Mejelang tahun baharu
Okeh, aku beli americano sebotol terus ni
Dalam usaha menangani gejala sarak kafein, saya tuliskan sesuatu sebahagian dari estrak buku attau zine foto hitam putih akandatang yang saya tak pasti jika saya akan siapkan atau tidak kerana saya rasa saya tuliskan ini adalah kerana sebagai usaha malawan gejala sarak kafein (bila fikir semula, ada beberapa benda yang saya akan lalui dua kali - mungkin fasa lebih sesuai, akan laluinya dua kali tapi boleh jadi sebenarnya dah beratus kali saya lalui cuma yang terkini lebih terkesan - seperti sarak kafein ni lah. Saya sekali lagi melalui fasa surarumah dan kali ini nampak macam lebih pendek tapi oleh kerana saya pernah melaluinya sbelum ini jadi ada banyak benda yang saya sudah ambil langkah awal untuk menjadikan fasa ini lebih mudah kerana mengambil pelajaran yang lepas dan satu perkara paling berhati-hati ialah kewangan, di mana saya akan cuba berbelanja seminimal yang mungkin dan banyak hal yang menjadi kebiasaan, terpaksa saya ketepikan demi kelangsungan hidup. Walaupun kali ini nampak sedikit selesa berbanding sebelumnya, tapi ada satu hal yang mengganggu - iaitu gejala sarak kafein. boleh bayangkan tak, sebagai barista, saya akan minum kopi hampir setiap hari - hampir kerana kedai juga perlu berjimat dan ada waktu saya tak minum langsung sebab tak nak meningkatkan kos operasi kedai. Dulu pun macam tu juga, berhenti kerja dan tak lagi minum kopi setiap hari dan saya tak ada masalah langsung untuk tidak minum kopi. Maknanya saya tak begitu ada had untuk minum seharian, saya boleh minum 4-5 cawan kopi sehari dan mungkin cawan kelima baru tangan menggigil terlebih kafein. Atau mungkin cawan kesepuluh baru menggigil, tak pasti sangat sebab dah lama tak minum sebanyak itu. Dan selepas itu, saya boleh saja tak minum kopi langsung untuk beberapa hari atau minggu tanpa mengalami apa-apa gejala. Tapi sekarang tidak. Masuk hari ketiha tanpa kafein, kepala saya mula sakit. Mulanya pelik juga, kenapa sakit kepala, rupanya dah tiga hari tak minum kopi. Nampaknya usia memang telah memamah tubuh saya. Perut saya dah mula menunjukan gejala tidak toleren terhadap laktos. Aku saboo je le)
.
.
.
Tak pernah ada had tentang keinginan manusia. Kita akan sentiasa menemui apa yang kita ingini dan ia takkan terhenti. Ada infiniti amaun untuk keinginan. Kita memang akan selalu mengingini hal yang tak kita ada. Kita boleh ada semua hal yang impikan tapi bila tercapai semua itu, kita masih lagi menginginkan sesuatu. Dan kita tak pernah tahu pun sekiranya keinginan itu pernah wujud berpuluh tahun sebelum kita mengetahuinya. Mungkin pernah saja ada hal atau barang kita mahukan sangat pada waktu ia masih belum lagi brada di dalam tangan. Tapi bila ia sudah ada, kita takkan sentuhnya mungkin beberapa bulan selepas. Begitu juga dengan segala hal kita tanpa sedari nikmati setiap hari dan tak rasa ia sebahagian dari kehidupan. Saya sedang mengalami gejala sarak kafein dan ia buat saya lemah, tak fokus dan terganggu. Saya septutnya menuliskan beberapa buah novel tapi simptom ini buat fikiran saya tak tertumpu. Dan saya mula melihat sekitar rumah dan terasa seperti begitu banyak yang saya mahukan. Banyak hal yang saya kecewakan waktu melihat di dalam rumah. Tapi kemudian saya sedar, mungkin ini adalah simptom. Rasa tak bersemangat. Seseorang pernah beritahu, dia pernah mendapat tugasan untuk mengambil gambar di sekitar rumah saja. Bagaimana menjadi sesuatu yang mundane dan dull sebagai tugasan. Mungkin tak menjadi masalah bagi saya kerana saya bukan seorang jurufoto---saya hanyalah pemfoto dengan kamera telefon, kamera digital berusia; dan kecenderungan saya ialah mengelakkan dari memfoto individu lain. Boleh kata kerana ia adalah cerminan peribadi secara langsung saya yang tak begitu gemarkan interaksi berlebihan dengan orang asing.
