Ones.

Ada banyak benda yang aku pernah doa dan tak perasan ia dimakbulkan kerana dunia memang tak berputar sekeliling aku dan pada waktu aku menyedarinya, dalam secara harafiahnya, ia termakbul, cuma mungkin bukan seperti yang aku jangkakan. Maksud aku, sebelum ni pernah aku meminta untuk kerja paling best di dunia, dan sekarang aku tak pasti sebenarnya aku sedang bekerja dalam pekerjaan paling best dalam dunia. Sebab ia tak semudah yang aku fikir ia best. Lebih kurang macam ni lah, dulu aku pernah terpengaruh untuk menjalani kehidupan yang minimalis selepas menonton (tapi tak habis) sebuah dokumentari berkaitan. Rasa macam sebenarnya aku tak perlukan banyak barang pun dalam kehidupan, hanya guna apa yang perlu. Dan antara yang terfikirkan ialah untuk mengurangkan jumlah pakaian atau baju di dalam almari. Maksudnya, hanya beberapa helai baju saja dah cukup. Sebab kita memang akan ulang pakai baju pun selepas basuh. Jadi tinggalkan saja jumlah minimal dah cukup. Tapi sampai sekarang, aku tak berjaya mengurangkan jumlah pakaian di almari - NAMUN WALAUBAGAIMANAPUN - dalam satu aspek, sebenarnya aku dah pun menjalani kehidupan dengan pakaian minimalis itu, tanpa aku sedari. Penerangannya lebih kurang begini: dari 2021 hingga 2025 berat badan aku naik mendadak sebanyak 20 kilo atau lebih. Jadi, semua pakaian aku tak muat. Tapi sebab sebelum ni aku memang pernah capai berat sekarang dan kemudian berjaya buang 20 kilo atau lebih tu, jadi aku selalu bersangka yang aku boleh je turunkan berat badan. Cuma untuk sepanjang empat ke lima tahun kebelakangan ni, aku cuma berjaya turunkan berat badan (sebelum naik semula) paling banyak cuma 10 kilo. Jadi, aku selalu dalam perasaan berbelah bagi untuk beli baju dan seluar baharu ke tak. Sebab kalau aku beli, nanti pakai cuma tiga bulan lepas tu dah tak pakai dah (sebab dah kurus). Tapi kemudian aku beli juga beberapa helai sebab dah fedap sebab tak sempat turunkan berat badan (aku memang akan gemuk semasa menulis - kalau kau peminat penulisan aku dan kau nampak aku gemuk, tadah tangan dan panjatkan kesyukuran kerana aku sedang menulis---dan kalau nampak aku tengah kurus, kau doa la aku tengah baca buku-buku yang sedap) dan ia berterusan untuk beberapa tahun. Jadi untuk beberapa tahun ni memang aku terpaksa ulang balik pakai baju yang sama setiap kali. Walaupun ada juga beli baju lagi selepas tu, tapi pada awalnya, baju aku memang sangat terhad. Dan aku tak perasan pun yang ini, kalau boleh kata doa-doa sebelum ini, telah pun dimakbulkan untuk aku hidup dalam gaya minimalis, walau pun ya, aku tahu, kau pun fikir sama juga - baju kat almari tak berkurangan dan aku pun tak perasan sampai la hari ni. Tapi, ya, secara tak langsung pemakaian aku agak minimal. Cuma satu hal yang aku pelajari sepanjang tempoh itu, ia tak begitu praktikal kalau terlalu sedikit baju. Maksud aku, aku pernah terfikir kalau aku betul-betul minimal, maknanya aku cuma perlu 7 helai baju sahaja. Tapi ia telah meningkatkan kekerapan cucian jadi baju cepat lusuh. Baju tadika Gibran dulu jadi macam tu la sebab awal tu cuma dapat sepasang baju, jadi hari-hari basuh dan baju tu lusuh cepat. Sama juga dengan baju yang aku beli masa saiz badan naik, aku beli sehelai je, jadi baju tu agak kerap dipakai, walaupun berselang dengan baju lain tapi sekarang baju tu lusuh teruk, sama lusuh dengan baju dalam waktu yang sama aku ulang pakai masa tu. Paling selamat, mungkin 14 helai la. 
Jadi, bila menyedari hal ini, kadang-kadang aku jadi takut untuk minta yang bukan-bukan, keraa takut ia makbul bukan seperti yang kita jangka dan kita tak sedar pun ia telah termakbul. 

