Rasa macam elok juga aku ubah sikit desain blog ni. Mungkin nak tambah apa pautan yang patut. Tapi nanti lah.
Sebenarnya nak tulis hari Jumaat hari tu tapi tak sempat.
Rasa kejap pulak dah nak mula sekolah balik walaupun memang aku tak sabar juga nak tunggu sekolah naik. Boleh kata sebab aku masih belum sempat nak betul-betul sambung habiskan novelet sebab tu ada rasa sikit gelabah walapun memang aku harap cuti cepat habis.
*
Aku sebenarnya masih memikirkan hal Jumaat lepas. Solat Jumaat hari tu, aku parkir kereta di Lotus sebab sebagai manusia bertamadun dan akal sihat, aku tak parkir tepi jalan buat dua tiga baris dan ganggu laluan dan blok kereta orang lain. Dari Lotus ke masjid tu takde la jauh sangat, malah parkir di Lotus banyak kosong dan ianya berbumbung. Kadang aku tak faham juga orang parkir tepi jalan walau ada tempat yang lagi elok nak parkir. Kecuali la memang takde tempat elok nak parkir, itupun aku takkan parkir dua tiga baris dan blok kereta orang lain. Dan ini bukan merujuk kepada hal solat Jumaat je pun, sebab aku selalu pergi hospital, jadi tak kira la bangsa atau agama apa, sama je mentalitinya. Memang lepas berjam-jam duduk tunggu doktor, aku memang nak sangat tunggu kau alih kereta lagi sejam sebab kereta kau blok satu-satunya laluan keluar. Maafkan, tengah gemuk ni senang emosi sikit.
Waktu masuk ke dalam parkir Lotus (yang ada bumbung dan banyak parkir, walau aku terpaksa memandu lebih kurang lima kilometer - kot - sebab mesti yang tak sampai satu kilometer dari rumah, selalu penuh, aku ingat kena datang pukul dua belas setengah tengah hari kot baru dapat solat dalam masjid, aku datang pukul satu suku pun aku kena solat kat tepi longkang, siap longkang tu curam ke tempat aku sujud - kaki lagi tinggi dari kepala), aku berhenti kereta kejap sebab ada sebuah kereta (entah aku tak ingat kereta apa, sebab aku tak minat kereta jadi memang selalunya aku tak tau entah apa model kereta yang tak begitu popular, lagi lagi pula kereta model yang bukan terbaharu, tapi nak bagi sikit gambaran, aku rasa bentuk dia macam Proton Perdana sebab kereta dia besar dan lebar, tapi seingat aku tu bukan kereta nasional la) nampak macam tengah nak keluar parkir. Jadi aku berhenti tunggu dia. Lepas tu baru aku perasan, dia sebenarnya nak masuk ke dalam parkir cuma kereta dia dah rapat sangat dengan tiang. Tiang tu sebelah kanan dia, sementara sebelah kiri pulak dah ada kereta lain. Jadi aku macam jem kejap tengok kereta dia memang rapat gila dengan tiang, apa orang kata, satu hun je jaraknya? Dan brader dalam tu memang tengah bersusah payah untuk ejas bagi tak terseret tiang. Tapi masalahnya memang susah gila kot. Aku pulak, patutnya dah boleh gerak je tapi entah kenapa aku tengok sampai habis. Aku tak tahu la sebab aku ke apa, tapi brader dalam kereta tu memang takde nak turun tengok ke apa dulu, bagi bajet nak buat apa, dia tetap cuba juga, boleh jadi sebab kereta aku kat situ tak gerak-gerak, jadi dia mungkin fikir aku tak boleh lalu ke, atau aku memang peratikan dia ke, sampailah akhirnya dia sagat tiang tu dalam dua tiga kali. Aku memang dah jem habis dah, sampai dua tiga orang lain yang kebetulan kat kawasan parkir tu datang dan tengok sebab bunyi kereta tu sagat memang kuat jugak. Tapi diorang pun tak boleh apa sebab brader tu dah setel tegakkan parkir, tapi pintu belakang dia memang dah kemek dan ada macam besi dekat kawasan atas tayar belakang tu dah tercabut.
Bila dia dah setel tu, baru aku macam tergerak, eh amende aku buat kat sini. Kenapa aku tak jalan je terus. Nasib baik belakang aku memang tak ada kereta lain, kalau tak memang jadi jem kejap sebab aku tak gerak-gerak.
