ini, yang berbaki lebih kurang sebulan setengah (juga bermaksud kena setelkan draf pertama buku cerpen seterusnya dalam tempoh ini juga). Kira produktif la kan. Aku target baki sebulan setengah ni untuk setelkan satu novelet dan satu buku cerpen. Eh, fail pendrive tu tak masuk la. Tu memang fail isi barang dari pemacu jari aku.





Okeh boleh tidur dah.

Baru lepas hantar cerpen akhir untuk cerpen tambahan dalam Wiskipop (ada empat cerpen tambahan dan sebelum ni aku dah hantar tiga dulu). Satu hari suntuk juga aku duduk depan komputer riba (tapi sempat la pergi kedai, makan, mandi apa semua tu) untuk menukang cerpen akhir ni (tapi dah langgar tarikh akhir dua hari juga sebenarnya).


 

Hujan ni pun suka juga dia acah-acah, kejap hujan kejap berhenti. Kau berhenti je la senang.

Aku tak ingat la aku dah tulis kat sini ke belum, ke aku dah banyak kali tulis dalam ni tapi aku lupa sebab aku selalu ingat nak tulis pasal benda ni. 

Aku syak cuaca kat tempat aku ni macam rosak sikit. Dia lebih kurang macam ni la, aku ingat dulu waktu hujung tahun ni memang antara waktu yang asyik hujan dan mendung. Dekat depan rumah aku ni, kat tempat parkir kereta macam cerun sikit, jadi setiap kali hujan, tak kira la musim panas ke musim hujan ke musim luruh ke, air akan bertakung kat tempat parkir. Kira patut air mengalir masuk longkan tapi sebab parkir tak rata, jadi air tak mengalir turun, dan berkumpul depan pintu. Selalunya kalau nak tunggu kering, memang lama juga lah kecuali aku bersih dan kaut air tu keluar. Tapi sejak beberapa bulan ni aku macam perasan, kalau aku tak bersihkan atau kaut air tu keluar pun, ia akan sempat kering dalam masa sehari. Maknanya kira lepas hujan, dia akan jadi panas atau bahang. Kira kalau mendung pun, air tu akan tetap kering. Kalau dulu, kalau cuaca mendung, memang takkan kering la air tu. Sama juga dengan sidai baju. Siang kalau sidai baju, kejap je kering. Tapi kalau aku malas, malam baru nak angkat baju tu, dia dah jadi lembap balik. Tapi kalau aku sidai baju dalam rumah, dalam masa semalaman pun boleh kering. Dah lama juga tak pergi dobi sejak aku tahu kalau musim hujan pun, aku sidai je baju dalam rumah sebab esok kompom kering juga. Tapi biasa esoknya aku masih keluarkan dan jemur bawah matahari sebab pakaian-pakaian ni diorang cakap diorang kultus matahari. Aku kultus bulan.   

Aku tengah tulis ni sambil kejar tulis cerpen sambil risau hujan turun sebab ikut ramalan hujan dari pukul tiga sampai pukul enam, dan ni yang takut makin naik air lagi. Aku syak sebenarnya bumi dah bergalih sikit sebab biasa banjir ni kat Kelantan, ni dia beralih pergi ke Klang pula. Aku selalu harap aku boleh alihkan hujan terus pergi Afrika.

Aku tak ingat bila, entah memang aku waktu kecil betul atau dah meningkat dewasa, tapi aku pernah terfikir yang kita semua patut buat bumbung di seluruh dunia untuk elak hujan. Aku tak pasti bila aku terfikirkan benda ni sebab rasanya waktu dah dewasa baru aku tak minat hujan, tapi mungkin juga waktu kecil sebab ada benda yang menghalang aktiviti aku sebab hujan. Waktu tu aku harap semua tempat dipasang bumbung supaya kita boleh bebas berjalan walaupun hari hujan. Kira bila pandang langit, kita hanya akan nampak atap zink (kenapa atap zink, sebab rumah aku masa kecil dulu kat bahagian dapur tak ada siling, terus bumbung atap zink, sebab tu aku rasa macam masih kecil masa aku terfikirkan idea ni). Aku tak fikir pulak kalau dah semua berbumbung nanti apa tak ke gelap sebab takde cahaya matahari. Tapi sekarang aku fikir, mungkin pakai atap yang lutsinar tu lah. Tapi sekejap ni aku ingat paling efektif sebenarnya pakai bumbung macam Wakanda je. Agak macam nak banjir je terus aktifkan bumbung. Lantak dialah yang tempat takde orang duduk tu banjir. Lepas dah surut nanti baru bukak balik bumbung Wakanda tu. 

Sekarang hujan dah berhenti, siap dengan sunyi sepi lagi. Harap ini bukan tenang sebelum ribut.

Agak mendebarkan juga kerana tiba-tiba air masuk rumah. Tiba-tiba hujan lebat lebih kurang sejam dan air melimpah masuk ke rumah. Nasib baik saya perasan awal, sebab saya mahu ke bilik air lepas tu saya nampak air mula keluar dari lubang air. Pergi ke bilik air lagi satu, pun sama juga. Waktu tu memang sedang hujan lebat. Buka mangkuk tandas, pun sama, parasnya tinggi sikit. Dan ia tak lama sebelum air mula masuk dari dapur. 