(draf)

Hubungan dengan bapa terhenti pada umur empat belas tahun, dan rasa seperti sepanjang empat belas tahun itu aku patut melayani bapa dengan lebih baik. Ada waktu terfikir, di hujung hayat bapa, ada-kah kegusaran sekiranya aku tak menjadi lebih berbanding sekadar kekecewaan---dengan semua perilaku aku sebelum bapa menutupkan mata? Sekarang mungkin aku sedikit kasar dengan diri sendiri, tapi berbanding dengan hal-hal yang bapa gusarkan, aku berada di tempat yang lebih baik dari hal yang terburuk bapa jangkakan, walau aku takkan berjaya menjadi lebih baik dari bapa. 

Harap kedai tu tak cop aku scammer la

Aku rasa aku dah lupa dulu macam mana aku tukar tayar kereta. Maksud aku, dulu aku ada kereta Saga, bukan setakat dah habis bayar, dah siap jual balik dah kereta tu. Sepanjang aku pakai kereta tu, rasanya sepuluh tahun, rasa macam lebih, aku tak pernah solek sangat kereta tu, tukar pun benda penting, macam tayar, lain rasanyya tak ppernah tukar langsung, memang sebijik macam dalam kilang, dan kau akanterkejut kalau aku cakap, pelindung matahari tu pun aku tak bukak plastik dia rasanya sampai sepuluh tahun tu la. Dan entah kenapa, aku macam lupa macam mana aku putuskan untuk tukar tayar. Aku cuma ingat, kedai cadangkan aku tukar dua biji tayar je stiap kali, dua biji yang belakang bawa depan, yyyang belakang pakai yang baru. Kalau tak silap la. Lepas dari Covid, aku macam jem kejap, eh bila eh nak tukar tayar. Aku macam suspek aku tukar tayar entah berapa tahun sekali kot. Jadi bila beberapa bulan lepas aku kena tukar tayar, aku macam jem kejap. Eh sebelum ni macam mana aku tukar tayar. Aku tahu nak kena tukar tayar dua dua kereta sekarang ni pun sebab pergi pusat servis, dia cakap tayar dah kena tukar. Aku macam, haa ookey, walaupun dalam hati macam betul ke. Kahkah. Oleh sebab aku syak memang tak pernah tukar tayar dua-dua kereta ni, jadi aku syak kena tukar empat-empat biji. Aku tukar satu kereta dulu sebab kebetulan bocor dan bila aku tukar tayar gantian, aku dapat rasa memang reput betul tayar tu. Kebetulan ada duit, jadi dengan selamba aku masuk kedai tayar dan cakap okey nak tukar empat-empat tayar. 
Sebenarnya ni la aku nak cerita. 