Jadi, kesudahannya, tiba-tiba ada rasa sikit bersalah, ada aku dengan secara tidak langsung dah buat brader tu gelabah dan terus je ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah dengan sagat kereta dia kat tiang. Rasa macam aku patut turun dari kereta dan suruh brader tu matikan enjin dan kita tolak sama-sama perlahan-lahan kereta tu biar tak terkena tiang. Tapi tu lah, benda dah lepas. Aku doa tak banyak la brader tu kena bayar untuk betulkan pintu dengan bahagian yang kemek tu (walaupun nampak macam teruk jugak). Dan aku doa kereta aku pun tak kemek dan calar lah.
Selamat hari raya tahun depan.
Dari dulu lagi, saya tak pernah rasa hendak menyambut hari raya sangat. Mungkin sebab saya masih lagi rasa mahu melawan arus, tak mahu lakukan semua perkara yang orang lain lakukan pada ketika yang sama. Biasanya waktu raya adalah waktu saya bekerja. Jika saya boleh bekerja, jadi saya akan tawarkan diri untuk bekerja dan kemudian ambil cuti raya lewat seminggu supaya saya boleh ambil cuti lebih banyak - sebab semua orang dah balik dari beraya. Saya tak benci hari raya, cuma malas je.
Hanya ketika waktu saya sudah berkahwin, baru saya ambil berat sedikit tentang hari raya, kerana setelah berkahwin memang banyak perkara yang saya perlu pertimbangkan bukan untuk diri sendiri. Tapi itupun tak lama, selepas beberapa kali raya dan mula memahami rutin, saya kembali kerja ketika hari raya. Malah, anak dah dua pun saya masih rilek tak berminat nak sambut raya.
Cuma raya tahun ni saya ada rasa macam nak bersedia sikit nak sambut raya tahun depan.
Lebih kurang macam ni, oleh sebab saya tak begitu minat berperangai seperti umur, jadi ada banyak perkara yang tak pernah fikirkan bila tiba hal hari raya. Hal-hal ini mungkin sepatutnya saya dah tahu sejak sepuluh tahun lepas, tapi mungkin saya tak begitu minat memikirkan tentang raya jadi tak pernah anggap ia penting. Saya tak pasti jika ada yang tahu atau tidak, tapi saya kongsikan jugalah, mana tahu mungkin ada yang masih dalam proses mendewasakan diri, mungkin ia bermanfaat.
Saya rasa ia bermula pada hari raya tahun lepas. Tahun lepas (seperti tahun sebelumnya), saya hanya sediakan duit raya untuk ahli keluarga terdekat; selalunya anak saudara saya kedua-dua belah. Jumlah kedua-dua belah memang agak ramai, jadi memang selalunya saya bercita-cita sediakan lebih awal setahun tapi lepas tu biasanya mesti ke laut. Jadi nak dekat raya baru sibuk nak cari duit raya untuk mereka. Tapi selalunya memang ada la. Cuma tahun lepas ada banyak kali, kalau tak silap, ketika berada di rumah ibu atau ibu mertua saya, banyak kali budak datang dan saya rasa, patut sediakan duit raya untuk orang yang tak dijangka juga. Macam contoh kalau saya pergi ke rumah kawan, walau saya tetamu, saya patut beri budak kecil di situ duit raya. Atau macam tahun ni, saya dan keluarga tengah keluar makan di restoran bila tiba-tiba ada orang yang rambang yang turut makan di situ, beri semua budak-budak di dalam restoran tu duit raya. Atau juga untuk staf-staf saya yang dulu kerja dengan saya, diorang memang kompom akan minta duit raya kalau jumpa saya.
Jadi, tahun ni baru saya sediakan duit raya untuk budak-budak yang random ni. Rasa macam seronok juga sebab macam berjaya menyelesaikan satu tugasan. Cuma tahun ini pula, saya baru tahu satu lagi orang yang patut saya beri duit raya. Iaitu orang tua. Tak, bukan ibu bapa sendiri, ni orang tua yang random juga, atau yang kenal macam pakcik makcik. Mungkin tak semua tahu, tapi orang tua memang suka dapat duit. Orang yang dah tua tau, bukan yang lebih tua dari kita. Macam pakcik makcik tapi kalau masih belum rasa tua, dia tak kira orang tua la. Orang tua umur dalam lingkungan enam puluh atau tujuh puluh ke atas. Saya ada seorang pakcik dan dua orang makcik dalam kategori begini, mak saya suruh saya sediakan duit raya untuk mereka waktu beraya hari tu. Lepas tu baru saya fikir, oh ye lah, betul juga.
Jadi tahun depan dah ada misi lain pulak, sediakan duit raya untuk orang tua. Yang ni memang kena bagi banyak sikit. Yalah, orang tua kan.