Segera saya aktifkan mod banjir. Memang dari beberapa bulan sebelum ni dah mulakan persiapan untuk banjir tapi masih banyak lagi barang belum beli. Sekurang-kurangnya ada dua benda yang saya target nak beli - kotak plastik 45 liter dan juga plastik tebal besar. Kotak plastik 45 liter ni saya ingat nak letak segala barang di dalam kabinet dapur jadi bila air naik, senang la nak alihkan. Saya ingat kena beli sekurang-kurangnya empat. Bila air masuk, saya keluarkan dari kabinet dan letak di atasnya. Dan bila air surut, senang nak bersihkan. Dulu waktu kali pertama banjir, saya terfikir untuk kurangkan kerosakan, sekarang saya dah tahu, kurangkan kerosakan dan juga senangkan cuci. Lagi satu yang patut dah beli jugak ialah plastik besar. Mula-mula saya bercadang untuk beli alas tilam kalis air, supaya bila air naik, saya terbalikkan tilam lepas tu alas tilam kalis air itu akan elakkan katil dari basah. Tapi kemudian saya terjumpa ada plastik besar, yang boleh muat sofa dan tilam saiz king. Jadi saya dah tahulah, beli plastik tu banyak sikit, untuk bungkus tilam saiz king, bungkus katil dan tilam saiz single, dan juga bungkus dua buah sofa. Kalau muat motor, saya bungkus motor jugak. Nak beli yang plastik besar bungkus kereta (untuk kereta lama saya) mahal sangat pulak, dekat lima ratus jugak. 

 Walaupun dah bersedia hampir awal juga tapi berpeluh juga la nak setelkan dari satu bilik ke bilik. Nasib baik dalam jam enam atau tujuh, dah surut air. Saya harap agar ini sajalah yang paling banjir untuk tahun ini sebab malas juga nak menghadap banjir. Tapi tadi pukul lapan, hujan turun lagi. Dan rasa tak sedap juga. Tapi nasib baik dah berenti, tak sampai sejam rasanya. 

*

Dalam pukul tujuh lebih aku keluar rumah untuk beli makanan dan barang dapur. Aku berkira-kira juga samada nak keluar atau tak, tapi macam elok juga keluar sebab nak beli makanan. Sebab dalam Twitter tadi aku nampak memang hujan kali ni turun di kawasan Klang, Kapar, Setia Alam, Alam Budiman, Puncak Alam dan Shah Alam (tak ingat lah yang lain, tapi yang aku sebut ni adalah kawasan sekitar tempa tinggal aku) jadi memang tak sangka juga. Aku ingat hujan biasa. Rupanya Kuala Lumpur lagi haram tak hujan. 

Waktu aku keluar aku gusar juga kalau ada kawasan tak boleh diakses dalam laluan. Ada beberapa tempat tenggelam tapi masih boleh redah dengan berhati-hati. Aku ingat nak pergi mamak, sekali mamak tu pun banjir. Sebenarnya aku dah lalu pun depan mamak tu, dia masih berniaga pun, tapi aku tak boleh berhenti dan parkir kereta sebab tak ada tempat. Sebelum tu nak pergi kedai runcit pun sama, tiba-tiba penuh gila parkir dia dengan kereta. Aku dah dalam arah menghala pekan tapi ada rasa tak konpiden sebab takut laluan pulang tu ada yang memang tak boleh lalu. Aku tak tahu macam mana nak terangkan tapi waktu banjir hari tu, ada jalan boleh lalu dan ada jalan yang langsung tak boleh lalu. Dan paling leceh nak tengok mana jalan yang boleh lalu. Ada yang boleh redah, ada yang memang kereta akan sangkut. 

Jadi aku ambil keputusan untuk balik jelah. Dah memang rasa macam deja vu sebab masa banjir tahun lepas, lebih kurang macam ni lah. Aku keluar pergi kedai semua tutup, pergi kedai acheh penuh gila, lepas tu malam air naik. Harap tak naik lagi lah. Penat jugak terpaksa healing dan naik cafe racer balik mengundi lagi. 

If your time to you is worth savin' And you better start swimmin' Or you'll sink like a stone For the times they are a-changin'

Semalam aku pergi tapau makanan kat mamak. Balik dari ambil Ariana kat sekolah, aku terus bawa pergi mamak, dengan Gibran sekali. Lepas tapau, masuk dalam kereta, dan mula memandu pulang, dan radio BFM mula pasang lagu Bob Dylan - The Times They're A-Changin'. Lepas pandu depan sikit, nampak bendera Harapan berkibar. Belok simpang depan sikit, nampak bendera Malaysia berkibar. 

Peh rasa macam dalam video klip. Terpaksa aku buat video TikTok.

*

Malam pulak, aku singgah ke gerai burger waktu balik memandu dari sesi menulis. Aku pesan burger daging satu dan radio pula tengah Saleem menyanyi 'Mudahnya waktu melafazkan janjiii, engkau dan aku berdua serupaaa.'

