Maknanya ni dah tak pergi Wayang Budiman dah la ni.

Rasa lama jugak zine nak siap cetak ni. Macam awal nau pulak rasanya aku umum nak cetak. Jap, okeh, aku cuba ingat balik, PDP hampir dua minggu, cetak pun hampir dua minggu. Maknanya paling cepat untuk anggar siap cetak buku ialah sebulan lebih. Kira paling selamat dua bulan. Itupun aku cetak lima puluh je dan ia cuma zine. Kalau cetak buku ni, maknanya lagi lama la. Okeh, kalau macam tu, lepas ni aku terus umum bila buku dah siap je lah kot. Tunggu lama-lama, duit pusing modal pun setel. 

Tapi sekarang aku agak sibuk juga dekat kafe, campur lagi nak diet, jadi setakat ni, aku syak ada sebulan juga aku tak menulis. Tapi kena pastikan aku membaca la.   

Sedikit catatan idea untuk karangan muzik.

Untuk latar lagu filem pendek nanti, aku dah teringat kembali pada lagu-lagu yang aku cuba gubah di dalam Garageband. Aku rasa macam ada beberapa lagu yang sesuai dengan tapi bila godeh balik dalam Garageband tu, ada satu lagu je yang sesuai untuk aku pakai. Dan itupun ada bunyian instrumen yang aku rasa ada letak tapi dah takde pulak. Mungkin aku kena ejas balik sampai setel kot. Secara keseluruhan, ia macam sesuai ketika bahagian penutup sebab ia lagu penuh (maknanya instrumen penuh), mungkin akan tambah sedikit susunan di bahagian hadapan, supaya boleh guna untuk latar filem. Walaupun idea sebenarnya ialah bunyi kesunyian sepanjang filem, oh dan juga bunyi latar semasa dirakam (tapi akan rakam waktu sunyi juga sebab sepatutnya dalam semua bingkai tiada manusia lain di dalamnya) tapi ada rasa mungkin kena tambah sikit juga untuk naikkan mood.  Apa-apa pun aku akan sambung karang dulu, dan nanti tengok macam mana sesuai ke tak. 

Dah kalau beli daun bawang sehelai dua takkan dnak sampai seringgit, memang la rasa murah.

 Minggu ni dah mula cuti sekolah, dan aku baru je pergi NSK semalam beli seikat besar daun kunyit, seikat besar daun pandan, seikat besar serai dan seikat besar daun bawang, jadi minggu ni kena masak nak bagi habis semua la kot. Cerita dia aku memang nak beli semua ni tapi NSK dah siap-siap ikatkan, jadi nak tak nak, memang kena amik je le. Tapi nasib memang murah. Seikat besar daun pandan dengan daun bawang baru RM3 setiap satu. Daun kunyit ikat besar tu pulak baru seringgit. Aku jem jugak nak beli banyak-banyak ni tapi aku fikir, okey la minggu depan hari-hari kita masaklah. Aku target nak masak resipi twitter tadi (dah masak) dan masak nasi ayam. Lepas tu baru aku fikir nak masak apa lagi.

Kadang aku baca orang cakap kedai Acheh aku rasa macam, senang betul terpedaya. Kedai acheh tak murah tapi kita selalu rasa murah sebab boleh beli sikit-sikit. Aku pun selalu juga pergi kedai acheh untuk beli barang yang kecik-kecik je, tapi takde la sampai aku nak kata kedai acheh murah. Pasaraya hiper atau pasar raya borong memang la rasa mahal sebab ada barang dia jual mahal, ada yang jual murah. Dan ada yang murah tapi dia jual dalam kuantiti banyak. Cuba beli banyak tu juga kat kedai acheh, memang takdenya harga macam kat pasar raya.  

Kucing.

Pagi tadi masa aku masak (resipi dari twitter, masak lemak yang dikecam, katanya, aku pun malas nak riki apa benda yang dikecamnya tu, sebab aku tengok resipinya ringkas, dan hasilnya macam menarik, jadi aku cuba la masak, jadi boleh kata sedap juga la), aku nampak ada dua ekor kucing dekat belakang rumah. Ni kucing entah mana entah, bukan yang enam ekor sibuk datang rumah tu (sekarang tinggal dua ekor je, yang lain semua fedap sebab aku tak bagi makan lagi dah, malas aku, aku siap beli makanan kucing, tak lalu diorang nak makan, tengok je tak nak makan, tahu la makanan murah, bersyukur la woi), atau mungkin juga ada seekor yang dulu datang tapi sebab dah dewasa, jadi aku tak cam. Okeh, aku tengah basuh pinggan kat singki sambil memasak, dan aku nampak yang kucing betina tu dah menggelinjang semacam, dah berahi sangat kot, siap gesel badan berguling-guling dekat penutup lubang longkang. Yang jantan dia memang dah perati je tapi entah, dia kekok ke atau C. Can't tell ke entah la. Aku pulak bila nampak tu, aku saja la dengki, aku pergi amik sisa tulang ayam dan campak pergi kat kucing jantan. 

Kucing liar ni memang pantang nampak makanan, aku tak tau la macam agresif sikit semua bila ada makanan walau sekadar sisa tulang sikit je. Lepas aku campak ayam tu, memang kucing jantan tu pergi kejar, tapi dia macam jem kejap, nak makan ke nak beromen. Dia gigit juga sikit-sikit ayam tu, tapi sekali gigit, sekali juga dia toleh belakang tengok kucing betina yang tengah gatal bijik tu menggelinjang belakang dia. Makan sikit, toleh belakang, makan sikit, toleh belakang. Aku nak tergelak dah. Lepas tu aku campak juga seketul sisa ayam dekat kucing betina tu. Aku ingat dia bolayan je, sekali laju juga da dia kejar tulang ayam tu. Aku ingat dah tengah berahi sangat sampai lupa dunia. Jadi, dua-dua ekor tu sibuk makan sampai lupa nak beromen. 

Yeke? Mesti la tak.

Lepas makan, diorang dua ekor hilang mana entah. Aku macam, dah kenyang lepas tu dah malas kot nak lepak situ lagi. Tapi tak lama lepas tu, tanpa aku sedar, diorang dah beromen kat situ, betul-betul depan tingkap dan aku tak perasan langsung sampai la diorang dah nak setel. Cis, sempat juga diorang patah balik lepas tu buat maksiat dekat belakang rumah aku.

Aku ingat setel situ dah. Nasib baik aku ada lagi lepak kat dapur. Rupanya kucing betina tu panjat dapur tingkap dan nak masuk rumah. Weh, bukan tadi dah siap makan dengan beromen ke, ke lepas beromen lapar balik? Nasib aku nampak, sebab aku memang dekat depan tingkap tu tapi jauh sikit, kucing betina tu tak nampak aku. Aku syak dia dah target ayam goreng yang aku baru goreng tadi. Jadi bila dia nampak aku, terus tak jadi masuk dan lari. Aku terus tutup tingkap le. Nasib baik, kalau tak, ada juga yang kena masak lemak jugak ni.

Lepas aku tutup tingkap, aku ingat dah setel kat situ dah. Sekali tiba-tiba ada kucing lain pulak berdiri kat sebelah tingkap yang aku dah tutup tadi. Ni kucing yang selalu tunggu kat depan rumah. Yang selalu lepak dekat depan rumah, tinggal dua ekor je yang setia, seekor tengah hamil, seekor lagi ni aku tak perasan jantan ke betina, ni la kucing yang tengah berdiri tepi tingkap, mengiau bila nampak aku. Kucing kan boleh tengok dalam gelap, walau tingkap ada tinted, tapi dia boleh tengok aku dengan jelas. 

Tapi korang faham tak? Kucing yang selalu lepak depan, tiba-tiba pergi belakang rumah dan berdiri dekat depan tingkap. Sebelum ni ada la juga nampak dia kat belakang rumah tapi tak pernah sampai depan tingkap. Jadi, faham tak? Maksud aku, macam mana dia boleh konpiden nak tunggu kat situ kalau dia tak tau aku baru je tadi bagi dua ekor kucing makan? Betul la kadang orang cakap, kucing ni kadang berborak sesama diorang. Macam paling femes diorang cakap, agak kalau kucing korang hilang tak balik-balik, jumpa mana-mana kucing yang dekat sekitar situ, cakap je kat kucing tu suruh pesan kat kucing korang balik rumah. Nanti tak lama lepas tu mesti kucing korang balik rumah. Memang sebab member dia bagitau la tu. Aku syak mesti dua ekor kucing tadi gosip atau bagitau kucing depan rumah tadi, weh aku dapat makan kat belakang. Apalagi, lincah terus pergi belakang rumah.   

Memang betul la Beduk cakap, aku mesti akan buat filem cintan cintun punya.

Aku baru dapat idea untuk filem pendek. 

Agak random juga sebenarnya tapi dari mula aku buka mulut tentang perancangan masa hadapan aku untuk buat filem pendek, aku tak ada idea langsung tentang skrip atau jalan ceritanya. Aku cuma tahu, idea tu akan datang tapi tak tahu bila. Dan sebab aku tak tahu macam mana nak buat, aku boleh bayangkan ia cuma random futej dengan suara di latarnya. Walau ada rasa ia seperti idea yang malas tapi aku tak memikirkan sangat tentangnya sebab tak rasa nak rakam dialog semasa rakaman. Dan lagi kebetulan, idea ini memang kena dengan apa yang aku rancang. Cuma yang tak rancang ialah pelakonnya. Aku perlukan dua pelakon, satu lelaki, satu perempuan dan aku tak boleh bayangkan macam mana nak dapatkan pelakon perempuan tu. Kalau ikut, aku nak je jadi pelakon lelakinya tapi sebab babaknya mungkin akan menyebabkan kegusaran, jadi kena pertimbangkan bagi orang lain. Kahkah.

Oleh sebab tak nak kongsikan kat sini awal-awal tentang ideanya, tapi aku bagitau tema la - the world is empty without you.  

Setakat ni, ada imej-imej dari Chungking Express oleh Wong Kar Wai yang terlintas dalam kepala, babak-babak di kiosk jualan antara Tony Leung dan Faye Wong, walau idea filem pendek ni lagi dekat dengan babak-babak Takeshi Kaneshiro. 

Aku kena tulis sebuah monolog atau cerita. Dan aku rasa aku kena gubah lagu untuk latar filem. 

Kena kemaskini linktree ni nampaknya.

Okeh, dah buat Shopee Seller punya akaun. Walau tak ada produk lagi, bolehlah mengikutinya dahulu. 

shopee.com.my/mohdazmen6666

Jap kena buat tiktok ke ni?

Lepas balik dari Jin Wai, nampaknya makin kukuh aku punya logik untuk buat bahan bacaan yang minimal. Satu sebab kosnya murah dan ada rasa macam boleh jual mahal sikit. 

