Ya kabi mesin rum mesin rum boom boom mesin rumput mesin rumput

Tiba-tiba haa muncul dua ekor anak kucing kat depan rumah. Dan total lima ekor lepak depan rumah. Anak kucing dua ekor tu nampak macam dah besar sikit, bukan jenis yang baru nak mengenal dunia, kira macam dah sebulan dua mengenal dunia. Ada seekor yang macam Black Panther (sebab warna hitam) dengan seekor lagi aku lupa la warna apa. Aku syak yang dua ekor ni mesti jenis taklid, kalau tak apa ada hal tiba-tiba lepak dekat depan rumah aku sebab tak pernah bagi makan kat diorang dua ekor. Takpun ni kot anak salah seekor yang selalu lepak kat rumah aku. Sejak Buruk mati, aku memang dah jarang nak bagi diorang makan, dengan harapan, nanti lama-lama diorang fedap la, cari rumah lain pulak. Ni tak, makin banyak pulak. Ni belum ada seekor kucing yang datang lepak rumah aku belah malam je. Kucing ni kucing dewasa, badan macam tegap/besar sikit tapi penakut dengan aku. Asal lewat malam sikit je, dia datang lepak kat tembok depan rumah, dia tak masuk pergi depan rumah, dia punya port cuma kat atas tembok peti surat tu dan tidur situ. Aku tak faham juga, siang-siang tak pernah nampak pun kucing ni, tau-tau malam dia datang tidur kat tembok rumah aku. Apa beza kot dengan tembok rumah orang lain. Ke dia memang masuk syif nak jadi jaga depan rumah aku, syif malam? Aku okey je sebenarnya, cuma tu la, bila aku tegur dia lari pulak. Lepas aku masuk rumah, dia datang balik, duduk atas tembok rumah. 

Rasa macam nak beli makanan kucing, sekali aku pergi NSK tengok satu beg dekat tujuh belas ringgit, rasa macam, jap la aku cari yang lagi murah, sebab ada lima atau enam ekor nak bagi makan ni. Walaupun aku ikhlas nak bagi makan tapi kadang-kadang terfikir, kan bagus kalau kucing-kucing ni pandai potong rumput, sekurang-kurangnya ada la kerja diorang, tak la makan percuma jee. Rumput depan rumah dah la cepat nau tumbuh. Bukan takat rumput, lalang semak samun semua tu ha. 

Sumbangan dialu-alukan.


Akan dengar Year Of The Knife dalam mod ulang untuk sementara waktu ni. Jika berkemampuan, bolehlah menyumbang. Aku sumbang kat Spotify je buat sementara ni. 

Fundraiser for Brandon Watkins by Kavya Graf : YOTK Recovery Fund (gofundme.com) 


YEAR OF THE KNIFE involved in "really bad" car accident, vocalist in critical condition | Revolver (revolvermag.com)

Hi, we are raising funds for our friends Madi, Brandon, Andy and Aaron who are band members in Year of the Knife. Last night, the band was driving from SLC to Colorado Springs when they collided with an 18-wheeler. Andy & Aaron both sustained broken legs and other trauma. Brandon is concussed. Madi is in critical condition with head and spinal injuries and a few broken bones.As we wait for additional information on their conditions, we are doing the best we can to alleviate any stress possible. As you can assume, their touring van is totaled. The van also doubles as Madi and B's sole vehicle so this will impact them in more ways than just touring. Madi and B also run their brand, Candy Corpse, that will continue to fulfill orders but other aspects may be halted for the foreseeable future. Due to these awful circumstance, we unfortunately have to think of the financial burden this will place on our friends. If you are able to help in any way, we all greatly appreciate it. We ask that you please share with your family and friends, and please send the 4 of them all the positive thoughts, energy, prayers, anything. We are so thankful that everyone is alive, but there is a long road ahead of them for recovery. Please consider donating to help with their medical bills and to keep them afoot while they are stuck in SLC. Thank you in advance.



*Kemaskini ketika menaip, dah berjaya capai pun amaun yang diperlukan, siap lebih. Semalam aku tengok baru capai separuh amaun yang diperlukan. Tapi sebab tak tutup lagi, boleh je nak menyumbang. 

Saja letak sini.

Baru sibuk nak tengok Laut Tak Biru Di Seberang Takir. Aku dari awal keluar hari tu tak rasa nak tengok sangat, tapi lepas tengok rasa macam apa yang omputih cakap, meletakkan kewajaran pada puisi-puisi T. Alias Taib. Dah la rakam guna telefon bimbit je. Aku memang dah berhasrat, lepas beli iphone baru, aku akan sekurang-kurangnya buat satu filem pendek (yang betul pendek la, seminit ke lima minit ke) dengan iphone baru.

 

Curi.

Dengar Dashboard Confessional baru ada dapat sikit inspirasi, bergerak jugak inspirasi. Mungkin kena ulang dengar balik dari album ke album. Aku tengah nak dengar Dido balik, dari satu album ke album sampai habis tapi lepas tu sibuk nak dengar Kyuss , Methods Of Mayhem, Killswitch Engage dengan Trivium. Semalam siap terlintas nak dengar In Flames.  Banyak betul nak kena dengar dan ulang dengar. 

Jauh panggang dari babi.

Oleh sebab aku baru balik dobi dan dah tapau air, jadi aku ingat nak setelkan menulis novelet. Tapi lepas tu aku teringat untaian tentang hal polemik puisi kat twitter, jadi aku log masuk twitter dan baca untaiannya. Ada banyak artikel sebab sebenarnya takde la polemik sangat pun, dan taklah berkait-kait sangat kot, dia dalam topik perbincangan yang sama tapi sikit-sikit dia lari pergi topik lain, lepas tu ada orang masuk balik topik tu, terus dikatakan polemik tak habis lagi. Oleh sebab nanti lepas setel terbit novelet, aku bercadang untuk rehat jap menulis, dan habiskan masa dengan membaca (dan tonton filem), aku dah rancang untuk baca puisi Bukowski. Aku syak lepas habiskan buku tebal tu, mesti aku masuk dalam fasa nak menulis puisi (juga sebab - untuk kali keduanya, ada panah puisi Eros telah tersesat dan menikam relung sukma, chewah, boleh la ni tulis puisi kahkah). 

Aku tak habis baca semua polemik sebab boringnyee. Macam boleh tak cakap je apa nak, ni ha berbelit-belit, dah la aku tak minat nak baca esei. Habis sastera la tu. Aku rasa macam elok je whatsapp eh kau nak cakap apa ni. Sebab tu dari dulu aku dah mengemukakan teori bakar sastera dan tinggalkan tulisan yang sedap je. Tu tulisan healing apa semua tu pun boleh bakar sekali, dah alang-alang tulisan picisan tak sedap bajet healing boleh menang penganugerahan sastera pulak. Tak faham aku. Oh, yang aku lagi tak faham, macam takde sorang pun yang bangkit dan mengamuk tentang hal tu. Aku tak tahu la kalau aku ada terlepas ke, setakat dalam susurmasa, haram satu pun takde bunyi, paling dekat pun ada orang menganjing je. Takde yang nampak macam bingit pasal hal tu. Ke sebab diorang pun tak tahu? Entah la, lantak la, aku bukan sastera pun.  

Tiga.

Aku pergi dobi pukul tiga pagi pun ada orang juga (sorang je lah tapi), baru ingat nak baca puisi dan rakam berlatar belakangkan mesin-mesin pencuci yang sedang berputar (satu mesin je yang berputar, mesin aku basuh toto tu, yang lagi sorang dekat mesin pengering, dah siap keringkan tapi aku perasan lama gila dia keluarkan baju dari mesin, aku lepas masukkan duit terus gerak mamak tapau air, lepas tu balik semula kat dobi, dia tak habis lagi depan mesin pengering - oleh sebab aku memang tak tengok dia, aku syak dia keluarkan baju dan terus lipat depan mesin. Nasib baik dia buat masa dobi kosong). Tiberr.  

