Sedikti kemaskini Disember.

 Lah, baru sedar Disember ni masih belum kemaskini apa-apa entri. Kalau ikutkan, macam sibuk tapi sepatutnya masih ada masa nak luangkan untuk taip entri, tapi rasanya malas kot. Atau mungkin sebab aku tak terfikir sangat nak kemaskini blog, dia macam, okeh, ni boleh kot aku tak kemaskini blog untuk sementara lepas tu aku dah tak fikir dah nak kemaskini blog langsung. Dan bila aku tak kemaskini blog, selalunya bukan sebab aku tak ada benda nak cerita, tapi selalunya adalah perkara sebaliknya. Banyak sangat boleh dicerita, tapi terlalu banyak konteks nak kena terangkan. Kira macam Ridhwan pernah cakap, untuk tulis sedap, hidup kena best dulu. Sufian pulak cakap, kalau hidup best sangat, takde perjuangan dalam diri yang buat kita sedap menulis. Rasanya konteks best tu umum sangat kot tapi kalau fahamkan konteks dua-dua pernyataan tu secara berasingan, mungkin lagi senang nak mengaitkan kot. Okeh, aku syak 2024 bakal bermula dengan garang. Sebenarnya Disember pun dah kira okey juga la, jumpa Ratih Kumala (penulis Gadis Kretek) dan berikan Polaroid dan dua zine untuk dia dan Eka Kurniawan, lepas tu pergi konsert Here Comes The Sun Eater (.Feast, Mantra Vutura dan Hindia), menulis novelet ketiga dengan mengejar tarikh akhir sebelum 31 Disember (aku optimissss sempat siap kahkah), bakal buat susunatur untuk buku elektronik baharu Saat Omar (buku cerpen) dan macam biasa kerja kafe. Tahun depan, Januari 2024, akan terlibat dengan seni persembahan sebagai salah seorang pelaku utama (ia sebuah persembahan rahsia; tak boleh beritahu langsung apa dia tapi aku bagi bayangan; sensori muzikal dan akan dipentaskan di kafe aku tapi kafe terpaksa tutup sebab boleh kata semua pekerja terlibat). Aku tak ingat bila kali terakhir aku buat apa-apa persembahan pun, tapi ada rasa teruja juga sebab dah lama tak naik pentas dan mungkin ini kali pertama secara rasmi terlibat dengan persembahan seni (nama akan akan cetak atas poster). Mungkin tahun depan akan terlinat dengan lebih banyak acara, tak tahulah, tapi sekurang-kurangnya, untuk acara-acara Laras 99 baharu, aku dah beritahu Sufian kalau perlukan aku terlibat, aku okey je. 

Tahun 2024 mungkin tak begitu fokus menulis, tapi masih tertangguh sekurang-kurangnya satu buku cerpen, dua zine (cerita - satu novelet; sementara lagi satu ialah cerita dalam bentuk gambar dan kata-kata). Aku sasarkan tahun depan nak betul-betul diet sebenarnya. 

Beberapa petikan ayat yang saya karang untuk November

 "Kejarlah harimu; kerana kita akan sentiasa lebih kesal pada perkara yang tidak kita lakukan."

"Semoga kita sentiasa muda tapi tidak kebudak-budakan."

Siapa jenguk blog ni kira dapat akses awal la untuk novelet seterusnya walau lima patah perkataan je. Kahkah.



Muka surat pertama untuk novelet seterusnya. Walau aku tak habis tulis (atau sebenarnya baru nak mula tulis) tapi ni muka surat pertama dan juga ayat pembukaan untuk novelet ini. Dan ya, memang ada lima patah perkataan je untuk satu muka surat pembukaan ni.  
 

Piatu

Saya sedang dalam usaha menulis novelet seterusnya saya (novelet ketiga dalam giliran, tapi tidak akan saya terbit sendiri, sebaliknya akan diberikan pada penerbit lain kerana mereka minta, saya terima sebab jumlah perkataan jauh lebih sedikit berbanding amaun biasa yang saya tetapkan sendiri untuk sebuah novelet, tapi masih dalam julat novelet, bukan cerpen panjang) dan saya fikir lagu yang berkumandang dalam kepala saya ialah beberapa lagu-lagu rambang Deftones dari era Saturday Night Wrist dan self-titled. Secara jujurnya saya kurang menghargai kedua album ini mungkin kerana ia keluar selepas White Pony jadi ia memang sukar untuk menandingi album yang hebat, dan buat album seterusnya rasa tawar (sama seperti album-album selepas Koi No Yo Kan, ia kedengaran agak tawar kerana masih tak dapat menyaingi Koi No Yo Kan, tapi masih ada banyak masa untuk saya menelitinya kembali dan kembali buat ia terngiang seperti sekarang saya teringat self-titled dan Saturday Night Wrist). 

Sewaktu menulis, memang ada banyak lagu-lagu rambang atau spesifik yang saya dengar, Jadi untuk menjawab lagu apa yang saya dengar ketika menulis, ia perlu lebih spesifik, seperti contoh lagu (atau lagu-lagu atau album) apa yang sedang saya dengar ketika menulis cerpen ketiga di dalam Wiskipop, atau senarai main apa untuk bab kedua dalam Polaroid. Tapi sayangnya, saya tetap juga tak dapat menjawabnya kerana saya tak mempunyai rekod tentang hal itu dan tak ada siapa yang bertanya, jadi saya memang senang lupa. Saya ada rasa macam patut buat senarai main untuk material-material yang saya hasilkan tapi kemudian, ia rasa macam jijik pun ada juga. Itu belum masuk jika tempoh penulisannya agak panjang, macam contoh Hingar Sunyi Eterniti ditulis dalam tempoh lebih kurang lapan tahun, jadi ia mustahil untuk buat senarai main untuk tempoh demikian. 

Tapi dah alang-alang, saya fikir, mungkin saya catat sedikit di sini, mana tahu saya akan bacanya kemudian. Okeh, sekarang novelet ketiga masih belum ada judul (bukan sebab tak nak beritahu) dan sekarang saya asyik terfikir Minerva, Mein dan mungkin Hole In The Earth. Waktu menulis Pandu Lebih Perlahan Pada Waktu Malam Dan Berdoa Untuk Tidak Pernah Dilahirkan (atau patut saya kata ketika menulis Pandu Perlahan Pada Waktu Malam Dan Berdoa Untuk Tidak Pernah Dilahirkan, ya, bezanya pada perkataan lebih sebab yang tak ada perkataan lebih ialah cerpen, dan yang ada perkataan lebih adalah novelet - nampak tak? Nampak tak? Sebab lebih perkataan. Kahkah) saya mendengar Hickory Creek oleh Whitechapel yang sebenarnya saya ambil idea cerita klip muziknya untuk tuliskan cerita ini. Selain dari Hickory Creek, juga saya dengar Orphan dari Whitechapel dan hampir tukar judul novelet dan cerpen ini kepada Piatu. Saya fikir cerpen ini beri saya beberapa judul yang menarik tapi tak dapat saya guna kerana dah terlebih dahulu memilih tajuk yang sedia ada. Saya akan muat naik versi cerpen dalam Wattpad. Oh, lagi satu lagu yang saya kerap dengar ialah Bring Me Home. Ya, semua lagu ini agak berkaitan, Bring Me Home adalah lagu tentang bapa, Hickory Creek adalah lagu tentang ibu dan Orphan adalah tentang diri sendiri. 

Rasanya korang boleh nampak kot siapa paling akhir follow aku?

Aku tengah konfius kenapa (rahsia) ikuti akaun twitter aku. Aku syak dia secara tak sengaja tekan butang follow kot.  

Kira aku ada la sikit bersalah dalam hal ni.

Kadang-kadang, ada masa yang aku agak obses dengan sesuatu benda untuk pada satu-satu ketika, tapi lepas tu bila aku dah mula pudar obsesi tu, aku biasanya akan lupa terus pasal bendalah tu. Kadang-kadang aku macam jem kejap, eh dulu aku memang ada buat benda ni eh. Aku dengan ingatan aku memang masalah sikit, aku kadang pergi konsert malas betul nak amik gambar ke video ke, dengan alasan biarlah aku menikmati momen ini dari aku sibuk fikir okeh nak rakam lagu apa macam mana nak rakam, nak muat naik macam mana dengan apa semua tu, konon biar semua dalam kepala, tapi lepas tu aku mesti lupa. Macam konsert Deftones dulu, peh, aku dah tak ingat langsung apa yang jadi masa tu, apa Chino buat atas pentas, padahal aku kena tulis pasal tu untuk novelet yang seterus-seterusnya (bukan novelet seterusnya, tapi novelet yang keempat dalam turutan novelet, Hingar pertama, Pandu nombor dua, nombor tiga baru nak mula tulis tapi ni bukan swaterbit sebab ni yang ada penerbit minta, nombor empat ni yang akan tulis lepas siap tulis novelet ketiga dan juga kumpulan cerpen ketiga, dan lepas tu zine lagi tapi ni cereka dalam bentuk cerita dan gambar, yang ni kompom tahun depan). JAdi salah satu benda aku buat ialah untuk tuliskannya dalam rilisan aku. Aku selalu suka tulis benda-benda camni sebab bila aku baca balik, aku macam, oh aku tengah suka bendalah ni ke masa tulis ni. Macam dalam Polaroid, aku memang tengah sibuk makan roti bakar sampai aku siap tulis dalam tu resipi roti bakar. Tapi paling mengujakan sebenarnya ialah reaksi orang atau pembaca, sebab aku dengar ada yang memang betul-betul suka dengan buku Polaroid tu sampai siap betul-betul cuba buat roti bakar tu. Rasanya dia siap beli pembakar roti untuk cuba buat roti bakar tu. Memang la sedap sebab resipi dia, walau ringkas, tapi memang tu la dulu benda yang aku hampir hari-hari makan. Tapi selepas melalui fasa tu, aku ingat dah berapa tahun kot aku dah tak makan roti bakar macam dalam Polaroid tu. Kira ada la juga aku buat roti bakar tapi tak buat yang macam dalam Polaroid tu. 

Ada lagi satu, yang ni kira impaknya baru la. Beberapa tahun lepas, aku jadi macam suka minum chai atau masala. Sejujurnya aku memang tak pasti apa beza dia,sebab ada rasa ia cuma beza dari segi bahasa (chai maksud dia teh, sama macam chá pun maksud dia teh). Aku ingat ada banyak kali aku cuba minum masala dan chai sama ada kat CBTL, rehat dan rawat, kedai dan restoran mamak, dan juga tempat kerja lama aku. Secara jujurnya, memang agak mengecewakan rasa kat tempat kerja lama aku, sebab memang kalau ikut resipi dia, teh chai tu akan rasa susu banyak berbanding rasa rempah dia. Aku siap cuba ubah macam-macam untuk bagi dia rasa sekurang-kurangnya macam lemak dan rempah. Tapi macam tak berjaya kot. Lepas tu ada juga aku cuba cari resipi daring untuk masak teh masala, tapi tak jadi sangat juga, aku terlebih letak cengkih sampai kebas mulut bila minum. Lepas tu aku dah lupa langsung pasal dulu aku pernah cuba macam macam untuk dapatkan resipi sedap sampai aku pernah kongsi dengan entah berapa orang. Cerita dia, semalam ada barista aku dulu cerita, dia dah tak jadi barista sebab dapat kerja tetap dekat ibu pejabat, bahagian hubungan awam. Dia cakap nanti akan ada satu minuman promo yang keluar masa Deepavali dan minuman tu dia cadangkan sebab ingat dulu aku pernah sibuk minum chai dengan masala ni. Kahkah. Agak nanti kalau masa Deepavali, nampak minuman berasaskan chai dipromosikan (secara rilek-rilek la, kan sekarang tengah kena boikot), haa itu kira pengaruh dari aku la tu. Kahkah.Padahal aku dah lupa pun aku pernah buat resipi tu. 

Hehe

Penulis muda sepatutnya pergi konsert. bukan bengkel (kecuali motor rosak). 

Harap minggu depan aku tak ubah perancangan lagi pulak. Kahkahkah.

Sebenarnya aku dah lupa aku rancang sebelum ni (kahkah) tapi malas nak semak, jadi aku ikut je lah apa yang ada dalam google drive aku. Okeh, berdasarkan plan, aku dah setel novelet kedua, dan sekarang aku kena tulis novelet ketiga sebab yang ketiga ni adalah untuk penerbit lain. Memandangkan sebelum ni aku pernah cakap nak tulis empat atau lima novelet, berdasarkan stamina, aku rasa boleh siap lagi dua novelet (sebab satu novelet yang perlu dihantar ke penerbit tu sekitar lapan ribu ke sepuluh ribu perkataan sahaja, jadi kira macam ala stamina cerpen panjang je, kalau ikut aku punya strategi, ia adalah dua cerpen yang aku gabungkan jadi satu novelet. Mula-mula tiga cerpen, lepas tu aku malas, okey taklah malas sangat, tapi sebab cerpen yang pertama dalam turutan tu ada rasa macam lambat bergerak, dia macam nak beritahu jugak tu yang aku patut keluarkan, dan mood dia agak lain sikit, jadi aku terus kepada cerpen kedua dan ketiga, setiap satu aku target empat ribu perkataan; satu lagi novelet pulak dari dulu aku nak tulis tapi selalu tersangkut bab permulaan sebab dia pun dua kejadian yang berbeza untuk digabungkan dalam satu cerita dan aku memang dah banyak draf dia, termasuklah beberapa hal berkaitan yang aku dah tulis lebih awal). Cuma sekarang ni, dalam aku mengemas draf dan fail dalam google drive, aku perasan yang aku punya cerpen pun dah hampir atau mungkin dah lebih pun jumlah perkataan yang dikehendaki oleh sebuah penerbit lain yang pernah risik aku untuk hantar manuskrip. Lagi pula, dia bajet untuk aku hantar sebelum hujung tahun (kebetulan sama dengan novelet untuk penerbit lain tu), jadi kalau aku susun semula, aku buat novelet ketiga, lepas tu siapkan kumpulan cerpen (mungkin tinggal dalam tiga cerpen yang kena setelkan; dan itupun aku masih ada lagi tiga draf cerpen yang belum siap tapi dah ada idea, termasuklah cerpen pertama dari novelet ketiga tadi yang aku keluarkan, kalau ikut macam nak je habiskan tiga ni tapi ada rasa ia akan lambat siap dan juga akan jadi terlalu panjang dari yang diminta penerbit, jadi, aku cuma kena siapkan tiga yang aku dah tulis - hanya sunting, kemaskini, susun dan entah apa lagi entah, tapi sikiiit je kot) dan lepas tu novelet keempat. Novelet keempat ni sebenarnya taklah tergesa sangat nak keluar pun. Cuma aku harap siaplah tahun ni. Sebab lepas tu ada satu lagi projek zine (yang aku cakap cereka dalam foto dan kata-kata tu) yang aku rasa macam seronok nak buat walau aku tak habis lagi kumpul draf cerita. Jadi, bulan November ni, aku sasarkan untuk sekurang-kurangnya siapkan satu draf novelet dan/atau kumpulan cerpen. 