Teori aku lebih kurang macam ni, aku rasa sekarang macam tak popular sangat hal pembacaan buku, melainkan yang ada dalam lingkungan pembaca, pembeli, penulis dan pempengaruh buku. Jadi, aku rasa elok aku buat bahan bacaan yang nipis, tak tebal sangat macam novel, dengan harga murah, boleh ulangbaca banyak kali, dan senang bawa kulukilir. Dan juga nampak hip. Dan untuk medium, aku pilih zine, berbanding buku (kira untuk rupa fizikalnya) sebab ia jauh lebih murah. Ada rasa aku tak pasarkan ia sebagai zine, hanya guna terma penulisan saja, macam novelet, novela, cerpen, puisi, anekdot, interviu atau apa-apa sajalah ia. (Zine seperti ada konotasi atau prasangka yang buat orang fikir ia tak serius atau sangat bebas, jadi, aku elakkan gunanya, walau tak nafikan ianya sebuah zine. Ala lebih kurang macam terma buku indie la, bukan tak nak kata buku indie, tapi kenapa sekadar menghakimi dari label?) Aku tak tahu la macam mana, tapi kalau berjaya tembus ke dalam tiktok contohnya dan jadi tular, mungkin ia akan memulakan trend baru. Aku saja nyatakan tiktok, sebab ia juga merujuk kepada rentang perhatian massa yang makin singkat. Maknanya, selain video atau lain-lain konten, aku fikir buku atau bahan pembacaan pun perlu ada yang tak perlu terlalu lama untuk habiskan. Walau menurut Sufian, buku tebal ke nipis tapi kalau pembacaannya memerlukan pembacaan yang teliti, ia akan jadi lama juga. Dia kata begitu sebab dia tak rasa macam tulisan yang dia terbit atau yang aku tulis ni sebenarnya akan boleh baca terus sekali lalu. Aku cuma kata, betul juga, cuma ia lebih kepada ekspresi kali pertama la, mungkin orang tengok buku tu nipis, jadi rasa senang la nak habiskan. Kalau lepas tu dia baca lepas tu rasa susah nak habiskan, tu dah cerita lain la. Kahkah.  

Untuk masa hadapan, mungkin kalau boleh pergi jauh, mungkin aku akan pertimbangkan untuk bukak entreprise, dan walau aku tak harap apa-apa sangat, tapi korang doalah ia sangat berjaya kerana bila dah berjaya dapatkan modal yang secukupnya, aku sebagai sebuah entreprise akan mula kejar penulis-penulis buku kegemaran korang untuk menulis buku minimalis ni dengan aku. Ya, betul, penulis yang terlintas dalam kepala kau sekarang. Oh ya, sebab aku tahu sebuah kafe baharu yang boleh buat acara, aku akan kumpulkan semua penulis ni dalam satu acara. 

Sekarang kena fikir nak guna idea yang sedia ada tau kena fikirkan idea baru.

Semalam masa kat Jin Wai aku dapat mesej, dari sebuah penerbitan, bertanya jika aku berminat untuk tulis novelet untuk mereka. Membaca perkataan novelet, aku dah lima puluh peratus setuju, sebab aku memang tengah pergi cetak novelet, aku tengah ada idea untuk tulis novelet, dan aku tengah sasarkan untuk tulis beberapa novelet untuk tahun ni. Lepas tu baca ayat seterusnya, anggaran patah perkataan dan juga gaya penulisan yang dicari, terus aku setuju je. Memang aku tak tanya benda lain, sebab aku memang tengah tak ada material yang dah siap, jadi kena tulis dulu dan kebetulan tarikh akhir penghantaran pula agak selesa jaraknya. Jadi, aku setuju, aku kata akan diusahakan. Aku agak konpiden sebab novelet yang diminta dalam jumlah perkataan yang agak  lebih rendah berbanding jangkaan aku untuk sebuah novelet. Novelet biasa tak melebihi 17500 perkataan, jadi aku fikir, kalau antara 13000 atau 16000 ni kira ngam lah. Jadi, kalau lagi rendah dari tu, aku macam okey sangat ni, sebab walau aku ada beberapa idea untuk novelet, tapi tak pasti sama ada ia bersesuaian dengan stail penerbitannya.

Oh, aku tak pernah menulis untuk penerbitan ni dan aku tak begitu jelas sangat akan penerbit ni kecuali pernah nampak masa pesta buku hari tu, dan ada lihat laman sosial mereka, kira maklumlah penerbit ni. Cuma gaya pernebitan je yang, walau aku tak pernah baca lagi buku-buku mereka, ada rasa macam agak berlainan dengan gaya penulisan aku. Tapi sebab memang secara spesifiknya mereka minta 'macam cerpen-cerpen Azmen' jadi, ya, aku on je. 

Mungkin inilah namanya branch out kot. 

Menuju kemandirian.

Semalam dah pergi kedai/kilang cetak dan malam pulak lepak dengan Sufian kat CBTL sampai tutup (aku ingat nak sambung lepak Rahmath dengan Beduk, tapi dia dah gerak). Kali pertama aku pergi Jin Wai yang memang diketahui ramai tempat tak rasmi untuk semua penerbit marhaen (baca: indie) menerbitkan buku mereka. Aku dengan konpiden terus memandu pergi sana petang-petang dan ketuk pintu dia walau tak pernah cuba kontek dia kat whatsapp atau mana-mana platform. Aku main gamble je datang, bawa contoh macam mana aku nak cetak dan lepas tu minta nombor telefon dia masa dia suruh bagi fail untuk cetak tu (dia siap terkejut, ei? you tak ada nombor saya? macam mana boleh datang sini?) Aku sempat cakap la hari tu buku aku ada buat kat situ jugak yang dengan Laras. Dia pun ingat lagi la jugak. Jadi, masa aku bagi fail, dia terus bukak dan terus sunting aku punya kaver sebab tak center. Lepas tu baru aku faham perbezaan antara Adobe Indesign dengan Canva (aku buat rekaletak pakai Canva je) dan nampak la bila nak buat benda yang kena cetak, guna Indesign lagi sesuai, atau mungkin juga aku tak betul-betul faham cara guna Canva. Aku tak tau la lepas ni macam mana, tapi aku rasa memang pakai Canva je la kot. Sebab dekat kaver je mungkin macam nak kena ejas sikit. Untuk susunatur huruf dan mukasurat nampak macam elok je. 

Okeh, lepas pergi semalam, mungkin aku boleh buat tips atau ingatan untuk diri sendiri tentang hal pergi cetak ni. Aku tak riki tempat lain, memang aku pergi je Jin Wai, tapi berdasarkan harga yang ditawarkan semalam, untuk zine (saiz A5 lebih kurang) bawah 70 mukasurat memang berbaloi gila (untuk zine dia cadangkan letak anggaran dalam 70 mukasurat atau lebih sikit tapi kalau boleh jangan sampai 80, sebab ia jadi sangat tebal dan lebih sesuai untuk buat macam buku terus). Rasa macam harga sepuluh tahun lepas. Dia pun cakap,  dia memang bagi harga macam tu sebab susah juga penerbit nak jual kalau mahal-mahal. Dan aku cuba untuk tanya dia punya katalog harga tapi sebenarnya mungkin susah juga dia nak anggar, jadi paling senang, kalau nak cuba cetak kat sini, boleh whatsapp je terus dan dalam whatsapp beritahu nak cetak zine atau buku (ye, dia faham zine tu apa), saiz buku, jumlah mukasurat dan jumlah cetakan yang diperlukan (aku buat lima puluh cetakan dulu untuk yang pertama ni). Nanti dia akan beritahu berapa harga berdasarkan permintaan tu. 

Untuk pergi ke sana, Sufian kata belah pagi agak sibuk juga tempat dia, aku pulak pergi petang-petang, dalam pukul empat lebih kot aku sampai, jadi memang agak tenang. Aku siap terfikir ni kawasan apa eh, tak sibuk sangat. Rupanya aku dah lepas waktu sibuk tempat tu. Nanti lain kali aku nak datang ambil cetakan yang dah siap pun aku akan ambil belah petang. Dia cakap boleh je nak hantar tapi dia akan guna kurier, jadi agak tak begitu jimat kos. Dia boleh pakai perkhidmatan penghantar tapi kalau dari tempat dia sampai rumah aku, mahu dalam RM20-RM30 camtu, memang baik aku ambil sendiri lah. Dia cakap sebenarnya pelanggan dia ramai yang jauh-jauh, jadi biasa dia pos je. 

Okeh, setakat ni aku dah usha macam mana nak buat rekaletak, lepas tu cara nak dapatkan ISBN dan PDP, ni cara nak hantar cetak dan riki harga, jadi lepas ni pasal pemasaran pulak. Macam biasa, cara paling senang ialah jual sendiri tapi biasa tak le pergi jauh sangat. Jadi, dari dulu, benda yang aku fikir ialah untuk hantar ke kedai buku dan kedai buku ni memang kena pilih la sebab tak rasa nak hantar yang menstrem sangat, sebab pernah dengar ada kedai buku macam ni biasanya akan ambil komisen yang sangat besar, dalam lima puluh persen atau enam puluh persen macam tu. Setakat ni, ada beberapa yang aku dah riki, mungkin akan letak di Tokosue, Fixi dan Tegak Balai. Aku macam tak perasan sangat kalau ada lain yang boleh aku tumpang, tapi nanti aku cuba riki. Okeh, selain kedai buku fizikal, aku akan cuba buat secara daring juga. Pilihan pertama ialah Shopee, ada rasa nak cuba buat kedai Shopee sebab kebetulan aku baru tahu pasal poslaju punya parcel daring (sebenarnya cara macam ni dah lama dah, aku baru sedar je sebenarnya, sebab dulu pernah cuba dengan Ninjavan - tapi ni masa kerja kafe, aku siap ingat khidmat macam ni cuma untuk syarikat besar je camtu, rupanya, bukan Ninjavan je buat dan semua boleh buat). Aku dah siap beli pek berbusa untuk penghantaran nanti sebab sampul atau pakej kena balut sendiri, hanya perlu buat pesanan di dalam sistem dan pergi ke poslaju atau pejabat pos untuk cetak pelekat dan tampal pada parcel. Benda dah lama, aku je baru sedar. Kalau tak, takyah susah-susah aku beli plastik parcel tu kat pejabat pos. Aku harap harga rendah sikit la, hari tu ada promosi tapi dah habis dah. Cuma sekarang ni aku kena telaah sikit macam mana nak buka kedai Shopee dan uruskan penghantarannya. Silap-silap tak pakai poslaju. Aku ada masa lebih kurang seminggu untuk setelkan sebelum cetakan kat kilang siap. Okeh, selain kedai Shopee, aku ada lagi satu cara untuk daring; iaitu minta tolong Beduk jualkan kat Facebook. Aku ingat boleh kot aku bagi sikit komisen. Facebook ni memang kurang sikit aku, jadi macam nak minta tolong Beduk dan guna pengalaman dia dulu jual buku untuk bantu jual novelet aku. Setakat ni, ni je la dulu. Sebab sasaran nak habiskan empat puluh tiga naskah ni dulu (lima naskah kena bagi Perpustakaan Negara, satu naskah bagi kat Sufian dan satu naskah untuk simpanan sendiri, jadi tinggal la empat puluh tiga. 

Okeh, seterusnya aku kena siapkan naskah novelet seterusnya, sebab macam tak banyak sangat nak buat sebab ia adalah versi panjang cerpen yang aku tulis (tak pernah rilis lagi), cuma sebab dah hantar dalam manuskrip kepada satu penerbitan, dan aku bercadang nak ambil balik manuskrip tu, jadi aku kena maklumkan pada penerbit tapi aku tak tau nak cakap macam mana, sebab ada rasa nak datang jumpa berdepan. Tapi macam pelik juga kalau takat jumpa dan cakap nak ambil balik manuskrip. Walau sebenarnya penerbit tak kisah kot kalau aku whatsapp je. Takpe, yang penting tulis dulu. 

Untuk novelet seterusnya ni, aku akan beri pada Sufian untuk buat rekaletak. Sebab hari tu dia pelawa untuk beri novelet Hingar ni kat dia untuk buatkan rekaletak. Aku cakap aku dah buat semua sekali dah, kulit muka dan isi halaman semua tapi aku cakap aku ada lagi novelet nak keluar sebab aku sasarkan untuk tulis empat novelet tahun ni. jadi yang seterusnya ni boleh je bagi kat dia buat. Laras 99 akan mula tawarkan perkhidmatan marhaean  untuk rekaletak zine dengan harga berpatutan. Aku syak, mungkin selepas seminggu jual Hingar, mungkin dah hantar novelet kedua untuk cetak (tapi ikut berapa cepat aku habiskan sunting dan tulis lah kahkah). 

Esok baru nak pergi hantar cetak dan riki harga.


