*

Chris Carrabba dah potong rambut dan cukur jambang. Aku syak versi dia kali ni paling semat kot. Dulu awal-awal rambut pendek tapi macam tak stail sangat, banding dengan sekarang, panjang sikit macam kena la. Yang paling tak boleh belah masa dia bela rambut panjang siap rebonding dan bela jambang penuh siap misai, dan paling teruk dia tampil sekali semua tu dengan imej pakai topi ala.. victorian? (tapi takde bulu atau perhiasan apa semua tu). Senang cakap topi dengan tepi lebar. Memang tak kena langsung. Rambut rebonding lepas tu sikat sebelah ke depan. Bela jambang mungkin okey tapi dia badan kecik, nampak macam kelakar juga. NAsib dah ubah imej.  

Healing sampai sunset. Kahkah real jugak letak judul camni.

Okeh, malam semalam tak jadi keluar pergi dobi sebab anak-anak semua masih cergas - lari-lari jerit-jerit gelak-gelak pada jam dua pagi. Aku pun malas nak tinggal diorang. Jadi, malam ni la lagi sekali, aku cuba pergi ke dobi basuh toto. Lepas tu pergi mamak tapau air. Lepas tu habiskan tulis novelet. Dah bergerak sikit niii. Aku sabar je lah dah bab akhir pun lama gila nak siap. Aku syak pilihan lagu latar agak tak kena dan memberi inspirasi kot. Okeh aku tidur dulu.  

Lepas tu pergi Rahmath.

Malam raya haji aku pergi dobi dan basuh toto sebab mesin basuh tak boleh muatkan toto tu. Aku dengar tempat ni dah sunyi dari orang jadi boleh healing sampai pagi. 


Kahkah aku tak tahu la ni dari mana asalnya healing sampai pagi tapi ternampak entah kat mana. Lagu kot. 

Tentang Menyeduh Pagi.

Waktu aku tulis Menyeduh Pagi, ia datang secara spontan. Aku boleh ingat ia macam antara waktu aku tengah sibuk menyiapkan cerpen-cerpen lain dan sampai satu masa aku ada rasa macam aku dah lama tak menulis cerpen baru (sebab asyik menyudahkan draf cerpen lama) dan kebetulan satu pagi (kot, aku dah lupa tapi rasanya macam awal pagi pada tengah malam) aku terlintas satu idea dan terus siapkan segala kerja lain dan duduk depan komputer dan menaip cerpen tu. Aku siap taip keseluruhan cerpen dalam sekali duduk, tapi aku masih anggap ia sebagai draf kasar, jadi selesai menaip, aku tidur kot dan biarkan sepanjang hari berlalu, dan selepas dua puluh empat jam, sekali lagi aku buka cerpen tu dan mula melakukan suntingan dan memperkemaskannya, dan terus emel. 

Aku hantar ke editorial beberapa hari sebelum raya puasa tapi hanya dapat disiarkan beberapa hari menjelang raya haji. Kira okey la, sebab aku terlebih konpiden nak gunakan token tu untuk buat duit tambah sempena raya. Kahkah. Raya la juga, cuma raya haji la.

Waktu menulis cerpen ni, tak ada apa-apa proses yang pelik sangat, cuma aku memang dari dulu dah bertekad untuk menulis cerpen dengan detail-detail berkaitan kopi, sebagai cara aku untuk mengingati segala ilmu yang aku ada tentang kopi sebab aku dah rasa aku mula lupa dah tentang hal perkopian ni. Walau ia nampak macam cuba menunjuk-nunjuk tapi aku akan cuba buat ia sesantai mungkin. Dan serendah diri yang mungkin. Mungkin ada hal yang biasa bagi aku tapi agak asing dalam masyarakat. Tapi selalunya susah juga nak dapat idea untuk cerpen begini sebab hal kopi ni agak meluas dan aku tak pasti nak mula dari mana. Dan kebanyakannya akan jadi macam buku teks. Dan aku tak letak ia sebagai keutamaan pun. 

Cuma dalam masa beberapa minggu ni aku asyik terjumpa dan terbaca sedutan puisi dari buku puisi Lutfi Ishak berjudul Kafe. Sesuatu yang mengganggu aku bila membaca sedutan itu ialah ia melihat kafe dari sudut pengunjung atau pelanggan. Sudah tentu, sebab sudah berpengalaman berada di belakang bar dan menguruskan kafe, ia adalah dunia yang sangat berbeza dari sudut mata pelanggan dan pengunjung. Malah, aku juga memandang kafe dari sudut berbeza walau sebagai pelanggan. Maknanya aku tahu jika juruwang di kaunter itu melakukan hal yang tak sepatutnya, atau barista culas dalam kerjanya dan jika ambien kafe itu tak mengalu-alukan, atau bagaimana aku melihat kekemasan kafe pada kekemasan di belakang bar dan susun atur barang-barang di dalamnya. Jadi, setakat ini, aku terfikir untuk menulis manuskrip berjudul Kafe juga, dan hantar kepada penerbit yang sama juga, sebagai reaksi terhadap Kafe (puisi) tapi dalam bentuk cerpen. Tapi boleh jadi, dalam bentuk puisi prosa sebab sekarang tengah sibuk menulis benda-benda lain, jadi ada rasa takkan mengerjakan manuskrip ni dalam waktu terdekat dan mungkin waktu mula ditulis tu aku dah berjaya menulis puisi (atau juga manipulasi prosa untuk ia kelihatan seperti puisi). 

Hal lain tentang Menyeduh Pagi, cerpen ini adalah cerpen aku yang paling jelas non jantina. Selama ni, aku cuba untuk menulis dengan latar, zaman, ras, gender dan umur yang kabur untuk ia relevan sepanjang waktu membacanya (sebab tulisan aku dikategorikan sebagai sastera pakai buang, jadi ia selalunya akan relevan pada ketika ia diterbitkan, jadi aku cuba jadikan ia sekabur yang mungkin supaya semua dapat rasa seperti cerita ini adalah cerita tentang mereka - juga ia sebab utama kenapa kebanyakan watak tulisan aku ada kecenderungan untuk tidak bernama. Walaupun ada ketika keperluan tulisan menyebabkan aku terpaksa juga letak latar, zaman, rasa, gender dan umur, tapi selalunya aku akan cuba untuk elakkannya). Ia bukan bertujuan untuk menyokong mana-mana gerakan atau ideologi tentang gender, tapi ia lebih kepada bagaimana sudut pandangnya mempengaruhi pembacaan individu. Dalam Menyeduh Pagi, aku tak nyatakan langsung gender kedua-dua watak, dan bagaimana pembaca meletakkan atau membayangkan wataknya, adalah kecenderungan dan persepsi individual, oh, dan  juga biasan dari saya sebagai penulisnya (maksudnya bila nampak nama saya di ruang penulis, mungkin pembaca akan ia adalah dari sudut pandang lelaki - memang kecenderungan kita untuk letakkan jantina naratif sebelum mula membaca, pada jantina penulisnya). 

Jadi, mungkin kedua-dua watak itu perempuan, atau kedua-duanya lelaki, atau berlainan jantina, ia terpulang pada pada persepsi. Lagipun ia sebuah cerpen yang aseksual (sepatutnyalah, walau ia ada nada romantis di antara kedua wataknya).  

Pagi Di Dalam Seduhan

Cerpen saya tersiar di portal Selangorkini, pautan untuk membaca : Menyeduh Pagi 

Dekat setengah tahun jugak ambil mood.

Aku dah pindah keluar semua duit dalam Grab (ada RM0.91 je) dan nyahpasang aplikasinya dari telefon. Tapi sebelum tu aku tinggalkan penilaian satu bintang di App Store. Aku cakap, worst app, panda better. 

