2/3

Baiklah, sukacita saya maklumkan, progress terkini Tahun Menulis Novel Kebangsaan 2025, kini telah menyiapkan draf pertama novel kedua untuk tahun ini. 

Novel kedua yang ditulis dalam tahun ini dari tiga novel yang dirancang. Secara ringkasnya, untuk novel kedua yang saya tulis ini adalah sebuah novelisasi dan ia telah berjalan sejak tahun lepas tapi dari tahun lepas sampai dua bulan lepas, saya cuma habiskan dengan termenung untuk progress novel ini. Ada banyak benda yang saya tak tahu lakukan pada awal menulis novelisasi ini - tapi ia bukan kerana saya tak tahu melakukannya, tapi kerana saya tak tahu langkah yang patut saya ambil. Ia lebih kurang begini, semua orang boleh menulis tapi tak semua orang boleh mengarang. Haa lebih kurang macam tu la tapi tu contoh je sebab ia berada konteks berbeza. Suka sekali lagi saya ulang, perjalanan menulis novelisasi ni pada kebanyakan masa ialah termenung dan berfikir nak buat macam mana sebab ini kali pertama mengadaptasi filem ke novel, mengadaptasi idea orang kepada tulisan sendiri, pertama kali memberikan suara sendiri kepada fikiran orang lain dan semuanya seperti kepingan jigsaw yang tak tahu nak buat macam mana. Dan ada waktu ia mudah saja, tapi sebab tak ada pengalaman, jadi ia jadi sulit  dan lambat. Saya habiskan lebih kurang dua bulan je kot tulis draf pertama ni, atau mungkin sebulan lebih sikit, selepas hampir berbulan-bulan menjadi buntu. Saya tahu menulis tapi saya tak tahu macam mana nak adaptasi filem ke novel. Saya ada filemnya tapi saya tak tahu macam mana nak tuliskannya dalam perkataan, dan saya ada skripnya dan saya tak tahu macam mana nak ubahnya dari perkataan kepada lebih banyak perkataan. 

Jadi selepas mendapat kunci paling penting  untuk membuka kebuntuan, saya tterus menulis dengan laju dan syukur, kira laju la ni. Nak kejar tarikh akhir (sebenarnya tak ada, tapi sengaja berjanji dengan Sufian akan hantar pada tarikh sekian-sekian) dan nak kejar hujung tahun. 

Okey, draf pertama pada saya, kira okey la. Pertama sebab saya sasarkan draf pertama dalam lingkungan 30,000 patah perkataan tapi setakat yang saya dapat siapkan, hanya sekitar 28, 800 saja. Ya, saya tahu ia kecil saja perbezaan, tapi saya harap ia lebih sedikit dari 30k, bukan kurang. Sebab perancangan seterusnya adalah untuk memurnikannya dan mengembangkan hingga jumlah novel yang minimal iaitu 40,000 patah perkataan. Untuk menambah 10,000 patah ni bukan senang juga sebenarnya. Tapi tak apalah, sekarang dalam waktu untuk mengarang novel ketiga, jadi akan lupakan novelisasi sebentar dan akan memurnikan novelisasi pada Januari 2026. 

Novel ketiga akan bermula esok. Di atas kertas, atau di dalam kepala, novel ketiga ini sebenarnya sama macam novelisasi, ia nampak mudah di atas kertas dan di dalam kepala, tapi mungkin akan jadi rumit macam sebelum ini. Sebab cabaran utama bukanlah untuk menuliskannya tapi untuk tidak menuliskkannya seperti gaya saya. Ya, ini adalah novel penulis upahan, jadi saya akan tuliskan sebuah novel untuk penulis lain dan saya perlu mengadaptasi gaya penulisannya. Walaupun saya ada plan - iaitu hanya tulis saja seperti sediakala dan secara draf kasar supaya penulis itu akan dapat mengubahnya mengikut gayanya sendiri. Sekurang-kurangnya, inilah cara paling mudah untuk asimilasi dua gaya dalam satu penulisan dengan hanya menonjolkan satu penulisan saja. Tapi itulah, memang senang kalau berdasarkan cakap saja. Tapi kena cuba juga, kerana perlukan duit haha.

Tahun depan sebenarnya masih agak kabur nak buat apa. Ada perancangan untuk jadikan 2026 sebagai Tahun Menulis Puisi Kebangsaan 2026 tapi mengikut perancangan, kena siapkan novel (3), sebelum mula tulis novel pendek sendiri (30k) (tapi kebetulan ada juga lagi satu idea untuk tulis novel pendek lagi satu, mungkin akan tulis serentak saja dan tengok mana yang akan siap dulu, sebab keduanya agak rawak dan mentah, memang tak mahu terikat dengan plot dan cerita sangat - macam La Cienaga (2001) la lebih kurang, atau sesuatu macam tu) dan juga tuliskan satu novelet (sebab dah ada sampul buku/zine haha jadi kena tulis). Atau mungkin saya akan buat Separuh Tahun Menulis Puisi Kebangsaan 2026 pada separuh kedua 2026. Saya dah ada konsep untuk buku puisi, tapi memandangkan ia bukan tahun yang penuh, mungkin akan simpan dahulu konsep itu dan sasarkan untuk hasilkan satu zine puisi, mungkin dua puluh ke tiga puluh buah puisi. 

Ia kedengaran macam menarik tapi masalahnya dah lama juga tak menulis cerpen. Pernah terfikir untuk Tahun Menulis Eceran Kebangsaan dengan menghantar sekurang-kurangnya satu cerpen sebulan ke pernebitan berkala dan elektronik. Kalau ikut turutan, macam bakal berlangsung pada 2027 tapi entah le. Buat masa ni apa yang penting ialah untuk memulakan kerja-kerja penulis upahan. 

Menjadi penulis untuk kehilangan estetik diri sendiri.

Dah lama hilang estetika berpakaian kerana 1) pakaian dah tak muat dan masih lagi malas untuk bersungguh turunkan berat badan; 2) cuaca makin panas.

Kegemaran aku ialah memakai jaket berhud dan juga baju panas berhud, dan dengan cuaca sekarang, ia terasa seperti sangat tak sesuai, tak seperti sepuluh tahun lepas. 

Tengok Hayley pakai hud rasa rindu nak pakai pulak. Oh, di antara sela ini, menulis banyak dipengaruhi rilisan baru Joji dan juga (tanpa disangka) album baharu Hayley.