Sebenarnya aku tak plan sangat promosi pasal novelet ni, aku asyik fikir bila la nak dapat PDP dengan macam mana nak pergi Jin Wai nak cetak ni, jadi aku lupa untuk rancang promosi. Hujung minggu ni lepas dapat PDP pada hari Jumaat, aku buat semakan dan suntingan akhir sebelum nak hantar pergi cetak dan baru terfikir, dah boleh kot nak war-warkan. Jadi, aku pun muat naik kulit bukunya. Itu je lah promosi aku buat dulu. 

Oh, lagi satu aku asyik fikir, agak cukup ke tak duit nak cetak ni (aku ada la duit lain yang aku boleh dahulukan kalau terlebih bajet, tapi aku harap cukup la bajet yang aku bajet tu dan tak perlu usik duit lain). 
 

Mendengar Joji

Aku rasa aku patut buat senarai main untuk lagu-lagu Joji yang tiba-tiba lalu dalam kepala. 

Aku tak pernah betul-betul dengar habis keseluruhan album-album Joji, tapi memang ada banyak lagu yang secara rambang yang aku suka. Ada beberapa kali aku cuba dengar keseluruhan album, tapi selalunya aku tak begitu fokus sebab dengar cuma dekat komputer atau di stereo kereta. Ada waktu aku biarkan ikut senarai main di Spotify. Dan anehnya, satu demi satu lagu yang akan tertinggal dalam kepala dan akan keluar pada ketika yang sangat rambang. Ada waktu, aku tengah lepak kat Rahmath tiba-tiba teringat melodi lagunya tapi aku tak tahu lagu yang mana. Dah aku kena ulang pasang satu-satu untuk teka yang mana. Ada yang senang, tapi ada juga yang sampai hujung senarai main baru jumpa. Aku rasa untuk setahun dua ni, memang banyak ulang dengar lagu-lagu Joji, cuma ia berlainan lagu. Ia macam aku asyik menerokai lagu-lagu baru walau ia tiga-empat album yang sama. 

Dulu aku pernah dapat idea untuk menulis Mendengar Adele. Idea asalnya memang sangat ringkas, sebab ada beberapa kali terdengar lagu Adele dan rasa seperti lirik yang mungkin aku suka atau mungking judul lagu yang aku suka. Jadi, aku terfikir untuk mendengar keseluruhan album-album Adele dan mungkin tuliskan sesuatu tentangnya. Dan ia berkembang kepada idea untuk mendengar lagu-lagu ini dan pilih lagu yang aku gemar dan tuliskan cerpen, anekdot atau apa-apa, tapi keutamaannya ialah cerita, sama ada panjang atau pendek. Jadi, lagu-lagu hit Adele memang menarik tapi bila aku dengar keseluruhan album, ada rasa macam tak begitu berminat untuk habiskan. Atau mungkin aku tak dapat fokus ketika mendengarnya. Tapi masih rasa judul Mendengar Adele itu sangat menarik. Tapi masih tak berbuat apa-apa dan simpan saja judulnya untuk kegunaan nanti bila aku dah rajin untuk menulis tentangnya. Tapi kebetulan aku asyik teringat melodi dan lagu Joji secara rambang dan kebanyakannya lagu yang tak begitu popular di sini, jadi aku fikir, mungkin aku patut ubah kepada Mendengar Joji kot. Satu, mungkin sebab aku memang mendengar Joji walau tak begitu mengikutinya, dan tak begitu penuh kepatuhan, tapi masih ada beberapa melodi dan lirik yang mungkin mengganggu aku (dalam konteks yang baik) dan aku kembali mendengarnya selepas beberapa lama. Dua, mungkin sebab aku memang tak akan ulang sangat bila mendengar Adele kot. Dan aku tak ingat bila kali terakhir aku mainkan lagu Adele di Spotify.  

Tonton filem.

Beberapa filem yang saya tonton kebelakangan ini, dan semuanya di Wayang Budiman. Oleh kerana memasuki separuh kedua 2023 ini Wayang Budiman menawarkan tayangan hampir setiap minggu, jadi saya tak ada aktiviti lain selain ke kafe dan ke tayangan, juga sebab saya fikir bila kafe dah buka, saya takkan ada masa untuk menghadiri tayangan lagi, jadi seberapa mana kesempatan yang ada, saya akan hadir untuk tayangan. 

Senarai filem yang saya tonton, yang mungkin saya belum kemaskini di sini, bermula dari Drama Manusiawi Wim Umboh - Senyum Dipagi Bulan Desember (1974) dan  Pengemis Dan Tukang Becak (1978); tayangan filpen Ridhwan Saidi; Bil Berganda - Picnic At Hanging Rock (1975) dan Mad Max (1979); Bil Berganda - Di Bawah Lindungan Ka'bah (1977) dan Roro Mendut (1983); Realiti Filipina Semasa - John Denver Trending (2019) dan Verdict (2019); dan juga tayangan tertutup Maryam (Pagi Ke Malam) (2023). 

Mungkin takkan ulas banyak sebab banyak sangat dan malas (kahkah) tapi secara keseluruhannya, semua filem-filem yang baik dan menarik. Pada peribadi, saya gemar filem Wim Umboh tapi sekiranya saya perlu beri cadangan tentang filem mana yang perlu ditonton, saya cadang dua filem dalam slot Realiti Filipina Semasa. 

Aku pernah terfikir nak buka kedai makan tapi aku dah lupa la lauk apa aku nak jual.

Hari ni kali pertama aku masak nasi ayam dan aku masak nasi ayam ala hainan. Oleh sebab aku agak pemalas, aku cari resipi paling ringkas dan sangat ringkas sebab aku ada rasa macam nak masak hari-hari. Lagi pula, aku memang tak masak sekali pes cili, pes halia dan juga taugeh dia, walaupun taugeh dia ni mesti sedap gila ah. Setakat aku masak tadi, ada rasa macam kena ejas sikit, macam ayam mungkin aku tak patut terlebih masak - aku ada habit untuk masak dengan api yang besar gila dan biarkan mendidih sebab malas nak tunggu lama-lama tapi masalahnya selalu terlebih masak. Aku pernah cakap masak daging pun aku buka api besar, rasa aku kena ubah sikit kot, sebab kali terakhir aku masak daging tu, terlebih masak juga, dia jadi terlebih lembut dan mula terlerai. Nasib masak kurma, jadi sedap la kuah dia siap ada isi daging. Ayam tadi pula, aku dah rasa tak masak lama sangat tapi sebab dia dalam air mendidih, jadi dia dah cepat terlerai juga, mungkin sebab aku masak kaki ayam juga, sebab kaki ayam dia tak terlalu lembik, kira macam kenyal lagi bila gigit. Macam lucu juga rasanya bila keluarkan ayam dari periuk lepas tu rendam dalam air sejuk. Kalau ikut, diorang siap suruh letak dalam ais lagi. Nasi pulak, aku tak pasti camne, tapi macam ada rasa ia tak cukup masak masa periuk nasi elektrik tu berhenti masak. Aku tekan juga bagi dia masak tapi bila dah habis, banyak kerak, walau tak hangus. Aku macam ada rasa nak kena lebihkan air lagi. Nasib air stok ayam tu banyak lagi, jadi esok aku akan masak nasi (sahaja) ayam dan ayam mungkin aku goreng je pun dah okey kot. Aku macam terletak banyak halia, tapi rasa macam elok juga. Mungkin aku akan cuba kurangkan halia. Aku terlupa sebenarnya nak beli kicap cair, sebab dalam resipi takde tulis, tapi aku cuba je la ganti dengan kicap biasa, pun okey juga, tapi kena cuba juga la kicap cair. Macam lagi ngam je, boleh aku cuba sekali masak taugeh dia. Aku makan nasi ayam tu tadi dengan tempe goreng pun ngam jugak. 

Aku dah simpan dah koleksi resipi untuk menu yang aku terfikir nak masak. Sebelum ni aku asyik lupa je apa yang aku pernah masak dan bila aku cuba nak masak balik, aku dah lupa resipi. Aku pernah masak paprik tapi dalam gaya bukan paprik. Dia takde kuah dan dia warna macam hitam coklat sikit. Sebab tak salah aku, dia macam aku masak ayam guna sos tiram dan tambah dauh limau purut je. Sebab biasa la, aku cari resipi daring (kahkah sengaja cuba guna perkataan pinjam - daring maksudnya dalam jaringan - online, kalau offline, luring) aku akan cari resipi paling ringkas walaupun sebenarnya haram tak kena. Tapi sedap la bila makan. Macam pernah aku jumpa resipi masak daging dendeng paling ringkas gila sampai segala orang komen, ni bukan masak dendeng, ni masak kicap. Tapi memang betul la orang komen semua tu. Aku pernah jumpa resipi masak daging palembang tapi tak guna santan, sebaliknya guna kerisik. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terbuat resipi ni, tapi kesudahannya memang hari raya habis rasanya. Tapi kebetulan memang tengah raya. Dan lauk aku tu memang paling laku walaupun pedas gile. Aku kadang masak memang saja bagi pedas gila. Oh, kebetulan tengah cerita pasal masakan ni, aku bagi tips macam mana nak buat ayam goreng kunyit paling sedap dan ringkas dan bila makan, buat orang akan rasa hairan kenapa ayam goreng kunyit aku dengan ayam goreng kunyit kau tak sama rasa dia eh? Ayam goreng kunyit jeee kot. Okeh, biasa orang lumur serbuk kunyit dan garam dekat ayam sebelum nak goreng, kan? Tak payah letak garam, sebaliknya, lumur ayam dengan serbuk kunyit dan sos tiram. Peh, memang lain rasa dia, walau hanya ayam goreng kunyit. Kalau kau sorok dia punya cara nak buat dan tak bagi tahu orang lain, mesti diorang macam, power juga dia masak ni, ayam goreng kunyit pun rasa lain dari ayam goreng kunyit biasa. Waktu ni bolehlah kita pura-pura merendah diri dan buat dek je bila orang cakap. Kahkah. Aku pun jumpa cara buat ayam goreng kunyit ni kat daring. Aku tak ingat aku tengah cari resipi apa, tapi dah alang-alang jumpa, aku cuba lepas tu terus rasa macam garda depan. 

Esok kita tengok kalau nasi (sahaja) ayam aku masuk ke tak dengan ayam goreng kunyit garda depan. 

Beberapa catatan rambang tentang hal-hal rambang (aku simpan dalam draf selama yang mungkin sebab aku nak bagi ia sepanjang yang mungkin).