Sebenarnya dari dulu lagi aku rasa Grab ni tak berguna langsung untuk aku. Tak pernah cuba Grabcar, langsung. Tumpang ke kongsi ke, langsung tak pernah, apa lagi kalau kena pesan sendiri. Pada waktu aku baru nak cuba untuk tempah Grabcar, harga tambang dah naik mencanak. Jarak dalam 3.7 kilometer dan 4.5 kilometer, harga tambang masing-masing RM12 dan RM13. Harey betul. Memang tak jadi la, baik aku naik teksi. Dan paling aku bengkek sebenarnya ialah Grabfood. Secara jujurnya aku tak faham macam mana ada orang cakap Grabfood lagi murah dari Panda. Aku pernah langgan akaun premium Grabfood (sebab promosi sebulan RM0.01 je) tapi lepas tu aku rasa langsung tak berguna. Nak guna promo dia haram tak boleh. Asyik restoran ni tak ada promosi la. Lepas tu aku rasa macam apa fungsi kot langgan kalau segala promo tak dapat. Panda kalau tak langgan akaun pro dia pun masih boleh dapat diskaun. Kalau langgan, lagi seronok sebab boleh guna promo diskaun lepas tu ada diskaun untuk caj penghantaran. Dulu paling seronok sebab caj penghantaran rendah, lepas kalau langgan pro, tak kisah berapa ringgit caj penghantaran, dia kecualikan terus (tapi sekarang tak la, mungkin dah sedar sikit, gila apa caj penghantaran RM10 pun dia bagi percuma je sebab langgan pro. Aku nasib la ingatkan penghantar makanan dia, kalau tak, memang selamba je aku pesan jauh-jauh. Maksud aku, aku boleh pesan makanan dari tengah bandar Shah Alam untuk dihantar ke Klang, secara percuma. Cuma bingit la tukang hantar tu sebab jauh gila kot. Memang Panda tak macam Grab, lingkungan kawasan dia memang terhad, tapi kadang ada waktu gila dia, tiba-tiba muncul je kedai-kedai kat Shah Alam tu dalam aplikasi. Kadang bukan apa, selalu aku nak pesan The Chicken Rice Shop, manjang tutup je. Lepas tu kalau bukak pun, dia bagi yang dekat Plaza Masalam sana. Aku kalau tak kesian, memang aku beli je) dan dulu juga caj penghantaran memang rendah. Sekarang je naik gila-gila. Tak sampai lima kilometer pun dah RM9 (ikut waktu, tapi sebab langgan pro, ada la diskaun penghantaran RM4. Tapi tak la aku beli, biasa aku cari yang bawah RM4 supaya caj penghantaran percuma. Tapi kadang ada waktu yang rambang, Panda buat promosi caj penghantaran rendah, dalam RM2 je. Kadang bila buka aplikasi tiba-tiba tengok semua jadi RM1.99 tahu la tu tengah buat promo). Lagi satu aku suka sebab ada badge (kahkah senang betul aku kena tipu. Badge tu takde apa pun, cuma lepas komplit buat pesanan ikut cabaran diorang, diorang akan kemaskini lencana, macam contoh konon aku queue jumper sebab selalu pick up kat restoran, atau chai five sebab selalu pesan mamak, atau local favorites sebab aku selalu beli makanan atau warung lokal. 

Selain dari tu, aku jumpa juga macam lompang dalam kedai-kedai kat Panda ni. Kalau perasan, harga dekat Panda biasanya lebih mahal dari dekat restoran atau kedai tu sendiri sebab biasanya kalau guna platform macam ni, diorang akan caj perkhidmatan, kalau tak silap dalam 30 peratus. Jadi, biasanya kedai akan naikkan harga untuk tampung kos ni. Setakat ni aku perasan yang restoran besar-besar yang tak naikkan harga (maknanya harga kat Panda dan kat kedai, dua-dua sama) ialah Coffee Bean. CBTL ni aku siap banding harga sebab nak tahu berapa harga sebenar diorang, sekali sama je. Aku tak tahu la macam mana dia nak kira untung. Tapi tu belum lagi kira ada satu mamak dekat dalam Panda ni, dia tak sedar kot tapi harga kedai dengan harga Panda sama je. Masalahnya, kalau dapat pengguna licik macam aku, memang setel la cerita dia. Sebab biasanya kalau guna pick up, harga auto akan jadi murah. Tak tahu macam pengiraannya, tapi biasanya harga menu untuk penghantaran dan ambil sendiri, memang lain - ambil sendiri lagi murah (kecuali ada beberapa yang aku perasan sama je penghantaran dan ambil sendiri). 

Mamak ni dah la jual ayam goreng seketul RM5, kalau aku tukar jadi ambil sendiri, ayam goreng tu jadi dalam RM3.70 kalau tak silap. Memang murah. Mamak lain? Hareyyy. Hantar ke ambil sendiri pun RM7.50. Tapi mamak murah tadi ayam dia kecil dan tak sedap sangat kahkahkah. Maaf choosing beggars. 

Kalau dekat Grabfood? Harammm.

Tapi sekarang aku dah jarang jugak bukak Panda sebab tengah ambil mood nak diet. Lama juga ambil mood ni. 

Secara jujurnya, rasa jijik juga menyatakan pandangan tentang hal nombor satu tu. Kahkah.

Perihal twitter yang dibawa ke blogspot sebab malas nak menghangatkan situasi di sana sebab  ia tak bermanfaat dan juga terlalu picisan untuk diambil peduli. 

  1. Amende gaduh-gaduh pasal buku tak sedap. Takde harga diri keee? Memang sampai sudah la tulisan sedap takkan dihargai walau sastera dah lama hangus terbakar.  
  2. Kecewa juga tengok sorang-sorang punya unskippable album; kecuali beberapa album, yang lain kebanyakannya haraammm, dengar trek pertama pun tak sampai habis. 

RIP Prof Dr Ches J Skinner

Circa 2015, rasanya 22/3/2015 lepas aku periksa kat twitter, aku tengah lepak CBTL sendirian dekat Nu Sentral, tak ingat aku pergi mana waktu ni, tapi waktu ni kalau aku nak jalan-jalan KL biasanya aku akan naik komuter, sampai KL Sentral lepas tu naik la LRT ke apa ke nak pergi mana-mana tu. Biasanya aku akan curi masa sikit untuk lepak kat CBTL di Nu Sentral sebab situ je lah yang dekat dengan aku punya laluan (tapi ye la, kena ke bangunan sebelah dari KL Sentral). Lain dari situ, aku suka pergi kat Jalan Pinang, tapi dah tutup rasanya tempat tu. 

Aku ada rasa, sama ada aku memang tengah lepak nak minum Ice Blended Original Mocha sebelum nak balik rumah atau aku memang tengah acah-acah menaip cerita kat komputer riba ala-ala hipster gitu. Tapi ketika itu, aku baca novela Rebel. Waktu ni, Polaroid dan Rebel baru keluar lebih kurang dua-tiga bulan lepas. Wiskipop belum siap cetak lagi, bulan depannya baru diorang cetak. Sebelah aku ada seorang mat saleh. Sebelah dia pulak, ada dua orang perempuan. Aku macam biasa la, memang malas nak layan berbual dengan orang yang tak kenal, bak kata pujangga, nok suasano jah. Kahkah. Waktu aku membaca, semua rilek buat hal masing-masing, tapi tak lama lepas tu, aku tengok mat saleh ni dah berborak dengan dua orang perempuan sebelah dia. Aku macam biasa la, watlek watpis. Aku rasa tak lama lepas tu dua orang perempuan tu blah dan mat saleh sebelah aku tu entah macam mana boleh tegur aku dan entah apa dia cakap. Tapi paling best masa tu ialah dia tanya aku tengah baca buku apa. Aku tunjuk la buku Rebel yang aku tengah baca. Lepas tu dia cakap, dia kenal penulisnya, dia kenal Saat Omar. Aku macam, betul ke omputih ni? Ke sengaja berbasa-basi. Aku tak ingat dia cakap apa, tapi rasa macam dia cakap dia kawan dengan Saat. Lepas tu dia minta izin nak ambil gambar buku tu (ke gambar aku tengah baca Rebel, aku lupa la) untuk tunjuk kat Saat nanti. Sejak tu aku kagum dengan Saat dan mengetahui yang Saat bukanlah kaleng-kaleng. Omputih pun kenal dia. 

Aku ada bagitau kat Saat pasal hal ni, lepas tu dia cakap lebih kurang macam ni (aku tak ingat sebab kat tweet tu dah padam, sekali dengan akaun lama twitter Saat), "Satu-satunya orang putih yang aku kenal dan kau boleh terjumpa dengan dia."

Orang yang aku jumpa tu ialah Ches Skinner, pernah menjadi pensyarah di UITM dan aku rasa kebanyakan dalam lingkungan kawan-kawan di Wayang Budiman mesti mengenalinya. Aku rasa tak pernah lagi berjumpa dengan beliau, mungkin kalau ada pun, taklah berbual, mungkin berada di ruang acara yang sama. Tapi aku rasa memang tak pernah jumpa lagi lepas tu. Dan pagi tadi, Saat maklumkan di Facebook yang Ches Skinner telah meninggal dunia. Walaupun hanya pernah berjumpa sekali, tapi ia adalah perjumpaan yang diingati. Semoga tenang di sana.  