Yang tukar tayar empat bijik tu bulan lepas, dan hari ni, aku kena tukar tayar kereta lagi satu jugak. Sebab semalam aku perasan dia pancit (ya, pancit, bukan kempis atau bocor) dan aku syak mungkin nak bocor ni. Lagipula sebab sebelum ni tayar kereta lagi satu macam reput, aku syak yang ni pun sama. Tapi lepas aku bukak dan pasang tayar gantian, aku perasan tayar tu tak bocor, memang kempis je. Tapi aku riki tayar tu elok-elok memang merekah sana sini. JAdi terpaksa la aku ke kedai tukar, tapi dua bijik je sebab sekarang dah sengkek, nak kena buang kerja dah ni. 
Okey, cerita dia, bulan lepas, masa aku pergi tukar tayar empat bijik tu, aku haram tak tau berapa harga dia, jadi aku pun tanya akal imitasi dia cakap dalam anggaran RM150 ke RM170 je, aku macam haa okey la, sebab dia aku masih syak kedai tayar ni memang jenis benci bayaran guna kad. Kalau nak pakai, aku kena caj lebih. JAdi aku siap sedia la bawa duit tunai. Aku bawa lebih sikit tapi nasib baik total empat bijik tayar tu dalam RM520. Masa bayar tu aku nampak dia terima QR tapi aku syak mesti leceh sebab amaun lebih RM250 mesti ada had-had ni. Dah aku pun dahh siap sedia tunai. JAdi, masa nak bayar, aku dengan konpiden amik duit tunai dalam dompet. RM520, jadi aku ambil lima keping RM50 dan sekeping RM20. Dan aku bagi kat tauke kedai. Dia pandang aku macam aku tengah nak scam dia. Aku cakap, cukupkan? Dia tayang dekat aku balik duit yang aku bagi lepas tu dia cakap tak cukup. Aku jem kejap, eh betul la kan, lima keping tu. LEpas tu aku baru sedar, oh aku bagi dia not RM50 jadi baru RM250 je kahkahkah. 
Okey, sebab hari tu nampak macam aku cuba scam dia, dan aku rasa mungkin aku patut pakai QR je, so okey la, bila kena tukar tayar ni aku pun malas nak keluar duit tunai, jadi aku bercadang pakai je QR. Kalau tak lepas ke apa, nanti pandai pandai la. Paling teruk pun aku transfer je lah. Jadi, aku tukar tayar hari ni dua biji, sebiji RM170 jadi total RM340. Aku dah syak ni mesti amaun nak QR tak lepas sebab rasa macam limit cuma RM250 tapi aku ingat macam dah naikkan jadi RM500. Tapi aku imbas je QR, aplikasi tu suruh aku sahkan cap jari so aku buat, maksudnya berjaya la ni. Aku pun tunjuk dekat tauke kedai (orang yang sama bulan lepas aku bayar) lepas tu dia macam baca baca kejap lepas tu dia cakap eh ni belum tekan pay. Aku macam kahhkahkah betul ke (tapi dalam hati la) lepas tu aku cakap oh yelah, aku pun tekan pay dan setelkan bayaran dan tunjuk kat dia semula sebab aku dah rasa macam scammer dah ni kahkah. Aku harap dia tak ingat la yang aku yang bayar tunai tak cukup bulan lepas tu. Sebab bulan depan kalau ada duit, aku nak tukar lagi dua biji tayar tu kahkah sekarang aku tengah fikir nak bayar pakai tunai ke QR niii bulan depan