  1.  Aku tak setuju sangat idea 'oleh sebab aku dah masak, jadi orang lain pulak kemas' sebab sebagai seseorang yang terdidik oleh kerja-kerja kafe, hal pertama yang aku pelajari ialah clean as you go. Maknanya sambil buat kerja, sambil kemas atau cuci terus untuk elakkan ia bertimbun. Ini merujuk kepada tugas barista ketika menyediakan minuman, lepas ambil susu - simpan semula dalam peti sejuk, lepas ambil bahan di dalam peti sejuk - simpan semula, lepas turunkan syot - terus tekan butang air untuk cuci gelas syot, sambil menunggu minuman dikisar dalam pengisar - lap terus bekas tumpahan susu atau bahan lain, lepas ambil ais di dalam bekas ais - terus tutup kembali bekas, dan sebagainya. Jadi, kalau kita aplikasikan dalam rutin harian, memang akan memudahkan kerja kita. Tak perlu risau hal 'aku dah penat masak, takkan aku juga yang kena kemas' sebab sebagai seorang yang berbudaya, kita akan terus kemas ketika memasak. Dah habis guna bahan - simpan lebihan bahan kembali dalam bekas atau peti ais. Dah habis guna pinggan, mangkuk dan bekas untuk isi bahan masakan - terus cuci lepas masukkan dalam kuali atau belanga atau periuk. Sambil potong bawang, halia, kentang, atau sayuran lain - buang sisa terus ke dalam tong sampah, tak perlu campak semua dalam sinki dulu lepas tu baru nak kutip dan kemas balik ke dalam tong sampah. Kalau tak pernah cuba, cubalah - sebab rasa kepuasannya ialah ketika kita siap masak dan dalam waktu yang sama kita siap mengemas. Rasa macam seronok sebab dapur bersih pada waktu sama selesai masak dan nak mula makan.
  2. Kalau nak masak daging (aku tengah tulis ni masa raya pertama korban 2023), jangan rebus dulu daging tu sebab masakan akan cepat basi. Biasa kalau masak pagi, dalam petang macam tu dah mula nak basi dan berbuih, kalau rebus daging tu dulu. Paling elok ialah tak perlu rebus, terus je masak. Masak segala ramuan dia dulu, dah mendidih baru la masukkan segala daging. Biar la dalam tiga empat jam (atau kalau malas nak tunggu, ikut sampai empuk la, api besar pun takpe, tapi takla besar sangat. Kalau jadi kering, tambah je air). Kecuali masak dendeng la sebab tu memang kena rebus tapi lepas tu dia goreng pulak. Aku tak tahu apa sains di belakangnya, tapi penerangan pseudo sains dia lebih kurang macam ni - bila rebus daging, air yang meresap masuk dalam daging ialah air paip (atau air Coway, ikut la kau rebus guna air apa), dan bila kita campurkan dalam masakan, air (paip) dalam daging tu akan keluar semula dan menyebabkan lauk cepat basi. Kalau terus masuk dalam masakan, yang meresap ke dalam daging ialah ramuannya. Semoga bermanfaat. Chewah.
  3. Biasanya ketika menulis, aku akan banyak kali menemui jalan buntu. Rasa macam jalan cerita tersangkut, atau idea tak bergerak, atau plot rasa macam klise sangat. Biasa orang panggil writer's block, pada aku ia cuma tak cukup inspirasi. Lebih kurang sama je sebenarnya. Dan biasanya kalau aku sangkut macam ni, aku akan baring dan peluk anak lelaki aku (dulu aku peluk dan baring dengan anak perempuan tapi sebab dia dah besar, jadi aku tukar la) sampai datang inspirasi. Kadang tak datang, tapi aku terus je la tidur. Kira situasi menang-menang juga la. Kahkah. Kadang bukan malam je aku buat camni, tengah hari kalau aku tengah duduk menaip lepas tu takde idea nak sambung macam mana, terus aku bawak anak aku masuk bilik dan baring dan peluk dia. Kahkah.  
  4. Aku rasa untuk orang yang baru nak membudayakan minum latte dan tak pernah betul-betul minum latte di kafe, minuman yang korang cari sebenarnya ialah vanilla latte. Sekurang-kurangnya, untuk permulaan, minum dulu vanilla latte, lepas tu baru beralih kepada latte (yang tanpa gula). Kalau boleh, tak payah latte dengan gula terus (bila nak naik taraf dari vanilla latte tu). Dulu masa mula-mula kerja kafe, aku tak tahu latte ni rasa macam mana, dan bila pertama kali minum latte, ia tak sama seperti aku bayangkan, dan selepas lama kerja dan ingat balik pengalaman masa mula-mula kerja tu, boleh la aku simpulkan waktu tu aku ingat latte tu rasa macam vanilla latte (cuma waktu tu aku juga tak tahu macam mana rasa vanila latte). Tapi tak kisah la korang nak minum macam mana pun, cuma nasihat aku satu je, jangan minum (perasa hazelnut). 
  5. Korang pernah cuba kopi o ais limau? Dulu aku pernah sekali pergi mamak dan aku memutuskan untuk baca semua menu yang ditampal kat dinding (ada mamak yang suka senaraikan semua sekali menu dia besar-besar pada sebahagian atas dindingnya, selain dari paparkan visual makanan yang, sudah tentu, tak sama dengan apa yang datang lepas pesan kahkah. Mamak yang aku suka pergi, diorang tampal terus menu kat meja sepenuh-penuhnya, yang di mana bagus juga sebab macam pelapik meja dan kita akan selalu dapat baca menunya - aku paling tak suka jenis restoran bagi menu bila nak pesan lepas tu ambil balik bila dah habis order, apa kau tak tahu ke aku ni suka membaca, menu pun aku baca sampai habis tau. Tapi aku okey je kalau restoran yang pesan pakai QR kod. Antara benda paling bodoh aku pernah baca kat twitter ialah projek memboikot restoran yang menggunakan QR kod. Kau ingat semua orang jenis suka panggil pelayan ke? Aku sebenarnya paling tak suka panggil pelayan sebab selalu aku panggil mesti dia tak nampak. Kalau siapa pernah lepak dengan aku, kalau aku selesa betul lepak dengan orang tu, aku siap suruh orang tu tolong cakapkan sekali aku punya pesanan) dan antara menu yang banyak-banyak tu, aku nampak kopi o ais limau. Sebagai kopi entusias dan aficionado, mesti aku kena cuba. Yang aku bengkek tu, bila aku pesan dekat mamak tu, dia tengok aku pelik je dan siap ulang tanya. Aku apa lagi, aku tunjuk la, tu ha ada kat menu. Aku ingat dia pun jem dan buat je air aku. Kali pertama minum, aku rasa wow. Sedap, sebab dia ibarat minum teh o ais limau, tapi tukar dengan kopi. Cuma aku rasa, dia macam susah sikit kot nak buat sebab nak imbangkan rasa dia. Okeh, aku boleh jangka dia guna kopi robusta, jadi memang tak akan ada rasa dan segala benda kecuali kepekatan kopi la. Jadi, pahit kopi, campur masam limau kasturi, dia takkan rasa sedap, jadi nak imbangkan semua tu, kena letak gula. Bungkusan pertama yang aku minum tu, dari segi imbangannya,  gula lebih sikit, tapi itu memang imbangan yang paling sesuai. Memang kena manis-manis sikit, baru dia tawarkan masam dan pahit. Lepas dari tu aku ulang beli, memang tak dapat sedap yang sama sebab tak berapa manis. Oleh sebab kat rumah ada limau kasturi, dan kopi 434, jadi elok aku cuba buat esok. 
  6. Ni biasanya memang susah, sebab aku pun selalu buat. Aku pernah terbaca, jangan snooze penggera kalau dah berbunyi. Sebabnya, bila kita tidur balik tu, otak akan set yang kita patut tidur lagi empat jam (aku tak ingat la penerangan saintifik dia, tapi lebih kurang macam tu la). Maknanya kalau nak snooze, letak la empat jam awal. Kahkah. Atau paling senang, bangun je terus lepas berbunyi. Itu lagi senang dari nak bangun semula lepas snooze. 
  7. Petikan dari interviu dengan Crosses diambil dari laman web Alternative Press "Usually when we are making this music, we usually put up some movie on the TV in the studio. A lot of the movies we put up are really weirdo, visual movies, usually from the ’60s and ’70s. A lot of them are weirdo, religion-sort-of-based and satanic-sort-of-based. I love visual inspiration while I’m making music. That stuff is always inspiring to me. Those movies—back in that era, before CGI and any of that—it’s just amazing to just have up whether you’re tracking a guitar, tracking bass, or singing. It’s cool to look over and see this bugged-out whatever. [Laughs]" Waktu aku menulis, biasanya aku akan pasang youtube, tapi ada waktu aku akan pasang youtube dan juga televisyen; sama ada youtube di televisyen juga tapi pasang filem P. Ramlee (ada yang dah diwarnakan ada yang masih hitam putih) atau buka Netflix atau Disney+. Selalunya filem yang aku pasang ialah Blade Runner 2049 atau Don't Look Up. 
  8. Aku dah hampir lupa dah pasal draf ni sebab dah tertimbus dengan entri-entri lain. Kecuali kalau aku selalu simpan draf atau buat apa-apa edit, dia akan kekal kat bawah. Sama juga macam kat twitter, aku ada threads merakam random thoughts, dan ia hanya untuk circle aku saja dan setakat ni circle aku cuma ada aku sorang je (kahkah) dan aku selalu lupa aku ada thread tu. Patut dah boleh la letak lebih dari satu pinned tweet kat twitter ni. Banyak nak pin, nanti aku lupa. Okeh, aku sudahkan lah draf panjang yang bermula pada 14/7/2023. Takde la lama sangat. Nanti la aku buat lagi lama.  

Semalam aku sakit kepala sebab baca buku tak sedap; aku dah baca sampai separuh walau sakit kepala sampai la aku tak tahan, baru aku berhenti; dan ketahuilah, inilah antara pengorbanan seorang penulis seperti aku terpaksa habiskan baca buku tak sedap supaya korang boleh baca tulisan sedap.

Sebenarnya aku dah lama fikir nak tulis entri yang kemaskini semua buku yang aku sempat baca, tapi selalunya aku malas sebab aku malas nak buat ulasan. Kadang-kadang orang tanya, macam mana buku tu, bila lepas tanya aku tengah baca buku apa (tapi paling selalu, tak tanya, sebab masa diorang tanya aku tengah baca buku apa, aku jawab tengah tak baca buku apa-apa kahkah), dan selalunya aku tak tahu nak cakap apa. Sebab lepas baca, aku rasa macam, hmm okey la dan tak rasa nak buat ulasan atau kongsi pada sesiapa pun. Aku rasa sekarang ni, kalau ada aku baca buku pun, lepas tu aku cakap je terus kat Beduk atau Saat, buku yang aku baca ni best atau tak best. 

Aku ingat kali terakhir aku cerita pasal buku dalam ni ialah buku puisi Kafe. Itu sebab kebetulan aku dapat habiskan baca buku puisi dan juga sebab kenapa aku baca buku Kafe tu. Oh, dan juga rancangan lepas baca buku tu untuk tulis cerpen sebagai balas. Tapi lepas tu rasa macam malas pulak (maksud aku, untuk buat respon atau tindak balas, rasa macam nak biarkan manuskrip cerpen itu berdiri sendiri bukan sebagai respon kepada mana-mana buku, sebab macam tak berbaloi). 

*

Okeh, untuk entri ni, aku kemaskini je la mana yang aku dah baca setakat aku ingat, sebab ada je yang aku dah baca tapi malas nak ingat. Aku tulis paling dekat je lah. 

Sekarang aku tengah baca Merakam Sejarah oleh Hishamuddin Rais. Mungkin aku tak pernah beritahu atau kongsikan secara umum, mungkin pernah beritahu beberapa kawan-kawan yang kebetulan bertanya, pengaruh tulisan aku yang utama ialah Charles Bukowski. Lepas Bukowski, ada tiga orang; A. Samad Ismail, Ahmad Kamal Abu Bakar dan Hishamuddin Rais. Lepas tiga orang ni, mungkin ada beberapa, selalunya mungkin pengaruh bawah sedar, jadi biasa aku tak ingat sangat. Lagi-lagi kalau tak baca material diorang dah. Tapi bolehlah sebut nama Abdullah Hussain sebagai tambahan kat sini. 