Sekadar perancangan 2026
2/3
Baiklah, sukacita saya maklumkan, progress terkini Tahun Menulis Novel Kebangsaan 2025, kini telah menyiapkan draf pertama novel kedua untuk tahun ini.
Novel kedua yang ditulis dalam tahun ini dari tiga novel yang dirancang. Secara ringkasnya, untuk novel kedua yang saya tulis ini adalah sebuah novelisasi dan ia telah berjalan sejak tahun lepas tapi dari tahun lepas sampai dua bulan lepas, saya cuma habiskan dengan termenung untuk progress novel ini. Ada banyak benda yang saya tak tahu lakukan pada awal menulis novelisasi ini - tapi ia bukan kerana saya tak tahu melakukannya, tapi kerana saya tak tahu langkah yang patut saya ambil. Ia lebih kurang begini, semua orang boleh menulis tapi tak semua orang boleh mengarang. Haa lebih kurang macam tu la tapi tu contoh je sebab ia berada konteks berbeza. Suka sekali lagi saya ulang, perjalanan menulis novelisasi ni pada kebanyakan masa ialah termenung dan berfikir nak buat macam mana sebab ini kali pertama mengadaptasi filem ke novel, mengadaptasi idea orang kepada tulisan sendiri, pertama kali memberikan suara sendiri kepada fikiran orang lain dan semuanya seperti kepingan jigsaw yang tak tahu nak buat macam mana. Dan ada waktu ia mudah saja, tapi sebab tak ada pengalaman, jadi ia jadi sulit dan lambat. Saya habiskan lebih kurang dua bulan je kot tulis draf pertama ni, atau mungkin sebulan lebih sikit, selepas hampir berbulan-bulan menjadi buntu. Saya tahu menulis tapi saya tak tahu macam mana nak adaptasi filem ke novel. Saya ada filemnya tapi saya tak tahu macam mana nak tuliskannya dalam perkataan, dan saya ada skripnya dan saya tak tahu macam mana nak ubahnya dari perkataan kepada lebih banyak perkataan.
Jadi selepas mendapat kunci paling penting untuk membuka kebuntuan, saya tterus menulis dengan laju dan syukur, kira laju la ni. Nak kejar tarikh akhir (sebenarnya tak ada, tapi sengaja berjanji dengan Sufian akan hantar pada tarikh sekian-sekian) dan nak kejar hujung tahun.
Okey, draf pertama pada saya, kira okey la. Pertama sebab saya sasarkan draf pertama dalam lingkungan 30,000 patah perkataan tapi setakat yang saya dapat siapkan, hanya sekitar 28, 800 saja. Ya, saya tahu ia kecil saja perbezaan, tapi saya harap ia lebih sedikit dari 30k, bukan kurang. Sebab perancangan seterusnya adalah untuk memurnikannya dan mengembangkan hingga jumlah novel yang minimal iaitu 40,000 patah perkataan. Untuk menambah 10,000 patah ni bukan senang juga sebenarnya. Tapi tak apalah, sekarang dalam waktu untuk mengarang novel ketiga, jadi akan lupakan novelisasi sebentar dan akan memurnikan novelisasi pada Januari 2026.
Novel ketiga akan bermula esok. Di atas kertas, atau di dalam kepala, novel ketiga ini sebenarnya sama macam novelisasi, ia nampak mudah di atas kertas dan di dalam kepala, tapi mungkin akan jadi rumit macam sebelum ini. Sebab cabaran utama bukanlah untuk menuliskannya tapi untuk tidak menuliskkannya seperti gaya saya. Ya, ini adalah novel penulis upahan, jadi saya akan tuliskan sebuah novel untuk penulis lain dan saya perlu mengadaptasi gaya penulisannya. Walaupun saya ada plan - iaitu hanya tulis saja seperti sediakala dan secara draf kasar supaya penulis itu akan dapat mengubahnya mengikut gayanya sendiri. Sekurang-kurangnya, inilah cara paling mudah untuk asimilasi dua gaya dalam satu penulisan dengan hanya menonjolkan satu penulisan saja. Tapi itulah, memang senang kalau berdasarkan cakap saja. Tapi kena cuba juga, kerana perlukan duit haha.