sebagai ingatan kepada diri sendiri dari 2021 sampai sekarang

Oleh kerana sekarang tengah sibuk mengejar menyiapkan novelisasi, jadi banyak benda aku malas nak fikir. Nak berhenti kerja pun aku okey je. Supaya senang sikit kepala otak. Walaupun sebenarnya sama je. Jadi aku tulis blog jap.

Sebenarnya aku baru teringat, sekarang aku rasa macam ada kurang motivasi sikit, rasa macam tak progress sangat menulis dan macam macam, tapi lepas tu aku teringat yang beberapa tahun lalu, aku asyik berdoa supaya aku boleh berhenti kerja untuk menulis. Haha. Serius aku boleh lupa sekejap. Sebab waktu tu aku rasa macam aku sibuk sangat kerja, sampai tak ada masa menulis. Ada cubaan menulis, cubaan menyiapkan sesuatu tapi lepas tu bila akhirnya aku ada sedikit masa untuk luangkan, aku akan habiskan masa tu untuk ingat balik apa yang aku nak tulis, cari balik material yang dah tulis, cari draf yang dah tulis dan akhirnya aku bernostalgia waktu membaca karangan yang dah siap lama dulu atau yang dah siap terbit. Ya, aku sampai ada rasa, masa aku tengah duduk kat meja pejabat kat belakang kedai, aku rasa macam nak sangat menulis. Aku siap bayangkan, kalau aku ada banyak masa, mesti dah banyak manuskrip aku siapkan. Tak salah aku, masa tu aku rasa susah gila nak habiskan tulis Hingar (waktu tu belum ada judul). Sebab kerja dan lepas tu aku macam konfius nak tulis macam mana. Akhirnya aku tinggal dan lupa. Kalau ikutkan, lepas habis Wiskipop dan Polaroid (ditulis pada tahun sama - 2014) aku terus sambung menulis Insomnia dan perca-perca Hingar. Insomnia patut jadi lebih panjang, lepas waktu yang secukupnya berlalu, bila aku lawat semula, rasa macam tak tercapai apa yang Insomnia perlukan. Patutnya Insomnia adalah kumpulan cerpen yang lebih panjang, semua mesti menghampiri maksimum sebuah cerpen - 7500. Maknanya kalau dalam 4000, 5000 masih okey la. Tapi dalam Insomnia yang dicetak, ada tiga je dai tujuh cerpen yang benar-benar panjang. Dan aku patut buat lagi beberapa cerpen untuk bagi dia tebal dan panjang tapi kau bayangkan, 2017 aku dah habis tulis semua tujuh cerpen tu dan aku tengah berusaha untuk tulis lagi beberapa yang panjang tapi gagal hingga akhirnya, aku putus asa pada 2019 dan berikan cerpen-cerpen tu (tujuh cerpen) kepada Laras untuk terbitkan. Sebab aku dah givap. Aku memang takkan ada masa untuk menulis lagi. Aku tak boleh menulis dah. Tapi tu la, masa duduk kat belakang kedai, depan komputer, (tak) pakai apron (aku malas), aku rasa macam aku patut menulis semula. Walaupun pada 2019 aku akur jugak untuk mengalah dan bagi je manuskrip tu tapi ada dalam diri rasa macam, aku patut menulis. Tapi aku tak ada masa. Kalau aku periksa balik fail-fail digital dalam google drive aku, tahun 2017 adalah yang terakhir ia betul-betul ada isi. Ada folder-folder judul sementara dengan fail-fail doc yang berisi draf. Tahun 2020 tak ada satu folder pun. Bila aku buka balik folder tahun 2020, nak semak balik apa aku tulis 2020, kosong. Tak ada satu folder atau fail dalam folder 2020. 
Jadi, entah macam mana, aku berjaya juga berhenti kerja dan aku mula menulis balik pada 2021. Baru susun balik semua fail dan semak semula semua draf dari tahun 2012 yang aku tinggalkan. 2012 atau 2013 sebab fail fail sebelum tahun tu semua dah hilang sebab kena curi laptop. 
Dan aku mula menulis dari 2021, boleh kata tanpa henti. Okey mungkin ada jeda beberapa bulan tapi aku tak berhenti. 2021 sampai sekarang, aku ingat aku dah tulis

Mini travelog (Sebuah Catatan) ini kira debut la, buat zine dan menulis kembali selepas entah berapa lama tak tulis, 
manuskrip kumpulan cerpen Hilang (Kawalan) atau judul dalam progress Sisi-B (oleh kerana ghairah nak keluarkan kumcer, aku kumpulkan segala cerpen yang ada dan yang pernah kena rejek, yang tak best, semua la, sebab tu nama Sisi B sebagai pengenalan semula. Aku hantar kat penerbit tapi kena rejek, jadi aku muat naik dalam wattpad dalam dua siri tapi kebanyakannya dah kena keluarkan sebab masuk dalam projek lain, jadi tinggal la sikit)
Siri Sisi #3 sebuah zine mini dengan cerita mini terbitan muckypulp
Novelet Hingar Sunyi Eterniti (mula tulis 2014/2015 dan habis pada 2023 dengan 90% ditulis 2023)
Novelet Pandu Lebih Perlahan
Novelet Adrenalin
manuskrip Himpunan Cerpen 2012-2023 (semua eceran, yang pernah terbit dan tidak, tapi majoriti semua pernah terbit)
manuskrip kumpulan cerpen Gegelas Afrodisiak (tak pasti penerbit tolak atau terima, tapi aku malas nak tanya)
manuskrip novel Cincin (hantar untuk sayembara, tak lepas saringan awal. Tak akan ditulis semula tapi akan disusun semula dengan cuba meminimalkan tulis semula atau tambahan tulisan; takkan swaterbit sebab aku nak novel pertama diterbit oleh penerbit)