Oleh sebab rasa teruja tentang hal ni, jadi saya rasa macam beria pulak nak raya tahun depan. Saya mulakan dengan merancang untuk beli tiga helai baju melayu teluk belanga - warna putih, putih mutiara dan hitam, samping dan songkok tinggi. Semua ini saya akan beli awal, kalau boleh saya dah nak beli sekarang tapi sebab takut saiz tak padan, jadi kena tunggu sikit sampai berat yang ideal. Dan semua saya akan beli atas talian. Walaupun agak bahaya beli atas talian, sebab belum-belum lagi saya dah nampak butang baju Swarovski. Astaga. Kamon, teluk belanga kot, butang baju dia mesti stail-stail. Bukan kecik-kecik macam cekak musang. Entah apa la salah musang tu sampai nak kena cekak. Hentikan penderaan terhadap haiwan. Maaf, teruja untuk raya tahun lebih.
*
Tahun depan ada rasa macam nak masak-masak juga waktu raya. Saya tak ingat tahun-tahun lepas macam mana, ada rasa macam tak buat apa-apa sebab dua tahun lepas raya dalam wad, dan sebelum-sebelumnya rasa macam sibuk kerja. Tahun lepas saya ingat sebab raya terkejut jadi saya ada masak, sekali dengan kemas rumah dan esoknya terus sakit tangan dan raya dengan tidur je kot. Kalau tak salah lah.
Tahun ni malas nak masak sebenarnya tapi dah beli daging. Dari sebelum puasa lagi dah fikir nak beli daging tapi lepas tu malas nak beli sebab rasa mahal dan tak tau nak masak apa. Jadi, lepas habis godeh semua resipi dalam internet, saya ambil keputusan untuk masak palembang. Saya pilih masakan ni sebab malas nak masak benda leceh (macam daging dendeng) dan tak banyak bahan. Saya pernah masak ayam palembang dulu, lepas keluar dari hospital sebab kat hospital memang ada menu tu dan saya rasa ingin tahu bagaimana rasa asalnya sebab masakan kat hospital dia dah laras ke tahap paling sihat.
Tapi resipi kali ni agak lain sedikit sebab tak pakai santan, sebaliknya pakai kerisik. Lama juga saya fikir, nak pakai kerisik ke pakai santan, akhirnya saya pakai kerisik. Saya boleh simpulkan begini la kot, pakai kerisik jadi kurang berkuah, sampai semua ingat saya masak rendang. Tapi boleh kata masakan itu berjaya kerana semua suka walaupun ia sangat pedas (ya, saya memang sengaja pilih cili kering paling pedas). Dan kebetulan juga tak ada lauk lain sangat yang tinggal waktu saya sampai di kampung. Saya masak sekilo lebih, rasa tak sampai sehari dah habis. Pedas-pedas pun makan jugak.
Balik dari kampung ada rasa nak cuba masak lagi sekali. Dah siap fikir, mungkin patut masak daging palembang dan daging kurma (sebab satu pedas, satu tak pedas). Lepas tu panggil kawan-kawan datang makan.
*
Saya ingat rumah pun nak setel awal. Sebenarnya cuma nak cat rumah balik je. Tapi luar dan dalam. Tak ada idea juga nak pilih warna apa. Saya dah set pintu warna hitam mati. Lepas tu dah rasa nak set tembok luar rumah warna hitam mati juga. Tengah fikir warna apa yang padan dengan hitam mati. Tembok dan dinding tepi rumah warna hitam mati, pagar ni nak pada warna apa pulak. Ada rasa macam warna coklat pekat terang. Lepas tu dalam rumah dah terfikir nak pilih warna gelap tapi masalah pulak kalau tengah musim panas. Habis macam ketuhar mikro pulak duduk dalam rumah. Tapi ada juga jumpa kertas dinding warna hitam mati. Macam stail jugak. Tapi dah rasa macam elok lah warna cerah. Saya syak saya sedang alami krisis perubahan usia sebab asyik nak corak warna putih. Baju raya pun dah dua kali pakai baju putih. Tahun depan tu nak beli warna putih juga, siap dua helai tu. Tapi sebenarnya dah berapa tahun juga tak beli baju raya - sebab malas nak sambut raya.
Kemaskini selepas beberapa bulan.
Lama juga tak menulis, dah raya keenam, padahal masa raya kedua atau ketiga tu dah rasa macam patut sambung menulis, tak kisahlah kemaskini blog ni ke sambung projek novelet ke, tapi lepas tu rasa malas. Semalam ada juga taip sikit untuk blog dengan tajuk Bagaimana Daging Masak Palembang Saya Menyelamatkan Hari Raya tapi lepas tu terhenti dan lepas tu dah rasa malas nak sambung. Jadi saya simpan dalam draf dan tulis entri baru ni.