Carl's Jr (atau Hardee's) pun ada dalam senarai boikot, aku dah berapa bulan juga rasa nak pergi makan ni.

Bukan nak cakap pasal ironi atau hipokrasi atau mematahkan semangat atau apa-apa je lah, boleh kata ini sekadar perkongsian. Cerita dia, aku beli Dunkin tadi sebab nampak diorang pun dah mula jual Pumpkin Spice. Jadi aku terai le. Memahami latar di cawangan ini secara kasar dan autopalatao, boleh kata kadang-kadang kopi (atau estrak espreso) dia memang kadang jadi, kadang tak jadi. Walau pada kebanyakan masa ada rasa tak jadi, tapi aku tahu kopi Dunkin antara yang bolehlah nak minum kalau minat panggang gelap (kahkah aku bantai je ni, dark roast sebenarnya, sebab kat Malaysia ni tak ramai penyedia kafe lokal yang gemar dark roast, mungkin belum faham hal kompleksiti dan budayanya? Atau boleh kata sebab jumlah isipadu estrak espreso yang digunakan-sebab kebanyakannya jual cawan kecil). Lepas beli, baru sedar Dunkin pun ada dalam senarai boikot (selalunya aku ada pendirian berbeza-beza tentang hal boikot, mungkin sebab ia bergantung kepada situasi dan waktu dan isu, tapi kali ni boleh kata nampak banyak jenama yang betul-betul terkesan dengan boikot, jadi aku fikir, boleh jugak aku sertai boikot ni, sebab ia sedang menampakkan kesan dan aku patut sokonglah) walaupun sebenarnya masa beli macam dah terfikir slogan promosi diorang 'America (ye, America, bukan American) runs on Dunkin'. Tapi sebab memang nak rasa Pumpkin Spice diorang, aku beli je. Lepas tu rasa agak kecewa juga, sebab memang lagi elok Starbucks dengan CBTL punya. Jadi, kebetulan aku jumpa entri pasal Dunkin' pun antara yang menaja genosida, jadi aku terus baca komen orang lain, dan ada yang cadangkan Krispy Kreme sebagai ganti Dunkin' (lagi-lagi sebab diorang memang ada buka tabung untuk derma kat Palestin. Tapi ya, Mekdi pun derma kat Palestin). Dekat Malaysia ni, Starbucks, Krispy Kreme, Kenny Rogers (pun aku baru makan tadi huhu) semua bawah Berjaya Food. Maknanya dalam kata mudah faham, dijaga oleh entiti yang sama lah walau semua operasi dan bpengurusannya berbeza. Aku tak mencadangkan apa-apa dengan maklumat ini, tapi kalau korang baca, ikutlah korang nak kira macam mana. Aku boikot ke tak boikot, memang aku tak pergilah sebab memang aku dalam fasa.. err.. struggling writer? Senang cakap, aku dalam fasa catu duit, jadi aku dah cuba potong segala benda yang membazir duit. Walau kadang-kadang terbeli jugak mamak. Nasib mamak dekat tempat kerja memang murah. Tak, bukan Pelita. Pelita haram tak sedap, tawar, pilihan lauk membosankan dan mahal. Belum campur pekerja biadab lagi. Silap-silap elok lagi perangai pekerja kedai nasi kandar lauk babi tu. 

Lengkap jugak koleksi

Semalam Sufian datang lepas tu dia cakap dia jumpa lagi Kota Para Insomnia (sebelum ni dia ingat dah habis dah kat dia) tapi ada dua keping je le. Jadi sekarang kat kafe ada koleksi lengkap buku-buku aku. Rasa macam nak buat kombo. Tapi tak tau nak tolak berapa koleksi lengkap ni. Oleh sebab memang dah habis murah dah aku bagi ni, rasa macam tak kombo sangat dah pun. Maknanya banyak yang dah aku turunkan harga sebab nak bagi habis (tapi tak habis-habis) jadi kalau buat kombo, mungking kurang setakat RM2 camtu. Mungkin kos pos aku boleh ejas la sikit (maknanya aku jual je lima buku tu RM100 tapi siap kos pos) tapi terfikir yang walk in atau COD pulak, nak bagi berapa pulak harga dia. Takpe, kita cuba dulu iklan. 

Mungkin aku patut tumpu tulis je kot.

Tak ingat kenapa, tapi ada rasa selebriti agak menjengkelkan. Walau ya, ia agak tidak adil sebab ia terlalu umum, sebab ada je yang sangat okey.  

Nak mulakan ni yang susah kalau tak ada permulaan yang kuat.

Untuk novelet saya seterusnya, saya perlu menonton (500) Days Of Summer sebanyak 500 kali. Kahkah.Takde la. Setakat ni mood yang aku perasan untuk novelet seterusnya ialah ulang tonton dan ulang pasang (500) Days Of Summer dan senarai main di youtube dari Lofi Cafe. Sekarang aku tengah pasang video dia yang berdurasi empat hari. Betul, korang tak salah baca, empat hari bersamaan sembilan puluh enam jam. Aku cadang untuk habiskan dalam sebulan. Sepanjang November. Dah kena dah dengan Nanowrimo. Walau aku tulis novelet jee.  

Rahsieee

Aku dah hantar novelet baharu tu untuk buat rekaletak dan semalam aku tidur pukul empat pagi (sebenarnya aku tak tahu pukul berapa aku tidur tapi dekat-dekat pukul empat tu aku dah bersedia untuk tidur la) sebab aku siapkan terus edisi DIY-AF. Sebenarnya macam kelam kabut aku nak buat edisi DIY-AF sebab nak kejarkan acara Sabtu ni. Kat REDA ada acara berganda, belah petang Laras 99 punya, belah malam Rumah Ripta punya. Jadi oleh sebab aku memang dah bajet novelet ni malas nak buat edisi fotostat dah tapi masih nak kekalkan tradisi DIY-AF, jadi aku akan buat sepuluh atau sebelas keping dan bagi percuma. Aku ingat nak bagitau kat twitter, siapa nak, aku bagi percuma tapi kalau pos kena tanggung sendiri la kos pos. Lepas tu aku ingat, baik aku bagi je kat siapa-siapa masa acara berganda nanti. Kira aku akan tweet dan kata ada menu istimewa kat REDA hari tu tapi kena minta dari aku sahaja. Bos dia pun tak tahu ada menu istimewa ni. Kahkah. 

Cuma sekarang kena suruh semua yang dapat tu jangan tunjuk dulu apa menu diorang dapat sampai la aku umum sendiri dan tunjukkan kaver untuk edisi umum tuu.  

Daaaaan yang bakal menanti saya selepas siap novelet ni ialah sebuah lagi novelet yang masih belum ditulis tapi ada tarikh akhir penghantaran.

Setel jugak novelet tapi ada dua benda aku nak buat sebelum bagi kat perekaletak, nak ubah bahagian perulangan supaya dia tak berulang sangat, dan satu lagi baca semula semua sekali untuk seragamkan segala benda. Kalau ikut hati aku, aku nak emel je dah terus. Sebab macam dah menagntuk dah. Ke aku patut tidur je lepas tu sambung esok? Tapi esok dah Khamis pulak dah. Sumpah aku rasa macam cepat gila kot masa berlalu.  

Aku ada idea power lagi ni, macam biasa.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku ada pasang Quiet Chill Cafe (nama senarai main, bukan nama band atau muzik atau album) secara rambang dekat youtube dan tak rasa sangat muziknya tapi kesannya ada rasa macam sesuatu. Masa aku pasang tu, aku tengah menulis, ye, novelet yang aku dah kongsikan kaver depan dia tapi tak habis tulis lagi, dan aku dah tersangkut sejak beberapa minggu lepas. Jadi aku buka balik fail tu dan kebetulan terpasang senarai main ni kat televisyen kat youtube lepas tu lajuuu je aku menaip. Rasa macam, taip, t a i p , t  a i  p  , ta   i   p, taip, tahu-tahu macam, eh, bukan aku macam ada writers block ke, nape tenang je aku menaip. 

Lepas tu aku masih tak sangka apa-apa, jadi aku pergi kerja lepas tu pasang lagi sekali senarai main tu kat kafe, dan entah kenapa, senarai main ni memang terpasang sampai habis tiga jam lebih. Dan sepanjang masa tu kitorang semua dalam kafe macam rileksss je. Ada main kad, tapi main dengan tenang dan bertawaduk. Kahkah. Selalu main macam beriya nak menang, macam gaduh-gaduh strategi, kaw-kaw mempertahankan aksi kad la, tapi semalam, macam siap berkongsi strategi dan bagitahu tengah pegang kad apa waktu tu. 

Sempat juga aku borak dengan sorang tu, pasal senarai main ni, dan aku cakap, sebenarnya ni macam senarai main biasa je, aku sendiri boleh buat kat Garageband, lepas tu muat naik kat youtube, bagi la tajuk yang popular. Mesti ada je orang dengar. Lepas tu aku terfikir, betul jugak, kenapa aku tak buat camtu? Aku memang dah ada lagu dalam Garageband, patut aku panjangkan je lagu sampai beberapa jam lepas tu muat naik le kat youtube. Untung-untung banyak gile view. Okeh, aku set up satu jap lagi.  

Beberapa ulasan kegemaran untuk Hingar Sunyi Eterniti.

Dari blog Wan Nor Azriq

 Ah, novela: bentuk seni yang orang tidak kenal, namun sering menjadi medan novelis mengambil cuti, atau berlatih untuk menjadi tua. Risko waktu tidak terlalu tinggi seperti novel standard, mahupun terlalu mudah dan singkat seperti cerpen. Kalau novela adalah minuman, maka ia adalah piccolo latte. Saya akan sediakan ulasan lebih panjang untuk novela Mohd Azmen pada hujung tahun. Buat masa ini, secara ringkas, saya boleh kata novela ini bukan sekadar hingar. Ia adalah percakapan menuju eterniti.

 Dari instagram Ana:

Walaupun novelet lebih pendek berbanding novel, buku ini seakan membawa saya duduk bersama karakter-karakternya untuk berkongsi sunyi yang sama. Tentang hubungan persahabatan, momen dari masa lalu dan tentang seseorang yang sudah tiada dan masih ada. Di tengah kematian, karakter yang menjadi narator cerita ini menemukan 'seseorang' di dalam dirinya yang lahir di sela waktu yang singkat. Orang itu adalah 'ayah.’ Membuatnya mahu bertanggungjawab, mahu mengubah hal-hal kecil pada dirinya dan mahu melindungi. Saya tertarik kerana banyak karya hari ini lebih banyak bercerita tentang ibu dan saya lebih banyak mendengar orang membicarakan tentang naluri keibuan dalam diri wanita. Jarang diperkatakan tentang naluri seorang ayah dalam diri seorang lelaki.

Jap, aku boleh kira sebagai noveletis ke camni? Best jugak, dia macam kena dengan cerpenis.

Aku tak ingat aku pernah tulis ke tak atau aku dah tulis dekat enam belas kali, tapi aku selalu anggap beberapa projek penulisan pada separuh akhir tahun ni lebih kepada novelet sebab aku ada rasa kena ikut peredaran zaman (ye, bukan sebab trendy tapi sebab aku tergolong dalam penulisan kontemporari) dan hasilkan zine yang lebih sesuai untuk rentang perhatian zaman sekarang. Tapi Sufian pernah bangkang/bidas (okey tak bidas la sebab tu macam marah sangat), atau tidak sependapat dengan aku sebab buku nipis bukan makna boleh habiskan dengan cepat. Oleh kerana dia memang seorang sufi dari puncak, aku terkesima (kahkah sebenarnya aku macam tersedar, eh betul jugak, tapi aku kan memang jenis macam A-Team, suka merancang dan suka rancangan aku berjalan ikut perancangan - tapi selalu tak jadi, jadi aku teruskan je pelan aku sebab aku yakin dengan pembaca aku. Oh, dan sebab tu jugak aku suka main kad).

Walau rasa macam kelakar, tapi sumpah apa Sufian cakap tu betul. Masa aku keluarkan Hingar Sunyi Eterniti, aku bajet korang semua akan habis baca zine tu dalam masa mungkin sejam dua, atau paling lambat pun, dalam sehari dah setel. Nak tahu berapa ramai yang aku jumpa cakap tak habis baca lagi dari masa diorang beli yang edisi DIY-AF sampai edisi umum yang pertama dah habis jual? Lebih dari sorang (sebab pembaca aku bukan ramai nau pun, jadi kira ramai la ni, sebab tak salah aku, ada tiga orang pernah cakap dekat aku yang diorang tak habis lagi baca). Takde le aku paksa nak diorang terus duduk baca tapi aku tulis nipis je kot (walaupun ia ditulis hampir lapan tahun. Ke lebih?). 

Paling mengejutkan aku ialah, selain dari material nipis tapi lambat habis baca, ialah walaupun ia zine, walaupun ia nipis, tapi tak ramai yang dapat tangkap apa yang aku tulis. Semua ni berdasarkan dari reviu dioranglah. Ada reviu yang sangat pendek, tapi memang dapat tangkap keseluruhan makna dalam novelet tu. Sebenarnya aku tak patut bincangkan hal ni sebab bila dah cetak aku memang akan diam je kalau orang ulas atau komen. Tapi terpaksa aku bangkit dan bagi sikit hint; ia tentang eterniti, bukan tentang sunyi atau hingar.  

Aku ingat lepas ni, novelet yang lepas ni entah macam mana agaknya reviu, sebab boleh kata, aku menulis sebagai bukan aku. Haaa. 

Mengata

Kadang aku rajin mengata penulis lain dengan kawan-kawan dalam lingkungan, bak kata Sastranaut, menyatakan sikap. Kahkah. Sebenarnya diorang ingat aku bukanlah jenis yang senang nak mengata orang, dan memang betul pun, jarang aku nak mengata, tapi kalau kebetulan ia termasuk dalam topik dan kebetulan persoalan dalam perbualan tu memang masuk dalam hal menyatakan sikap, jadi aku terus terang je le. Selalunya jenis mengata aku ni, memang tentang satu hal - "Haram tak sedap dia tulis," atau "Aku sampai sakit kepala pening-pening sebab nak habiskan baca buku sebab tak sedap langsung." (Ya, aku masih lagi pegang prinsip untuk habiskan baca buku yang telah mula baca walau tak sedap. Tapi ada je aku tak habis sebab tak faham, tapi biasa aku redah je habiskan baca atau sambung sikit-sikit dalam sela masa yang sangat panjang.)

Tapi kadang-kadang kelakar juga, ada pernah aku mengata pasal satu tulisan yang tersiar, tahu-tahu tak lama lepas tu penulis tu menang anugerah sastera. Kahkah.  