juga eceran-

Wiskipop 2022, dirilis semula dengan menulis lagi empat cerpen baharu
Eceran 2 cerpen di Svara
Eceran 2 cerpen di Selangorkini
Eceran (pelbagai werk) buku elektronik Sekutu (Latif Borgiba Vol. 1, Ed Osmera Vol. 2 dan Idris Hashim Vol 3.)

Dan sekarang aku masih lagi tak habis menulis. Kadang aku lupa kenapa aku beria nak menulis walaupun tak ramai beli, tak ramai baca dan peminat aku lebih berkurangan berbanding dahulu; lepas tu aku lupa, aku minta pada tuhan untuk menulis, bukan untuk jadi kaya. Jadi sekarang, aku dalam misi untuk habiskan 

satu novelisasi dari filem
satu novel sebagai penulis upahan
satu novel pendek (bukan novelet atau novela, walaupun aku target dalam 30000 perkataan lingkungan novela, ia bersifat novel dan aku mahu ia dianggap novel, cuma pendek sikit)
novel pendek lagi satu (sama, target dalam 30000 perkataan)
rilis semula Kota Insomnia dengan empat cerpen tambahan (supaya nanti bila  Insomnia cetakan baru ni dah habis, aku akan buat satu buku dengan 4 cerpen tambahan Wiskipop dan 4 cerpen tambahan Insomnia, bersama 4 cerpen yang tak pernah terbit lagi, yang aku belum tulis lagi)
novelet nombor 4
litzin terjemahan (bukan) Bukowski - perca novel, cerpen, sajak dan esei
kumpulan cerpen bertema kafe
buku skrip campuran (radio, pentas, filpen, mungkin filem)
kumpulan puisi
kumpulan cerpen pendek (ya cerpen yang tak lebih 1000 perkataan dan total cerpen 100, aku baru tulis 40)
siri tulisan di atas poskad

sebenarnya aku dalam misi nak habiskan semua ni sebab aku nak beralih kepada cabang seni lain. Seni yang lebih mencabar. Seni yang dah lama aku pendam. Tapi buat masa ni, aku mesti meraikan semua doa yang aku lafazkan pada tuhan beberapa tahun lalu bila aku kat belakang kedai (tak) pakai apron, yang aku nak menulis. 

Kalah sikit, menang sikit

 Tak pasti jika ia adalah sesuatu yang baik, tapi untuk seketika ini, kehidupan dalam progres yang agak baik, awalaupun hanyalah hal-hal kecil. Walaupun tak mahu terlalu yakin dan sukaria tapi mungkin aku patut catatkan sebab ia macam seronok juga. 