Merakam Sejarah, baru keluar dalam tahun lepas, dan aku tak sedar pun bila dia keluar, sampai la aku pergi pesta buku dan nampak buku tu jual lima belas ringgit je. Apalagai, memang aku beli la. Merakam Sejarah ni ada dua bahagian. Aku dah habis baca bahagian pertama dan ya, memang seronok juga baca tulisannya di bahagian pertama, sebab masih lagi mengekalkan cara penulisan seperti buku-buku sebelum ini, walau ada rasa buku-buku sebelum ni lagi menarik, tapi ia boleh dijelaskan sebab ia tulisan yang menghasut, jadi ketika menghasut, ia memang kedengaran lebih menarik, berbanding bahagian pertama Merakam Sejarah yang bercerita hal selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 2018 dengan hal-hal di belakang tabir selepas kemenangan. Masuk bahagian dua, ia terus langkau dua tahun selepas kemenangan pada 2018 dan tak cerita hal Langkah Sheraton atau apa semua yang terjadi dibelakang tabir seperti bahagian pertama; ia lebih banyak bercerita tentang corona virus dan juga PKP. Aku boleh bayangkan mungkin Hisham pun agak tepu kena berkurung dalam rumah, hingga ia mempengaruhi tulisan pada bahagian kedua ini. Walau sedikit sebanyak merakam juga sejarah, tapi aku fikir ia cuma merakam tarikh dan kemudian bercerita tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan politik. Politik global, mungkin, tapi ia secara umum saja. Mungkin sebab duduk dalam rumah tak boleh buat apa-apa jadi boleh nampak ia seperti tepu. Aku ada lagi dua bab nak habiskan, rasa mungkin bab dua terakhir ni akan sentuh juga hal politik tapi tak tahu lagi lah, cuma ada rasa ia takkan sentuh hal politik yang berlaku selepas langkah Sheraton yang berbelit-belit tu. Sedangkan waktu langkah Sheraton tu, Hisham ada je dekat situ. 

Oh, sebelum korang ingat buku yang tak sedap aku baca sampai sakit kepala tu ialah buku Hishamuddin Rais, jawapannya bukan, sebab buku tak sedap tu novel. Sebenarnya aku dah lama nak baca novel tu, sebelum dia keluar lagi lebih kurang sepuluh tahun lepas (ke lebih? Entah tak ingat). Rasa macam aku ingat lagi la, okeh ni macam tertunggu jugak nak baca novel tu, dan lepas novel tu keluar, aku baca tak sampai berapa bab terus aku berhenti baca. Sampai la sekarang. Baru ada rasa, okey la aku habiskan baca sekarang. Aku mula baca pun dua kali. Pertama kali baca, memang tak boleh bayangkan apa-apa. Kebetulan anak aku pergi main buku tu dan alihkan penanda yang aku baca, jadi aku tak boleh agak mana mukasurat akhir yang aku baca, jadi aku ambil keputusan untuk baca semula, sebab susunannya agak bercelaru dan ada sedikit masalah untuk mengingati watak mana satu sebab tak ada pengenalan yang begitu menonjol untuk watak-wataknya, jadi bila baca kali kedua, rasa nampak sikit watak-wataknya. Memang aku dah agak sebenarnya, dari cara susun yang agak celaru, melompat-lompat dari satu ke satu watak lain sebelum beri impak, cara untuk menghargai novel ini ialah dengan membacanya dua kali, untuk dapat lebih faham jalan ceritanya, tapi, yalah, novel ni agak tidak berbaloi untuk baca kali kedua sebab baik habiskan masa tu dengan menerokai atau baca novel lain, yang mungkin tak sedap jugak. Ya, kita kena baca banyak benda tak sedap dan habiskan, baru kita boleh ambil pengajaran untuk tidak ulang perkara yang membuatkan benda tu tak sedap dalam material sendiri. Macam tu la cara aku menulis Wiskipop dulu. Sebab banyak sangat baca cerpen tak sedap.   

Okeh, juga patut sebut kat sini, buku yang aku dah baca dan rasa elok juga korang baca, sebab ia cerpen, ialah Memori Untuk Dijual. Walau banyak cerpen dalam ini diambil dari zine rilisan penulis sebelum ini, Masyarakat TV, tapi secara keseluruhan cerpen-cerpennya agak baik juga, dan boleh nampak idea yang baik, mesej yang ingin disampaikan dan juga hasil tulisan yang berpengalaman. Dan mungkin paling best sebab ada banyak cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi, bagi aku, satu perkara yang aku perhatikan, cerpennya suka dimulakan dengan gaya tell, dan disudahi dengan show (ini dalam konteks show, don't tell la) dan bukan bermakna ia tak bagus atau tak menarik, dan saya boleh agak yang ideanya bermula dengan akhiran atau konklusi, jadi permulaannya adalah hanya untuk menyatakan latar, menyebabkan ia banyak tell di permulaan, mungkin sebab lebih senang menerangkan situasi; dan show pada akhiran - adalah lebih kepada untuk menguatkan plot twist atau klimaks cerita. 

Lagi aku tengah baca esei-esei Dinsman, aku lupa la apa judul dia, malas nak bangun pergi belakang tengok, tapi kompilasi dari kolumnya di akhbar Harakah. Agak banyak juga esei dalam tu. Aku dah la paling lemah baca esei ni. Tapi kena habiskan cepat sebab aku pinjam buku ni dari Beduk.


Sedikit ingatan tentang kenapa aku nak tulis skrip filem.

 Sebenarnya ada juga aku terfikir masa taip entri manifesto (bukan kitab suci) tu, kenapa aku letak skrip filem sebagai salah satu benda aku nak buat. Walaupun aku macam jem kejap, tapi aku tulis je le. Semalam aku baru ingat kenapa. Dulu aku pernah berborak dengan Sufian tentang hal buat filem pendek. Aku cakap macam berminat tapi aku mana la reti apa langsung. Dan dia pun tak cadangkan apa sangat selain tulis skrip. Masa lepak dengan geng Wayang Budiman pulak, diorang banyak cerita hal belakang tabir filem dan aku tanya la pasal skrip filem. Beduk cadang, cuba je tulis skrip filem berdasarkan cerpen-cerpen aku atau novela. Adaptasi je. Senang, sebab bahan dah ada. Sebab dia cakap Ridhwan pun pernah buat. Aku baru teringat, yelah, banyak juga karya Ridhwan yang Ridhwan sendiri adaptasi jadi medium lain, macam fragmen novel ke teater contohnya. 

Aku anggap cadangan Beduk ni memang stail juga - boleh kata kerana ia seperti adaptasi filem Bukowski juga. Beberapa filem Bukowski memang ambil banyak fragmen dan serpih dari novel dan cerpennya. Macam Factotum, ada je beberapa adegan yang tak ada dalam novel (kalau tak silap la, aku lupa - semalam aku tonton Di Bawah Lindungan Kaabah pun aku macam tak ingat langsung novelnya macam mana, walaupun novel dia pendek je sebenarnya). Jadi, ideanya ialah adaptasi cerpen-cerpen ini jadi satu cerita yang panjang untuk filem. 

Kadang aku lupa yang aku nak buat cenggini, sampai la masa aku taip entri pasal skrip filem tu, aku pun tak ingat. Dia macam, kenapa akukonpiden nak tulis skrip filem sedangkan novel pun tak habis tulis. Kahkah.  

Sebuah entri tak jadi (lagi) tapi aku siarkan je jugak.

Sebenarnya tadi aku rasa agak skema juga menulis, selalunya kalau aku rasa macam skema atau tak best sangat cenggitu, aku simpan dalam draf je (sebab aku hoarder, aku tak pernah buang semua draf atau catatan dalam kertas aku, malah kalau aku menulis, aku akan buka dua fail word atau google doc; satu fail untuk mengarang, dan satu lagi fail, biasa aku letak nama cut/cuts, untuk letak semua benda yang aku buang dari fail yang aku karang, sebab aku rasa nanti boleh tengok balik sebab silap-silap aku akan pakai balik, tapi selalunya tak) tapi yang tadi tu aku siarkan je walau rasa macam intonasi dari awal ke penghujung agak berbeza. Sebenarnya aku dah ingat dah semalam, oh aku patut tulis pasal pilhan raya negeri ni untuk mengingati bila ia dibuat dan apa keputusannya. Keputusannya; 

Pukimak Nasional menang keseluruhan kerusi DUN Terengganu (ada 32 kerusi campur satu Parlimen), menang 33 kerusi kat Kedah (3 HARAPAN), Kelantan 43 kerusi (HARAPAN 1, BN 1). 

Pulau Pinang HARAPAN 27 kerusi campur BN 2 kerusi (Pukimak 11 kerusi). Selangor HARAPAN 32 kerusi dan BN 2 kerusi (Pukimak 22 kerusi). Negeri Sembilan HARAPAN 17 kerusi dan BN 14 kerusi (Pukimak 5 kerusi).

Ada yang rasa ini kebangkitan gelombang hijau la apa lah. Dia rasa macam gelombang sebab menang kebanyakannya dengan majoriti yang sangat besar (sebab sana kawasan Melayu, macam Rafizi cakap, dalam kawasan campuran kaum, hanya memerlukan 40 peratus sahaja undi Melayu, berbanding kerusi yang hampir sepenuhnya majoriti Melayu, memang kena sekurang-kurangnya 50 peratus undi Melayu) dalam negeri tu. Cuba bayangkan begini, pilihan raya negeri ini, cuma melibatkan Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Pahang sahaja. Ada nampak gelombang hijau? Ada nampak gelombang pukimak nasional? Tak ada. 

Sebenarnya penyokong Harapan memang cepat melenting kalau segala benda yang dia nak atau harapkan tak dapat. Sebab tu nampak banyak mengeluh la, nak suruh pecat itu la, nak suruh buat macam tu la, malas nak mengundi la, macam-macam. Sementara penyokong Pukimak Nasional ni, sebab dah diperbodohkan lebih awal, jadi segala kemenangan ni diraikan. Proses pembodohan ni dah lama berjalan, sebab tu bila ada kejayaaan kecil (tapi kegagalan besar) akan diraikan dengan jayanya. Dan akan terus bermain retorik. Sebab kalau kita fikir secara waras, dah takdenya diorang akan guna naratif nak tawan Putrajaya sebab kerajaan ni dah cukup stabil dah. Diorang je yang syok sendiri, siap cakap nak tukar kerajaan, walaupun ia cuma pilihan raya negeri. Dia lebih kurang sama bodoh macam cakap satu pilihan raya kecil menang, menunjukkan sentimen pengundi untuk seluruh negara. 

*

Bunyinya aku macam bitter sangat pilihan raya kali ni, tapi ni sebenarnya sebab dah lama tak praktis menulis. Kahkah. Kalau ikut, entri sebelum ni pun macam agak pendek juga sebab kan konon aku nak mula diet dan mula fokus membaca. Dia bermula agak cemerlang, tapi dah mula ke laut dah ni. Kahkah. Macam dah ke laut diet dan membaca pun ke laut. Takpe, kita rileks. Nanti aku mula balik. Takpun aku memang tak reti menulis politik kot. 

Dulu memang pernah aku fikir tak nak kaitkan diri dengan politik, tapi macam biasa la, politik kat negara ni agak bebal, samalah macam majoriti rakyatnya, jadi kadang-kadang rasa rage jugak. Akhirnya aku fikir, aku buat je lah apa aku hendak. Kalau nak libat hal politik, libatlah. 

Dah la, baik aku buat kopi o ais limau. Huhu. Minum gula lagi. 

Pasca enam negeri memilih.

Okeh, pasca pilihan raya negeri, memang ada rasa kecewa sedikit dengan keputusan, tapi sebab dah biasa berada di dalam keadaan yang tak memihak (taklah semua, sebab sekarang ni pun sebenarnya dari segi hala tuju kepimpinan negara dalam landasan yang betul dan progresif) jadi ia dah lali. Sampai hari ni ada rasa sikit penafian tentang patut ke gembira kerana keputusan masih status quo. 