Tahun depan sebenarnya masih agak kabur nak buat apa. Ada perancangan untuk jadikan 2026 sebagai Tahun Menulis Puisi Kebangsaan 2026 tapi mengikut perancangan, kena siapkan novel (3), sebelum mula tulis novel pendek sendiri (30k) (tapi kebetulan ada juga lagi satu idea untuk tulis novel pendek lagi satu, mungkin akan tulis serentak saja dan tengok mana yang akan siap dulu, sebab keduanya agak rawak dan mentah, memang tak mahu terikat dengan plot dan cerita sangat - macam La Cienaga (2001) la lebih kurang, atau sesuatu macam tu) dan juga tuliskan satu novelet (sebab dah ada sampul buku/zine haha jadi kena tulis). Atau mungkin saya akan buat Separuh Tahun Menulis Puisi Kebangsaan 2026 pada separuh kedua 2026. Saya dah ada konsep untuk buku puisi, tapi memandangkan ia bukan tahun yang penuh, mungkin akan simpan dahulu konsep itu dan sasarkan untuk hasilkan satu zine puisi, mungkin dua puluh ke tiga puluh buah puisi.
Ia kedengaran macam menarik tapi masalahnya dah lama juga tak menulis cerpen. Pernah terfikir untuk Tahun Menulis Eceran Kebangsaan dengan menghantar sekurang-kurangnya satu cerpen sebulan ke pernebitan berkala dan elektronik. Kalau ikut turutan, macam bakal berlangsung pada 2027 tapi entah le. Buat masa ni apa yang penting ialah untuk memulakan kerja-kerja penulis upahan.
Menjadi penulis untuk kehilangan estetik diri sendiri.
Dah lama hilang estetika berpakaian kerana 1) pakaian dah tak muat dan masih lagi malas untuk bersungguh turunkan berat badan; 2) cuaca makin panas.
Kegemaran aku ialah memakai jaket berhud dan juga baju panas berhud, dan dengan cuaca sekarang, ia terasa seperti sangat tak sesuai, tak seperti sepuluh tahun lepas.
Tengok Hayley pakai hud rasa rindu nak pakai pulak. Oh, di antara sela ini, menulis banyak dipengaruhi rilisan baru Joji dan juga (tanpa disangka) album baharu Hayley.
Ones.
(draf)
Harap kedai tu tak cop aku scammer la
sebagai ingatan kepada diri sendiri dari 2021 sampai sekarang
Kalah sikit, menang sikit
Tak pasti jika ia adalah sesuatu yang baik, tapi untuk seketika ini, kehidupan dalam progres yang agak baik, awalaupun hanyalah hal-hal kecil. Walaupun tak mahu terlalu yakin dan sukaria tapi mungkin aku patut catatkan sebab ia macam seronok juga.
Pekerjaan akan ada jeda*. Penulisan - novel pertama kandas tapi sekarang dalam perjalanan menulis novel kedua dan bulan seterusnya, akan mulakan novel ketiga. Walaupun nampak macam seronok atau gah, tapi novel 2 dan 3 ni boleh kata, sebagai projek sampingan atau bukan projek utama untuk letakkan kredit pada nama aku. Boleh anggap ia sebuah eksplorasi dan mungkin kau takkan nampak nama aku pada novel ketiga. Dan hal yang ketiga dan tak sangka ialah, akhirnya aku berjaya menjawab tentang apa yang aku mahu letak dalam setiap bingkai gambar yang aku ketik. Aku tak pernah anggap fotografi sebagai sesuatu yang aku mahu terokai kerana satu-kos mahal, untuk kamera yang elok, paling murah pun RM2000 lebih kurang, dua- sebab aku tak ada masa. Tapi persoalan yang paling utama ialah apa yang mahu aku bingkaikan? Kita pecahkan begini, dalam banyak-banyak jenis stail fotografi, aku fikir, foto jalanan mungkin yang paling dekat dengan aku. Sebab banyak stail fotografi lain rasa tak begitu menarik, atau mungkin aku tak jumpa lagi. Mungkin kalau ada jenis stail lain yang menarik, mungkin aku akan cuba. Dan untuk menyertai kumpulan foto jalanan, masa aku agak terhad. Selalu nampak mereka kongsi gambar-gambar menarik di acara-cara dan rasa macam aku patut join. Tapi tu la takde