Cuci.

Selepas entah berapa bulan tak basuh kereta, akhirnya aku hantar kereta basuh. Itupun dekat pukul sepuluh malam baru aku hantar. Petang tadi nak hantar tapi dah bertembung dengan orang balik kerja. Jadi aku pun balik rumah. Malam pukul sembilan lebih aku keluar, haa kedai cuci kereta kosong haa. Tenang jeee. Aku main Candy Crush tak sempat nak lepas level, dah siap dah. 

Paling best, orang Bangladesh tukang cuci tu bila aku bayar, siap tanya lama tak datang? Walaupun sebenarnya ada kemungkinan dia berbasa-basi saja, tapi aku syak memang dia ingat lagi kot sebab kali terakhir aku datang, aku nak basuh dua kereta sekali. Tapi sebab aku sorang, jadi aku datang la bawa satu-satu. Cuma lepas kereta pertama tu, aku bayar duit kertas RM20 dab dia tak cukup baki nak pulang sebab takde duit kecik. Aku cakap takpela, kejap lagi datang balik sebab memang nak basuh lagi satu kereta. Jadi, kereta seterusnya kira tolak je la dari baki yang kurang dari sebelumnya. Mungkin sebab tu dia ingat kot. Tu sebenarnya aku nak hantar lagi dua bijik motor nak basuh jugak tapi malas.

Sekadar perkongsian.

Aku tak tahu la kalau semua tahu ke tak, tapi aku nak terangkan sikit pasal solat jamak. Ni penerangan secara jahil je la. Solat jamak ada dua jenis. Ada satu tu, kalau nak jamak Zuhur dengan Asar, buat Zuhur empat rakaat, bagi salam, lepas tu Asar empat rakaat dan habis salam. Ada lagi satu, Zuhur dua rakaat, bagi salam, lepas tu Asar pulak dua rakaat dan bagi salam, habis. 

Cerita dia macam ni, aku tak pernah solat jamak sebab selalunya kalau ada perjalanan jauh (biasanya balik kampung) aku berpandangan begini, aku berhenti je solat kat rehat dan rawat. Maknanya, sebab aku memandu sendiri dan aku pulak memang jenis suka berhenti banyak kali sebab nak singgah segala rehat dan rawat (aku syak Beduk tak faham lagi kenapa best singgah rehat dan rawat ni, ada beberapa kali pergi keluar jalan-jalan tapi tak sempat nak singgah, jadi tak sempat nak tunjukkan kenapa. Takpe, nanti aku set satu kali pergi lepak rehat dan rawat Dengkil - makan yongtaufu, yongtaufu yang sebenar!) jadi memang kalau nak solat tu, aku berenti je solat, takyah jamak. Sama ada itu, atau tak solat terus. Huhu.

Tapi ada sekali aku terbaca (atau tertonton) penerangan kenapa kita patut solat jamak jika dalam perjalanan jauh. Penerangan dia lebih kurang secara ringkasnya ialah, dah Allah beri kemudahan, kenapa kita nak susahkan diri? Aku tak tahu la macam mana nak bagi frasa tu tak kedengaran negatif, tapi anggap je la tadi bukan dalam nada negatif, sinis atau skeptikal. Tapi dalam nada - Allah maha penyayang, jadi Dia beri kelonggaran dan bukan bermakna kita mengambil kesempatan. 

Jadi, aku ubahlah pandangan, walau perbuatan tak berubah (maknanya kalau dalam perjalanan dan aku memandu, biasanya aku tak solat jamak). Dan sebab aku tak pernah solat jamak, aku tak tahu pun macam mana solat jamak. Aku siap ingat kalau jamak, dua rakaat Zuhur - dua rakaat Asar tu buat dalam satu salam. Rupanya tidak. Macam aku terangkan kat atas la. Tapi sekali lagi aku tekankan, ni penerangan secara jahil je, maknanya yang setakat aku tahu la. Sekadar berkongsi, sebab aku rasa mungkin semua tahu, tapi mungkin juga ada yang tak tahu macam aku. 

Kenapa aku boleh tahu? Sebab kelmarin, aku masuk surau, lepas tu aku nak solat masbuk tapi tak sempat, sebab imam dia dah bagi salam. Tapi lepas tu diorang bangun balik dan nak solat lagi, aku tanya, ni solat apa. Dia kata jamak dua rakaat. Aku pun main ikut jeeee. Lepas habis salam, imam tu cakap, okeh, awak kena sambung dua rakaat lagi. Aku macam jem kejap lepas tu, aku pun okey kan je la. Lepas setel dan keluar surau baru aku tanya (bukan kat imam tu la). Lepas tu rasa jahil kejap. Okeh la, lepas ni nanti waktu jeda menulis lepas setel novelet, aku mengaji sikit bab solat jamak ni. 

Teluk Cempedak di luar pagar.

Aku tak tahu la dari mana agaknya aku dapat idea ni tapi aku selalu rasa Teluk Cempedak ni kat Port Dickson. Memang aku tahu ada Teluk Kemang kat sana tapi aku selalu fikir Teluk Cempedak pun ada kat sana. Lepas tu aku pergi Kuantan lepas tu aku fikir, oh sini ke Teluk Cempedak. Aku pergi Kuantan lepas tu banyak juga aku jem tapi paling utama, bukanlah pasal Teluk Cempedak, tapi pasal kenapa macam jarang sangat dengar orang cerita pasal pantai kat Kuantan? Dah alang-alang cerita pasal Port Dickson, aku rasa pantai kat Kuantan ni, aku pergi Teluk Cempedak dengan Batu Hitam, lagi elok dan seronok berbanding pantai Port Dickson, malah aku rasa pergi Kuantan ni lagi elok berbanding pergi Port Dickson. Pantai Port Dickson memang padat betul dengan orang dan pantai dia takde la best sangat. Aku rasa pantai kat Teluk Cempedak tu lagi cantik. Ramai orang tapi tak padat. Tempat dia rasa lapang, walau masih ada orang busking dan juga cosplayer (aku jumpa Spiderman). Tu belum masuk lagi hal Kepci, Mekdi dan Sbux yang betul-betul kat tepi pantai. (Aku selalu dengar orang cakap Sbux Teluk Cempedak tu lawa, lepas aku pergi tu, aku rasa dah tak lawa sangat, nampak macam dah lama, dan tak dibersihkan luarannya, ada kemungkinan sebab sebelah pantai jadi memang susah nak menten. Selain tu, pemandangan dia pun agak terganggu juga dengan menara peninjau betul-betul blok pandangan ke pantai dari Sbux.) Jalan depan sikit ada banyak kedai makan, dan selalunya aku tahu tempat tumpuan pelancong ni memang jarang la nak jumpa medan selera yang sedap tapi silap juga jangkaan aku. Mungkin sebab aku dah rendahkan jangkaan, jadi dia rasa sedap kot. Depan sikit lagi ada laluan kayu sepanjang teluk (kot) cuma aku tak pergi la sebab aku dah fikir nak balik je. Kahkah. Tapi aku boleh bayangkan, kalau lain kali nak datang, memang aku datang naik motor. 

Berbalik kepada hal asal, jujurnya aku pelik kenapa orang tak cerita pasal pantai Kuantan? Aku rasa lagi la elok pergi situ dari pergi Port Dickson atau pergi Cameron. Aku pergi pantai Batu Hitam, dekat situ ada orang jual celup tepung. Aku sebenarnya baru tahu celup tepung ni apa, lepas aku makan aku pun fikir, yelah nak panggil bendalah ni apa kalau bukan celup tepung sebab segala benda dia celup tepung. Cuma ada hilang tarikan sikit sebab tak sebut apa benda yang dicelup tepungnya sebab semuanya makanan laut. Sotong, udang, dengan apa entah lagi. Aku boleh bayangkan celup tepung ni memang jenis juadah yang agak muak, tapi lepas makan kat situ, aku boleh kata, kalau resipi dan masakan dia betul, tak muak pun. Mungkin aku asyik terbayang macam pisang, keledek, keladi atau tempe bila sebut celup tepung.  Dekat sebelah aku makan ni pun ada penjaja tepi jalan. Ada rasa macam pantai Remis jugak. Tapi banyak tempat parkir dan parkir tak sempit. Tu belum aku cerita aku geram je nampak ada kedai kopi tepi pantai tepi jalan. Nak singgah tak sempat.  