Secara jujurnya, aku dah mula nampak sesetengah pandangan yang membantai masyarakat Melayu tentang hal pengundian semalam dan mula menyalahkan mereka yang di luar bandar kerana mahu kekal status quo (yang teruk) untuk lagi lima tahun, walaupun di peringkat kebangsaan (atau parlimen) negara sekarang sedang dipacu oleh kepimpinan yang baik dan sepatutnya bersandarkan kepada hal ini, semua di peringkat negeri akan ambil maklum dan selaraskan di antara dua peringkat ini, untuk sama-sama bergerak (bukan bermakna dari pihak kerajaan akan menghukum pengundi di negeri ini, tapi lebih kepada pihak negeri sendiri yang menyusahkan usaha kerajaan dan kemudian gunakannya sebagai modal politik dianaktirikan), tapi sebaliknya memilih untuk kekal di status quo dan hidup dalam bayangan ketakutan yang tak wujud, dan ya, aku bersetuju dengan hal demikian. Bak kata Sufi(an), kenapa tak boleh salahkan pengundi kerana mereka bodoh? Kalau kita rasa Donald Trump bodoh, adakah dia terpilih secara rampasan kuasa atau pintu belakang? Siapa yang jadikan dia presiden? Betul, orang yang undi.

Walau sebenarnya memang banyak aspek boleh diambil kira, tapi tak sepatutnya kita menafikan pembodohan massa yang sedang dijalankan. Ia juga termasuk dalam salah satu sebab kenapa semua tak boleh berfikir dengan jelas, walaupun pilihan yang baik ada di depan mata. Malah punk-punk tua pun faham perkara ini. "Jauh lagilah perjalanan negara kita nak menuju kejayaan."

Agak seram jugak.

Okeh, aku pergi ceramah Harapan tadi. Jelajah Madani Finale Dun Kota Anggerik. Aku rasa aku tak pernah pergi kot ceramah politik walau dari dulu rasa nak pergi, mungkin sebab malas jauh sangat. Ni dah alang-alang dekat, aku pergi la. Aku pun baru tahu Setia Alam rupanya bawah DUN mana, kira jauh jugak sebab masuk Seksyen 7 juga. Dan tak sangka ramai juga yang kira ada nama (nama besar la sebenarnya) dalam politik datang, walaupun yelah, grand finale sebelum esok mengundi. Aku ingat takde la  siapa sangat, kecuali Rafizi. Aku pun petang tadi kot baru perasan sebab nampak kat twitter Rafizi. Aku ingat nak duduk paling depan, tapi segan pulak. Lepas dah mula, baru aku rasa elok nau aku duduk depan je terus. 

Oleh sebab aku dah mengundi pada tahun lepas, jadi tahun ni tak payah undi dah (yeee, aku bukan mengundi di Selangor). Sebenarnya ada banyak ramalan yang dah mula dengar tentang keputusan esok, tapi esok aku cuma bercadang nak lepak Bil Berganda Wayang Budiman, pukul lapan malam dan sebelas malam dan cuma semak keputusan pilihan raya negeri lepas habis kedua-dua tayangan. Tapi aku ada rasa mesti tak fokus tonton sebab kejap-kejap telefon aku akan bergegar dengan mesej bagitau hal keputusan pilihan raya. Dan pulak, berdasarkan pengalaman Bil Berganda yang lalu, jarak antara dua tayangan ni, kira lama jugak, hampir sejam, siap sempat turun bawah pergi kedai makan pergi minum kejap. Jadi mesti waktu tu dah tengah hangat sibuk cerita pasal keputusan. 

Aku ada syak macam tak ramai esok. Takpe la, aku rileksss je lah. Sebab cerita dia boleh tahan jugak 

Lama.

Lemau jugak rasanya tunggu PDP lama gila. Aku cakap lama gila sebab dah hampir seminggu. Dan sebab aku dapat ISBN dalam masa beberapa hari, tiga ke dua hari, jadi aku anggap PDP pun sama sebab, untuk aku yang tak faham PDP ni macam mana nak buat atau menghasilkannya, jadi aku rasa ia cuma beberapa baris perkataan yang mengklasifikasikan kategori buku. Dan rujukan pula ialah beberapa helai mukasurat, jadi sepatutnya lagi senang sebab bukan kena baca keseluruhan buku. Aku pun bagi sehelai je mukasurat, jadi takdelah banyak sangat nak tag. Okey la, aku memang tak faham macam mana prosesnya, tapi ada juga tanya kawan-kawan, memang PDP agak lambat juga, sampai  kena telefon untuk mengetahui progres, yang pada aku agak tak menyenangkan. Aku ingat dalam minggu ni, hari bekerja, dah dapat dah kedua-dua ISBN dan PDP, tapi PDP sangkut lama daa. Aku harap, sempat la hantar pencetak dan mula jual sebelum tamat Ogos.  

Terima kasih!

Ada sedikit kata-kata ringkas dari Wan Nor Azriq tentang Hingar Sunyi Eterniti. Boleh baca di pautan ini

Kemaskini manifesto (bukan kitab suci).

       2023

  1. terbit tiga novelet (sebenarnya habiskan tulis tiga novelet; terbit tahun depan pun okey sebab bukan ada duit sangat pun)
  2. tulis satu buku cerpen (untuk habiskan semua idea-idea lama)
  3. rombak dan hantar manuskrip lama ke penerbit lain (cerpen juga)
  4. tulis semula manuskrip yang baharu dan segar dalam gaya sastera serius (cerpen lagi)

      2024

  1. sambung atau mula tulis yang nombor 4 kat atas. 
  2. tulis novel
  3. (mungkin) tulis skrip filem
  4. buat filem pendek secara minimalis dan asal boleh

Lebih kurang macam antitesis la.

Aku lupa la, aku dah ingat dah hari tu, untuk tambah 'tidak pernah memenangi sebarang anugerah atau sayembara' dekat dalam biodata. Power jugak ni. Lagi power kalau lepas tu aku tambah 'cuma mahu memenangi hati anda sahaja'. Kahkah.

Lagi perancangan baharu. Kahkah

Selepas melakukan penyelenggaraan, aku dah asing-asingkan dan susunan baharu tentang projek penulisan, jadi kemaskini ialah aku akan buat tiga novelet. Aku tak tahu la macam mana boleh jadi camtu, tapi lebih kurang begini, lepas aku dapat makrifat untuk batalkan tulis novel yang dalam perancangan sebab nak mula semula karang novel dari awal dengan melakukan pelan dan perancangan, ala plotter la, jadi tiga bab pertama tu aku pecahkan balik jadi tiga cerpen. Mulanya rancangannya nak tulis novel dalam bentuk sitkom, jadi tiga bab pertama tu ialah kesinambungan dari setiap bab, lepas tu aku akan fikir bab lain berdasarkan tiga ni. Dan bila aku susun tadi, aku terfikir, yelah, aku buat jela bendalah ni jadi novelet. Aku pun, macam okey juga idea tu sebab aku boleh anjak lagi giliran untuk menulis ni dengan menulis benda lain. Sebab novelet sendirikan, swaterbit, jadi bolehlah pelan untuk keluar lambat-lambat. 

Dan kira okey juga la, sebab memang ada rancangan untuk buat lima novelet, lepas habis jual semua, aku akan keluarkan dalam bentuk buku (mungkin tebal gila kot, bayangkan, katalah satu novelet lima belas ribu perkataan, darab lima, dah tujuh puluh lima ribu perkataan. Ini mungkin macam tebal novel Fixi kot. Oh, taklah tebal nau.). Kebetulan, setakat dua novelet (satu yang dah siap, dan satu yang untuk buat suntingan) ni mempunyai tema yang sama iaitu perasaan yang berat (bukan tema berat, tapi tema perasaan yang '..dengan hati yang berat.." atau dia lebih kurang macam heavy heart kot, ke sama je ni dua-dua contoh aku bagi. Tapi lebih kurang macam tu la.) dan novelet ketiga juga ada unsur-unsur itu. Makanya, baki lagi dua novelet juga akan punya tema yang sama. 

Dia punya perancangan memang gila babi, tapi entah bila nak siap tulis. 

Pelan baharu (2)

Setelah merangka perjalanan kerohanian (chewah) untuk baki tahun ni, aku juga dah merangka perjalanan materialistik untuk baki tahun ni. Kahkah. Setakat perancangan aku, aku ada banyak sangat benda material yang nak dibeli sampai aku pun jem nak beli mana dulu. Walaupun aku memang selalu bercita-cita pakai Macbook (atau Macbook Air), tapi sebab mahal sangat, aku tak tahu la macam mana nak beli. Jadi aku tumpu dulu la beli benda lain, walaupun total dia macam lagi mahal dari Macbook Air. Benda pertama sekali ialah solek motor. Ada dua biji motor, dua-dua aku nak solek. Kalau ikut, bukanlah solek sepenuhnya, ada juga lebih kepada penyelenggaraan sebab motor dah lebih berapa tahun ni, dah kena mula ganti barang-barang dia. Okeh, mulakan dengan cafe racer. Aku macam dah beriya juga nak tukar kepada bentuk scrambler pulak, tapi lepas aku fikir lama-lama, aku ubah jadi ala tracker atau ala scramble tapi tak penuh. Senang cakap, aku tak pakai hendal scrambler, tapi tayar pakai tayar scrambler. Aku terpaksa tukar tayar sebab tayar depan dah merekah. Mula-mula ingat nak pakai tayar zig zag dan tukar jadi hendal scrambler. Tapi lepas aku fikir, tak payahlah aku tukar hendal, aku tukar je tayar scrambler (sebab masa ni aku ingat tayar scrambler lagi murah - mungkin lagi murah tapi masalahnya takkan nak pakai tayar scrambler depan, tayar zigzag belakang. Jadi, kena tukar dua biji tayar scrambler lepas tu aku jem kejap, kena buat kira-kira balik. Sama ada nak beli dua tayar scrambler atau satu tayar zig zag dan satu hendal scrambler. Sebab semalam masa hantar pergi basuh, tengok hendal sekarang ni macam semat jugak). Lepas tu kena, kena sekali buat dengan servis minyak hitam apa semua tu. Oh, dengan tukar lampu terus. Lampu depan dengan signal belakang kanan tiba-tiba mati, nasib baik aku ada lampu spotlight, tapi maaf la siapa-siapa yang kena suluh teruk dengan aku tu, dah tiba-tiba dia mati. Lagipun lampu lama tu aku macam tak puas hati sangat la pomen tu buat, patut ada lampu besar dan kecik, dia bukak terus lampu kecik dan lepas tu takde opsyen lampu rendah dan tinggi. Lepas tu spotlight bukak, dan tambah signal baru kat hendal, signal lama aku ganti yang belakang rosak tu. Lepas tu, nak potong ekor bagi bentuk u dan buat tempat duduk baru yang pendek sikit. Kira lepas ni aku sorang je la boleh naik, atau makwe kurus keding, boleh la tumpang. Lepas tu kena mula fikir untuk tukar pam brek belakang (hari tu dah buat yang depan), tukar sproket dengan rantai bagi warna emas sikit. Lepas tu, helmet fullface gaya scrambler. Lepas setel ni, ada lagi beberapa yang tinggal, macam kemungkinan nak pasang crash bar, tukar kaler motor, pasang military box dan tempat sangkut papan selaju. 

(Tadi aku tengah taip bendalah ni lepas aku keluar dan balik tu aku terus godeh cafe racer tu sebab ada barang sampai. Lepas godeh tu, nampaknya aku kena pakai tayar zig zag jugak sebab kena tukar pakai hendal scrambler lah. Macam okey juga, tak la mahal sangat kot nak beli sampai dua bijik tayar.)

Selain tu, motor Wave aku pun nak kena tukar beberapa barang sebab kebanyakannya dah lama dan karat. Aku rasa macam stail juga rupa dia macam hampir standard. Tapi takde la standard sangat pun. Sebelum ni aku suruh kawan buatkan, nampak lawa jugak. Yang ni mungkin akan tukar ekzos sebab dah karat, sarung hendal dan balancing sebab dah buruk jugak, brek lever, sebab dah lama jugak, penyetat (pinjam ayat Saat) motor, pun dah hilang getah dan teruk jugak karat dia. Semua ni kebanyaknnya macam murah jugak, kecuali ekzos. Syed Amirul pun tukar bagi lawa sikit, tapi seram juga nak lawa-lawa takut kena rembat. Tapi takpe lah, dah alang-alang.