masa. Dan lagi satu pula ialah, aku tak ada kecenderungan untuk ambil gambar manusia. Kebanyakan masa aku cuba elak untuk masukkan orang dalam foto. Bukan sebab apa, ia macam sifat semula jadi untuk tidak ganggu privasi orang jadi aku tak fikir mahu peningkan kepala untuk berintteraksi dengan orang, mungkin orang tu tak suka gambar dia ambil dan minta padam, lebih kurang macam tu la. Tapi yang paling penting, aku tak tahu nak ambil gambar apa. Aku pernah bincang hal ni dengan beberapa kawan, Beduk, Adam, Sufian dan Elyas tapi macam tak jumpa jawapan - atau yang sebenarnya aku menolak untuk menerima jawapan tu. Walaupun takdela aku cakap langsung terus macam tu, tapi aku selalu anggap ia bukan penyeelesaian. Adam agak konsisten bila aku tanya nak beli kamera apa murah-murah, dia akan tetap jawab, apa yang ada dalam tangan kau. Aku tahu benda ni tapi aku rasa macam, agak janggal juga jalan-jalan ambil gambar orang dengan telefon bimbit haha. Sufian pun sama, bila aku cakap tak tahu la nak ambil gambar apa, dan dia selalu jawab, ambil je gambar Padang Jawa (atau sebenarnya Seksyen 16). Aku rasa macam, hari-hari aku kat situ sampai aku tak rasa tahu apa aku nak ambil gambar. Tapi Sufian memang konsisten juga dengan jawapan dia, sebab kalau dia tak ada kerja ambil gambar, dia akan keluar rumah dan ambil gambar apa-apa je dekat sekitar rumah dia. Semua jawapan ni aku kumpul je sebab aku tahu ia betul tapi belum jumpa lagi jawapan akhir - apa aku nak letak dalam bingkai. Apa subjek yang aku mahu foto? Sampai la hari ni secara tak sengaja aku terjumpa grup Liminal Photography dalam Facebook. Terus terjawab soalan aku. Kebetulan beberapa minggu sebelum, aku rasa ada sikit progres bila ada satu hari aku cuba ambil gambar segelap yang boleh dan entah kenapa aku suka pulak hasil dia. Ia buat aku rasa yang aku tak mahu jadi jurufoto professional atau jurugambar yang menang banyak anugerah atau diiktiraf oleh mana-mana badan profesional; ia buat aku mahu terus ambil gambar sebagai melebarkan jenama Mohd Azmen. Ada seorang pembaca menyifatkan tulisan aku sebagai dreamy, witty & lonely dan aku pegang ayat ini dari kali pertama kau baca reviu dia sampailah hari ni dan bila aku lihat foto-foto gelap aku, ya, ia ada nuansa dreamy, witty & lonely MA. Waktu mula-mula cuba-cuba ambil foto, aku selalu perasan gambar-gambar aku agak lonely tapi tak pernah terfikir apa-apa kecuali, wah foto aku pun macam tulisan aku, lonely. Aku tak terfikir pun sebenarnya apa yang aku letak dalam bingkai tu, hanya lagi dua perkara iaitu dreamy dan witty. Foto aku tu terlalu gelap hingga aku ada rasa ia lucu, macam tiberr kalau stail aku ambil ni jadi popular, semua orang yang tak mengikuti mesti macam, ambil gambar gelap macam ni pun boleh jadi stail ke, senang buat duit. Kahkahkah. Atau kalau tak terkenal pun, aku buat la satu zine atau buku dan kumpulkan gambar-gambar gelap dalam tu. Pencetak Jin Wai pun memang gelap, jadi lagi gelap la gambar tu. Kahkah. Dreamy tu takdelah nampak macam berombak atau macam tak kesan mata nampak kabur, tapi ia dreamy sebab ia gelap tapi jelas. Macam mimpi sebenarnya kita boleh je nampak jelas tapi kita tak nampak pun betul-betul kiri kanan. Fotografi mungkin cabang seni yang aku tak fikir akan ceburi sebab aku tak pandai ambil gambar. Biasa ambil gambar mesti kena komen je tak jadi la tak lawa la. Tapi akhirnya aku sedar sebab estetiknya berbeza. Chewah. Kahkah. Jadi, kalau ada orang nak bagi aku hadiah hari jadi, bagilah Macbook atau mirrorless camera.