Pekerjaan akan ada jeda*. Penulisan - novel pertama kandas tapi sekarang dalam perjalanan menulis novel kedua dan bulan seterusnya, akan mulakan novel ketiga. Walaupun nampak macam seronok atau gah, tapi novel 2 dan 3 ni boleh kata, sebagai projek sampingan atau bukan projek utama untuk letakkan kredit pada nama aku. Boleh anggap ia sebuah eksplorasi dan mungkin kau takkan nampak nama aku pada novel ketiga. Dan hal yang ketiga dan tak sangka ialah, akhirnya aku berjaya menjawab tentang apa yang aku mahu letak dalam setiap bingkai gambar yang aku ketik. Aku tak pernah anggap fotografi sebagai sesuatu yang aku mahu terokai kerana satu-kos mahal, untuk kamera yang elok, paling murah pun RM2000 lebih kurang, dua- sebab aku tak ada masa. Tapi persoalan yang paling utama ialah apa yang mahu aku bingkaikan? Kita pecahkan begini, dalam banyak-banyak jenis stail fotografi, aku fikir, foto jalanan mungkin yang paling dekat dengan aku. Sebab banyak stail fotografi lain rasa tak begitu menarik, atau mungkin aku tak jumpa lagi. Mungkin kalau ada jenis stail lain yang menarik, mungkin aku akan cuba. Dan untuk menyertai kumpulan foto jalanan, masa aku agak terhad. Selalu nampak mereka kongsi gambar-gambar menarik di acara-cara dan rasa macam aku patut join. Tapi tu la takde masa. Dan lagi satu pula ialah, aku tak ada kecenderungan untuk ambil gambar manusia. Kebanyakan masa aku cuba elak untuk masukkan orang dalam foto. Bukan sebab apa, ia macam sifat semula jadi untuk tidak ganggu privasi orang jadi aku tak fikir mahu peningkan kepala untuk berintteraksi dengan orang, mungkin orang tu tak suka gambar dia ambil dan minta padam, lebih kurang macam tu la. Tapi yang paling penting, aku tak tahu nak ambil gambar apa. Aku pernah bincang hal ni dengan beberapa kawan, Beduk, Adam, Sufian dan Elyas tapi macam tak jumpa jawapan - atau yang sebenarnya aku menolak untuk menerima jawapan tu. Walaupun takdela aku cakap langsung terus macam tu, tapi aku selalu anggap ia bukan penyeelesaian. Adam agak konsisten bila aku tanya nak beli kamera apa murah-murah, dia akan tetap jawab, apa yang ada dalam tangan kau. Aku tahu benda ni tapi aku rasa macam, agak janggal juga jalan-jalan ambil gambar orang dengan telefon bimbit haha. Sufian pun sama, bila aku cakap tak tahu la nak ambil gambar apa, dan dia selalu jawab, ambil je gambar Padang Jawa (atau sebenarnya Seksyen 16). Aku rasa macam, hari-hari aku kat situ sampai aku tak rasa tahu apa aku nak ambil gambar. Tapi Sufian memang konsisten juga dengan jawapan dia, sebab kalau dia tak ada kerja ambil gambar, dia akan keluar rumah dan ambil gambar apa-apa je dekat sekitar rumah dia. Semua jawapan ni aku kumpul je sebab aku tahu ia betul tapi belum jumpa lagi jawapan akhir - apa aku nak letak dalam bingkai. Apa subjek yang aku mahu foto? Sampai la hari ni secara tak sengaja aku terjumpa grup Liminal Photography dalam Facebook. Terus terjawab soalan aku. Kebetulan beberapa minggu sebelum, aku rasa ada sikit progres bila ada satu hari aku cuba ambil gambar segelap yang boleh dan entah kenapa aku suka pulak hasil dia. Ia buat aku rasa yang aku tak mahu jadi jurufoto professional atau jurugambar yang menang banyak anugerah atau diiktiraf oleh mana-mana badan profesional; ia buat aku mahu terus ambil gambar sebagai melebarkan jenama Mohd Azmen. Ada seorang pembaca menyifatkan tulisan aku sebagai dreamy, witty & lonely dan aku pegang ayat ini dari kali pertama kau baca reviu dia sampailah hari ni dan bila aku lihat foto-foto gelap aku, ya, ia ada nuansa dreamy, witty & lonely MA. Waktu mula-mula cuba-cuba ambil foto, aku selalu perasan gambar-gambar aku agak lonely tapi tak pernah terfikir apa-apa kecuali, wah foto aku pun macam tulisan aku, lonely. Aku tak terfikir pun sebenarnya apa yang aku letak dalam bingkai tu, hanya lagi dua perkara iaitu dreamy dan witty. Foto aku tu terlalu gelap hingga aku ada rasa ia lucu, macam tiberr kalau stail aku ambil ni jadi popular, semua orang yang tak mengikuti mesti macam, ambil gambar gelap macam ni pun boleh jadi stail ke, senang buat duit. Kahkahkah. Atau kalau tak terkenal pun, aku buat la satu zine atau buku dan kumpulkan gambar-gambar gelap dalam tu. Pencetak Jin Wai pun memang gelap, jadi lagi gelap la gambar tu. Kahkah. Dreamy tu takdelah nampak macam berombak atau macam tak kesan mata nampak kabur, tapi ia dreamy sebab ia gelap tapi jelas. Macam mimpi sebenarnya kita boleh je nampak jelas tapi kita tak nampak pun betul-betul kiri kanan. Fotografi mungkin cabang seni yang aku tak fikir akan ceburi sebab aku tak pandai ambil gambar. Biasa ambil gambar mesti kena komen je tak jadi la tak lawa la. Tapi akhirnya aku sedar sebab estetiknya berbeza. Chewah. Kahkah. Jadi, kalau ada orang nak bagi aku hadiah hari jadi, bagilah Macbook atau mirrorless camera. 