Sepanjang tak kemaskini blog ni bukanlah tak menulis langsung, cuma lebih fokus untuk siapkan projek cerpen. Sepatutnya sasaran untuk siapkan dalam Januari atau Februari tapi sengaja letak sasaran lebih panjang sikit, sampai habis Mac tapi lepas April juga siapnya. Tapi sebenarnya saya bersyukur juga sebab ia habis ditulis, walau sedikit mengelat - sepatut tulis dalam lapan cerpen tapi sebab kepanjangannya mungkin dah lebih dari jumlah patah perkataan yang disasarkan, jadi saya berhenti setakat enam cerpen. Dan enam cerpen ni, mungkin yang pertama dalam koleksi cerita saya yang tidak punya arah tuju yang jelas. Maksudnya, selalu bila menyiapkan buku cerpen, saya akan tetapkan tema, atau sekurang-kurangnya sesuatu yang sama di dalam kerangkanya tapi kali ini, saya tak rancang apa-apa. Tak ada tema yang khusus dan tak ada tajuk pun. Saya cuma hantarnya sebagai draf pertama dan akan cuba bincang dengan penyunting akan hala tuju buku ini. Malah sebenarnya saya sendiri tak pasti jika manuskrip ini akan diterima atau tidak sebenarnya. Lagipun, boleh kata, ini adalah langkah pertama untuk cuba berada dalam lingkungan sastera serius (walau apa yang saya tulis masih lagi sastera pop). Jadi, mungkin ia agak longgar dan tak begitu pop.
*
Lepas ni ada lagi satu novelet saya mahu siapkan sebelum mula menulis novel. Tapi ada kemungkinan akan tulis dua novelet sebab ada cerpen yang saya tulis untuk manuskrip tadi boleh saya kembangkan menjadi novelet. Waktu menulis cerpen itu (paling lama waktu yang saya ambil untuk siapkan antara keenam-enam cerpen itu), saya tak sangka ia akan jadi panjang. Malah sebelum habis tulis, sebelum sampai separuh lagi pun saya dah agak ia akan jadi panjang (ini antara cerpen yang ditulis tanpa mengetahui jalan cerita dan plot, saya hanya ada garis idea dan penamat saja, jadi sebab tu sangkut lama ketika menulisnya), ada banyak perenggan dan plot yang saya keluarkan kerana saya rasa ia agak meleweh dan bersyarah. Tapi saya tak buang semua perenggan ini, saya simpan dalam fail lain dan saya fikir semua yang saya buang ini mungkin boleh tambah dan jadikan ia meleret-leret dalam bentuk novelet. Ada juga beberapa idea tambahan yang saya dapat selepas habis tulis (juga takkan masukkan sebab dah cukup panjang - saya cuba ikut definisi wikipedia, jumlah patah perkataan untuk cerpen ialah kurang dari tujuh ribu lima ratus. Lebih dari itu, ia adalah novelet).
Tapi novelet ini mungkin tak guna juga saya siapkan awal-awal sebab jika saya keluarkan novelet lebih awal dari cerpen, mungkin ada yang akan anggap cerpen itu adalah versi pendek novelet, sedangkan yang sebenarnya cerpen adalah versi asal dan novelet adalah edisi panjang.
Lagipun novelet yang lagi satu saya mahu siapkan, dah lama sangat tertangguh. Saya ingat ada satu ketika, saya menulis tentang perihal kehamilan di dalam novelet itu tapi oleh sebab ketika itu sudah agak lama selepas saya melalui pengalaman isteri saya mengandung, jadi saya dah lupa langsung tentangnya, dan saya siap terfikir, mungkin saya perlu lalui lagi sekali pengalaman kehamilan isteri untuk mengingatinya. Pendek cerita, anak kedua saya telah lahir dan dia sudah pun berusia lebih dua tahun enam bulan, dan novelet saya masih belum siap. Oh, bila saya mula menulis? Lebih kurang dalam waktu selepas habis tulis Polaroid.
*
Dua buah novelet tadi, saya rancang untuk terbitkan sebagai zine. Tak pasti akan datang bagaimana, tapi saya memang bercadang untuk biarkan novelet yang pertama sebagai swaterbit. Mungkin kalau saya rajin, saya akan tulis lebih banyak novelet dan cuba bukukannya. Kumpulan novelet, macam best juga bunyinya.