*akan aku tulis dalam blog ni nanti pada Januari 2026
Esok aku diet balik
Baby are you really down
Mana Joji?
Di manakah hilang 'menjadi tua sucks!'?
Mungkin dah masuk musim menulis semula sebab dah kena serang insomnia
Jap, rasanya belum kemas kini lagi kat sini kan yang penyertaan sayembara novel tak berjaya melepasi peringkat saringan dan sekarang saya ada manuskrip novel yang tak tahu nak buat apa? Haha takla, bukan tak tahu nak buat apa, cuma agak kabur sikit, sebab untuk manuskrip novel, tak pernah bercadang untuk swaterbit. Tak ada sebab khusus, ia boleh jadi antara gabungan kos cetakan novel yang lebih mahal berbanding zine, atau sebab ia novel pertama ditulis jadi perlu sesuatu macam pengesahan yang novel ini patut dinilai pihak lain dan ditentukan sekiranya berbaloi atau layak dicetak oleh penerbitan, atau juga novel pertama memang tak mahu swaterbit.
Jadi, bila dah terberjaya, secara automatiknya, seperti manuskrip lain yang sekiranya direjek - akan simpan saja, atau leraikan (biasanya ni untuk manuskrip cerpen) dan ambil mana yang bersesuaian untuk manuskrip selanjutnya.
Untuk novel ini, sebenarnya dah terfikir dari masa tulis lagi, sekiranya tak berjaya, mungkin nak cuba buat susunan lain, bukan sebab susunan sebelum ni tak bagus, tapi saja ingin tahu bagaimana jika ia dalam susunan berbeza. Susunan sebelum ini lebih banyak menjadi imbas kembali, jadi terasa nak susun mengikut turutan waktu.
Berdasarkan sejarah novel ini, ia bermula sebagai novelet, naik jadi novela, dan akhir sekali, dah jadi novel. Semua berlaku perubahan selepas pembatalan projek sebelumnya dan ia menjadi semakin berkembang. Saya terfikir, mungkin mahu cuba lagi sebuah penerbitan selepas menyusunnya dalam susunan baharu, dan jika tak berjaya juga, jadi saya akan buat seperti sebelum ini, tambah lagi jadi lebih panjang. Setakat ni jumlah perkataan sekitar 50k, jadi mungkin akan target hingga 100k? Hahaha tak tahu lah.
*
Sebenarnya ada rasa tahun ni mungkin tahun paling bernasib baik untuk bidang penulisan, dan mungkin takkan jadi lebih baik, jadi ada berharap juga agar ia pergi semaksima yang mungkin, tapi mungkin saya dah habis gunakannya untuk memenangi anugerah itu, jadi tak apalah. Mungkin sampai sini saja kot saya letak harapan untuk apa-apa progress berkaitan penulisan. Selesaikan beberapa projek penulisan dan kemudian fokus hal lain sambil waktu di antara itu menjenguk kembali tulisan.
Banyak juga nak tulis, patut ada lagi satu novel perlu disiapkan. Oleh sebab ia adaptasi dari filem, jadi agak buntu, hinggalah akhirnya bila duduk berbual dengan Nazim, tak sangka dia beritahu saya tips yang agak penting untuk saya selesaikan (atau boleh kata, mulakan. Haha) projek novelisasi ni.
Saya tak berharap untuk memulakan kontroversi
Haha
Okey lagi satu sambungan. Betul punya lupa ni.
Sambungan.
Rasa sudah tiba masa untuk kemas kini banyak hal rambang tanpa sebab yang khusus.