Lepas sampai rumah, turun kereta lepas tu aku pulak nyanyi 'Mudahnya waktu melafazkan janjiii, engkau dan aku berdua serupaaa.' 

Geram jugak ternyanyi. 

Aku sibuk.



Pagi tadi, dalam pada aku malas nak bangun pagi sebab bangun pukul enam pagi tapi tidur pukul empat pagi sebab nak kejar tarikh akhir hantar cerpen terakhir dalam Wiskipop yang sebenarnya dah terlepas sebab kena hantar semalam juga tapi aku dah teks Sufian cakap aku cuba siapkan hari ni, dan juga sedang siapkan sarapan dan Ariana pergi sekolah; tiba-tiba melintas seekor cencorot kat dapur. Astogeeee.

Cencorot ni dia lembab sikit dari tikus tapi sebab rupa dia macam tikus jadi isteri memang takut gile. Aku cuba watlek watpis sambil ambil penyepit panjang untuk tangkap cencorot tu - sebab cencorot tu pun watlek watpis lalu lalang, dan dia tahu tempat mana dia masuk, ada jarak di antara bucu pintu yang patutnya aku dah tutup dengan kain supaya dia tak boleh masuk tapi rasanya hari tu aku buka pintu lepas tu tak letak kin tu betul-betul. Yang aku geram dan lucu tu, binatang cencorot ni dia nak keluar tapi terkial-kial masuk balik tempat dia datang tadi. Tak tau la tiba-tiba tak muat ke apa, tapi bengkek je aku tengok dia cuba tak lepas -lepas. Aku dah pelan-pelan pergi amik penyepit panjang tengok dia buat kelakar kat bucu pintu, sampai la isteri nampak, jadi dia dah menggelupur dan situasi jadi takleh watlek watpis lagi. Cencorot tu pun dah gelabah, ala ala kartun juga dia lari, kaki laju tapi kat situ juga gerak dia.  Aku cuba sepit dia tapi terlepas dua kali. Lepas tu dia menyorok kat bawah kabinet dapur gas. Aku tolak kabinet, dia lari bawah peti ais. Lepas tu dia senyap lagi. Aku dah macam nak tinggal je sebab nak hantar Ariana pergi sekolah. Lepas tu dia sekali lagi cuba keluar kat bucu. Aku bukakan pintu, tak nak pulak keluar. Lepas tu dia pergi lari kat mesin basuh. Aku ketepikan mesin basuh, dia lari bawah sofa. Dan di bawah sofa la senang nak tangkap. Aku alih je sofa terus nampak dia kat situ. Aku cuba sepit dua tiga kali baru la dapat. Lepas tu aku buka pintu dapur, dengan penyepit-penyepit sekali aku campak keluar (kahkah aku nak campak cencorot tu je sebenarnya, tapi dia pegang kuat kat penyepit pulak. Ah, aku campak je la semua dulu lepas tu baru ambil balik penyepit).

Moral dari cerita, aku sarankan semua orang beli penyepit panjang sebab dulu aku terfikir benda ni wajib ada kat rumah bila aku pergi rumah kakak ipar aku dan jumpa ular tedung kecil dan bendalah penyepit panjang ni la yang membantu untuk tangkap. Murah pun iye juga, aku beli kat Shopee dulu entah RM2 ke RM5. Selain ular aku dah fikir dah, tikus pun okey juga sebab aku takut kena gigit, gila kau, gigi tikus tajam kot. Tu belum lagi kalau ada benda nak ambil tapi tak dapat capai, ha bendalah ni gunanya. Atau pun kalau nak kemas rumah tapi malas nak membongkok kutip barang, ha ni la juga bendanya. Mainan Gibran dulu ni aku buat camni la, budak ni pantang rumah kemas, dia nak buat sepah. Aku syak kalau lipas terbang pun boleh tangkap juga la kot kalau cukup terer. Tapi pada aku paling elok ialah raket nyamuk atau kat sini kita panggil pemukul lalat. Dulu masa baru beli pemukul lalat elektrik ni, memang kerja aku perhatikan lalat yang muncul dan berperang dengan diorang la. Ni kalau ada lipas terbang, pakai pemukul lalat elektrik je la. 

La, kira Rafizi lagi kaya la kan

Melihat BIMB dan Citibank pada pengisytiharan  Anwar Ibrahim buat jiwa bekas staf perbankan islam saya seperti tergelak kecil. Saya tak tahu nak terangkan macam mana, tapi lebih kurang beginilah, waktu saya bekerja di sektor perbankan di bahagian pusat panggilan, ketika itu macam ada satu kesedaran orang ramai tentang perbankan islam dan mula beralih kepada perbankan islam, terutamanya pengguna kad kredit (mungkin sebab selalunya yang sibuk telefon ke pusat panggilan ialah pengguna kad kredit, berbanding pengguna produk lain). Selalunya mereka akan pindah baki dari kad kredit lama dari bank konvensional ke bank islam, atau potong kad kredit lama di bank konvensional dan mohon kad kredit bank islam. Dan kebanyakan pelanggan kad kredit ini berbangsa Melayu dan menggunakan Citibank. Dan selalunya tanpa disuruh mereka akan laju je cakap sendiri lebih kurang macam ni - saya nak tutup dah bank yahudi ni, nak pakai yang islamik punya. Sementara saya tak mahu komen apa-apa tentang kedua-dua bank ini, tapi apa yang saya pernah dengar dulu ni kira konteks kenapa saya rasa tergelak kecil di atas. Sekarang ni tak tahu lah macam mana, sebab dah lama sangat tinggalkan sektor perbankan. 