Okeh esok, tapi jangan bawa ke media sosial lain pulak. Hal blog, habis kat blog je le.

Aku ada rasa nak siarkan gambar penuh kaver novelet seterusnya (bukan cinonet macam kat atas tu, hehe) walau aku masih belum siap tulis sebab aku dah siap buat kaver, dah siap dapat PDP dan ISBN, dan juga dah siap tanya quotation dengan Jin Wai berapa harga untuk cetak. Aku dah terlajak tarikh akhir dah hampir setengah bulan jugak ni, jadi kena siapkan cepat aku nak siapkan novelet seterusnya pulak. Lepas tu buku cerpen. Lepas tu novelet lagi. Lepas tu zine cereka dalam gambar dan patah perkataan. 

Lepas tu aku nak fokus main muzik pulak. 

Baik korang beli semua buku ke zine ke apa-apa material aku, nanti karang aku dah jadi femes, dah terlambat nak flex kata dah ngefan dengan aku dari sebelum mula lagi. Kahkah.  

Panik tapi mengantuk.

Sebenarnya aku dah boleh panik ni sebenarnya. Aku punya PDP untuk novelet seterusnya dah siap, baru dapat tadi kat emel. Tapi aku belum habis tulis. Lepas tu aku patut dah mula tulis novelet seterusnya, tapi dah 10hb masih belum mulaaa. Tapi paling penting, aku belum mulakan bacaan pruf. Pehhh, terpaksa aku mula stress eating, okey tak la, maknanya mula pi lantakla dengan diet. Baru nak kurus sikit, dah kena gemuk balik. Tak, aku masa menulis aku tak makan kismis, aku makan semua benda sebab aku malas nak fikir dan makan je apa aku nak dan terlintas dalam kepala sebab aku punya fokus memang dah sepenuhnya pada menulis. Mana ada waktu nak fikir bila nak senam ni, atau, oh ni aku tengah makan dan belum kenyang, baik aku berhenti makan, atau, okey dah pukul lima, dah boleh berhenti makan, walau kali terakhir makan ialah jam sebelas pagi, atau, oh aku kena makan nasi separuh dengan sayur tanpa sebarang kuah, atau, aku tak boleh minum air manis.  

Pasca acara

Sebenarnya ada rasa macam banyak benda berlaku sepanjang beberapa hari ni sebab sibuk dengan kafe dan acara luar, tapi sayangnya aku tak teringat langsung nak kemaskini di blog. Tapi ada banyak kemaskini dekat instagram, jadi, ikutilah aku di instagram dan juga ikutilah instagram Reda Coffee, kat sana ada banyak kemaskini dan secara tak langsung, aku pun ada sekali. Nanti kalau sempat, aku kemaskini la entri beberapa hari kebelakangan ni. Sekarang aku dah nak kena mula siapkan tugasan pembaca pruf untuk Laras, siapkan novelet untuk diri sendiri, siapkan novelet untuk penerbit lain, dan lepas tu, paling penting, aku nak kena mula set up aku punya kedai shopeeee. 

Ni yang paling malas kalau tersangkut dan tak boleh buat apa selain tunggu dia bergerak.

Sebenarnya aku lupa aku kena kurus cepat sebab nak kena ambil gambar dengan Sufian. Walau aku sekarang dalam kerangka diet jangka panjang, patut boleh cepat sikit progres dengan bersenam dan cuba elak makan malam (tapi sebenarnya tak banyak kali pun aku makan waktu malam tapi ada lagi sekali dua macam tu), lepas tu aku lupa yang aku nak kena ambil gambar, dan dalam masa sepuluh hari, baru turun dalam dua atau tiga kilogram macam tu. Aku target dalam lima kilo macam tu sebab diet malas-malas. Tambah pulak, aku tengah nak setelkan novelet dan tersangkut pada satu bab ni, dan tak dapat teruskan buat aku macam kena lantakla pasal makan macam tu tapi aku nasib baik diet pelan-pelan jadi, dia dah jadi macam rutin bawah sedar. Nampaknya malam ni nak kena la mula bersenam.

Jap, apa lagi aku nak kemaskini tadi, aku dah lupa. Oh ye, aku rasa aku kena cuti hari Isnin kot. Baru la terurus sikit seminggu tu. 

Jap, aku lupa lagi nak kemaskini apa lagi. Nanti la aku tulis entri lain lagi bila dah ingat.  

Aku tulis beberapa hari lepas tapi terhenti sebab nak kena keluar ambil Ariana dari sekolah. Lepas tu malas nak sambung. Ni pun aku siarkan takde edit atau tambah apa sangat, memang masa aku simpan camni je la aku tulis. Dan ya, kedai shopee tak setel lagi. ISBN dengan PDP dah mohon dah.

Sebenarnya aku baru perasan yang aku dah kena mohon ISBN dan PDP untuk novelet baharu. Cerita dia aku belum habis tulis lagi tapi aku sasarkan kena habis tulis lagi empat hari, lepas tu bagi dekat Laras untuk buat rekaletak. Lepas tu aku terfikir, ye lah, aku nak suruh Laras buat rekaletak, mesti la kena ada ISBN & PDP dekat halaman hakcipta. Memang betul la firasat aku minggu lepas untuk pergi hantar permohonan awal walau belum siap tulis. Aku pulak memang macam nak tunggu siap baru la nak mohon, lepas tu aku lupa daa kena hantar buat rekaletak. 

Laras akan buat rekaletak zine selepas ni, dan aku pulak akan tolong Laras jadi pembaca pruf untuk naskah akan datang. Aku saja pelawa sebab ada rasa boleh setel sambil duduk dalam kafe. Dekat kafe, tiap-tiap hari boleh kata produktif; kalau tak produktif dengan pelanggan atau kopi atau kemas kafe, kitorang produktif buat kerja penulisan. Aku tulis novelet, Syuk tulis skrip teater. Kalau tak, kitorang buat rekod konten. Produktiffff. 

Aku baru whatsapp Jin Wai nak ulang cetak. Lepas tu aku macam jem kejap, dia bagi harga lagi murah. Lepas setel bayar apa semua, aku saja tanya kalau jumlah cetakan yang lebih banyak, dia jadi berapa harga, lepas tu aku macam bengkek sebab lagi murah. Peh. Boleh kata macam ni la, novelet seterusnya aku terus cetak banyak, supaya boleh tahan sampai pesta buku. Aku sebenarnya memang nak bagi dia tahan sampai pesta buku, tapi berdasarkan anggaran sendiri, macam agak mahal. Sekali lepas tanya, terus jadi diskaun banyak (kira banyak la pada aku). Takpe, aku steadyyy. 

Okeh, target bulan ni setelkan novelet. Target hari ni mohon ISBN & PDP. Target esok nak setelkan kedai shopee. Target bulan depan mula tulis novelet baharu dan habiskan 3 judul buku, sebab nak pulang. 

Sedikit kemaskini tentang hari ni punya progres menulis.

 Aku tak habis lagi tulis tapi kebetulan aku rasa semak sebab tengah tergendala untuk menyambung, jadi aku buka dalam Word sebab aku boleh kecikkan dan nampak macam mana bentuk dia dalam perenggan-perenggan dan bab. Lepas tu aku rasa okeh, untuk edisi DIY-AF aku akan guna Words punya rekaletak je lah, dan susun tanpa asing muka surat ikut bab (senang cakap bab seterusnya dalam mukasurat sama, bukan bermula mukasurat baharu) sebab nanti rekaletak pun Laras nak buat, jadi tak payahlah aku sibuk nak buat atas Canva bagai. Lepas tu aku terfikir untuk bereksperimen dengan jenis font dan aku ada rasa nak bagi tulisan yang pelik dan macam tak selesa sikit orang baca. Kahkahkah. Konon-konon ala pecah tembok keempat la sebab novelet yang tak menyelesakan, sampai nak baca pun tak selesa. Contoh macam entri ni la aku tukar font bagi janggal sikit. Ni sebab pilihan font kat Blogger memang terhad. Aku dekat Words tadi dah siap nak pilih tulisan bersambung-sambung dah.

Idea.

Okeh, projek yang antara tengah aku fikir untuk jadikan zine ialah cereka dalam bentuk perenggan dan foto. Dan baru tadi aku terfikir, okeh, aku buat dalam saiz A6. Sekian.  

Semalam

 Aku ada tulis entri semalam, tapi tertangguh sebab dah lewat untuk rutin harian. Jadi aku terhenti separuh jalan. Tapi rilekss, nanti aku kemaskini bersama entri baru. Kalau tak sibuk memikirkan nak sambung apa tulis novelet ni. 

Dia De Los Deftones | The Ultimate Concert Film | "Smile"





 Aku ingat lagu Smile ni hanya akan boleh dengar dari medium tersedia, dan diorang takkan buat persembahan secara langsung di konsert atau mana-mana medium persembahan langsung. Mungkin sebab aku masih rasa yang lagu ni (dan beberapa lagu lain dari Eros) belum siap. Mungkin sebab ia dari album yang belum siap. 

Sekarang sibuk buat konten.

Hujung bulan macam ni, kafe agak perlahan dia punya jualan, jadi ada banyak masa yang aku guna untuk meneliti novelet. Aku mula keluarkan balik ipad lama (yang dah siap pecah-pecah retak retak skrin dia) dan guna wifi kafe (ya, ada wifi untuk publik) dan aku akan meneliti balik novelet. Kira minimal juga sebab memang banyak gangguan yang tak langsung untuk fokus, tapi pada aku ini dah cukup baik, sebab ia beri aku masa untuk ulang baca dan fikir apa aku nak tulis, atau apa plot yang aku nak tulis. Kira macam bergerak juga la dari balik rumah baru nak menghadap komputer dan buat kerja-kerja menulis. Kira sebahagian proses seperti termenung, membaca semula dari awal, membaca draf yang aku buang, semua dapat dilakukan di kafe sebab ini proses yang agak memakan masa tapi tak perlu begitu fokus seperti menulis/menaip keseluruhan bab atau perenggan. Lagipun aku tengah kejar masa juga, aku harap untuk kejar cetak semula Hingar Sunyi Eterniti sekali dengan cetak novelet baharu. Sebenarnya aku sasarkan esok nak whatsapp Jin Wai tapi nampaknya macam tak sempat siap novelet baharu. Jadi cetak semula dululah. Tapi aku kena setelkan juga novelet ni sebelum Oktober sebab Oktober aku nak kena mula taip novelet untuk rumah penerbitan lain. Lagipun bahagian reka letak nak bagi Sufian buat dan kaver pulak aku dah awal-awal siapkan, jadi masuk Oktober mungkin boleh terus fokus novelet baharu.

*

Aku sebenarnya tengah berbelah bahagi untuk cetak berapa banyak novelet aku semua ni. Ada rasa macam aku patut cetak je semua banyak. Okeh, bayangkan camni, aku ada bajet lebih kurang 200 cetakan. Kalau aku cetak  Hingar dalam 100, novelet baharu pulak, aku cuma dapat cetak 100 jugak, sebab ada rasa aku patut cetak 150 untuk novelet baharu. Tapi takkan aku nak cetak Hingar 50 keping je kot. Ada rasa macam aku elok cetak 150 novelet baharu, dan Hingar 100. Tapi entah, macam tak konpiden pulak dia sempat sampai pesta buku nanti. Boleh je cetak separuh dulu, maknanya cetak Hingar dulu 150, lepas balik modal, cetak pulak yang baharu 200. Tapi ada rasa macam aku berkobar jugak tak sabar nak cetak novelet baharu. Kahkah.

Takpe lah, yang tu nanti aku fikir. Tapi yang dah kompom, akan ada edisi DIY AF untuk novelet baharu, dan ia percuma. Ye, betul, tak salah baca. Nanti aku akan bagi percuma. Tapi ada 10 keping je aku bagi. Oh, kos pos bayar sendiri ye. Boleh lah mula perhatikan tweet aku kalau nak jadi pembaca awal. 

Agak sibuk juga walau sebenarnya tengah rilek rilek je ni.

Bulan ni lepas kerja kafe, aku macam ala-ala nak perbaharui rutin dan aku tak pasti apa rutin aku sebenarnya. Jadi ada banyak benda aku tak buat, dan yang paling nampak ialah tak kemaskini blog. Ada juga benda lain aku tak buat, macam baca buku dan menulis. Ada juga yang aku mula buat, macam mula bersenam (tapi baru mula dua hari, hari tu Sufian ada bentang idea tentang fotozine dia dan sebab aku terlibat secara langsung, jadi ada semangat sikit nak mula diet dan bersenam). Aku cadang memang dalam masa lepas setel novelet hari tu, berhenti menulis dan fokus membaca tapi sebab aku dah terima tawaran untuk menulis, aku kena tulis satu novelet lah. Oh dan juga novelet kedua pun sebenarnya tengah dalam proses semak dan tambah, jadi kurang-kurang ada dua novelet nak siapkan dalam masa terdekat. Aku cadang mula tulis novelet ketiga tu pada Oktober, dan lepas tu macam nak setelkan beberapa cerpen untuk hantar manuskrip, dan juga ada lagi mungkin dua novelet nak setelkan. Dan ada satu zine cereka dengan foto (kolaborasi dengan jurugambar lain, bukan foto yang aku ambil, tapi tak pasti nak guna foto-foto siapa, sebab ada cadang kat sorang tapi nampak macam tak berminat, jadi baik aku cari orang lain terus dari menunggu). Aku tak tahu la sempat ke tak nak setel semua dalam tahun ni, sebab agak banyak juga untuk ditulis dalam masa tiga bulan. Tapi aku tulis je lah sebab memang itupun yang nak kena dilakukan.  

Mengantuk teruk

Aku dah rasa macam ada lain macam tekak, terus aku bancuh madu dengan lemon. Aku heran jugak kenapa madu bersemut? Lemon aku ingat nak guna separuh je okey kot, tu pun aku potong lagi sikit, tapi bila dah gaul semua, masih masam teruk, walau aku letak banyak madu. Tapi macam ada rasa mujarab je.

*

Aku punya la lama tak pergi dobi sampai aku lupa selalu aku suka dobi mana. Oleh sebab aku suka pergi dobi masa takde orang, jadi kena pergi lepas tengah malam. Aku dah lama tak pergi dobi sebab nak jimat dan aku dah tahu jugak, agak kalau musim hujan, nak keringkan pakaian ialah dengan lantaklah sidai je, cuma lama sikit la. Kalau musim matahari terik tu paling best sebab boleh sidai tiga set cucian sekali hadap dalam sehari (maknanya kadang kena basuh baju sampai dua tiga kali sebab banyak sangat baju kotor, ni aku nak cakap, lepas habis cuci baju, aku sidai sambil basuh lagi pakaian kotor, siap je basuh, aku dah boleh angkat baju yang dekat ampaian tadi sebab dah kering dan sidai pakaian yang baru habis cuci, dan lepas tu aku sambung lagi cuci pakaian yang masih berbaki. Dan lepas habis cuci, aku boleh angkat jemuran tadi untuk sidai yang baru siap cuci ni; jadi tiga kali cuican boleh setel) ni biasanya satu cucian kena sidai dalam tiga hari baru kering. Tapi yang pentiing cuci dan sidai je.