- Sangat teruja hari ini menunggu album baharu Deftones dan selepas habis dengar satu album, terbaca berita Brent Hinds meninggal dunia. Fak. Album baharu Deftones, bak seperti kata seorang peminat yang rambang di internet, setara dengan Diamond Eyes. Saturday Night Wrist dan Koi No Yokan; dan ya, saya setuju walau saya lebih cenderung kepada Koi No Yokan. Beberapa minggu sebelum Private Music rilis, saya kembali mendengar keseluruhan diskografi album utama Deftones sebelum menyambung dengan senarai main Deftones, jadi ya, secara tak langsung,kembali biasa dengan bunyi Deftones berlainan era (walau belum cukup mahir), Private Music adalah gabungan antara Around The Fur dan Koi No Yokan dengan terselit beberapa album lain di antaranya. Cukup Deftones ke bunyi Private Music? Boleh kata kalau tak minat Koi No Yokan dan Around The Fur, akan rasa Private Music masih belum cukup Deftones.
- Cuma kadang-kadang rindu juga trip hop Deftones. Dan Team Sleep.
- Tahun ni mungkin tak begitu baik untuk metalheads, rasanya orang masih belum begitu pulih dengan kematian Ozzy, dan sekarang tambah pula kematian Brent.
- Fieldy dengarnya buat supergroup baharu. Well, aku bersangka buruk, secara muzikalnya, (maknanya tak termasuk isu peribadi lain). aku rasa Fieldy dan Ray Luzier bukan gabungan yang sesuai. Sebab Ray bukan pemain dram yang sesuai untuk Korn. Aku tak tahu la nak terangkan macam mana, tapi tak boleh dinafikan Ray pemain dram yang hebat (walaupun aku rasa dia main biasa je dan pengenalan permainan dia agak jengkel) tapi gaya permainan dia langsung tak sesuai dengan Korn. Sebab Ray tak ada groove langsung. Berbeza langit dengan bumi dari permainan Dave yang sangat groovy dan funky. Aku tak kisah Dave nak masuk balik ke tak, tapi yang penting tukar la Ray tu kepada pemain dram yang lebih sesuai.
- Entah kenapa hari tu aku tergerak nak dengar Korn di persembahan langsung, selain dari mengetahui Ray main agak menjengkelkan, baru tahu senarai lagu dalam konsert Korn.. agak mengharukan. Hahaha. Aku cuma dengar betul-betul Korn sampai Untouchables je. Dan secara peribadi, terfikir empat album Korn ni memang solid habis. Untouchables sebenarnya okey juga, cuma aku ambil masa sikit untuk masuk. Dan kebanyakan album-album lain rasa macam tak masuk. Dannn.. masa aku tengok video konsert tu, lebih dari separuh setlist tu hanya tiga album pertama, selebihnya selit sikit sikit album lain dan rasanya ada je album yang tak terselit. Aku macam wow. 30 tahun dengan 14 album dan dalam setlist konsert separuh ialah tiga album pertama?
- Aku tiba-tiba tadi terfikir, macam mendapat epifani juga, yang pengembaraan waktu memang tak wujud. Maksudnya kita tak boleh kembali ke masa lalu dan kita tak boleh pergi ke masa hadapan. Sebab rukun iman keenam dah menyatakannya. Percaya kepada qada dan qadar. Percaya pada ketetapan tuhan. Adakah ia secara tak langsung menyatakan, bagaimana nasib kita di dunia, memang dah ditentukan, dan tak ada cara lain untuk mengubahnya. Bukan bermakna kita tak payah berusaha, tapi tuhan maha mengetahui, dan semuanya memang dah tertulis, dan kita cuma perlu percaya dan berusaha ke arah kebaikan.
- Walaupun berbeza perjalanan hidup, aku syak Brent sebenarnya adalah jenis yang sama macam Bukowski. Hidup tak menentu tapi akhirnya berjaya.
- Aku dah siapkan novel pertama dan aku hantar kat sayembara. Kalau tak menang atau terpilih, terasa nak tulis semula susunan cerita dia. Bukan sebab tak percaya dengan apa aku tulis. Tapi lebih kepada menggunakan material yang sama untuk stail yang lain. Novel asal ni ditulis mengikut enam kali ketukan pada pintu dan ya, ia ada enam bab je. Aku terfikir untuk susun balik, seperti yang aku pernah fikir dulu untuk buat cerpen berdasarkan sitcom. Ia boleh berdiri sebagai cerpen tunggal tapi semua cerpennya menggunakan watak yang sama. Sebab tu aku panggil sitcom, ia macam cerpen bersiri tapi setiap cerpen mempunya cerita berbeza. Dan ia akan jadi lebih banyak bab.