Sedang bermain di tepi pantai dan..

Mohd Azmen ialah seorang (bekas) barista dan kini stay-at-home dad (again). Menulis dua buah buku cerpen – Wiskipop (Sang Freud Press, 2015 & Laras 99, 2022), Kota Para Insomnia (Laras 99, 2019), sebuah buku novela – Polaroid (Moka Mocha Ink, 2015) dan sebuah travelog mini - Sebuah Catatan Perjalanan Tentang Tanah Asing Bernama Kampung Halaman (Laras 99, 2022); tulisan-tulisan berkenaan perkara minimalis dan hedonis tentang nothing dan masih lagi dalam perjalanan untuk menjadi immortal.

Sejujurnya saya masih lagi memikirkan kata-kata Shahnon semalam. Ada waktu memang saya terfikir untuk lebih cenderung kepada sastera serius dan menulis dalam kerangka seni untuk masyarakat. Tapi kemudian saya teringat kembali kepada Bukowski dan terus saya fak sastera dan menulis seperti biasa. Sebenarnya polemik sastera pop, sastera terpinggir, seni untuk seni, seni untuk masyarakat, tak begitu dalam perhatian saya dan saya tak dalami pun apa makna terma atau istilah ini kerana bila sebut hal berkaitan ini saya cuma terfikir satu perkara saja - saya masih belum habis menyudahkan draf-draf dan cerita-cerita dalam storan saya, jadi baik saya terus habiskan menulis dulu baru fikir hal sedemikian. Oh, ini belum termasuk timbunan buku yang dibeli sejak 2013 yang masih belum habis baca. Jadi, ya, saya fikir untuk habiskan baca dan menulis baru saya pedulikan (dengan lebih mendalam) hal-hal berkaitan polemik dan whatnot.

Dan bila ketika itu tiba, biodata saya di halaman belakang buku akan jadi lebih ringkas begini:

Mohd Azmen sedang berenang meredah ombak dan badai.

Sewaktu saya sedang mencari idea untuk mengejar tarikh akhir, saya bertemu persoalan sama ada untuk terus bermain di gigi pantai atau mula berenang meredah ombak.

Diambil dari blog Azriq, pautan penuh: Shahnon Ahmad: Persediaan Menulis Fiksyen (azriq.blogspot.com).

Dalam eseinya Shahnon tidak mengambil masa panjang untuk memulakan kelas: "Ada dua perkara menjadi dasar dalam soal penulisan novel dan cerpen ini. Pertama hendak mengarang novel atau cerpen. Kedua hendak mengarang novel atau cerpen yang bermutu tinggi." Sesiapa yang mengikuti karier Shahnon akan tahu yang dia hanya memandang "sastera serius" dan sastera yang ditulis untuk masyarakat. "Sastera pop" di mata Shahnon hanya permainan di tepi pantai, sementara pengarang sastera serius akan berenang meredah ombak dan badai. Tetapi soal mutu bukan sesuatu yang pengarang patut sibuk fikirkan. Shahnon percaya kerja itu patut diserahkan kepada pengkritik. Esei ini memang panjang dan saya tidaklah bersetuju dengan semua pendapatnya. Tetapi ada satu bahagian saya sangat suka, dan sebenarnya bahagian itu sahaja saya rasa berbaloi untuk dibaca dan dipetik di sini:

"Sebelum kita mengarang novel atau cerpen, soal utama ialah kita mesti suka menulis, suka memegang pensel atau pen atau mesin taip, suka menurunkan kata hati kita di atas kertas. Ini penting. Kita selalu ada rasa gatal untuk menulis. Tidak ada gunanya kita belajar teori mengarang kalau kita malas mengarang. Di tanah air kita ini terlalu banyak orang menyebut-nyebut berbagai-bagai istilah sastera yang muluk-muluk seperti ilham, inspirasi, tema, plot, watak gigih, watak tak gigih, stream of consciousness, dialog, monolog dan entah apa lagi. Pendek kata mereka cukup ahli dalam bidang teori tetapi berapa keratkah dalam ribuan itu mencipta novel; apalagi mencipta novel yang baik? Ini salahnya kita apabila kita melihat perkembangan sastera hanya dari sudut kegiatan lain; bukan kegiatan mencipta. Dasar utama untuk menentukan perkembangan sihat kesusasteraan kita adalah karya. Lain tidak ada. Biar beratus beribu kita ada badan penulis di setiap pelosok, biar sering kita mengadakan seminar itu ini, biar beberapa kali kita sibuk bermesyuarat untuk meninggikan sastera, kalau orang-orang yang mengakui dirinya pengarang itu tidak mengarang, tidak menulis novel atau cerpen atau sajak, sastera kita tidak akan berkembang. Yang berkembang ialah kegiatan di luar sastera.