Kereta pulak, aku harap sekurang-kurangnya dapat la bagi tinted. Dan kemudian wrap badan dia bagi tutup kaler asal. Dan kalau lagi rajin, tukar sport rim untuk tayar yang lebih besar. Sebab semua ni macam mahal, jadi kena tunggu paling lambat kot, sebab aku nak beli telefon dulu. 

Aku harap dalam masa berapa tahun ni dapat la setel.  

Pelan baharu (1)

Lepas aku habis tulis novelet, tiba-tiba aku rasa macam kosong pulak. Bukan sebab efek pasca habis tulis novelet tu, tapi lebih kepada, aku dah habis tulis novelet, jadi sekarang aku nak tumpu hal lain, seperti membaca dan diet. Tapi sebab dua benda ni bukan macam menulis, maknanya tak ada terlalu terikat dengan tarikh akhir (diet ni aku patut bagi tarikh akhir la baru ada macam bersungguh sikit, sekarang ni diet ala kadar je, aku berhenti minum air manis, tapi ada juga minum sikit akhirnya, dan intermittent fasting tapi ada sikit terlajak makan, dan kurang makan, ni konsisten kurang makan, kecilkan jumlah pengambilan makanan, tapi aku masih belum mula bersenam dan joging. Sebab memang sasarkan penurunan dalam jangka masa panjang, jadi aku macam takde motivasi sangat. Okeh, lepas ni aku cuba kurangkan lagi karbohidrat dan mula bersenam) dan membaca pula, aku selalu terlupa, jadi aku macam asyik terfikir nak habiskan tulis benda dalam draf, walaupun sepatutnya ini adalah masa untuk caj semula kretiviti dengan membaca. 

Dalam pada berfikir tu, aku ambil keputusan untuk rombak semula pelan untuk penulisan aku. Jadi, untuk baki 2023, aku sasarkan untuk keluarkan lagi satu novelet (maknanya ada dua novelet aku cetak nanti) dan satu lagi kumpulan cerpen. Sementara ada satu manuskrip yang aku hantar awal tahun hari tu, aku akan ambil balik dan rombak susunan dan hantar pada penerbit lain untuk jadikan manuskrip duo (dengan penulis lain).

Keputusan aku untuk tarik balik manuskrip bukan sebab aku nak hantar kepada penerbit lain (walaupun lepas tarik tu aku akan hantar pada penerbit lain) tapi sebab tiba-tiba aku terfikir hal sastera serius lawan sastera pop. Aku memang selalu fikir aku patut menulis sastera serius untuk meningkatkan lagi tahap penulisan aku tapi aku asyik fikir sastera serius ni bosan dan tak kena dengan gaya aku. Lepas tu tiba-tiba aku terfikir, nombor satu; aku patut tulis benda yang aku suka. Nombor dua, aku patut tulis apa saja yang aku mahu. Jadi, berdasarkan dua tunjang ini, aku patut cuba tulis sastera serius sekali. Ya, sekali saja. Maknanya, aku asyik fikir, lepas aku tulis sastera serius, jadi aku akan terus terperangkap dalam gaya itu. Lepas tu aku fikir, kan aku selalu menulis berdasarkan sasaran. Okeh, aku nak tulis cerpen 101, aku nak tulis cerpen panjang, aku nak tulis tiga cerpen panjang dan gabungkan jadi novela, aku nak tulis dua puluh cerpen pendek bersiri dan gabungkan jadi novel, yada-yada. Jadi, aku patut mulakan sasaran baru iaitu menulis sesuatu yang segar dalam gaya sastera serius. Sebab aku sendiri dah tepu dengan tema dan gaya penulisan aku yang lama. Oh, juga ideanya. Dan sebab itu juga, aku fikir, macam tak kena sangat juga manuskrip yang hari tu aku hantar, dengan gaya penerbitan penerbit tu, walau sebenarnya diorang kata macam okey je diorang layan je. Tapi selalu aku fikir, macam tak wajar sangat tapi sebab dah habis tulis dan hantar dan manuskrip tu tak akan dimulakan dengan tergesa-gesa kerja penerbitannya, jadi aku fikir, eloklah aku ambil balik, bagi manuskrip tu dekat penerbitan yang lebih cocok, dan tuliskan sesuatu yang baharu, yang lebih kena dengan gaya penerbitannya, yang kebetulan memang sesuai dengan gaya sastera serius. 

Ramlee Awang Murshid pun walau selalu tulis novel thriller tapi dia pernah sekali masuk sayembara (dan menang) dan aku fikir dia lakukan itu mungkin sebab ada sesuatu yang dia mahu capai yang berlainan dari gaya dan identiti dia (aku palatao je la, sebab aku tak pernah baca buku dia tapi aku tahu la dia menang sayembara sekali tu).

Jadi, sekali lagi aku rangkumkan;

  1. terbit dua novelet (satu dah hampir setel, satu lagi baru nak mula sunting)
  2. tulis satu buku cerpen (untuk habiskan semua idea-idea lama)
  3. rombak dan hantar manuskrip lama ke penerbit lain
  4. tulis semula yang baru dan segar dalam gaya sastera serius 

Okey, untuk poin 1-3 semua untuk diselesaikan tahun ni. Nombor akan bermula tahun depan, sekali dengan tulis novel. Novel aku tak pasti lagi sama ada akan buat gaya sitkom atau tulis betul novel dalam gaya novel, itu kita tunggu tahun depan. 

Aku belum beritahu penerbit lama yang aku hantar manuskrip tu, aku tengah fikir bila dan macam mana nak beritahu, nak berdepan ke whatsapp ke, tapi takpe, bagi aku rangka ayat dulu. 

Memang kabur, baru la macam sajak. Kahkah.

Sebenarnya semalam aku ada taip satu pandangan kontroversi tapi lepas masa tengah taip aku rasa macam ada kelemahan pada pandangan aku, jadi aku berhenti tulislah. Berkaitan agama dan kemajuan sains. Aku tak ingat macam mana aku mula terfikir hujah tu tapi masa taip aku teringat mungkin ada hukum atau fatwa yang boleh dikemaskini seiring dengan kemajuan teknologi. Walaupun sebenarnya memang kebanyakan hukum dan fatwa dibuat berdasarkan kemajuan teknologi dan juga kesedaran tentang masalah dan kesihatan mental, tapi ada juga perkara lain yang mungkin tak disentuh atau diperkatakan atau mungkin tak dibincangkan. Dan dalam pandangan itu, aku terbawa kepada pandangan yang kelihatan sekular. Aku fikir kena ada cara untuk mengungkapkan frasa atau perkataan yang betul, selain dari mengasingkan agama dalam membuat keputusan. Ia lebih kurang macam ni, memang dalam setiap sudut kehidupan kita adalah terkait dan bergantung sepenuhnya kepada kehendak agama, tapi taklah setiap perkara itu mesti diislamisasikan. Macam contoh paling senang aku boleh bagi ialah, hari ni nak makan apa? Dari soalan ni, biasanya kita takkan terfikirkan atau mempertimbangkan tentang bagaimana islamnya makanan yang kita nak makan. Kita secara automatik terfikirkan, senarai makanan-makanan yang memenuhi syarat-syarat halal dan toyyiban, dan kita tak perlu fikir pun jika tukang masaknya Islam atau tidak, dah solat ke belum, dah bayar zakat ke belum, ni kedai ni ada menyokong apertheid ke, ke tukang masak ni gay ke, atau lain-lain. Kita buat keputusan untuk makan apa hari ni, berdasarkan keinginan kita nak makan apa, dan juga ikut bajet cukup ke (aku selalu fikir bila la aku nak kaya sampai aku boleh makan TGIF atau Chilli's untuk makanan tengah hari harian kahkah). Bukan bermakna kita mengasingkan agama dalam membuat keputusan, tapi ia dah jadi asas panduan, dan dari situ kita pilih apa yang kita mahu ikut kehendak kita sendiri. Dan, untuk memahamkan konteks aku cakap kat atas ialah, gantikan nak makan apa hari ni kepada topik politik. 

Mungkin agak kabur juga, tapi oleh sebab aku malas nak keluarkan pandangan dan bagaimana ia membawa aku kepada ayat terakhir tadi, jadi, begitulah. Tapi secara ringkasnya, ia dua topik yang berbeza, tapi ada kesinambungan yang membawanya kepada satu perbincangan yang sama.  

Lambat juga ISBN ni

Dari satu hal ke satu hal yang lain, tiba-tiba aku tengah mempertimbangkan untuk mendaftar syarikat. Menurut perancangan asal, aku cuma nak ISBN je, dan tak ada rasa keperluan untuk daftar syarikat sebab ini semua hal-hal individu je. Tapi ada rasa desakan untuk tubuhkan sebab macam perlu satu entiti yang seragam, walau aku rasa tak perlu. Tapi takpelah, aku telaah je lah sikit, mana tahu ada apa-apa. Kalau ikutkan, bukan ada modal sangat pun nak buka, cuma kalau ada syarikat, senang nak mohon apa-apa bantuan atau geran atau pinjaman. Walaupun sebenarnya belum lagi ke arah itu. Sekarang aku cuma nak cetak zine je dulu, lepas setel baru aku fikir macam mana.  

Tapi sementara tu, rasa mungkin aku cuba juga la fikir apa nama sesuai nak letak syarikat ni. Malas nak letak enterprise atau trading atau resources, walau milik tunggal. Nak letak nama dalam bahasa dan tak pelik sangat tapi tak kabur sangat apa yang aku jual. Macam nak letak Keperluan Kafein juga, ye lah mana tau aku nak buat perniagaan sampingan pasal kopi ke. Mana la tau. Penting juga nama syarkat ni. Aku ada fikir nak guna nama Mo Azmen (walau aku bukan peminat Mo Salah atau Liverpool atau EPL pun) tapi macam malas nak letak nama dalam nama penerbitan. KEPERLUANKAFEIN ni kalau eja rapat macam ni nama macam bahasa Jerman pun iya juga. keperluankafein. Tapi nak muatkan dalam logo sedia ada ni susah juga. Mungkin aku fikir macam nak letak nama band kot. 

Nanti aku daftar.

Aku rasa aku kena telaah sikit macam mana nak menjual kat Shopee ni. Mula-mula aku ingat nak pakai akaun peribadi je, tapi lepas tu nanti konfius pulak siapa azman.athena ni jadi aku fikir, okeylah, aku buat la akaun baru nanti. Senang nak menjual. Aku tak cuba lagi nak daftar baru, tapi harap dia taklah kena blok ke apa. Lagi satu benda aku telaah ialah macam mana nak pos barang. Aku ada dengar shopee dah pakai shopee xpress je sebagai pengendali kurier. Jadi kena faham kan sikit, sebab ada nampak macam sebenarnya aku boleh je hantar kat pengendali kurier lain, dan ada pilihan untuk pikap apa semua tu. Kena baca sikit dan tanya orang untuk bagi kefahaman.  

Real juga, dah nak dekat buka kafe baru la aku sibuk nak menjalankan perniagaan mandiri. Tapi dalam hujah pertahanan aku, novelet baru jeee siap. Sebelum ni nak jual apa pun takde. Hehe.

Aku syakkan, entri-entri aku tentang nak mula menjual novelet, dari mula proses nak cetak. pos, nak daftar penerbit baharu secara individu, sampai nak dapatkan ISBN dan PDP ni boleh kira sebagai rujukan pemula jika ada sesiapa berminat untuk mengetahui cara menerbitkan material sendiri dan juga sebagai rekod aku apa aku buat masa mula nak jual novelet.