Ada satu dobi tepi jalan yang macam dekat dengan rumah dan selalu ada rasa nak singgah tapi rasa macam tak nak. Macam ada benda halang. Kadang akucuma nak pakai pengering je, aku pergi memandu punya jauh. Padahal yang ni kira dekat juga. Akhirnya aku ada cuba hari tu, dan rasa okey la sebab ada pengering besar gedaabak. Hari ni pula, aku nak cuci toto, sebab musim batuk demam apa semua ni habis diorang batuk muntah semua, jadi kena cuci. Aku cuba nak basuh kat dobi ni sebab dekat dan aku macam syak ada mesin cuci besar. Aku ada rasa kenapa aku tak suka sangat dobi ni sebab mahal. Padahal dia mahal sebab mesin dia besar. Tapi aku rasa dia masih mahal. 

Sampai la tadi aku pergi cuci toto, rasa macam bengkek juga agak mahal. Dua mesin, ada la dalam RM26 ke RM24 camtu. Nak pakai mesin kecik yang murah mana muat toto. Lepas tu aku baru perasan, memang kedekut punya dobi, dah mula mesin, baru aku terbaca, dia tak sedia sabun basuh baju. Aku macam, cilakak, maknanya ni berapa puluh ringgit ni cuma macam bilas-bilas je la. Tak, masalahnya setakat dobi yang aku pergi memang dah sediakan sabun. Siap ingatkan jangan tambah sabun nanti banyak buih atau tak bersih bila masa dah habis sebab masih penuh dengan sabun. Aku macam dah agak dah kenapa aku tak minat sangat dobi ni. 

Okeh, bagi aku diskas jap.

Lepas balik hospital, aku terus setel-setel dan tidur satu keluarga. Penat woih duduk hospital. Sedar-sedar dekat pukul empat petang aku bangun.  Nasib aku ambil keputusan untuk tak masuk kerja hari ni. Dan sempat curi sikit masa untuk pergi hantar zine kat Tokosue. 

Aku sebenarnya cadang nak hantar zine nanti hari Isnin, sebab Isnin cuti dan aku nak pergi ke Perpustakaan Negara untuk hantar salinan zine ke sana lepas tu pergi Tokosue. Tapi Sue cadang aku hantar awal sikit sebab Sabtu ada acara festival zine. Aku macam, mana sempat kot sebab kerja. Tapi kebetulan hari ni  dah belah petang lapang, aku terus ajak Beduk pergi Tokosue. Sempat juga kutip beberapa cerita di sana, buat aku rasa, hmm? Malas nak cerita, tapi konteks dia, ada yang telah menemui tulisan aku, tapi bukan dari Wiski, Polaroid, eceran, dan apatah lagi Kota. 

Okeh, aku dah hantar zine sepuluh keping dekat Tokosue. Dan aku dah cakap dekat Saufie, akan hantar sepuluh keping pada Tegak Balai. Sekarang, aku kena kira balik, eh berapa aku nak jual tinggal ni? Kahkah. okeh, ada lima puluh naskah, dua puluh dah ke Toko+TeBal, bagi perpustakaan lima, bagi Sufian - satu, oh, simpanan peribadi aku, dua naskah. Oh, ada lima naskah dekat kafe.

50 - (20+5+1+2+5) = 17. 

Haa okeh la jugak. Maknanya aku dah boleh sedia untuk ulang cetak. Ke aku patut cetak novelet seterusnya?

*

Waktu borak dengan Saufie, dia cadang untuk aku buat acara terus dekat Tegak Balai. Sebenarnya masa kat kafe, doktor (pemilik premis) ada suruh aku buat acara lepas dia nampak zine aku kat situ. Aku macam nak buat juga tapi lepas tu, aku macam, nak buat apa eh? Tapi TeBal punya cadangan ni macam susah jugak aku nak tolak. Sebab macam ngam jugak. Cuma nak susun acara sendiri ni yang tak berapa yakin. Berdasarkan pengalaman lepas, aku patut buat je. Sebab ia macam, kalau ada impak, ada la. Kalau takde, takpe le. Dari dulu memang aku bercadang nak buat jelajah pun sebenarnya. 


Sebab tu aku tak suka hujan.

Sebenarnya aku macam konpiden sangat bila Gibran tak demam atau selsema bila Ariana demam sampai lemah. Sekali memang terlebih konpiden daa. Maknanya memang setakat ni takkan ada waktu yang Ariana akan demam lagi teruk dari Gibran dan Gibran akan cergas je sepanjang musim demam. Sekarang ni musim demam, aku tak tahu la apa jenis demam ni tapi setakat ni aku masih belum demam. Ada dah berapa kali ada rasa macam akan kena lepas ni tapi setakat ni aku masih belum demam. Jadi sekarang ni demam yang jangkit budak dua orang ni lain macam sikit sebab dia serang kat tekak. Asyik batuk je budak-budak ni, batuk yang agak teruk bila batuk. Kalau tak batuk, okey je. 

Cerita dia, Ariana memang lepas lemah hari tu, lepas-lepas tu dia okey je. Cuma batuk-batuk. aku ingat batuk biasa, jadi aku rilek je le bagi ubat. Sekali ni la dia punya penyakit utama, batuk sebab jangkitan kuman dekat tekak. Ariana kalau batuk memang dengar macam semput atau sesak nafas, padahal batuk je. Dan batuk ni jarang keluar, tapi bila keluar, Ariana sampai nak muntah, awal-awal siap muntah, lepas tu keluar habis semua air liur kahak dan entah apa lagi. Nasib baik la aku sebagai bapak dapat anugerah boleh tahan segala benda jijik macam tu tanpa loya. Tak la menafikan yang aku faham juga busuk ke jijik ke meloyakan ke, tapi daya ketahannan aku agak kuat bila kena tengok benda camtu.

Okey, batuk tadi tu kalau dekat Ariana pun dah macam tu, ni lagi la Gibran. Gibran takde sampai semput atau sesak nafas tu, ala yang macam batuk sampai kena tarik nafas panjang macam tak dapat oksigen tu tapi Gibran jenis tak pandai lagi tahan batuk. Nak batuk, dia batuk je sampai bila asyik batuk, tu yang sakit tekak. Oh, cuma Gibran masih ada lagi demam. 

Ceritanya, pagi Khamis tu dah pagi kedua Gibran batuk tak berhenti bila pagi. Bila tidur dia senyap, bila terbatuk, dia akan terus batuk. Lama juga. Aku tak tahu nak buat camne, siap bagi segala ubat antibiotik dan minum air, tapi batuk lagi. Oleh sebab dah pagi kedua camtu, nak kena bawa pergi kecemasan. Sebab masa pergi klinik hari tu, doktor dah siapkan surat rujukan kalau lepas berapa hari, masih tak kebah demam. Kalau ikut, agak tinggi jugak suhu Gibran, 39. Jadi lepas balik klinik, demam dia kejap surut kejap datang balik. Pagi Khamis patut pergi kecemasan tapi tak ada yang bersiap, nak kena tunggu aku juga bangun tidur, memang tak pergi la jawabnya. Aku petang dah kena ke kafe, jadi memang aku pergi je la kafe sebab ada rasa Gibran okey je. Sekali kat kafe, Gibran demam lagi. Jadi kena bawa ke kecemasan, dan Ariana kena tinggal dengan aku kat kafe. 

Nasib kafe agak kurang orang hari tu, jadi bolehlah Ariana tenang sikit tak kacau orang. Ada la kacau sikit orang tapi bukan kacau pelanggan. Jadi lepas tengah malam baru aku masuk dalam kecemasan pulak jaga Gibran. Tadi lepas berapa jam dalam kecemasan, ada dapat ubat demam satu kali dan lepas tu dah tak demam. Aku entah kenapa macam konpiden, dan rasa malas nak tidur, jadi aku tak bercadang untuk tidur sebab ada rasa Gibran akan keluar dari kecemasan. 

Sebab tadi buat pemeriksaan, xray okey, darah pun okey, paru-paru pun okey, jadi macam tak ada isu sangat. 

Ada la sekali dua ke tiga empat kali aku lelap juga dekat kerusi dengan duduk pada kerusi dan letak kepala pada palang katil sebab malas nak naik atas katil Gibran. Pukul empat pagi doktor datang dan jenis bukan empati terus cakap nak kena masuk wad. Mula-mula dia tanya kenapa dengan Gibran, aku cakap je la dalam konteks berapa hari lepas, Gibran demam lepas tu batuk, dan kebimbangannya ialah pada batuk. Dia tanya aku Gibran makan ke tak, aku cakap makan sikit je. Minum sama je tapi tak makan. Waktu ni Gibran dah cucuk jarum untuk masuk air. Lepas tu dia cakap nak hantar naik wad. Masa ni aku masih mamai dan macam tak berkeras sangat (takla berkeras dalam erti kata keras, cuma tegas la menyatakan sikap eh). Dia macam aku tak ada kata putus untuk okey masuk wad. Dan doktor tu belah je. Dasar hazelnut punya doktor. Aku memang dah agak dah ni memang jenis takde empati. 

Pukul enam pagi, pembantu perubatan ke entah apa lancau nama dia, bagitau aku nak kena naik wad. Aku cakap, eh kena naik wad ke. Dia terus jenis konon malas nak layan bullshit pesakit, kalau abang tak nak naik wad, pergi cakap dekat doktor, doktor kat dalam. Kau ingat aku memang tahu mana dalam tu? Kau ingat aku mengalah je la naik wad? Takde, aku saja pusing-pusing dalam tu cari doktor sampai la dia tunjuk doktor. 

Ada dua doktor tapi dia bukan doktor pediatrik, diorang doktor kecemasan (memang normal), jadi diorang sebenarnya tak boleh nak nasihatkan apa-apa sebab masih dalam rekomendasi doktor pediatrik  yang takde empati tadi. Aku cuma cakap, kena naik wad ke sebab saya rasa tak ada keperluan untuk naik wad. Lepas tu sorang cakap, sebab jangkitan kuman agak tinggi, jadi memang kena masuk wad. Aku macam, jangkitan kuman? Rupanya dekat aku diorang tak cakap jangkitan kuman pada tekak (tu yang buat batuk dan bengkak).Dan doktor pediatrik takde empati tadi dah jadualkan antibiotik untuk dua dua hari (memang dia ada cakap tadi). Aku cakap la, xray clear, paru-paru clear, darah pun clear, dan dah tak demam, dan sebelum ni pun dah bagi antibiotik. Sorang tu cakap antibiotik ni kena bagi lalu jarum sebab jangkitan tinggi dan sebab pesakit tak nak makan jadi susah nanti nak bagi makan antibiotik. Aku cakap la memang selalu bagi ubat guna mulut, lagipun Gibran tadi memang dah nak mula makan dan minum susu, berbanding sebelum ni agak tekak tak sedap nak makan atau minum. Aku ada la tanya, antibiotik ni berapa lama, diorang tak boleh jawab (sebab memang tu jawapan selamat sebab tak boleh nak bagi apa-apa jawapan berdasarkan pengalaman dan penegtahuan sebab takut tak jadi macam diorang cakap, padahal kalau bukan pesakit yang tanya, boleh je jawab). Dan waktu ni la sorang cakap, kalau nak keluar boleh tapi kalau apa-apa encik kena tanggung sendiri. Sebagai khidmat pelanggan aku paling benci ayat ni, sebab aku tahu apa maknanya dia. Maknanya ni salah satu cara akhir untuk menakutkan pelanggan untuk ikut cakap kita. Dan paling penting, untuk elakkan diri dari kena tuduh bersalah. Ye, apa-apa kena tanggung sendiri tu memang pentingkan diri punya ayat. Sebab dia boleh je cakap dalam konteks yang sama tapi dalam ayat yang sangat jauh berbeza. Ni la masalah doktor-doktor yang aku selalu jumpa sepanjang berurusan dengan diorang, cara layan pelanggan kelaut dan selalu bajet orang lain tak sepandai diorang. Betul, aku tahu memang la tak semua, tapi kebanyakannya memang tak sedar pun diorang macam tu, aku boleh agak sebab cara macam mana diorang dididik waktu ambil jurusan perubatan ni. Ayat macam, takkan ni tak tahu, ni pun aku tak suka juga, sebab kau ingat semua orang lalui benda yang sama ke? Lagi-lagi hal sakit dan perubatan. Macam, nak kena dapat pelanggan yang marah-marah baru ada otak, kalau macam aku semalam yang cakap elok-elok, memang keluarlah ayat macam ni walaupun nada kitorang semua tak tegang pun. 

Kesimpulannya, doktor kecemasan memang tak boleh nak cadang apa, kecuali tunggu doktor pediatrik (waktu ni aku geram juga, aku dah la mamai, lepas tu aku tanya benda mudah, doktor takde empati tu tengah jaga sekarang ke, bila dia nak turun, tak dijawab, sebaliknya kata tak tahu, memang logik pun sebenarnya, cuma dia macam tak menjawab soalan, sebab dorang jawab tak tahu bila dia turun sebab dia sorang je sampai pukul lapan pagi. Aku macam, apa kaitan dengan lapan pagi. Lepas tu diorang sambung, atau encik nak tunggu sampai pukul lapan ke, sebab tak lama lagi, lagi dua jam, waktu tu dah banyak sikit doktor. Aku macam apebenda korang cakap ni, tapi sebab aku main agak je, sebenarnya dorang nak cakap, doktor takde empati tu kena jaga wad, jadi ada kemungkinan tak turun sampai habis syif dia, tapi syif seterusnya ada ramai doktor masuk, jadi mungkin kalau nak tunggu, dalam dua jam nanti ada doktor lain. Aku kalau ketegaq, boleh je suruh diorang telefon kecemasan dan panggil turun sebab pukul enam pagi mana la amende nak buat kat wad tu. Tapi bagus juga aku tak buat camtu sebab dah kompom-kompom dapat doktor takde empati tu balik).

Jadi, aku tunggu sampai pukul lapan pagi, dan ada waktu tu rasa macam, betul ke permintaan aku. Tapi aku fikir balik, sebab dah banyak kali masuk wad, dan pernah je masuk wad tidur satu malam esok terus keluar, sampai doktor yang melawat pagi tu, macam, eh kenapa kena masuk wad. Takpelah, dah boleh balik. Amende siot. Kalau yang lain tu, macam logik juga sebab jangkitan paru-paru, kena pakai oksigen apa semua. Ni memang takat bagi antibiotik, takkan la nak masuk wad, bagi le kat pesakit lain yang betul memerlukan. 