Ini bukan bererti saya tidak suka pada aktivis-aktivis sastera. Saya sendiri mendukung badan penulis hampir 10 tahun. Saya salah seorang yang kuat menyokong Gapena, tetapi objektif kegiatan-kegiatan seumpama ini hanya untuk menimbulkan suasana kreativiti, menjaga kepentingan pengarang, memberi segala kemudahan kepada pengarang supaya pengarang dengan amat tenteram boleh mengarang, menghasilkan karya-karya yang baik. Jadi, saya berpendapat kita di sini mempunyai satu tugas yang utama iaitu mengarang serta mencari jalan untuk meninggikan lagi mutu karangan kita. Kalaupun hendak bergiat dalam persatuan-persatuan, biarlah ada hadnya. Jangan sepenuh masa kita bergiat dalam aktiviti di luar kreativiti sedangkan kita mengakui diri kita pengarang novel atau cerpen. Orang akan ketawa. Generasi akan datang akan mengutuk kita."


Okey jugak ni.

Sebenarnya dari semalam aku terfikir macam mana nak kemaskini blog dari Ipad sebab segala benda aplikasi dalam Ipad tak menyokong kemaskini blog. Jadi aku dah tahu dah macam mana. 

Aku tulis je guna Google Docs lepas tu simpan dalam Google Drive. Lepas tu lain kali duduk depan komputer atau komputer riba baru muat naik. Setel.

Wayang Budiman (Adikarya Filipina) : A Speck In The Water (1976)

Seperti biasa, waktu menonton di Wayang Budiman, saya takkan pura-pura pandai menilai filem atau cuba jadi setara dengan semua yang telah/sedang mengaji kursus perfileman. Selalunya bila saya beri pendapat, ia adalah seimbangan antara penonton yang meminati filem arus perdana (kira macam khalayak yang menonton filem untuk hiburan, aksi dan hype) dan sebahagian lagi ialah dari minat diri sendiri. Walau ada waktu kecenderungan diri dan kecenderungan umum ini akan jadi tak seimbang (contoh macam Koozangal yang saya suka, masih lagi bosan untuk tatapan masyarakat umum pada pendapat saya). 

Dan kali filem kali ini yang ditayangkan memang antara yang ditunggu oleh pengunjung tetap Wayang Budiman (mungkin sebab pengarahnya). Sesi Wayang Budiman kali ini memang buat saya terkejut kerana waktu sampai di depan pintu, kasut dan selipar dah memenuhi ruang hingga ke tangga. Sepanjang saya ke sini, tak pernah lagi nampak sampai macam ni (ya, saya boleh kira pengunjung yang baharu). Saya tak ingat Saat atau Beduk yang kata, sebab tayangan filem Filipina, sebab tu ramai. Oh ya, saya setiap kali pergi sesi Wayang Budiman memang takkan cari maklumat langsung pasal filem yang ditayangkan. Saya hadir, tonton, kongsi sikit-sikit dan lepas tu lepak Rahmath.

Jadi, antara perkara yang mungkin buat saya tak minat (sebenarnya tak tahu nak guna terma apa, tak suka, tak minat, tak berkenan; sebab ia bukan tak suka sebab boleh terus tonton, rasanya paling dekat tak minat la kot) ialah dari awal lagi ia ada beri satu perasaan rimas dan menyesakkan. Waktu sesi borak santai, baru saya dapat faham bila ada yang lain kongsikan. Filem ini memang dibuat dengan nada yang rimas dan menyesakkan, dari babak awal di mana hujan turun dengan lebatnya, memang dapat rasa memang ini hujan yang sangat lebat, tambah lagi pula berada di pulau. dan tambah lagi pula sekarang musim hujan dan saya sedang risau tiba-tiba air naik, tapi watak di dalamnya semua tenang saja di dalam hujan. Dia macam, hujan biasa je ni. Dan ia bertambah rimas bila tengok wataknya boleh melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa, walau di dalam hujan. Hujan-hujan rileks je keluar rumah lepas tu tak bawak payung, hanya bawa plastik besar tutup badan dan kepala. Saya boleh dapat rasa basah, pasir dekat kaki, sejuk, pakaian basah dan macam-macam lagi lah bila tengok babak tu. Dan lepas tu pada kebanyakan masa, bunyi latarnya memang sangat mengganggu. Ia bunyi yang kuat dan rasa macam tak kena. 

Jadi, bila campur semua ini, saya dapat simpulkan, mungkin saya tak minat filem ini. Tapi kemudian dari perkongsian dalam sesi borak santai, boleh disimpulkan, ia memang dibuat begitu, untuk timbul rasa tak selesa. Saya fikir, oh sebab tu ke. Bila fikir, betul juga. Cuma dalam keadaan begini, memang kesudahannya akan terbahagi kepada dua; penonton yang boleh nampak kejengkelan ini akan faham dan menyukai dan mengkaguminya, sementara penonton yang hanya dapat tangkap rasa jengkel, akan terus jengkel, macam saya lah. Macam budak yang duduk depan saya yang asyik main telefon masa tayangan, mungkin sebab dia jengkel atau bosan.