Mungkin satu perkara yang aku perasan, pantai timur, termasuk la Kuantan ni, dia tak ada matahari terbenam dekat laut. Kira kalau nak tengok matahari terbit bolehlah, tapi matahari terbenam dekat daratan. Kira kat sini luka tak boleh mencair menjadi maghrib la. Kahkahkah. Aku nak main layang-layang pun payah, sebab asyik silau dengan matahari je. Angin dia dari laut, jadi bila aku pegang tali layang-layang menghadap laut, layang-layang ada kat belakang aku. Aku kena pusing belakang tapi nak tengok layang-layang susah sebab matahari pun kat situ juga (kan dia nak terbenam kat daratan).

Lepas tu makan malam, ada banyak kedai makanan laut, lebih kurang macam dekat Jeram atau Remis. Senang cakap, macam mana-mana kawasan pantai yang ada restoran makanan laut la, jenis pilih ikan, udang dan sotong lepas tu suruh masakkan. Aku cuba satu kedai yang paling tak sibuk, tapi macam biasa la, aku periksa Google Review, tengok rating kedai tu dengan kedai lain tak jauh beza pun. Semua tak sampai 4, tapi dalam 3.6 ke 3.9 macam tu. Lepas makan, aku rasa macam makan makanan siam pun iye. Segala benda masam. Tak, bukan aku cakap tak sedap. Cuma lagi sekali aku konfius, Kuantan tapi makanan dalam estetik Siam? Lepas tu aku terfikir jap apa identiti kulinari Kuantan? Aku pun tak tahu. 

Aku selalu fikir kat Kuantan ada sungai je. Mungkin selalu orang cakap bila musim tengkujuh tu sungai Kuantan paras air naik, jadi aku asyik ingat Kuantan ada sungai je. 

Okeh, selain tu, perjalanan ke Kuantan, rehat dan rawat dia pun menarik jugak. Ada kafe kat dua-dua arah rehat dan rawatnya (aku lupa la kat Gambang ke Temerloh). Kedai makan pun banyak dan meriah tapi bagi aku tak meriah la sebab lauk utama semua ikan. Kahkah. Aku tak makan ikan, dekat rehat dan rawat ni gila babi punya beria-ia jual lauk patin. Ada juga ikan lain. Tapi aku pandang serong je la sebab tak makan ikan. Oh, sebab banyak jual ikan, jadi kebanyakan menunya ialah nasi campur. 

Rehat dan rawat Genting Sempah lagi la jangan cerita. Tapi aku tak singgah pun. 


Agak bersepah juga aku tulis ni semata nak bagi poin. Kahkah.

Kejap, macam mana aku nak mulakan eh? Okeh, semalam kot aku ternampak ada orang kongsi artikel/rencana Roslan Jomel kat majalah Tunas Cipta. Aku memang jarang baca Tunas Cipta, sebab, entah, mungkin aku rasa ia untuk budak muda kot (sebab namanya) dan juga sebab aku tak pernah betul habis baca Dewan Sastera jadi kecenderungan nak baca Dewan Sastera lebih la (akaun DBP aku penuh dengan Dewan Sastera yang aku dah muat turun tapi tak pernah sempat baca). 

Jadi, aku buka pautan dan baca. Lepas tu aku rasa macam, eh? Kejap, secara jujurnya aku jarang baca tajuk, tapi aku baca lepas tu dia macam bukan rencana atau artikel sangat, lebih kepada cerita dia dengan Abizai tengah tunggu SM Zakir datang nak bagi cetakan penulis untuk buku terbaharu Roslan sambil diselangi macam-macam benda hingga sampai penghujung artikel dia cerita pasal nak tulis novela untuk penerbitan SM Zakir. Ada beberapa perkara dia sentuh tapi paling aku ingat tentang hal pengarang yang tak pandai menjual (macam aku la) dan juga cerita tentang puisi slash sajak. 

Lepas aku habis baca, aku macam, eh, macam ni kira rencana ke? Sebab kan aku tahun lepas ada keluar Sebuah Catatan, jadi aku macam, oh boleh eh tulisan bertopengkan rencana atau artikel, tentang diri sendiri keluar kat medium naungan DBP? Mesti la aku lagi self centered dan narsis untuk tulis segala benda macam ni, aku sampai dah konpiden nak keluar zine Masuk Melaka (tapi tak jadi sebab aku dah lupa dan malas). Cerita dia macam ni, aku masa tulis jurnalzine tu, aku tengah dalam proses untuk dapat balik macam mana menulis selepas entah berapa lama langsung tak membaca dan menulis. Antara perkara pertama yang kau kena tahu tentang menjadi penulis, ialah bukan hal macam teori kesusasteraan ke nak menulis macam siapa ke, yang penting ialah menulis itu sendiri. Memang selalu akan tersekat kat mana mana tak dapat menulis tapi jangan peduli, tulis je. Aku selalu cakap, aku menulis sebab menulis. Tak ada sebab lain sangat. Jadi, bila nak dapat balik tu, aku buat benda yang paling penting - iaitu menulis. Aku tulis je segala benda rambang dalam kepala (sebab biasanya kalau kau dah lama tak menulis, ada macam-macam benda merepek kau nak sembang dan rungutkan, tak ada masalah, tulis je semua benda tu) dan kebetulan ia nampak macam satu corak. Jadi, aku fikir elok juga aku kumpulkan dan susun elok-elok jadi zine sebab aku tak pernah buat zine, langsung. Sepatutnya sebagai bekas hardcore punk, mesti la ada zine, tapi aku takde. Walaupun tak hxc punk, buat zine ala jurnal pun okey la. Lepas tu aku jual, dan bagi satu kat Sufian. Dapat kat Sufian, dia terus susun lay out dan cetak jadi buku. Maklum balas pertama aku terima masa lepas aku siap tulis, malah belum siap cetak dan fotostat bagi siapa-siapa, ialah, siapa nak baca bendalah ni? Aku tak ada jawapannnya. Dan bila dah siap cetak jadi buku pun, aku tak ada jawapan, bila orang tanya ni buku apa. Siap ada orang tanya, ni jurnal pergi mana? Aku jawab je, balik kampung. Oh, berapa hari? Dua hari - satu hari perjalanan pergi, satu hari perjalanan balik. Sampai sekarang aku macam tak rasa yang Sebuah Catatan ni ialah salah sebuah buku aku, mungkin sebab genrenya. Tapi dah alang-alang cetak, aku konpiden je la. Aku teringat dulu Sufian memang minta aku tulis jurnal tapi masalah entah bila aku nak pergi mana mana sebab sibuk kerja. Sufian rileks je cakap, ha kau buat la jurnal pasal pergi balik kerja. Aku tak tau nak respon camne sebenarnya tapi lepas tu aku tulis jurnal balik kampung. Kira okey la. Ridhwan beri maklum balas, dia tekankan hal Selangor banjir sebab setakat ni dia tak jumpa lagi yang menulis tentang hal Selangor banjir, cuma aku patut boleh tulis lagi dalam pasal hal tu. 

Bila fikir balik, betul kot, selalunya tulisan aku memang akan ada sedikit menangkap zaman (yang terkini ketika ditulis) walaupun macam tak ketara sangat. Sebenarnya aku buat macam tu, sebenarnya macam nak beri diri sendiri rujukan, bila aku tulis benda tu atau apa yang aku tengah dengar atau tengok masa tengah tulis. Tapi selalunya aku sendiri la yang faham sebab rujukan untuk diri sendiri, kan. Biasanya tentang lagu yang aku tengah sibuk dengar waktu tu. Atau filem yang aku baru tonton. 