- Aku masih berusaha untuk siapkan (mungkin paling sesuai ialah mulakan) novel kedua. Sila ingatkan aku lepas ni jangan ambil tugas atau kerja sambilan untuk novelisasi apa-apa. Aku harap dalam sebulan dua siap la sebab lama sangat aku bertangguh ni.
- Kalau ikutkan, aku dah ada idea untuk 2 novel lagi. Tapi tak ada masa. Aku nak tulis novelet dulu, siri akhir novelet. Kot. Aku tak pernah fikir nak habiskan berapa, tapi dia patut dalam bilangan enam atau lapan sebab cantik kalau susun. Tapi tak rasa akan terkejar dengan benda lain, jadi aku cadang berhenti dulu sampai empat.
- Aku dah cakap ke aku pergi tengok Wormrot hari tu?
Sekadar kemas kini.
- Novel (/)
- Novela (/)
- Novelet (/)
- Cerpen (biasa dan panjang) (/)
- Mikrofiksyen
- Puisi
- Skrip (filem, filpen, pentas dan radio)
- Filem pendek (/)
- Kolum
- Buku cereka dalam bentuk foto atau mudahnya, buku foto.
- Buku cerita kanak-kanak
- Terjemahan haram
Tahun Menulis Novel Kebangsaan berbaki enam bulan.
Nota-nota.
39,525
Sukacita saya ingin berkongsi pada semua yang membaca ini, akhirnya saya telah (hampir)(tapi kira lepas la) melepasi jumlah perkataan minima untuk sebuah novel. Ya, ini bermakna Mohd Azmen untuk kali pertamanya telah menulis novel, cuma disebabkan novel ini untuk sayembara, jadi ada jumlah minimum perkataan untuk melepasi kelayakan. Untuk itu, saya perlukan lagi 10,000 patah perkataan untuk melengkapkan manuskrip ini dan saya ada lebih kurang sepuluh hari untuk menyiapkannya (okey la, ia agak terang benderang kot nak hantar sayembara mana ni kahkah). Doakan kejayaanku!
Selepas siap manuskrip untuk sayembara, bagi meneruskan Tahun Menulis Novel Kebangsaan 2025, saya akan menyambung tulis novel seterusnya iaitu novelisasi filem. Saya sasarkan untuk buat ia novel pendek, mungkin sekitar 30,000 patah perkataan sahaja, atau paling panjang 40,000. Sekarang agak membuak juga keinginan untuk menulis kumpulan cerpen (benar, kumcer, bukan eceran) dalam skala kecil tapi itulah, ada lagi satu novel pendek dalam lingkungan 30,000 patah perkataan yang hendak ditulis. Tapi takpelah, kita lihat seterusnya bagaimana. Doakan kejayaanku!
Aku tak tahu la aku dah mula nyanyuk ke apa
Kemas kini (lagi)
Bulan depan kita mula tulis novel.
Jadi. dalam waktu yang seharusnya saya menulis dua novel, saya terfikir tentang kemungkinan menulis buku kanak-kanak. Ia agak random sebab hari tu tiba-tiba teringat satu sketsa yang dilakonkan oleh kawan-kawan ketika di kampus dan saya fikir ia idea yang baik. Okey, bukanlah baik, ia merepek tapi ia sesuai untuk buat cerita kanak-kanak yang merepek. Tapi itu nanti la, ikut giliran.
Saya pernah senaraikan dulu, segala medium yang telah saya tinjau dan penuhi, tapi dah lupa jadi kena korek balik, jadi, berikut ialah medium yang telah saya terokai.
- Novel
- Novela (/)
- Novelet (/)
- Cerpen (biasa dan panjang) (/)
- Mikrofiksyen
- Puisi
- Skrip (filem dan drama radio)
- Filem pendek
- Kolum
- Novel (dalam progress; ada dua)
- Novela (/)
- Novelet (/)
- Cerpen (biasa dan panjang) (/)
- Mikrofiksyen (sentiasa dalam progress)
- Puisi (dah dapat idea dan hala tuju)
- Skrip (filem dan drama radio) (mungkin patut pecah, skrip filem. skrip drama radio dan sekarang, skrip pentas)
- Filem pendek
- Kolum
- Buku cereka dalam bentuk foto atau mudahnya, buku foto.
- Buku cerita kanak-kanak
- Beberapa terjemahan haram cerpen dalam zine