Tapi tak la benci filem ni. 

Boleh kata perkara yang suka tentang filem ini adalah ceritanya. Ia menceritakan kisah beberapa watak di dalam kampung di kepulauan dan dari satu ke satu plot, ia membuat kita menunggu apa akan jadi seterusnya. Kira kalau dalam penulisan, memang macam ni lah saya tulis, ada babak, dari satu babak ke satu babak dan ceritanya kekal bergerak, walau dari satu konflik, ia terus konklusi dan kemudian konflik lain, dan cari konklusi lagi dan kemudian konflik lain lagi. Ia berjalan. Dari satu cerita ke satu cerita, untuk nampak wajah ceritanya yang besar. Ikan mati? Okey kita buat ikan kering. Kulit gatal? Okey mandi laut. Makwe yang kita suka kena bunting dengan kawan? Okey tumbuk muka kawan tu. Ada anak gadis tiba-tiba bunting? Okey biasalah tu duduk pulau. Yang tak biasa ialah ada makcik yang beritahu hidup kita boleh dijangka. 

*

Tayangan seterusnya dibuat sehari sebelum pilihan raya. Saya fikir, oleh sebab saya rancang balik kampung hanya pada tarikh mengundi, jadi saya akan tetap datang juga lah. Kalau tak ramai pun okey je. Tapi kalau boleh tukar tarikh lain, lagi elok. 

Lepas ni tak perlulah nak bersiap bagai nak rak dan pandu dua puluh, empat puluh minit untuk menulis. Lepas ni semua opus ditulis kat mamak je kot.


Okeh papan kekunci untuk Ipad dah sampai semalam, lebih cepat dari tarikh jangkaan (tapi memang sepatutnyalah sebab tarikh jangkaan sepatutnya tarikh paling lewat terima - sepatutnyalah). Walaupun dalam aplikasi dah nampak kata akan hantar hari ni (semalam) tapi sebab hari ni (semalam) Ahad jadi mungkin akan sampai hari bekerja. Tapi petang dekat pukul enam aku dapat telefon dan penghantar kata dah depan rumah. Heran jugak sebab selalunya memang main letak je lepas tu akan dapat whatsapp siap gambar letak mana. Yang telefon perempuan, bila aku keluar, yang tunggu depan rumah ialah lelaki. Tapi tak kisahlah. 

Kalau ikutkan, sampul Ipadnya memang ngam, kira sempurna la, tapi papan kekuncinya ada rasa macam murah, sebab bila pakai memang nampak lambat sikit berbanding apa yang ditaip. Tapi rupanya memang padanlah. Rasa macam mahal sikit tapi bila fikir semula, tak apa lah sebab memang yang jual sampul sekali dengan papan kekunci untuk Ipad yang keluar sepuluh tahun lepas ni hanya ada satu je kat Shopee dan kat China pula, jadi kira okey la. Tapi lepas tu aku baru ingat ye lah kenapa tak tengok kat Lazada. Tapi nak buat macam mana pun, sebab dah siap sampai dah.

Aku syak sebenarnya yang taip tapi lambat keluar kat skrin ni ialah masalah Ipad bukan masalah papan kekunci sebenarnya. Yalah Ipad keluaran lama, jadi tak berapa serasi dengan perisian yang terkini. Semalam masa nak cuba menaip kat Google Docs pun keluar amaran untuk kemaskini ke versi paling mutakhir. Tapi bila buka App Store pun memang dah tak ada kemaskini lagi. Aku tak tahu la agak berapa lama boleh sokong ni tapi harapnya sempat la barang satu atau dua buku. 

Semalam dah rasa macam nak pergi Rahmath atau Awwal untuk menulis kat sana tapi hari ni Isnin pula, kena bangun awal. Itupun semalam tidur pukul empat pagi dan dah kena bangun pukul enam lepas tu untuk hantar Ariana ke sekolah. Kalau ikut semalam boleh tidur lebih awal tapi aku bajet nak pergi isi minyak kereta sebab hari ni nak hantar Ariana ke sekolah, tapi waktu nak berispa tu tiba-tiba aku duduk depan Ipad dan terus menaip beberapa draf untuk satu cerpen yang tengah kejar tarikh akhir. Aku tanya Sufian, satu lagi cerpen ni rasa macam sangkut jadi aku minta dia tarikh akhir untuk aku bajet dan paksa siapkan sebelum dia kena susun reka letak dan hantar pada kilang cetak. Jadi dia kata hari Rabu dan harapnya sempat la siap lebih awal sebab sepatutnya aku dah lama mula tulis untuk buku seterusnya. Untuk novelet zine tu aku rasa mungkin sambung sikit pelan-pelan di antara sela menulis buku cerpen seterusnya. Mungkin akan cuba hantar pencetak tapi tak tahu bila tapi rasa memang akan buat juga sebab dengar Sufian kata kos mungkin dalam lima atau enam ringgit sebab nipis. Aku bajet mungkin bila buku aku dengan Saat dah sedia untuk cetak, mungkin waktu tu aku akan cetak sekali novelet. Ada rasa macam desakan untuk setel semua sebelum PBAKL tapi kita tengok dulu.  