Dan aku teringat, Laqman selalu cakap yang kitorang, penulis-penulis atau pengkarya-pengkarya ni kena mula tulis tentang hal sejarah pembabitan kitorang, kena rekod tentang hal yang berlaku. Sebagai rujukan masa akan datang. Aku ingat memang Ridhwan atau Azriq pernah cakap diorang dah tak ingat macam mana proses menulis kebanyakan novel diorang. Sejujurnya aku dah tak ingat sangat pun apa aku tulis di dalam buku pertama aku. Tapi ada la usaha nak melawat semula kerja-kerja tu cuma tengah malas sikit (banyak sebenarnya). Dari dulu lagi aku bercadang untuk buat projek Mendengar Wiski Pop, aku akan buat rakaman bacaan Wiski Pop, dari satu cerpen ke satu cerpen (mungkin di tempat-tempat berbeza), dan muat naik di Spotify dan Youtube, dan disertakan komentari Mendengar Wiski Pop tentang latar belakang, pengaruh atau idea asal dalam bentuk artikel di blog dan buymeacoffee. untuk setiap cerpen. Lepas siap Wiski Pop, beralih pula kepada Mendengar Kota Para Insomnia pula. Tapi tu la, malas. Tapi takpe, rileksss kita kumpul pasukan dulu.  

Dah kurang sikit amarah.

Okeh la lepas sekali lagi bertenang dan membelek katalog Plague dekat Spotify, aku baru sedar album Kawan tu tak lengkap, atau sekurang-kurangnya, tak lengkap macam waktu aku mula-mula dengar dulu. Dan aku cuba cari di Youtube, ada yang muatnaik album Kawan tu, dengan seluruh lagu yang aku ingat ada dalam tu. Boleh kata yang versi Spotify terhenti setakat trek sebelas atau dua belas (dengan tambahan satu lagu lain) dan selebihnya tak termasuk dalam tu. Mungkin sebab tu semua lagu yang tak ada tu, mereka hasilkan sama ada dalam rakaman semula atau letak dalam EP baru. Masalahnya tu lah, lagu yang tak masuk dalam versi Spotify tu la yang sedap-sedap, dan untuk masukkan dalam Spotify, diorang rekod semula dengan versi baru - terus jadi tak sedap dan hilang la nostalgia dia.   

Ni lah salah satu benda aku menyampah dengan Spotify. Tak semua diskografi band akan lengkap (kerana masalah legal dan hak sebaran). Paling bengkek aku ingat ialah Soulfly, Cavalera Conspiracy dengan Fear Factory. Soulfly album Conquer kegemaran aku takde dalam Spotify (tapi lepas tu diorang tambah juga tapi dalam senarai penuh kesemua lagu Soulfly, dan ia menyebabkan keseluruhan album, entah tujuh ke lapan album, jadi satu album besar - segala lagu campak dalam satu album, jadi leceh nak pasang ikut album), Cavalera Conspiracy album Blunt Force Trauma (yang ni lagi bengap - kalau tengok dalam katalog, memang album ni takkan ada dalam senarai, tapi bila buka playlist This Is Cavalera Conspiracy ada pulak lagu-lagu Blunt Force Trauma. Jem kejap sebab album tak wujud dalam Spotify tapi lagu ada. Lepas tu aku baru tahu, boleh akses juga ke album tu dengan tekan nama album pada trek lagu. Tapi macam bangang, dah album ada dalam Spotify tapi dia tak nak sekalikan dalam band punya Spotify) dan Fear Factory album-album masa Dino keluar dari band (walaupun album tu aku tak dengar sangat tapi ada satu lagu la aku layan dan semata nak layan satu lagu tu memang tak boleh sebab takde dalam Spotify). 

Aku tak pernah nak cuba strim guna aplikasi lain macam Apple Music atau Youtube Music. Dulu pernah cuba Youtube Music tapi rasa macam leceh sebab tak ada diskografi dan bila buat carian, dia punya algorithm dia memang Youtube punya cadangan yang belit-belit gitu. Bukan kekal dekat satu band yang aku nak dengar tu. Jadi sampai sekarang tak pernah rasa nak cuba lagi. Tengok la nanti kalau terbuka hati nak cuba balik. 

Eh tak, belum segar semula lagi. Tapi akan la. Mungkin minggu depan.

Aku ingat 2023 ialah tahun menulis novel. Sekali aku asyik tulis cerpen juga la. Dan paling teruk tu, bukan takat asyi tulis cerpen je, sekarang motivasi nak tulis puisi. Langsung takde motivasi tulis novel. Kalau tak tulis novel ni, bila nak mula projek seterusnya yang sebenarnya ialah minat utama aku? Takpelah, yang penting habis tulis novelet dulu.  

Sambil segar semula, aku cuba siapkan dua manuskrip cerpen. Okeh, satu setengah manuskrip sebenarnya sebab lagi satu tu kongsi. Ke kira satu manuskrip je sebab yang lagi satu tu macam sikit juga. Okey la dua projek la senang.

Aku dari hari tu cuba nak tambah buku-buku baru kat Goodreads tapi tak berjaya sebab aku tak tahu macam mana. Lepas tu aku mengalah je lah. Nanti aku cuba cari kroni yang boleh tolong buatkan. Maknanya kena cari kroni baru yang pandai buat la. 

*

Dalam hal tak berkaitan, aku ada baca ulasan orang lain untuk buku orang lain (maknanya bukan aku yang ulas dan yang diulas tu bukan buku aku), lebih kurang begini;

'Thumbs up!' lepas tu tengok rating dia bagi 2 bintang je (sistem Goodreads, paling tinggi lima bintang - jadi, 2/5 la). Aku jenuh juga fikir macam mana dia boleh dapat konklusi camtu.  

Macam demam tapi bukan.

Dua tiga hari ni rasa macam badan tak sedap. Macam pelik juga sebab rasa sihat je. Tapi tubuh macam ada sikit rasa bisa. Dan tekak macam rasa bengkak. Lepas tu aku tak tahu nak buat apa. Nak makan soluble? Nak makan panadol extend? Nak biar je? Entah. Dia macam tiba-tiba gitu, dah jadi macam sleep apnea balik.  

Aku ingat dia mula malam Ahad, nak tidur susah dan aku kena bangun awal pagi (dan tak boleh sambung tidur) pada Isnin sebab ada janji temu hospital untuk Gibran dan Selasa pulak, Ariana punya janji temu hospital. Dua-dua hari ni rasa macam lain macam tapi tak tau apa. Aku bantai je la makan apa yang patut. Ni macam mula nak batuk dah. Aku harap tak jatuh sakit la. Aku nak habiskan novelet yang tinggal sangat sikit tapi asyik padam dan tulis lagi sekali. 