Dan doktor syif baru tu, aku tak tahu la doktor kecemasan atau doktor sebelum ni cakap, tapi memang elok la dia cakap dengan aku, siap tanya terus nak balik eh? Dia tengok Gibran (kebetulan tengah minum susu walau tengah tidur) dia macam okey la boleh balik, dia peeriksa suhu dan tengok Gibran tak demam, jadi, okey la, nanti tunggu orang cabut jarum, lepas tu amik ubat dan balik. Aku tanya pasal antibiotik, tunjuk yang dapat dari klinik, dia macam cakap tak payah tapi lepas tu bagi juga. Mula nak bagi tiga hari, lepas tu penuh terus seminggu (aku siap kena tanya balik dekat farmasi betul ke ni). Dan doktor tu sempat pesan, bagi je ubat demam kalau perlu (diorang panggil ubat demam, tapi itu ubat tahan sakit juga, kira untuk bagi lega tekak dan tak sakit sangat) dan antibiotik ikut seminggu. Kalau masih sakit, kena datang semula la. Haaaa.. ni la yang aku cakap, tak payah nak takutkan pesakit, sebaliknya beri la peringatan. Dari dia cakap kalau apa-apa encik tanggung sendiri, baik la dia cakap, okey saya bagi balik, tapi encik monitor, kalau ada tanda sekian-sekian atau masih tak baik lagi lepas sekian-sekian waktu, segera datang balik. Kenapa nak kena takutkan orang atau beri perasaan negatif dekat orang yang memang sedang negatif? Kau ingat nak lawan orang bodoh dengan benda negatif ke? Sama ada abaikan atau balas dengan perkara positif. Bukan terus pesimis macam selalu buat tu. 


Cis, baru berapa hari tak menaip entri, punya payah nak terjemahkan benda dalam kepala.

Oleh sebab aku macam nak betulkan rutin, jadi aku jarang kemaskini blog. Sebab dia lebih kurang camni, aku balik dari kafe belah malam, kafe tutup pukul sepuluh, kalau lajak sikit huha itu ini, aku ingat lewat sikit dari pukul sepuluh baru aku dapat naik atas motor dan menyetat motor (ye, pinjam ayat Saat). Senang cakap, sampai rumah, itu ini, dan bila dah tenang duduk, baru sempat nak tengok jam, tahu-tahu dah pukul dua belas tengah malam; itupun aku belum sempat bukak Candy Crush dengan Twitter. Apatah lagi bukak komputer. Kadang aku saja tak matikan komputer dari berapa hari lepas sebab agak aku nak bukak komputer, macam sekarang ni, dah tak payah tunggu dia setat. Terus unlock je (kena unlock sebab budak-budak ni suka tekan tekan komputer ni, jap lagi dia terpadam apa benda barang kat google drive aku dah tak pasal-pasal pulak) dan bukak blog atau cari apa-apa. Sampai apa benda entah yang berlaku kat twitter pun tak sempat nak into scene. Nak into scene mende nye kalau dah aku pun tak faham konteks sebab terlepas isu dia. Aku ingat hari tu la masa hujung minggu kot, malam buka twitter je tiba-tiba dah terbaca tweet tanpa konteks sebab tak sampai lagi pada konteks di susurmasa. Dan paling best, zine dah amik hari tu pun aku agak malas nak mula jual. Kahkah. Aku letak kat kafe lepas tu amik gambar dan letak kat akaun twitter dengan instagram je. Takat ni semua orang like takde tanya nak beli camne. Kahkah. Dulu ada la juga yang terus kelam kabut dm, ni semua tenang-tenang je nampaknya. 

Okeh, hari tu aku ada cakap kat Mucky, nanti dekat belakang kulit zine akan datang, bahagian biodata, aku akan letak 'tidak pernah memenangi sebarang anugerah atau sayembara' pada ayat yang terakhir. Kahkah. Aku ada beritahu konteks pada dia sebab aku ada rasa macam nak sekurang-kurangnya ada sorang yang faham konteks ayat tu tapi cuma hehe je kalau ada orang sebut. 

Jadi, aku kongsikan kat sini juga sebab saja la. Okeh, aku memang selalu overthinking kadang bedna yang konon-konon trivia diri sendiri sebab selalu aku fikir aku memang ikut gaya idola (penulisan) aku iaitu Bukowski, yang pernah kata, dia bajet orang hanya akan mengenali dan mengetahui pasal tulisan dia hanya pada bila dia dah mati. Tapi dia tak la, belum mati lagi dah terkenal, jadi aku mungkin bolehlah ikut falsafah ni. Okeh jap, kembali pada ayat pada hujung biodata tu, cerita dia lebih kurang gini, aku pernah terbaca satu artikel dari seorang penulis yang, emm, kenal dan mungkin akan kerap jumpa tapi taklah kerap kot, tapi bukan kawan, kot, entah, aku tak tahu la nak cakap, tapi ye lah, senang cakap kenal je la kot, ke dia tak kenal aku penulis ke apa, entah lah, tak, tak penting sebenarnya, okeh, yang penting ialah, dalam biodata dia lepas habis artikel tu, dia tulis la hal pencapaian berkaitan penulisan apa semua tu, dan aku rasa macam kenapa dengan pencapaian begitu, dia agak tidak signifikan atau macam ada sesuatu dalam dunia penulisan dalam negara? Jap, camne nak terangkan dengan berlapik eh. Penulis tapi tak ada karya yang signifikan atau yang boleh dipegang? Pencapaian sebagai penulis tapi tiada karya dominan? Lebih kurang la kot. Tapi aku bukan persoalkan itu la, sebenarnya aku tak persoalkan apa-apa pun, cuma terfikir je la. Lepas aku terfikir, aku pun bercadang untuk letak ayat tadi di biodata. Tapi sebelum taip entri ni, aku fikir okeh la, aku riki sikit pasal penulis ni, dan lepas aku riki, memang lagi banyak benda dia dah buat tapi lagi menguatkan keinginan aku untuk letak 'tidak pernah memenangi sebarang anugerah atau sayembara'. 

Aku baru nak betulkan tidur dan rutin jugak ni.

Dekat dua minggu juga zine aku ni tak siap lagi. Kata seminggu. Sufian syak mesti Jin Wai terlupa. Haih. Aku sabo je la. Kejap lagi aku whatsapp.

*

Hari ni cuti. Dah berapa hari semua orang dalam rumah demam dan batuk. Cuma kali ni macam agak luar biasa. Sebab bukan bermula dengan Ariana tapi lepas tu macam biasa berjangkit dekat Gibran. Tapi yang lain lagi ialah Ariana yang teruk, Gibran pulak macam okey sikit. Semua mula dengan batuk, lepas tu selsema. Hingus macam dah setel tapi batuk macam menjadi-jadi. Dan dua hari Ariana badan panas. Hari ni baru Gibran badan panas. Tapi setakat semalam-semalam tu, dua -dua masih cergas.Gibran paling cergas, kira terbalik juga sebab selalu Ariana paling cergas. Dan paling ajaib ialah aku langsung tak berjangkit. Aku tak tahu la kalau belum berjangkit lagi, tapi selalu waktu macam sekarang patut aku dah mula kena tapi tak ada. Cuma ada dua kali aku macam mula rasa okey ni nak mula dah ni, tapi lepas tu tak jadi apa. Syukur juga la.Cuma kesian Ariana, macam dah lama tak kena demam macam ni. Selalu dia yang selsema lepas sehari dua, dia cergas dah, kadang selsema je, tapi cergas macam biasa. Aku tak tahu la sebab ubat ke apa, tapi sejak aku cuba Hurix kanak-kanak, dan nampak budak-budak ni mcam cepat sikit elok, walau sembuh total lebih kurang waktu sama, tapi taklah melepek macam tu je, aku asyik beli ubat ni walau mahal. 60ml dalam RM18. Ariana 15ml, Gibran 5ml, tak sampai satu hari habis dah. Dia ada beberapa jenis, malah kalau yang Hurix dewasa pun boleh bagi pada kanak-kanak (ikut sukatan ods yang disyorkan) tapi aku cenderung beli yang kanak-kanak sebab itu nampak lagi sesuai untuk diorang (tapi cepat la habis). Semalam aku jumpa yang botol besar sikit 100ml, kanak-kanak punya juga tapi dos dia kurang sikit dan bolehlah tahan lama sikit.  

Hari ni baru sempat nak tengok betul-betul diorang ni. Jadi aku ingat nak masak nasi ayam la bagi cepat sikit sembuh. 

Takdee, yang tu takkan la bundle kot.

Antara benda lain yang macam dah lusuh atau reput ialah kasut-kasut aku. Ye, aku ada banyak kasut sama macam aku ada banyak baju sebab aku suka beli barang bundle. Entahlah masa waktu aku tengah banyak duit dulu, aku selalu riki kasut dekat instagram lepas tu geram je tengok kasut tu sebab kebanyakan kasut tu jenis yang model jarang ada tapi tak popular tapi masih jenama popular. (Tapi sekarang lepas pandemik dari berpuluh-puluh bundle kasut yang aku ikut dekat instagram dah tinggal seketul dua je, itupun sangat jarang dah kemaskini). Dan biasa harga dalam anggaran bawah dua ratus, selalunya kalau lebih seratus lima puluh, aku tak beli kecuali aku geram sangat. Ada banyak yang aku beli memang dalam lingkungan tujuh puluh, tapi kasut kegemaran biasa dalam seratus lebih. Masalahnya sekarang, sebab aku dah tak pakai kasut jadi kebanyakan kasut bundle ni dah jadi keras dan reput. Ada yang tak bundle (kasut sukan Power yang aku suka gila sebab warna dan desain memang agak retro yang bukan kaler meriah dan menyakitkan mata) pun sama dah macam reput sikit-sikit bahagian dia. Ada yang tapak dia memang langsung dah keras kematu sampai waktu jalan rasa macam pakai kasut dengan tapak kayu yang tak ada cengkaman langsung pada lantai/tanah/simen/marmar. Ada satu kasut sukan Puma yang aku pakai masa kerja kafe kelmarin dan aku rasa banding Slip On Checkerboard dan Sk8 Hi tapi Mid Cut, kasut sukan camni lagi sesuai. Tapi ada bahagian dekat belakang dia dah keras dan tanggal masa aku pakai. Nasib aku jumpa dan nanti kalau aku rajin, aku cuba la gam balik. 

Aku macam dah rasa nak derma je lah kasut banyak-banyak ni tapi macam patut ke, sebab ada yang memang elok lagi bentuk apa semua tapi tapak dah tak cengkam. Ke memang takde orang derma kasut? Kasut aku tak lusuh pun, tapi ada bahagian yang dah mati. Ke aku boleh ganti je tapak dia. Ni la masalah kalau bundle lepas berapa tahun tak pakai. Dulu aku rasa macam stail gila pakai bundle, sekarang entah kenapa aku suka baju atau kasut baru. Ada satu masa tu aku fikir macam, okey la aku nak beli baju baru, tak fikir pun kalau baju-baju bundle aku dah lusuh. Cuma nak cuba la beli baju baru. 

Mungkin seluar je kot yang memang aku sangat jarang beli bundle, sebab sama ada tak boleh nak cuba dulu atau memang susah gila nak cari seluar yang aku suka dekat bundle. Tapi dulu banyak juga aku beli seluar, tapi ni masa dua puluh atau lima belas tahun lepas la. Lepas berapa tahun tu, aku dah sangat jarang beli seluar bundle. Yang paling selalu aku beli ialah jaket (semua jenis, jeans, hooded, parka, baju panas, banyak gila, aku ada satu rak sangkut baju khusus untuk jaket sahaja) dan baju. Baju ni aku suka sangat beli baju lima ringgit. Dekat pasar malam dulu siap ada baju bundle dua ringgit, gigih tu aku selak satu-satu. Oh, lagi satu aku beli flannel. Baju dan jaket aku suka beli dekat bundle fizikal, kasut dekat instagram dan flannel dekat Carousel. Flannel pun aku ada satu rak baju khusus. Sekarang aku dah banyak sangat baju dan bila lepas aku tahu pasal minimalism, aku rasa nak kurangkan baju aku sampai dalam bilangan yang sangat minimal, sekadar cukup untuk harian dan tema khusus, tapi tak boleh sebab banyak sangat baju nak pilih. Dulu boleh la aku pilih berdasarkan potongan dan saiz, tapi sekarang semua dah tinggal baju saiz kecil. Takkan aku nak derma semua, yang paling praktikal ialah supaya aku kurus balik dan boleh pakai semula. Cuma lambat la juga. Sebab tu aku malas nak beli baju baru lagi tapi tiga bulan paling cepat nak kurus pun, dan kira masih berbaloi kalau aku beli baju, katalah sehelai sepuluh ringgit. Aku beli lima, lima puluh ringgit, untuk tiga bulan pakai. 

Ni belum masuk hal boxer. Kahkahkah.

Susah jugak nak cari baju kolar bulat yang tak besar kolarnya. Ke aku elok pakai je lah baju berkolar.

Mungkin aku pernah bagitau kot, tapi aku nak ulang balik, sekarang aku dah gemuk balik macam sepuluh tahun lepas. Berat badan naik secara drastik, aku syak mungkin kalau tak dua puluh kilo, mungkin belas-belas kilo juga. Drastik sebab dia naik dalam tempoh setahun lebih. Aku rasa awal tahun 2022 macam masih boleh dibendung, tapi lepas habis 2022, rasa memang dah naik banyak, dan sepanjang 2023 sampai la September ni aku cuba untuk kurus tapi sebab malas, dan selalu langkau banyak rutin, tambah lagi ketika sibuk menyiapkan manuskrip atau apa-apa rilisan, aku memang malas dah nak peduli tentang benda lain, jadi berat makin naik. 

Dulu rasa okey la, aku pernah kurus balik dulu, dalam kurang tiga bulan, jadi aku ingat boleh la aku cuba semula. Tapi sebab tak konsisten, dia tak jadi tiga bulan. Dan masalah sekarang, aku dah takde baju. Dulu masa kurus banyak juga aku beli baju, lepas tu baju lama semua aku derma, dan sekarang aku dah tak ada baju nak pakai, kecuali baju yang masih muat pada sepuluh tahun lepas. Dan lagi memburukkan keadaan, aku suka beli baju bundle, yang masa beli dah lusuh sikit, jadi lepas sepuluh tahun, lagi la lusuh. Hari tu aku ada beli juga dua helai baju dan sehelai seluar, sebab secara harafiahnya, aku cuma ada dua helai je seluar panjang (termasuk yang baru beli) dan dua helai baju baru yang baru beli tu aku tak minat potongan dia. Aku nak cari baju kosong pun susah nak jumpa yang aku suka potongan dia. Kebanyakannya leher besar sangat, aku tak suka. Aku ingat masa aku belum betul-betul gemuk pun aku pernah beli baju kosong kat Shopee lepas tu rasa tak best. Ada yang aku suka, tapi cepat lusuh pulak. 