Blogger

Sebenarnya aku lupa nak kemaskini Linktree. Tak ingat langsung. Jadi dah tambah pautan blog ni kat Linktree.  

Kena siapkan lagi satu cerpen sebelum Rabu.

Semalam ke Wayang Budiman, tapi tengah malas nak ulas pasal filem semalam, jadi nanti lah, sebab macam elok juga lambat sket reviu sebab tak berapa minat tapi kebanyakan suka, jadi biar kejap dan tengok apa yang terlintas atau terngiang dalam kepala, baru tulis.

*

Selepas beberapa hari sakit kepala dan badan dan langgar deadline, cerpen-cerpen yang dikerjakan sejak beberapa minggu lepas dah hantar pada Sufian (walaupun masih hutang satu cerpen. Aku bajet nak bagi tiga tapi saja mengada cakap nak bagi empat dan tiga dah siap, tinggal lagi satu yang aku yakin akan bagi sakit kepala sakit badan dan langgar deadline lagi). Respon dari Sufian macam mengujakan juga - dia suka dan terinspirasi untuk cuba menulis semula. Cuba menulis semula ni memang paling payah. Jujurnya aku faham sebab kebanyakan masa aku menulis kebelakangan ni memang pembahagian masanya ialah 90% tak tahu nak buat apa dan 10% tiba-tiba entah dari mana datang idea dan terus sambung tulis sebelum rejek idea tu sendiri sebab rasa tak best dan lagi sekali datang idea lain lepas tu rasa tak best dan ulang lagi sampai rasa okey ni best sikit. 

Aku ingat beberapa tahun lepas aku dah jumpa gaya baharu penulisan (baharu untuk diri sendiri la, rasa macam banyak kot menulis macam ni tapi sebab aku baru nak buat, jadi baharu pada aku la) yang aku nak buat - aku ingat aku tweet perbandingannya seperti side project band yang telah menjadi hala tuju baru band utama. Lebih kurang macam tu la. Beberapa tahun lepas aku rasa aku tulis lambat gile sampai aku rasa menyampah apsal aku tulis lambat sangat. Jadi aku mula menulis dengan nama lain untuk cuba menulis dengan bukan gaya aku menulis. Segala benda pasal Mohd Azmen, aku cuba terbalikkan - sebabnya memang satu je, aku harap aku menulis dengan lebih pantas. Jadi dalam fasa itu, aku macam menemui satu suara baru dalam tulisan dan aku cadang untuk terus guna je semua yang aku cuba buat tu dengan nama Mohd Azmen. Tak pasti macam mana penerimaannya tapi ada rasa mungkin akan dapat respon yang bercampur la kot. 

Stail baru ni akan ada dalam empat cerpen baru dalam Wiskipop edisi baru dan seterusnya mungkin dalam kumpulan cerpen dengan satu penerbit lain yang sepatutnya aku dah mula siapkan draf sebelum hujung tahun. Tapi di antara Wiskipop baru ni dengan kumpulan cerpen tu, akan ada novelet tapi novelet tu masih tulis dalam stail lama sebab novelet ni memang dah mula tulis sejak 2016 (geram jugak aku, nak tulis novelet jeee tapi nak siapkan dia makan tahun jugak. Aku letak sasaran untuk setelkan tahun ni juga, atau paling lambat awal tahun depan. Oleh sebab novelet ni pendek & nipis je, aku takkan hantar mana-mana rumah penerbitan sebab nak jual sebagai zine dan akan ada banyak versi zine - sebab aku akan cetak dengan amaun yang minima tapi bila habis, aku cetak lagi - jadi akan ada edisi yang aku cetak dengan mesin fotokopi, ada yang akan dicetak di kilang dan mungkin juga ada yang akan upah pihak ketiga untuk buat satu edisi). 

Lepas siap novelet dan kumpulan cerpen seterusnya, dah boleh pelan-pelan fokus pada novel. Mungkin novel ni aku akan paksa untuk ditulis dengan gaya baru juga walaupun, ya, ideanya juga dari beberapa tahun lepas. 

Dua catatan tentang makanan. Okey la tiga la.