Isnin janji temu Gibran jam sembilan setengah pagi, oleh sebab dah hantar Ariana sekolah pagi tu, aku tahu dah, memang tak ada pilihan lain dari terus pergi hospital. Bayangkan camni, janji temu pukul sembilan setengah pagi, lepas hantar Ariana dan nak gerak dari sekolah (ke hospital) pukul tujuh pagi. Maknanya macam awal sangat kan, okeh, perjalanan lebih kurang setengah jam - aku sekarang nak pergi mana-mana memang aku terus buka Google Maps, bukan sebab tak ingat jalan, tapi sebab nak tahu jalan mana paling cepat, sebab bukannya tahu pun mana jem kalau tak bukak aplikasi peta ni - aku sasarkan empat puluh minit la tambah tolak lampu isyarat dengan tiba-tiba jem ke yang Maps tak boleh nak kira. Jadi, Isnin tu aku sampai dalam tujuh empat puluh pagi. Dengan tenang dan rilek-rilek aku pergi la kaunter Hasil ambil nombor apa semua lepas tu naik ke jabatan tempat temujanji untuk nombor giliran seterusnya. Pendek cerita, pukul lapan suku pagi, aku dah dapat nombor - untuk janji temu jam sembilan setengah pagi. Betul punya awal kan. Tapi cuba la teka, nombor aku tu kena panggil pukul berapa. Pukul sepuluh setengah pagi. Betul, aku tunggu bodoh macam tu je dua jam. Aku kadang tak faham juga hospital ni sebab hospital lain aku pergi, tenang je dia panggil awal bila aku datang awal. Maksud aku, memang la dia set janji temu untuk waktu sekian sekian, tapi kalau datang awal, patut setel la awal, sebab bayangkan macam ni, aku temujanji pukul sembilan, tapi orang yang janji temu pukul lapan pagi datang lambat (kenapa lambat ni benda subjektif, sebab bila berurusan dengan hospital, kadang dah datang awal tapi naik atas jabatan tu lambat sebab satu, parkir. Macam aku sampai hospital jam tujuh empat puluh tu kira dah tak boleh nak memilih sangat parkir dengan selesa sebab kereta dah masuk banyak. Kalau sampai situ jam lapan pagi, sebab janji temu pukul sembilan, memang takkan dapat la parkir, tu salah satu sebab jugak kenapa aku datang awal. Aku tak suka parkir depan kereta orang, biasanya kalau sampai lambat, aku akan buat satu pusingan, cuba cari kalau nasib baik ada kotak kosong, kalau tak ada, aku akan keluar terus dari hospital dan pergi parkir kat luar, kat tempat parkir majlis, bukan parkir tepi jalan macam orang takde otak walaupun semua orang buat macam tu parkir tepi jalan, menyusahkan. Biasa kalau macam ni, aku kena jalan kaki mungkin dalam dua atau tiga ratus meter untuk sampai hospital balik.Sebab apa? Sebab aku ada otak tak parkir kereta bersepah tepi jalan. Dan bayar parkir macam orang bertamadun. Tapi sebenarnya pernah je aku lupa nak bayar sebab dah lama tak datang lepas tu tak ingat langsung sampai la kena saman. Kahkah. Dua, kadang katalah dah sampai awal sikit, contoh janji temu jam lapan pagi, pukul tujuh empat puluh lima dah sampai siap parkir, adakah itu awal? Tidak. Sebab nak beratur ambil nombor dan berapa minit. Lepas tu nak tunggu nombor panggil kat kaunter, lagi setengah jam tunggu. Kalau janji temu pukul sembilan lagi sakit hati. Datang pukul lapan pagi pun tak guna. Sebab kat Hasil tu je sangkut sejam lebih. Tu belum yang kaunter sebelah sana, ada lagi satu kaunter, yang tu lagi haram jadah lambat dia. Aku pernah terkena ambil nombor kat sana, aku sampai sebelum pukul lapan, sebab janji temu jam lapan pagi, pukul sembilan baru dapat pergi kaunter. Dah la bilik janji temu tu betul-betul kat tempat aku tunggu tu. Pakar dia pun watlek watpis je tak masuk lagi masa aku tunggu sejam tu. Kira dekat pukul sembilan baru dia datang, mungkin sebab dia pun dah tahu aku akan sangkut kat situ lama) dan janji temu pukul lapan tu, jadi pukul sembilan sebab dia sampai pukul sembilan. Sementara aku pulak yang pukul sembilan, sampai awal pukul lapan, kena tunggu jugak pukul sembilan dan sekarang dah kena tunda sebab janji temu awal dah lambat. Macam kat hospital lain tu, aku datang awal, terus je dia bagi setel terus. 

Untuk hari Selasa pulak, janji temu hospital Ariana pukul sembilan empat puluh pagi. Aku dah tahu jugak, kena gerak awal walaupun Ariana tak sekolah, sebelum pukul tujuh aku dah gerak, tapi sampai lambat sikit dari semalam sebab salah baca Maps satu, lagi satu sebab tiba-tiba jalan yang tak jem semalam, hari ni jem pulak. Tapi boleh la pilih parking lagi. 

Jadi cerita dia, pukul lapan aku dah naik atas. Kira semalam lapan suku, hari lapan tiga minit dah dapat nombor. Lagi cepat sikit. Tapi sampai-sampai situ je aku dah jem kejap sebab perasan kotak untuk letak kad janji temu ada waktu sembilan pagi, sepuluh pagi dan sebelas pagi. Janji temu terakhir Ariana kat sini, aku sampai lambat. Orang kat kaunter tu macam usah semacam juga tapi aku watlek watpis, tapi masa nak balik tu dia macam bagi pesan lebih sikit, kalau lambat, dia akan jadualkan janji temu lain terus, walau aku dah sampai situ. Sebab tu dia letak dalam kad, sembilan empat puluh pagi, sebab dia nak aku sampai sebelum pukul sepuluh pagi - waktu sebenar janji temu. Jadi ceritanya, pukul lapan pagi aku dah sampai, sebab sama je, katalah aku gerak lambat sikit, nak bagi ngam sembilan empat puluh, kiraan dia jadi camni, perjalanan sejam, tunggu kaunter Hasil sejam. Tak masuk cari parkir dan berjalan kaki dari tempat parkir jauh. Baik la aku datang je awal sejam dari aku gerak ngam ngam sebab memang takkan dapat ngam ngam. Aku sampai siap fikir kenapa la KKM nak kena kumpul segala temujanji Isnin sampai Jumaat, pagi sampai petang. Apa tak buat dua puluh empat jam je. Sebab ingat best ke nak kena ambil cuti semata-mata janji temu. Kalau waktu fleksibel sikit, tak payah la cuti, mana yang boleh datang pagi, datang pagi. Yang tak boleh, datang la petang atau malam. Sabtu Ahad pun buka juga. Dan bila aku cakap macam ni, bukan bermakna bantai buka semua dengan tenaga kerja yang sama, gandakan terus. Kadang aku tak faham kenapa nak sekat-sekat hal kebajikan kesihatan. Walaupun memang la dah cukup murah tapi tak bermakna tak boleh perbaiki. 

Okeh, berbalik pada janji temu Ariana, aku dah agak paling awal kena panggil nombor nanti pukul sembilan pagi sebab janji temu bermula jam sembilan pagi. Tapi okey la, nasib cepat berbanding Gibran semalam. Aku bengkek je semalam, punya bengkek sampai aku sempat bersabar dan bertenang waktu jumpa doktor. Aku fikir balik, kalau aku marah-marah pun, bukannya pukul sepuluh setengah pagi dia panggil tu boleh jadi panggil pukul lapan pagi balik pun. Lagi pula, dia akan jadi beban yang tak diperlukan. Aku tak tahu la kalau korang ada perasan ke tak, memaafkan dan melepaskan lagi senang dari pegang je kemarahan tu sampai sudah. Dia akan jadi stress dan bebanan yang tak diperlukan. Bila korang maafkan dan anggap selesai, semua benda tu jadi ringkas dan mudah je. Tak ada drama berlebihan yang tak diperlukan. Sama la macam waktu memandu. Kadang rasa bengkek je tengok orang memandu macam celaka, menyelit kat lampu isyarat la, tapi lepas tu aku ingatkan diri, tak payah buang tenaga nak fikir bendalah ni. Lantak dialah. Doakan yang buruk-buruk je dekat orang tu tapi benda buruk tu tak melibatkan kita sekali la. Kahkahkah. 

Rilisan lama dah cukup kuat, tak perlu buat semula kecuali jika yakin boleh atasi versi lama. Di mana ia tidak.

Okeh, saya mulakan dengan amarah tentang mendengar album Plague Of Happiness. Kali terakhir saya benar-benar dengar POH adalah ketika album Kawan (2007 kot) dan rasa kagum betul sebab sedap dan rasa macam tak banyak band lokal yang hasilkan album yang sedap. Lepas tu ada nampak juga beberapa rilisan lain tapi tak tergerak nak dengar, dan boleh jadi juga sebab tak ada di Spotify (kalau tak salah, macam lupa, sebab asyik ingat macam dulu POH cuma ada satu dua lagu kot kat Spotify, itupun versi langsung). Nak beli kaset atau cakera padat memang dah rasa tak ada masa juga sebab lagi berminat nak beli baju. Jadi, semalam aku cuba dengar sebab kebetulan mereka ada rilisan baru (yang saya tak perasan sebenarnya ia rilisan baru sebab ingat ia mungkin cuma jelajah baru ke macam tu lah, sebab album kali ini guna perkataan Inggeris, agak lain dengan rilisan lain yang saya tahu) dan saya ambil keputusan untuk pasang beberapa rilisan lama yang saya tak sempat dengar lagi. Jadi, ada Tunjal, MASA dan yang baru Dominion dan selepas belek secara rambang, saya pasang MASA (iaitu sebuah keputusan yang silap) boleh kata kerana saya lihat beberapa trek awal ialah trek lama dan selebihnya adalah trek rakaman langsung dari persembahan. Hanya ada satu trek - judul rilisan - yang lagu baru dalam rilisan ini. Jadi, bila pasang album ini, perkara yang terlintas dalam fikiran saya ialah apakejadah. Trek-trek lama dirakam semula dengan gubahan melodi baru, susunan baru dan boleh saya katakan, gaya baru. Masalah di sini ialah, kenapa kita perlu perbaiki benda yang tak perlukan kerja-kerja pembaikan? Halatuju baru? Atau kerana mahu ia kedengaran segar? Atau versi alternate? Atau kerana tak mahu menawarkan sesuatu yang lama saja pada pendengar supaya tak rasa terbazir sebab ada satu je lagu baru? Saya tak ada jawapannya. 