Dan sekarang, kerja kafe memang pakaian bebas tapi masalahnya pakaian aku semua lusuh. Aku nak beli rasa macam belah bahagi, tapi bila fikir, kalau aku cuba diet dan berjaya kurus, aku ada lebih kurang tiga bulan nak kena pakai baju baru tu, kira lama la, dan aku memang kena beli. Cuma nak cari kat kedai atau beli kat Shopee tu yang malas. Cari secara fizikal dah kompom penat, cari daring lagi la tak tau material dia macam mana. Aku ingat aku tawakal je lah beli lima helai baju kosong paling murah kat Shopee. Kalau ngam, okey la, kalau tak ngam, aku derma je lah. 

Maknanya ni dah tak pergi Wayang Budiman dah la ni.

Rasa lama jugak zine nak siap cetak ni. Macam awal nau pulak rasanya aku umum nak cetak. Jap, okeh, aku cuba ingat balik, PDP hampir dua minggu, cetak pun hampir dua minggu. Maknanya paling cepat untuk anggar siap cetak buku ialah sebulan lebih. Kira paling selamat dua bulan. Itupun aku cetak lima puluh je dan ia cuma zine. Kalau cetak buku ni, maknanya lagi lama la. Okeh, kalau macam tu, lepas ni aku terus umum bila buku dah siap je lah kot. Tunggu lama-lama, duit pusing modal pun setel. 

Tapi sekarang aku agak sibuk juga dekat kafe, campur lagi nak diet, jadi setakat ni, aku syak ada sebulan juga aku tak menulis. Tapi kena pastikan aku membaca la.   

Sedikit catatan idea untuk karangan muzik.

Untuk latar lagu filem pendek nanti, aku dah teringat kembali pada lagu-lagu yang aku cuba gubah di dalam Garageband. Aku rasa macam ada beberapa lagu yang sesuai dengan tapi bila godeh balik dalam Garageband tu, ada satu lagu je yang sesuai untuk aku pakai. Dan itupun ada bunyian instrumen yang aku rasa ada letak tapi dah takde pulak. Mungkin aku kena ejas balik sampai setel kot. Secara keseluruhan, ia macam sesuai ketika bahagian penutup sebab ia lagu penuh (maknanya instrumen penuh), mungkin akan tambah sedikit susunan di bahagian hadapan, supaya boleh guna untuk latar filem. Walaupun idea sebenarnya ialah bunyi kesunyian sepanjang filem, oh dan juga bunyi latar semasa dirakam (tapi akan rakam waktu sunyi juga sebab sepatutnya dalam semua bingkai tiada manusia lain di dalamnya) tapi ada rasa mungkin kena tambah sikit juga untuk naikkan mood.  Apa-apa pun aku akan sambung karang dulu, dan nanti tengok macam mana sesuai ke tak. 

Dah kalau beli daun bawang sehelai dua takkan dnak sampai seringgit, memang la rasa murah.

 Minggu ni dah mula cuti sekolah, dan aku baru je pergi NSK semalam beli seikat besar daun kunyit, seikat besar daun pandan, seikat besar serai dan seikat besar daun bawang, jadi minggu ni kena masak nak bagi habis semua la kot. Cerita dia aku memang nak beli semua ni tapi NSK dah siap-siap ikatkan, jadi nak tak nak, memang kena amik je le. Tapi nasib memang murah. Seikat besar daun pandan dengan daun bawang baru RM3 setiap satu. Daun kunyit ikat besar tu pulak baru seringgit. Aku jem jugak nak beli banyak-banyak ni tapi aku fikir, okey la minggu depan hari-hari kita masaklah. Aku target nak masak resipi twitter tadi (dah masak) dan masak nasi ayam. Lepas tu baru aku fikir nak masak apa lagi.

Kadang aku baca orang cakap kedai Acheh aku rasa macam, senang betul terpedaya. Kedai acheh tak murah tapi kita selalu rasa murah sebab boleh beli sikit-sikit. Aku pun selalu juga pergi kedai acheh untuk beli barang yang kecik-kecik je, tapi takde la sampai aku nak kata kedai acheh murah. Pasaraya hiper atau pasar raya borong memang la rasa mahal sebab ada barang dia jual mahal, ada yang jual murah. Dan ada yang murah tapi dia jual dalam kuantiti banyak. Cuba beli banyak tu juga kat kedai acheh, memang takdenya harga macam kat pasar raya.  

Kucing.

Pagi tadi masa aku masak (resipi dari twitter, masak lemak yang dikecam, katanya, aku pun malas nak riki apa benda yang dikecamnya tu, sebab aku tengok resipinya ringkas, dan hasilnya macam menarik, jadi aku cuba la masak, jadi boleh kata sedap juga la), aku nampak ada dua ekor kucing dekat belakang rumah. Ni kucing entah mana entah, bukan yang enam ekor sibuk datang rumah tu (sekarang tinggal dua ekor je, yang lain semua fedap sebab aku tak bagi makan lagi dah, malas aku, aku siap beli makanan kucing, tak lalu diorang nak makan, tengok je tak nak makan, tahu la makanan murah, bersyukur la woi), atau mungkin juga ada seekor yang dulu datang tapi sebab dah dewasa, jadi aku tak cam. Okeh, aku tengah basuh pinggan kat singki sambil memasak, dan aku nampak yang kucing betina tu dah menggelinjang semacam, dah berahi sangat kot, siap gesel badan berguling-guling dekat penutup lubang longkang. Yang jantan dia memang dah perati je tapi entah, dia kekok ke atau C. Can't tell ke entah la. Aku pulak bila nampak tu, aku saja la dengki, aku pergi amik sisa tulang ayam dan campak pergi kat kucing jantan. 

Kucing liar ni memang pantang nampak makanan, aku tak tau la macam agresif sikit semua bila ada makanan walau sekadar sisa tulang sikit je. Lepas aku campak ayam tu, memang kucing jantan tu pergi kejar, tapi dia macam jem kejap, nak makan ke nak beromen. Dia gigit juga sikit-sikit ayam tu, tapi sekali gigit, sekali juga dia toleh belakang tengok kucing betina yang tengah gatal bijik tu menggelinjang belakang dia. Makan sikit, toleh belakang, makan sikit, toleh belakang. Aku nak tergelak dah. Lepas tu aku campak juga seketul sisa ayam dekat kucing betina tu. Aku ingat dia bolayan je, sekali laju juga da dia kejar tulang ayam tu. Aku ingat dah tengah berahi sangat sampai lupa dunia. Jadi, dua-dua ekor tu sibuk makan sampai lupa nak beromen. 

Yeke? Mesti la tak.

Lepas makan, diorang dua ekor hilang mana entah. Aku macam, dah kenyang lepas tu dah malas kot nak lepak situ lagi. Tapi tak lama lepas tu, tanpa aku sedar, diorang dah beromen kat situ, betul-betul depan tingkap dan aku tak perasan langsung sampai la diorang dah nak setel. Cis, sempat juga diorang patah balik lepas tu buat maksiat dekat belakang rumah aku.

Aku ingat setel situ dah. Nasib baik aku ada lagi lepak kat dapur. Rupanya kucing betina tu panjat dapur tingkap dan nak masuk rumah. Weh, bukan tadi dah siap makan dengan beromen ke, ke lepas beromen lapar balik? Nasib aku nampak, sebab aku memang dekat depan tingkap tu tapi jauh sikit, kucing betina tu tak nampak aku. Aku syak dia dah target ayam goreng yang aku baru goreng tadi. Jadi bila dia nampak aku, terus tak jadi masuk dan lari. Aku terus tutup tingkap le. Nasib baik, kalau tak, ada juga yang kena masak lemak jugak ni.

Lepas aku tutup tingkap, aku ingat dah setel kat situ dah. Sekali tiba-tiba ada kucing lain pulak berdiri kat sebelah tingkap yang aku dah tutup tadi. Ni kucing yang selalu tunggu kat depan rumah. Yang selalu lepak dekat depan rumah, tinggal dua ekor je yang setia, seekor tengah hamil, seekor lagi ni aku tak perasan jantan ke betina, ni la kucing yang tengah berdiri tepi tingkap, mengiau bila nampak aku. Kucing kan boleh tengok dalam gelap, walau tingkap ada tinted, tapi dia boleh tengok aku dengan jelas. 

Tapi korang faham tak? Kucing yang selalu lepak depan, tiba-tiba pergi belakang rumah dan berdiri dekat depan tingkap. Sebelum ni ada la juga nampak dia kat belakang rumah tapi tak pernah sampai depan tingkap. Jadi, faham tak? Maksud aku, macam mana dia boleh konpiden nak tunggu kat situ kalau dia tak tau aku baru je tadi bagi dua ekor kucing makan? Betul la kadang orang cakap, kucing ni kadang berborak sesama diorang. Macam paling femes diorang cakap, agak kalau kucing korang hilang tak balik-balik, jumpa mana-mana kucing yang dekat sekitar situ, cakap je kat kucing tu suruh pesan kat kucing korang balik rumah. Nanti tak lama lepas tu mesti kucing korang balik rumah. Memang sebab member dia bagitau la tu. Aku syak mesti dua ekor kucing tadi gosip atau bagitau kucing depan rumah tadi, weh aku dapat makan kat belakang. Apalagi, lincah terus pergi belakang rumah.   

Memang betul la Beduk cakap, aku mesti akan buat filem cintan cintun punya.

Aku baru dapat idea untuk filem pendek. 

Agak random juga sebenarnya tapi dari mula aku buka mulut tentang perancangan masa hadapan aku untuk buat filem pendek, aku tak ada idea langsung tentang skrip atau jalan ceritanya. Aku cuma tahu, idea tu akan datang tapi tak tahu bila. Dan sebab aku tak tahu macam mana nak buat, aku boleh bayangkan ia cuma random futej dengan suara di latarnya. Walau ada rasa ia seperti idea yang malas tapi aku tak memikirkan sangat tentangnya sebab tak rasa nak rakam dialog semasa rakaman. Dan lagi kebetulan, idea ini memang kena dengan apa yang aku rancang. Cuma yang tak rancang ialah pelakonnya. Aku perlukan dua pelakon, satu lelaki, satu perempuan dan aku tak boleh bayangkan macam mana nak dapatkan pelakon perempuan tu. Kalau ikut, aku nak je jadi pelakon lelakinya tapi sebab babaknya mungkin akan menyebabkan kegusaran, jadi kena pertimbangkan bagi orang lain. Kahkah.

Oleh sebab tak nak kongsikan kat sini awal-awal tentang ideanya, tapi aku bagitau tema la - the world is empty without you.  

Setakat ni, ada imej-imej dari Chungking Express oleh Wong Kar Wai yang terlintas dalam kepala, babak-babak di kiosk jualan antara Tony Leung dan Faye Wong, walau idea filem pendek ni lagi dekat dengan babak-babak Takeshi Kaneshiro. 

Aku kena tulis sebuah monolog atau cerita. Dan aku rasa aku kena gubah lagu untuk latar filem. 

Kena kemaskini linktree ni nampaknya.

Okeh, dah buat Shopee Seller punya akaun. Walau tak ada produk lagi, bolehlah mengikutinya dahulu. 

shopee.com.my/mohdazmen6666

Jap kena buat tiktok ke ni?

Lepas balik dari Jin Wai, nampaknya makin kukuh aku punya logik untuk buat bahan bacaan yang minimal. Satu sebab kosnya murah dan ada rasa macam boleh jual mahal sikit. 

Teori aku lebih kurang macam ni, aku rasa sekarang macam tak popular sangat hal pembacaan buku, melainkan yang ada dalam lingkungan pembaca, pembeli, penulis dan pempengaruh buku. Jadi, aku rasa elok aku buat bahan bacaan yang nipis, tak tebal sangat macam novel, dengan harga murah, boleh ulangbaca banyak kali, dan senang bawa kulukilir. Dan juga nampak hip. Dan untuk medium, aku pilih zine, berbanding buku (kira untuk rupa fizikalnya) sebab ia jauh lebih murah. Ada rasa aku tak pasarkan ia sebagai zine, hanya guna terma penulisan saja, macam novelet, novela, cerpen, puisi, anekdot, interviu atau apa-apa sajalah ia. (Zine seperti ada konotasi atau prasangka yang buat orang fikir ia tak serius atau sangat bebas, jadi, aku elakkan gunanya, walau tak nafikan ianya sebuah zine. Ala lebih kurang macam terma buku indie la, bukan tak nak kata buku indie, tapi kenapa sekadar menghakimi dari label?) Aku tak tahu la macam mana, tapi kalau berjaya tembus ke dalam tiktok contohnya dan jadi tular, mungkin ia akan memulakan trend baru. Aku saja nyatakan tiktok, sebab ia juga merujuk kepada rentang perhatian massa yang makin singkat. Maknanya, selain video atau lain-lain konten, aku fikir buku atau bahan pembacaan pun perlu ada yang tak perlu terlalu lama untuk habiskan. Walau menurut Sufian, buku tebal ke nipis tapi kalau pembacaannya memerlukan pembacaan yang teliti, ia akan jadi lama juga. Dia kata begitu sebab dia tak rasa macam tulisan yang dia terbit atau yang aku tulis ni sebenarnya akan boleh baca terus sekali lalu. Aku cuma kata, betul juga, cuma ia lebih kepada ekspresi kali pertama la, mungkin orang tengok buku tu nipis, jadi rasa senang la nak habiskan. Kalau lepas tu dia baca lepas tu rasa susah nak habiskan, tu dah cerita lain la. Kahkah.  

Untuk masa hadapan, mungkin kalau boleh pergi jauh, mungkin aku akan pertimbangkan untuk bukak entreprise, dan walau aku tak harap apa-apa sangat, tapi korang doalah ia sangat berjaya kerana bila dah berjaya dapatkan modal yang secukupnya, aku sebagai sebuah entreprise akan mula kejar penulis-penulis buku kegemaran korang untuk menulis buku minimalis ni dengan aku. Ya, betul, penulis yang terlintas dalam kepala kau sekarang. Oh ya, sebab aku tahu sebuah kafe baharu yang boleh buat acara, aku akan kumpulkan semua penulis ni dalam satu acara. 

Sekarang kena fikir nak guna idea yang sedia ada tau kena fikirkan idea baru.