Sekarang aku dah rasa macam nak setelkan satu lagi novelet. Kira tahun depan masa pesta buku, ada la dua novelet. Aku macam ada cadangan nak bukukan novelet-novelet ni, tapi mungkin tebal la kot, sebab tak rasa setakat satu dua novelet je. Setakat ni aku ada dua novelet (lebih kurang la, satu dah siap, satu lagi sebenarnya ialah cerpen yang aku ada hantar kepada sebuah penerbit untuk buku cerpen seterusnya tapi ada rasa ia akan lambat lagi keluar, cuma masa kebetulan aku tulis tu aku tulis je semua yang aku nak tulis dan bila sampai bahagian suntingan, banyak yang aku keluarkan kerana ia seperti berkhutbah atau bersyarah dan juga beberapa plot yang aku rasa tak sesuai, jadi dalam novelet ni aku akan masukkan kembali semua ni, termasuk juga beberapa idea yang datang lepas siap tulis dan hantar cerpen tu. Oh juga, sebab ada rasa perjalanan cerita itu singkat sangat, walaupun ya, ia memang cerita dalam durasi semalaman, tapi ada banyak lagi boleh diceritakan. Masa tulis tu pengaruhnya ialah dua lagu Whitechapel iaitu Hickory Creek dan Orphan dengan Hickory Creek sebagai idea asal cerpen ini, kira aku olah dari video muziknya tapi lama-kelamaan, temanya makin cenderung kepada Orphan punya lagu. Tapi untuk novelet, aku ada rasa hala tujunya akan ke arah Blade Runner 2049, cuma tanpa tema futuristik atau saifai. Ia lebih kurang ke arah hala tuju Ryan Gosling, Joi, Ana De Armas, Detective K., dan sedikit dari Blade Runner 2019 Roy Batty punya tears in rain monolog) dan akan datang tak pasti lagi sebab tak ada idea lagi untuk novelet lain, ada la satu tapi rasa macam tak cukup panjang, tapi mana la tahu kan tapi macam malas nak memanjangkan hingga ke novelet sebab nak ke cerpen je tapi entahlah. Kalau aku anggarkan satu novelet dalam lima belas ribu patah perkataan, lima novelet je dah tujuh puluh lima ribu perkataan, dah lebih kurang novel. Tapi tak, aku tak rasa nak sambungkan semua jadi novel kot. Sebab baru-baru ni aku baru terfikir, mungkin strategi aku nak tulis novel ialah kena rancang dulu. Kahkah. Macam siot jugak bunyinya tapi penerangan dia lebih kurang macam ni, aku punya pengaruh besar ialah Bukowski dan macam mana dia tulis novel pertamanya ialah dia mabuk setiap malam lepas tu taip je segala benda dia nak taip dan bila bangun esok pagi dia sunting (dan buang sebahagian besar benda yang dia tulis malam tadi). Jadi, macam tu la metod aku bayangkan bila tulis novel. Kahkah. Memang bila dah cuba dengan novelet Hingar ni, ambil masa lebih kurang tujuh tahun kot nak siapkan. Jadi, lepas ni kalau aku nak tulis novel, walau guna metod cerpen bersambung, atau macam bentuk kegemaran aku, iaitu sitkom, memang kena duduk perah idea dulu baru boleh mula menulis. Kalau tak, memang pantser teroks.  

Okeh dah mohon.

Okeh, aku dah berjaya hantar permohonan ISBN dan PDP. Sekarang kita tungguu. Harap-harap dapat la setel lekas. Nak pergi Jin Wai dah haa. Aku harap tak mahal sangat lah kos cetaknya.  Okeh, dah boleh mula godeh sikit poslaju punya penghantaran dan juga plastik parcel. Rasa macam kena beli pembalut gelembung jugak tu. Ada rasa, elok je lah aku beli banyak, walau sebenarnya takde nak pakai banyak sangat kot.

Cabarann

Permohonan untuk penerbit baharu yang aku hantar dekat perpustakaan negara untuk ISBN dah lulus, maknanya lepas ni aku dah boleh ejas susun atur lagi untuk masukkan beberapa data sebelum sedia untuk cetak. Aku baru tahu sebenarnya memang kena letak maklumat penerbit dan maklumat pencetak dekat dalam buku. Maksudnya kena letak nama dan alamat penerbit dengan nombor syarikat, tapi sebab aku penerbit individu, jadi, aku kena letak nama aku la dengan alamat aku. Aku memang ada rasa skeptik sikit nak dedahkan maklumat peribadi walaupun sebenarnya tak ada apa sangat la nama dengan alamat. Lain dari tu, yang aku pernah dengar, untuk ISBN dan PDP, kena hantar lima naskah cetakan kepada perpustakaan negara. Bagi penerbit skala kecil macam aku, kalau aku cetak lima puluh, lima kena bagi perpustakaan, rugi la rugi. Kahkah. Dia macam dah ambil 1/10 dari cetakan aku. Takpe la, inilah cabaran baharuu. Aku harap nanti aku cukup duit la nak masuk ruang penerbit mandiri kat pesta buku nanti. Kalau bercita-cita, nampak macam kena bersedia dari sekarang je.  

Tapi lambat la kot sebab sekarang masih dalam proses untuk dapatkan idea (atau cerita).

Aku dah baca habis Kafe. Agak kagum juga aku boleh habis baca buku puisi. Oleh sebab bertitik tolak dari rasa ingin menulis sesuatu reaksi terhadap petikan-petikan yang ada di media sosial, jadi aku cuba baca, walau aku dah ada konsep ideanya untuk menulis Kafe (cerpen) iaitu sebagai satu tindak balas. Aku pada mulanya anggap ia takkan beri apa-apa beza sangat jika aku baca atau tidak (sebab aku tak pandai menilai malah membaca puisi pun) tapi untuk berlaku adil, rasa memang kena baca juga. Rasa syukur juga baca (ke tidak?) sebab ia menambah lagi satu elemen dalam manuskrip perancangan aku dan mungkin elemen yang penting sebab ia betul-betul memberi tindak balas untuk hal yang spesifik dalam buku itu. 

Aku pernahnampak Jack Malik memberi respon tentang salah satu sajak dalam buku ini dan aku tak terfikir sangat tentang sajak (yang ditujukan Jack, bukan sajak yang Jack tulis sebagai respon) sebab aku lebih cenderung mempersoalkan sajak respon itu. Dia macam, kenapa dia cuma balas dengan satu ayat yang sama diulang-ulang, sebab topiknya rasa macam lebih besar untuk sekadar dijawab dengan sebaris kata-kata (yang diulang sepanjang muka surat). Tapi ye lah, mungkin aku tak faham estetiknya, mungkin ia lebih berkesan, mungkin ia paling sinikal untuk membalasnya, entah. 

Tapi lepas aku baca keseluruhan Kafe, baru faham tentang respon Jack (walau masih beranggapan Jack boleh tulis sesuatu yang lebih mantap berbanding itu) dan ia juga buat aku terpaksa masukkan elemen respon dalam Kafe (cerpen). 

Membaca Kafe, aku tolak tepi soal laras bahasa atau teori bahasa atau hal berkaitan, seperti sedap ke tak, sebab aku belum lagi sampai tahap itu, untuk menilai sesebuah puisi secara keseluruhannya. Jadi apa aku buat, aku baca untuk dapatkan idea atau intipati atau gaya pemikiran atau cerita yang ada pada setiap puisi saja. Walau memang dah ramai beritahu atau kongsi pada aku, buku ini agak santai dan kurang bercita-cita berbanding buku seterusnya tapi macam heran juga kerana tiada siapa bercerita tentang ideanya. Mungkin sebab ia peribadi?

Cuma kalau tanya aku, memang aku kena beli sebab nak tulis Kafe (cerpen) dan juga sebab terganggu dengan apa yang ditulis di dalamnya. Sekurang-kurangnya ada dua elemen yang sangat mengganggu aku, satu ialah kerana garis di antara warung kopi dan kafe sangat kabur (dan ia mencetuskan rasa jengkel pada pekerja kafe seperti aku) dan sebab kedua ialah sebab yang aku tak mahu kongsikan. Kalau nak tahu, mungkin bolehlah tanya dalam kotak mesej. Itupun belum tentu aku nak bagitau. Kahkah.

Aku harap sempat la.

Aku rasa dekat lapan belas juta kali juga aku asyik nyatakan yang aku tak pandai baca puisi. Kalau ada orang tanya sama ada kasual atau serius, tentang hal penyairan (terutamanya penyair muda hehe) biasanya aku jujur je aku memang tak faham apa semua orang ni tulis dalam buku puisi mereka. Aku tak tahu kat mana silapnya, tapi aku memang ingat, waktu aku rajin baca cerpen kat suratkhabar, biasanya dulu Berita Minggu akan ada cerpen dalam ruang sastera. Aku memang sentiasa tunggu untuk baca, walaupun tak ada yang aku ingat sangat kecuali cerpen-cerpen Azman Hussin, tapi bahagian puisi memanglah paling aku tak minat. Aku baca lepas tu, aku rasa entah apa orang ni tulis. Cerpen aku boleh baca je sampai habis, walau bila habis baca ia tak tinggalkan apa-apa kesan atau rasa apa-apa. Mula dari situ aku tak minat puisi. Dan ketika gelombang indie tengah meletup, aku bersyukur juga ketika tu cerpen lebih hip berbanding puisi sebab, boleh kata tak ada yang benar-benar buat kritikan puisi atau komen apa-apa sangat tentang puisi; atau mungkin sebab sesama sendiri yang menulis jadi kecendrungan untuk memuji tu tinggi tapi untuk beri maklum balas yang jujur atau mengeji, adalah tak banyak (kecuali pada beebrapa hal la - the faiz ibrahim tu contohnya - itu memang semua orang tahu itu bukan puisi, itu keji). Sekarang mungkin okey sikit sebab ada yang boleh kritik. Lagipun, lambakan puisi memang buat ia seperti tergolong dalam kelompok yang sama dan ia rasa macam meemrlukan banyak tenaga untuk belek dan selak helai-helai untuk jumpa puisi yang bermutu. Berbanding cerpen, bila baca kita tak dapat selindung sangat kalau ia tak best. Kita baca dan kita tahu cerita dia sedap atau tak; tak kisah lah laras bahasa macam mana, atau ideanya macam mana, atau plotnya macam mana. 

Ada banyak kali aku cuba baca buku puisi tapi gagal. Aku ingat ada banyak cara yang orang cadangkan untuk bantu aku membaca buku puisi. Ada yang baik - baca satu puisi satu hari. Aku pernah cuba tapi lepas tu aku dah lupa. Aku rasa yang lagi satu cara yang elok ialah baca kritikan puisi. Aku pernah belek satu, dan rasa macam, mendeee, sebab dia ulas pasal puisi, dari rangkap pertama sahaja, dia dah ulas benda yang aku tak terfikir pun. Atau senang cakap, dua baris pertama, dia terangkan apakah maksudnya dan aku rasa, oh, macam tu sekali ke, sebab aku rasa ia ayat yang mudah tapi tiba-tiba ia macam sarat penuh makna bila dikupas. 

Dan ada lagi satu cara aku jumpa, tapi macam biasa, aku lupa. Iaitu membaca secara harafiahnya. Kena keluar suara ketika baca, tapi taklah sampai gaya buat persembahan. Aku tengah baca Kafe yang pinjam dari Azrin sebab nak tengok kafe celah mana lagi yang ada selain dari apa yang ada dalam petikan, lepas aku macam penat juga nak membaca macam tak dapat tangkap. Kesudahannya aku baca dengan suara perlahan, tiba-tiba macam dapat pulak. 

Ada lagi satu cara sebenarnya, iaitu bila kena terangkan pada orang lain apa maknanya. Ni lebih kurang macam jadi panel Coffee Master la. Jadi panel, aku sampai dah siap hafal soalan dan segala macam jawapannya. 

Aku cuba la habiskan sebelum Wayang Budiman Jumaat ni sebab nak pulang balik.