Tapi tak mengapalah, setelah bertenang, saya belek lagi sekali, kira okey la, ada tiga je trek lama yang diperlakukan sedemikian. Walaupun sebenarnya pada saya, kerosakannya agak mendalam, untuk perkara yang tak perlu diperbaiki, cuma ia menyebabkan saya terbantut untuk dengar rilisan lain, Tunjal dan Dominion, yang secara sekali lalu, nampak macam tak ada versi langsung atau trek lama dalam kedua-duanya. Jadi, saya ulang dengar rilisan lama mereka dan kemudian selepas hilang persepsi MASA(lah) baru saya akan dengar rilisan lain.  

Tapi sebenarnya ada rasa ia akan terngiang kembali pada waktu yang rambang, jadi kalau ia tiba-tiba terngiang, aku terus je lah tulis. Boleh jadi malas nak tulis sebab selain nak kena ingat balik, aku ada beberapa benda projek nak tulis.

Walaupun sebelum ni agak berkobar-kobar juga untuk menulis Masuk Melaka, lepas tu aku rasa mungkin nak kena simpan je kot. Bukan sebab apa, sebab dah lama sangat, lepas tu aku dah lupa apa benda kitorang buat waktu tu. Kahkah. Itu la, sebenarnya masa balik hari tu aku dah terfikir dah, kena tulis je terus, jangan bagi jarak lama sangat, sampai aku dalam hati siap fikir, eh kenapa kalut nak sibuk terus tulis. Lepas tu ye lah, aku kan pelupa. Lepas tu aku dah tak ingat sangat sebab dah bercampur dengan beberapa aktiviti keluar jalan kitorang, lagi-lagi waktu pergi pesta buku hari tu. Okey la, nanti kalau lagi sekali aku pergi Melaka, aku tulis terus, kat Melaka terus aku tulis.  

Puisi tak sengaja



rasa terhentak

pasang lagu di stereo

Budak perempuan itu kata penat duduk di kerusi belakang kerana tak dapat menyandar sepenuhnya. Nak tidur pun susah, katanya. Memang patut aku bawa bantal sekali dari rumah, mungkin dia perlukannya. Aku kata, baring sajalah. Memang dia punya keseluruhan tempat duduk belakang untuk dirinya sendiri. tapi dia hanya balas dengan tertawa.

ada sungai kecil dan budak perempuan itu rendamkan kakinya. Dia kata macam nak makan. aku kata kita bawa bekal tadi tapi kat kereta. Aku kata okey juga sebab aku boleh ambil kereta dan parkirnya dekat sikit.

 

budak perempuan itu kata dia teringat kata-kata aku tentang anak yang tuhan pinjamkan.

 

tidur tak lena. Mimpi yang sama? tanya aku. dia kata entah.

boleh ke duduk kat sini selamanya. Boleh ke aku tinggalkan dia kat situ.


Tinggal la komen nanti aku tambah dalam senarai.

Dah tambah gajet kat tepi tu, ingat nak letak senarai blog yang aku nak baca-baca nanti. Tapi tengah malas nak cari mana senarai blog yang aku baru jumpa hari tu. Nantilah aku kemaskini.  Sementara itu kita dengar dulu Amuk. 

Kotak DM.

Kalau perlukan apa-apa. 

Hakikat.

Setelah berfikir secara garda depan dan juga kekerapan mengulang dengar lagu Amuk dalam amaun yang tidak menyihatkan, saya ambil keputusan untuk kumpulan cerita pendek pendek (cerpen pendek) nanti saya ada tajuk begini:

1.    Ku sambut tanganmu
2.       Di lembayung senja
3.       Lukisan sejarah
4.       Mengukir kulitmu
5.       Mungkinkah terlewat
6.       Pertemuan kali ini
7.       Setelah terpisah
8.       Di pintu realiti
9.       Kepulangan semula
10.   Membuka cerita
11.   Hujan panas sepanjang jalan
12.   Terketar jemarimu
13.   Melukiskan rasa
14.   Di sejarah yang berlalu
15.   Cahaya di mata
16.   Tak seindah dulu
17.   Gagah semangatmu
18.   Dikuburi rindu
19.   Mencari yang hilang
20.   Dan yang lepas masa lalu
21.   Kau sekuntum bunga
22.   Yang semakin layu
23.   Kalaulah ku dapat
24.   Menyeru waktu dulu
25.   Ku hias semula ia untukmu
26.   Ku pimpin tanganmu
27.   Ke zaman indah syahdu
28.   Tidaklah kau seperti
29.   Hari ini

Walaupun ia akan merisikokan kerjaya dan reputasi saya, tapi akan saya lakukan demi meme. DEMI MEME!

Yeah yeaghh

Punya la asyik ulang dengar Amuk sampai beberapa lagu Amuk dah masuk dalam On Repeat di Spotify. On Repeat ni adalah playlist automatis yang Spotify sediakan berdasarkan kekerapan lagu yang dimainkan. Pernah juga ada satu fasa sengaja tak dengar sesebuah lagu secara berulangan dan elak pasang On Repeat playlist untuk lihat macam mana jadinya. Tak ingat jadi apa, rasanya semua lagu random masuk dalam senarai atau tak banyak berubah sebab dia masih kira pengulangan yang lepas.  

Dulu pernah beli (atau curi) kaset Amuk yang pertama. Antara yang diingati ialah seni kulit kasetnya ada gambar ahli kumpulan secara bayang garisan saja dan juga latarnya cakaran harimau dalam bentuk besi dan buat ia nampak macam lantai bas. Tapi ingatan secara samar la, entah betul ke tak. Saya rasa banyak kali juga ulang kaset tu sampai habis sebab boleh je layan. Dan seingat saya kaset ini masih belum ada tanda pengenalan (Bandi) Amuk - yeah yeah tu. Akan cuba dengar balik album pertama tu.  

'A.

Ada waktu saya terfikir jika saya akan menjadi (sebuah atau sekumpulan) puisi.  

Dengan ini saya mengumumkan persaraan saya ehhh

Masih belum sempat untuk muat naik gambar-gambar pesta buku di sini sebab nak muat naik sini paling leceh. Dah muat naik reels dan post di instagram, gambar-gambar (yang lebih kurang sama) di tumblr dan ada sedikit tweet penghargaan di twitter (tanpa gambar). Hanya sini je belum. Di Facebook pula takkan muat naik apa-apa. Kahkah.  

Pasca pesta buku, ada rasa macam nak hibernasi macam pernah cakap sebelum ini, tapi kena habiskan dulu novelet (yang dah tinggal bab akhir tapi malas nak habiskan tapi tengah paksa diri untuk habiskan). Ada pelawaan untuk jual novelet itu (yang akan saya buat dalam bentuk zine) bulan depan di sebuah acara tapi saya takut juga tak sempat siapkan dan cetak. 

Walau ada beberapa (baca: satu) tawaran untuk menghantar manuskrip, mungkin kena tangguh atau buat di antara kot; sebab rasa jeda seketika untuk beri ruang membaca dengan fokus sambil menonton beberapa filem penting, agak mustahak bagi segar semula idea dan semangat untuk menulis. Kena ulang baca balik Bukowski. Kena ulang balik baca Ahmad Kamal. Dan mungkin hanya akan luang masa di Wayang Budiman untuk segar semula interaksi sosial. Selain itu, mungkin dalam mod hibernasi. 

Laporan hari akhir pesta buku akan menyusul. Harap-harap lah.

Secara jujurnya, saya tak bercadang untuk habiskan masa banyak di pesta buku (sebab memang tengah cuba elak habiskan banyak duit), apalagi untuk ada acara ringkas sendiri sebab tak pernah rasa ada yang akan meraikan sangat pun. Tapi ringkasan hari ini, bolehlah disimpulkan sebagai:

ada waktu saya terfikir kenapa saya perlu duduk menaip di depan komputer pada lewat malam, tapi kemudian saya teringat masih ada yang sedang menunggu cerita-cerita kegemaran mereka dituliskan.