Semalam masa kat Jin Wai aku dapat mesej, dari sebuah penerbitan, bertanya jika aku berminat untuk tulis novelet untuk mereka. Membaca perkataan novelet, aku dah lima puluh peratus setuju, sebab aku memang tengah pergi cetak novelet, aku tengah ada idea untuk tulis novelet, dan aku tengah sasarkan untuk tulis beberapa novelet untuk tahun ni. Lepas tu baca ayat seterusnya, anggaran patah perkataan dan juga gaya penulisan yang dicari, terus aku setuju je. Memang aku tak tanya benda lain, sebab aku memang tengah tak ada material yang dah siap, jadi kena tulis dulu dan kebetulan tarikh akhir penghantaran pula agak selesa jaraknya. Jadi, aku setuju, aku kata akan diusahakan. Aku agak konpiden sebab novelet yang diminta dalam jumlah perkataan yang agak  lebih rendah berbanding jangkaan aku untuk sebuah novelet. Novelet biasa tak melebihi 17500 perkataan, jadi aku fikir, kalau antara 13000 atau 16000 ni kira ngam lah. Jadi, kalau lagi rendah dari tu, aku macam okey sangat ni, sebab walau aku ada beberapa idea untuk novelet, tapi tak pasti sama ada ia bersesuaian dengan stail penerbitannya.

Oh, aku tak pernah menulis untuk penerbitan ni dan aku tak begitu jelas sangat akan penerbit ni kecuali pernah nampak masa pesta buku hari tu, dan ada lihat laman sosial mereka, kira maklumlah penerbit ni. Cuma gaya pernebitan je yang, walau aku tak pernah baca lagi buku-buku mereka, ada rasa macam agak berlainan dengan gaya penulisan aku. Tapi sebab memang secara spesifiknya mereka minta 'macam cerpen-cerpen Azmen' jadi, ya, aku on je. 

Mungkin inilah namanya branch out kot. 

Menuju kemandirian.

Semalam dah pergi kedai/kilang cetak dan malam pulak lepak dengan Sufian kat CBTL sampai tutup (aku ingat nak sambung lepak Rahmath dengan Beduk, tapi dia dah gerak). Kali pertama aku pergi Jin Wai yang memang diketahui ramai tempat tak rasmi untuk semua penerbit marhaen (baca: indie) menerbitkan buku mereka. Aku dengan konpiden terus memandu pergi sana petang-petang dan ketuk pintu dia walau tak pernah cuba kontek dia kat whatsapp atau mana-mana platform. Aku main gamble je datang, bawa contoh macam mana aku nak cetak dan lepas tu minta nombor telefon dia masa dia suruh bagi fail untuk cetak tu (dia siap terkejut, ei? you tak ada nombor saya? macam mana boleh datang sini?) Aku sempat cakap la hari tu buku aku ada buat kat situ jugak yang dengan Laras. Dia pun ingat lagi la jugak. Jadi, masa aku bagi fail, dia terus bukak dan terus sunting aku punya kaver sebab tak center. Lepas tu baru aku faham perbezaan antara Adobe Indesign dengan Canva (aku buat rekaletak pakai Canva je) dan nampak la bila nak buat benda yang kena cetak, guna Indesign lagi sesuai, atau mungkin juga aku tak betul-betul faham cara guna Canva. Aku tak tau la lepas ni macam mana, tapi aku rasa memang pakai Canva je la kot. Sebab dekat kaver je mungkin macam nak kena ejas sikit. Untuk susunatur huruf dan mukasurat nampak macam elok je. 

Okeh, lepas pergi semalam, mungkin aku boleh buat tips atau ingatan untuk diri sendiri tentang hal pergi cetak ni. Aku tak riki tempat lain, memang aku pergi je Jin Wai, tapi berdasarkan harga yang ditawarkan semalam, untuk zine (saiz A5 lebih kurang) bawah 70 mukasurat memang berbaloi gila (untuk zine dia cadangkan letak anggaran dalam 70 mukasurat atau lebih sikit tapi kalau boleh jangan sampai 80, sebab ia jadi sangat tebal dan lebih sesuai untuk buat macam buku terus). Rasa macam harga sepuluh tahun lepas. Dia pun cakap,  dia memang bagi harga macam tu sebab susah juga penerbit nak jual kalau mahal-mahal. Dan aku cuba untuk tanya dia punya katalog harga tapi sebenarnya mungkin susah juga dia nak anggar, jadi paling senang, kalau nak cuba cetak kat sini, boleh whatsapp je terus dan dalam whatsapp beritahu nak cetak zine atau buku (ye, dia faham zine tu apa), saiz buku, jumlah mukasurat dan jumlah cetakan yang diperlukan (aku buat lima puluh cetakan dulu untuk yang pertama ni). Nanti dia akan beritahu berapa harga berdasarkan permintaan tu. 

Untuk pergi ke sana, Sufian kata belah pagi agak sibuk juga tempat dia, aku pulak pergi petang-petang, dalam pukul empat lebih kot aku sampai, jadi memang agak tenang. Aku siap terfikir ni kawasan apa eh, tak sibuk sangat. Rupanya aku dah lepas waktu sibuk tempat tu. Nanti lain kali aku nak datang ambil cetakan yang dah siap pun aku akan ambil belah petang. Dia cakap boleh je nak hantar tapi dia akan guna kurier, jadi agak tak begitu jimat kos. Dia boleh pakai perkhidmatan penghantar tapi kalau dari tempat dia sampai rumah aku, mahu dalam RM20-RM30 camtu, memang baik aku ambil sendiri lah. Dia cakap sebenarnya pelanggan dia ramai yang jauh-jauh, jadi biasa dia pos je. 

Okeh, setakat ni aku dah usha macam mana nak buat rekaletak, lepas tu cara nak dapatkan ISBN dan PDP, ni cara nak hantar cetak dan riki harga, jadi lepas ni pasal pemasaran pulak. Macam biasa, cara paling senang ialah jual sendiri tapi biasa tak le pergi jauh sangat. Jadi, dari dulu, benda yang aku fikir ialah untuk hantar ke kedai buku dan kedai buku ni memang kena pilih la sebab tak rasa nak hantar yang menstrem sangat, sebab pernah dengar ada kedai buku macam ni biasanya akan ambil komisen yang sangat besar, dalam lima puluh persen atau enam puluh persen macam tu. Setakat ni, ada beberapa yang aku dah riki, mungkin akan letak di Tokosue, Fixi dan Tegak Balai. Aku macam tak perasan sangat kalau ada lain yang boleh aku tumpang, tapi nanti aku cuba riki. Okeh, selain kedai buku fizikal, aku akan cuba buat secara daring juga. Pilihan pertama ialah Shopee, ada rasa nak cuba buat kedai Shopee sebab kebetulan aku baru tahu pasal poslaju punya parcel daring (sebenarnya cara macam ni dah lama dah, aku baru sedar je sebenarnya, sebab dulu pernah cuba dengan Ninjavan - tapi ni masa kerja kafe, aku siap ingat khidmat macam ni cuma untuk syarikat besar je camtu, rupanya, bukan Ninjavan je buat dan semua boleh buat). Aku dah siap beli pek berbusa untuk penghantaran nanti sebab sampul atau pakej kena balut sendiri, hanya perlu buat pesanan di dalam sistem dan pergi ke poslaju atau pejabat pos untuk cetak pelekat dan tampal pada parcel. Benda dah lama, aku je baru sedar. Kalau tak, takyah susah-susah aku beli plastik parcel tu kat pejabat pos. Aku harap harga rendah sikit la, hari tu ada promosi tapi dah habis dah. Cuma sekarang ni aku kena telaah sikit macam mana nak buka kedai Shopee dan uruskan penghantarannya. Silap-silap tak pakai poslaju. Aku ada masa lebih kurang seminggu untuk setelkan sebelum cetakan kat kilang siap. Okeh, selain kedai Shopee, aku ada lagi satu cara untuk daring; iaitu minta tolong Beduk jualkan kat Facebook. Aku ingat boleh kot aku bagi sikit komisen. Facebook ni memang kurang sikit aku, jadi macam nak minta tolong Beduk dan guna pengalaman dia dulu jual buku untuk bantu jual novelet aku. Setakat ni, ni je la dulu. Sebab sasaran nak habiskan empat puluh tiga naskah ni dulu (lima naskah kena bagi Perpustakaan Negara, satu naskah bagi kat Sufian dan satu naskah untuk simpanan sendiri, jadi tinggal la empat puluh tiga. 

Okeh, seterusnya aku kena siapkan naskah novelet seterusnya, sebab macam tak banyak sangat nak buat sebab ia adalah versi panjang cerpen yang aku tulis (tak pernah rilis lagi), cuma sebab dah hantar dalam manuskrip kepada satu penerbitan, dan aku bercadang nak ambil balik manuskrip tu, jadi aku kena maklumkan pada penerbit tapi aku tak tau nak cakap macam mana, sebab ada rasa nak datang jumpa berdepan. Tapi macam pelik juga kalau takat jumpa dan cakap nak ambil balik manuskrip. Walau sebenarnya penerbit tak kisah kot kalau aku whatsapp je. Takpe, yang penting tulis dulu. 

Untuk novelet seterusnya ni, aku akan beri pada Sufian untuk buat rekaletak. Sebab hari tu dia pelawa untuk beri novelet Hingar ni kat dia untuk buatkan rekaletak. Aku cakap aku dah buat semua sekali dah, kulit muka dan isi halaman semua tapi aku cakap aku ada lagi novelet nak keluar sebab aku sasarkan untuk tulis empat novelet tahun ni. jadi yang seterusnya ni boleh je bagi kat dia buat. Laras 99 akan mula tawarkan perkhidmatan marhaean  untuk rekaletak zine dengan harga berpatutan. Aku syak, mungkin selepas seminggu jual Hingar, mungkin dah hantar novelet kedua untuk cetak (tapi ikut berapa cepat aku habiskan sunting dan tulis lah kahkah). 

Esok baru nak pergi hantar cetak dan riki harga.


























Sebenarnya aku tak plan sangat promosi pasal novelet ni, aku asyik fikir bila la nak dapat PDP dengan macam mana nak pergi Jin Wai nak cetak ni, jadi aku lupa untuk rancang promosi. Hujung minggu ni lepas dapat PDP pada hari Jumaat, aku buat semakan dan suntingan akhir sebelum nak hantar pergi cetak dan baru terfikir, dah boleh kot nak war-warkan. Jadi, aku pun muat naik kulit bukunya. Itu je lah promosi aku buat dulu. 

Oh, lagi satu aku asyik fikir, agak cukup ke tak duit nak cetak ni (aku ada la duit lain yang aku boleh dahulukan kalau terlebih bajet, tapi aku harap cukup la bajet yang aku bajet tu dan tak perlu usik duit lain). 
 

Mendengar Joji

Aku rasa aku patut buat senarai main untuk lagu-lagu Joji yang tiba-tiba lalu dalam kepala. 

Aku tak pernah betul-betul dengar habis keseluruhan album-album Joji, tapi memang ada banyak lagu yang secara rambang yang aku suka. Ada beberapa kali aku cuba dengar keseluruhan album, tapi selalunya aku tak begitu fokus sebab dengar cuma dekat komputer atau di stereo kereta. Ada waktu aku biarkan ikut senarai main di Spotify. Dan anehnya, satu demi satu lagu yang akan tertinggal dalam kepala dan akan keluar pada ketika yang sangat rambang. Ada waktu, aku tengah lepak kat Rahmath tiba-tiba teringat melodi lagunya tapi aku tak tahu lagu yang mana. Dah aku kena ulang pasang satu-satu untuk teka yang mana. Ada yang senang, tapi ada juga yang sampai hujung senarai main baru jumpa. Aku rasa untuk setahun dua ni, memang banyak ulang dengar lagu-lagu Joji, cuma ia berlainan lagu. Ia macam aku asyik menerokai lagu-lagu baru walau ia tiga-empat album yang sama. 

Dulu aku pernah dapat idea untuk menulis Mendengar Adele. Idea asalnya memang sangat ringkas, sebab ada beberapa kali terdengar lagu Adele dan rasa seperti lirik yang mungkin aku suka atau mungking judul lagu yang aku suka. Jadi, aku terfikir untuk mendengar keseluruhan album-album Adele dan mungkin tuliskan sesuatu tentangnya. Dan ia berkembang kepada idea untuk mendengar lagu-lagu ini dan pilih lagu yang aku gemar dan tuliskan cerpen, anekdot atau apa-apa, tapi keutamaannya ialah cerita, sama ada panjang atau pendek. Jadi, lagu-lagu hit Adele memang menarik tapi bila aku dengar keseluruhan album, ada rasa macam tak begitu berminat untuk habiskan. Atau mungkin aku tak dapat fokus ketika mendengarnya. Tapi masih rasa judul Mendengar Adele itu sangat menarik. Tapi masih tak berbuat apa-apa dan simpan saja judulnya untuk kegunaan nanti bila aku dah rajin untuk menulis tentangnya. Tapi kebetulan aku asyik teringat melodi dan lagu Joji secara rambang dan kebanyakannya lagu yang tak begitu popular di sini, jadi aku fikir, mungkin aku patut ubah kepada Mendengar Joji kot. Satu, mungkin sebab aku memang mendengar Joji walau tak begitu mengikutinya, dan tak begitu penuh kepatuhan, tapi masih ada beberapa melodi dan lirik yang mungkin mengganggu aku (dalam konteks yang baik) dan aku kembali mendengarnya selepas beberapa lama. Dua, mungkin sebab aku memang tak akan ulang sangat bila mendengar Adele kot. Dan aku tak ingat bila kali terakhir aku mainkan lagu Adele di Spotify.  

Tonton filem.

Beberapa filem yang saya tonton kebelakangan ini, dan semuanya di Wayang Budiman. Oleh kerana memasuki separuh kedua 2023 ini Wayang Budiman menawarkan tayangan hampir setiap minggu, jadi saya tak ada aktiviti lain selain ke kafe dan ke tayangan, juga sebab saya fikir bila kafe dah buka, saya takkan ada masa untuk menghadiri tayangan lagi, jadi seberapa mana kesempatan yang ada, saya akan hadir untuk tayangan. 

Senarai filem yang saya tonton, yang mungkin saya belum kemaskini di sini, bermula dari Drama Manusiawi Wim Umboh - Senyum Dipagi Bulan Desember (1974) dan  Pengemis Dan Tukang Becak (1978); tayangan filpen Ridhwan Saidi; Bil Berganda - Picnic At Hanging Rock (1975) dan Mad Max (1979); Bil Berganda - Di Bawah Lindungan Ka'bah (1977) dan Roro Mendut (1983); Realiti Filipina Semasa - John Denver Trending (2019) dan Verdict (2019); dan juga tayangan tertutup Maryam (Pagi Ke Malam) (2023). 

Mungkin takkan ulas banyak sebab banyak sangat dan malas (kahkah) tapi secara keseluruhannya, semua filem-filem yang baik dan menarik. Pada peribadi, saya gemar filem Wim Umboh tapi sekiranya saya perlu beri cadangan tentang filem mana yang perlu ditonton, saya cadang dua filem dalam slot Realiti Filipina Semasa. 

Aku pernah terfikir nak buka kedai makan tapi aku dah lupa la lauk apa aku nak jual.