 1. Ada kawan twitter kata pertama kali dengar tentang mee siput. Oleh sebab aku berasal dari Johor, jadi aku tak pasti sangat tentang pandangan orang negeri luar tentang makanan Johor. Rasa yang mungkin orang luar ingat tentang makanan Johor (dari segi kelainan berbanding negeri lain) ialah sambal kicap dan laksa Johor. Kalau ikutkan, banyak je menu dari Johor dan rasanya tak pelik kalau nampak restoran atau kedai menggunakan tema makanan Johor sebab pada aku memang cukup untuk penuhkan menu dari sarapan hingga makan malam. Cuma mungkin ia agak seimbang untuk keseluruhan menu, jadi tak ada yang begitu mendominasi. Atau mungkin juga makanan Johor banyak disukai ialah snek. Tapi jujurlah, sebenarnya aku tak pernah fikir sangat tentang hal makanan negeri sendiri berbanding negeri lain, jadi susah juga nak ceritakan sebab mungkin apa yang orang negeri lain rasa ia unik, tapi biasa je kat negeri sendiri. Macam contoh kacang pool, aku masih rasa ia bukanlah sebahagian makanan Johor sebab kacang pool ni mula popular mungkin sekitar sepuluh tahun lepas. Atau nasi beriyani gam, aku tak fikir ia ekslusif untuk negeri Johor sebab negeri lain pun ada juga menu ni. Tapi lepas tu aku rasa ada juga menu walau berkongsi nama tapi ia ada versi berlainan berbanding negeri lain. Macam contoh, aku memandang rendah martabak dan yong tau fu kat Kuala Lumpur dan Selangor. Mula-mula aku makan martabak kat KL, aku pelik kenapa martabak ni kecik. Martabak kat Johor besar jadi aku tak pernah minat sangat dengan martabak negeri/a lain, kecuali Singapura. Jangan mula pasal yong tau fu. Aku tak faham langsung macam mana orang boleh makan kuah coklat tu. Masa mula-mula jumpa yong tau fu palsu tu, aku macam, apa benda ni kot. Mana sup? Mana sambal? Kenapa letak kuah tak sedap? Ni mi apa korang panggil mi tapi lagi tebal dari jari ni? Astogeee. 

2. Cerita pasal yong tau fu, hari ni terbaca pasal makanan cina kat FB. Aku terbaca Cina ni kahwin dengan Melayu lepas tu dia mengalami kejutan budaya dengan makanan Melayu yang diadaptasi dari masakan Cina. Mula-mula pasal char kuetiau lepas tu yong tau fu. Dia pergi kedai Melayu nak makan char kuetiau lepas  tu jem kejap kenapa kuetiau dia basah/berkuah. Dia pergi tanya kat penjual lepas tu penjual tu terangkan char kuetiau tu apa.... pada seorang Cina. Pernah nampak juga isu ni kat twitter tapi pendapat aku, memang bangang la amik masakan dari luar lepas tu letak nama ikut suka hati. Sama juga macam yong tau fu. Pos kedua dia cerita pasal yong tau fu. Dia ajak isteri dia pergi makan yong tau fu (yang sebenar) lepas tu isteri dia bising cakap ni bukan yong tau fu.... pada seorang Cina. Walaupun dia tulis dalam pos FB dia bukan dalam keadaan marah atau jengkel (sebaliknya memang tenang dan rileksss) tapi aku pula yang rasa nak rage. Tu makanan diorang kot, orang lain pulak yang berlebih. Cuba bayangkan nanti satu hari, orang bangsa asing, contoh Bangladesh atau Nepal, jual mi goreng basah lepas tu dia bagi mi goreng mamak. Macam tu la perasaannya tentang char kuetiau/kuetiau. Tak pun, nasi goreng tukar nama jadi nasi tumis sebab secara teknikalnya, nasi tu bukannya digoreng, sebaliknya ditumis. Mungkin satu hari nanti kalau aku buka kedai makan, aku akan buat menu ni; nasi tumis dan mi goreng basah (tapi kering). 

3. Pernah masa aku kerja kafe, ada orang datang lepas tu dengan konpiden order teh. Okey, dah bagi dia seleksi teh untuk dia pilih. Lepas dia dapat teh dia, dia datang balik kaunter dan komplen.

Dia tanya, mana susu? Kenapa teh dia takde susu, dia order teh bukan teh o.

Kalau boleh aku lempang pelanggan, dah lama aku buat. Memang rasa nak marah sebab jenis tak pandai tapi buat-buat pandai. Dia ingat ni mamak ke order teh dapat teh susu. Bukan nak merendahkan restoran mamak (aku pun kaki lepak mamak) tapi aku merendahkan pelanggan mangkuk tu sebab kalau tak tahu, tanya lah elok-elok. Dah kau masuk kafe, jadi, memang ikut menu kafe la. Takde la aku pergi mamak lepas tu komplen ni apa jual cappuccino ice blended, cappuccino mana boleh buat ice blended (kisah benar - dulu pernah dengar cerita, ada pelanggan dari Barat datang kafe order cappuccino lepas tu terkejut bila barista tanya cappuccino nak ais ke panas. Apalagi melenting terus mat salleh tu terus bising mana boleh cappuccino buat sejuk atau ais. Dia cakap dah pergi banyak kafe kat barat sana tak pernah jumpa cappuccino ais. Memang lah, sebab yang ada jual cappuccino ais cuma kat Asia Tenggara je. Dan secara jujurnya cappuccino ais memang bodoh, dari segi rupa atau fungsinya). Yang aku paling bengkek tu konpiden je dia komplen. Memang jenis tak pernah order air kat kafe. Ni sama la jenis order iceblended coklat lepas tu masuk gambar dalam instagram dengan tanda pagar #coffeelover.