Hari ni kali pertama aku masak nasi ayam dan aku masak nasi ayam ala hainan. Oleh sebab aku agak pemalas, aku cari resipi paling ringkas dan sangat ringkas sebab aku ada rasa macam nak masak hari-hari. Lagi pula, aku memang tak masak sekali pes cili, pes halia dan juga taugeh dia, walaupun taugeh dia ni mesti sedap gila ah. Setakat aku masak tadi, ada rasa macam kena ejas sikit, macam ayam mungkin aku tak patut terlebih masak - aku ada habit untuk masak dengan api yang besar gila dan biarkan mendidih sebab malas nak tunggu lama-lama tapi masalahnya selalu terlebih masak. Aku pernah cakap masak daging pun aku buka api besar, rasa aku kena ubah sikit kot, sebab kali terakhir aku masak daging tu, terlebih masak juga, dia jadi terlebih lembut dan mula terlerai. Nasib masak kurma, jadi sedap la kuah dia siap ada isi daging. Ayam tadi pula, aku dah rasa tak masak lama sangat tapi sebab dia dalam air mendidih, jadi dia dah cepat terlerai juga, mungkin sebab aku masak kaki ayam juga, sebab kaki ayam dia tak terlalu lembik, kira macam kenyal lagi bila gigit. Macam lucu juga rasanya bila keluarkan ayam dari periuk lepas tu rendam dalam air sejuk. Kalau ikut, diorang siap suruh letak dalam ais lagi. Nasi pulak, aku tak pasti camne, tapi macam ada rasa ia tak cukup masak masa periuk nasi elektrik tu berhenti masak. Aku tekan juga bagi dia masak tapi bila dah habis, banyak kerak, walau tak hangus. Aku macam ada rasa nak kena lebihkan air lagi. Nasib air stok ayam tu banyak lagi, jadi esok aku akan masak nasi (sahaja) ayam dan ayam mungkin aku goreng je pun dah okey kot. Aku macam terletak banyak halia, tapi rasa macam elok juga. Mungkin aku akan cuba kurangkan halia. Aku terlupa sebenarnya nak beli kicap cair, sebab dalam resipi takde tulis, tapi aku cuba je la ganti dengan kicap biasa, pun okey juga, tapi kena cuba juga la kicap cair. Macam lagi ngam je, boleh aku cuba sekali masak taugeh dia. Aku makan nasi ayam tu tadi dengan tempe goreng pun ngam jugak. 

Aku dah simpan dah koleksi resipi untuk menu yang aku terfikir nak masak. Sebelum ni aku asyik lupa je apa yang aku pernah masak dan bila aku cuba nak masak balik, aku dah lupa resipi. Aku pernah masak paprik tapi dalam gaya bukan paprik. Dia takde kuah dan dia warna macam hitam coklat sikit. Sebab tak salah aku, dia macam aku masak ayam guna sos tiram dan tambah dauh limau purut je. Sebab biasa la, aku cari resipi daring (kahkah sengaja cuba guna perkataan pinjam - daring maksudnya dalam jaringan - online, kalau offline, luring) aku akan cari resipi paling ringkas walaupun sebenarnya haram tak kena. Tapi sedap la bila makan. Macam pernah aku jumpa resipi masak daging dendeng paling ringkas gila sampai segala orang komen, ni bukan masak dendeng, ni masak kicap. Tapi memang betul la orang komen semua tu. Aku pernah jumpa resipi masak daging palembang tapi tak guna santan, sebaliknya guna kerisik. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terbuat resipi ni, tapi kesudahannya memang hari raya habis rasanya. Tapi kebetulan memang tengah raya. Dan lauk aku tu memang paling laku walaupun pedas gile. Aku kadang masak memang saja bagi pedas gila. Oh, kebetulan tengah cerita pasal masakan ni, aku bagi tips macam mana nak buat ayam goreng kunyit paling sedap dan ringkas dan bila makan, buat orang akan rasa hairan kenapa ayam goreng kunyit aku dengan ayam goreng kunyit kau tak sama rasa dia eh? Ayam goreng kunyit jeee kot. Okeh, biasa orang lumur serbuk kunyit dan garam dekat ayam sebelum nak goreng, kan? Tak payah letak garam, sebaliknya, lumur ayam dengan serbuk kunyit dan sos tiram. Peh, memang lain rasa dia, walau hanya ayam goreng kunyit. Kalau kau sorok dia punya cara nak buat dan tak bagi tahu orang lain, mesti diorang macam, power juga dia masak ni, ayam goreng kunyit pun rasa lain dari ayam goreng kunyit biasa. Waktu ni bolehlah kita pura-pura merendah diri dan buat dek je bila orang cakap. Kahkah. Aku pun jumpa cara buat ayam goreng kunyit ni kat daring. Aku tak ingat aku tengah cari resipi apa, tapi dah alang-alang jumpa, aku cuba lepas tu terus rasa macam garda depan. 

Esok kita tengok kalau nasi (sahaja) ayam aku masuk ke tak dengan ayam goreng kunyit garda depan. 

Beberapa catatan rambang tentang hal-hal rambang (aku simpan dalam draf selama yang mungkin sebab aku nak bagi ia sepanjang yang mungkin).

  1.  Aku tak setuju sangat idea 'oleh sebab aku dah masak, jadi orang lain pulak kemas' sebab sebagai seseorang yang terdidik oleh kerja-kerja kafe, hal pertama yang aku pelajari ialah clean as you go. Maknanya sambil buat kerja, sambil kemas atau cuci terus untuk elakkan ia bertimbun. Ini merujuk kepada tugas barista ketika menyediakan minuman, lepas ambil susu - simpan semula dalam peti sejuk, lepas ambil bahan di dalam peti sejuk - simpan semula, lepas turunkan syot - terus tekan butang air untuk cuci gelas syot, sambil menunggu minuman dikisar dalam pengisar - lap terus bekas tumpahan susu atau bahan lain, lepas ambil ais di dalam bekas ais - terus tutup kembali bekas, dan sebagainya. Jadi, kalau kita aplikasikan dalam rutin harian, memang akan memudahkan kerja kita. Tak perlu risau hal 'aku dah penat masak, takkan aku juga yang kena kemas' sebab sebagai seorang yang berbudaya, kita akan terus kemas ketika memasak. Dah habis guna bahan - simpan lebihan bahan kembali dalam bekas atau peti ais. Dah habis guna pinggan, mangkuk dan bekas untuk isi bahan masakan - terus cuci lepas masukkan dalam kuali atau belanga atau periuk. Sambil potong bawang, halia, kentang, atau sayuran lain - buang sisa terus ke dalam tong sampah, tak perlu campak semua dalam sinki dulu lepas tu baru nak kutip dan kemas balik ke dalam tong sampah. Kalau tak pernah cuba, cubalah - sebab rasa kepuasannya ialah ketika kita siap masak dan dalam waktu yang sama kita siap mengemas. Rasa macam seronok sebab dapur bersih pada waktu sama selesai masak dan nak mula makan.
  2. Kalau nak masak daging (aku tengah tulis ni masa raya pertama korban 2023), jangan rebus dulu daging tu sebab masakan akan cepat basi. Biasa kalau masak pagi, dalam petang macam tu dah mula nak basi dan berbuih, kalau rebus daging tu dulu. Paling elok ialah tak perlu rebus, terus je masak. Masak segala ramuan dia dulu, dah mendidih baru la masukkan segala daging. Biar la dalam tiga empat jam (atau kalau malas nak tunggu, ikut sampai empuk la, api besar pun takpe, tapi takla besar sangat. Kalau jadi kering, tambah je air). Kecuali masak dendeng la sebab tu memang kena rebus tapi lepas tu dia goreng pulak. Aku tak tahu apa sains di belakangnya, tapi penerangan pseudo sains dia lebih kurang macam ni - bila rebus daging, air yang meresap masuk dalam daging ialah air paip (atau air Coway, ikut la kau rebus guna air apa), dan bila kita campurkan dalam masakan, air (paip) dalam daging tu akan keluar semula dan menyebabkan lauk cepat basi. Kalau terus masuk dalam masakan, yang meresap ke dalam daging ialah ramuannya. Semoga bermanfaat. Chewah.
  3. Biasanya ketika menulis, aku akan banyak kali menemui jalan buntu. Rasa macam jalan cerita tersangkut, atau idea tak bergerak, atau plot rasa macam klise sangat. Biasa orang panggil writer's block, pada aku ia cuma tak cukup inspirasi. Lebih kurang sama je sebenarnya. Dan biasanya kalau aku sangkut macam ni, aku akan baring dan peluk anak lelaki aku (dulu aku peluk dan baring dengan anak perempuan tapi sebab dia dah besar, jadi aku tukar la) sampai datang inspirasi. Kadang tak datang, tapi aku terus je la tidur. Kira situasi menang-menang juga la. Kahkah. Kadang bukan malam je aku buat camni, tengah hari kalau aku tengah duduk menaip lepas tu takde idea nak sambung macam mana, terus aku bawak anak aku masuk bilik dan baring dan peluk dia. Kahkah.  
  4. Aku rasa untuk orang yang baru nak membudayakan minum latte dan tak pernah betul-betul minum latte di kafe, minuman yang korang cari sebenarnya ialah vanilla latte. Sekurang-kurangnya, untuk permulaan, minum dulu vanilla latte, lepas tu baru beralih kepada latte (yang tanpa gula). Kalau boleh, tak payah latte dengan gula terus (bila nak naik taraf dari vanilla latte tu). Dulu masa mula-mula kerja kafe, aku tak tahu latte ni rasa macam mana, dan bila pertama kali minum latte, ia tak sama seperti aku bayangkan, dan selepas lama kerja dan ingat balik pengalaman masa mula-mula kerja tu, boleh la aku simpulkan waktu tu aku ingat latte tu rasa macam vanilla latte (cuma waktu tu aku juga tak tahu macam mana rasa vanila latte). Tapi tak kisah la korang nak minum macam mana pun, cuma nasihat aku satu je, jangan minum (perasa hazelnut). 
  5. Korang pernah cuba kopi o ais limau? Dulu aku pernah sekali pergi mamak dan aku memutuskan untuk baca semua menu yang ditampal kat dinding (ada mamak yang suka senaraikan semua sekali menu dia besar-besar pada sebahagian atas dindingnya, selain dari paparkan visual makanan yang, sudah tentu, tak sama dengan apa yang datang lepas pesan kahkah. Mamak yang aku suka pergi, diorang tampal terus menu kat meja sepenuh-penuhnya, yang di mana bagus juga sebab macam pelapik meja dan kita akan selalu dapat baca menunya - aku paling tak suka jenis restoran bagi menu bila nak pesan lepas tu ambil balik bila dah habis order, apa kau tak tahu ke aku ni suka membaca, menu pun aku baca sampai habis tau. Tapi aku okey je kalau restoran yang pesan pakai QR kod. Antara benda paling bodoh aku pernah baca kat twitter ialah projek memboikot restoran yang menggunakan QR kod. Kau ingat semua orang jenis suka panggil pelayan ke? Aku sebenarnya paling tak suka panggil pelayan sebab selalu aku panggil mesti dia tak nampak. Kalau siapa pernah lepak dengan aku, kalau aku selesa betul lepak dengan orang tu, aku siap suruh orang tu tolong cakapkan sekali aku punya pesanan) dan antara menu yang banyak-banyak tu, aku nampak kopi o ais limau. Sebagai kopi entusias dan aficionado, mesti aku kena cuba. Yang aku bengkek tu, bila aku pesan dekat mamak tu, dia tengok aku pelik je dan siap ulang tanya. Aku apa lagi, aku tunjuk la, tu ha ada kat menu. Aku ingat dia pun jem dan buat je air aku. Kali pertama minum, aku rasa wow. Sedap, sebab dia ibarat minum teh o ais limau, tapi tukar dengan kopi. Cuma aku rasa, dia macam susah sikit kot nak buat sebab nak imbangkan rasa dia. Okeh, aku boleh jangka dia guna kopi robusta, jadi memang tak akan ada rasa dan segala benda kecuali kepekatan kopi la. Jadi, pahit kopi, campur masam limau kasturi, dia takkan rasa sedap, jadi nak imbangkan semua tu, kena letak gula. Bungkusan pertama yang aku minum tu, dari segi imbangannya,  gula lebih sikit, tapi itu memang imbangan yang paling sesuai. Memang kena manis-manis sikit, baru dia tawarkan masam dan pahit. Lepas dari tu aku ulang beli, memang tak dapat sedap yang sama sebab tak berapa manis. Oleh sebab kat rumah ada limau kasturi, dan kopi 434, jadi elok aku cuba buat esok. 
  6. Ni biasanya memang susah, sebab aku pun selalu buat. Aku pernah terbaca, jangan snooze penggera kalau dah berbunyi. Sebabnya, bila kita tidur balik tu, otak akan set yang kita patut tidur lagi empat jam (aku tak ingat la penerangan saintifik dia, tapi lebih kurang macam tu la). Maknanya kalau nak snooze, letak la empat jam awal. Kahkah. Atau paling senang, bangun je terus lepas berbunyi. Itu lagi senang dari nak bangun semula lepas snooze. 
  7. Petikan dari interviu dengan Crosses diambil dari laman web Alternative Press "Usually when we are making this music, we usually put up some movie on the TV in the studio. A lot of the movies we put up are really weirdo, visual movies, usually from the ’60s and ’70s. A lot of them are weirdo, religion-sort-of-based and satanic-sort-of-based. I love visual inspiration while I’m making music. That stuff is always inspiring to me. Those movies—back in that era, before CGI and any of that—it’s just amazing to just have up whether you’re tracking a guitar, tracking bass, or singing. It’s cool to look over and see this bugged-out whatever. [Laughs]" Waktu aku menulis, biasanya aku akan pasang youtube, tapi ada waktu aku akan pasang youtube dan juga televisyen; sama ada youtube di televisyen juga tapi pasang filem P. Ramlee (ada yang dah diwarnakan ada yang masih hitam putih) atau buka Netflix atau Disney+. Selalunya filem yang aku pasang ialah Blade Runner 2049 atau Don't Look Up. 
  8. Aku dah hampir lupa dah pasal draf ni sebab dah tertimbus dengan entri-entri lain. Kecuali kalau aku selalu simpan draf atau buat apa-apa edit, dia akan kekal kat bawah. Sama juga macam kat twitter, aku ada threads merakam random thoughts, dan ia hanya untuk circle aku saja dan setakat ni circle aku cuma ada aku sorang je (kahkah) dan aku selalu lupa aku ada thread tu. Patut dah boleh la letak lebih dari satu pinned tweet kat twitter ni. Banyak nak pin, nanti aku lupa. Okeh, aku sudahkan lah draf panjang yang bermula pada 14/7/2023. Takde la lama sangat. Nanti la aku buat lagi lama.