*akan aku tulis dalam blog ni nanti pada Januari 2026

Wake Up & Love Us Again



Esok aku diet balik

Macam agak menjengkelkan juga tibeeee ada orang panggil aku 'adik' dengan muka dia yang aku syak umur dalam 30-an. Kalau perempuan, ada la sikit rasa tak kisah sebab memang selalunya macam tu le. Meng-akak-kan diri pada kebanyakan orang. Kadang aku pun panggil je orang 'akak' sebab malas nak fikir. Tapi kalau lelaki ni, aku macam skeptik sikit, macam, kau tak rupa macam brader-brader pun nak panggil orang 'adik' kahkah. 
Yang aku macam bengkek sikit ni bukan apa, sebab kalau sepuluh tahun lepas orang panggil adik camtu, aku senang je nak terima, sebab satu, tengah kurus, jadi nampak muda sikit, dua, sebab kerja dikelilingi budak lepas SPM, jadi tak heran kalau pelanggan akan salah anggap, sebab siapa je umur tiga puluh nak kerja kafe francais macam budak lepas sekolah kan? (Sebenarnya ramai je, cuma jarang la nak jumpa dan betul-betul anggap umur diorang camtu). 
Sekarang ni tengah kemuncak gemuk ni aku rasa, tambah lagi beruban dah sana sini, terutamanya janggut, kau panggil aku adik? Takpe takpeee, ko sabajap aku diet, nanti orang ingat aku umur 24 kahkah

Baby are you really down

Baru tanya semalam, terus keluar dah Joji haha 

Sebenarnya aku tak perasan pun kali terakhir Joji keluar album 3 tahun lepas, rasa macam, seriuslah dah tiga tahun. Dan sebab memang tak mengikuti mana-mana akaun sosial dia, jadi memang tak tahu sebenarnya lepas pengumuman tur, dia memang senyap je. Kira kali terakhir kemas kini akaun ialah 2023. Jadi cerita dia, aku pun tak tahu masalah dengan 88 tu jugak. Patut sentiasa ada rasa album Smithereen tu macam agak pelik, sebab tak berbunyi Joji sangat. Malah, judul album rasa macam heran. Jadi selang beberapa minggu lepas aku mula dengar balik dia lepas tu macam oh memang dia punya gambar profail tu macam tu eh. Yang latar merah dengan typo nampak macam JOP. Tapi okey la.

Aku macam syak 2026 adalah tahun yang agak sunyi sebab tahun ni semua dah dan akan keluar album. Deftones, Turnstile, Spiritbox, Sanguisugabogg, Deafheaven, Soulfly, Benee, dan mungkin Joji jugak. Tapi entah le. 

Mana Joji?

Ada orang cantumkan lagu Love Us Again dan Wake Up (atau instrumental versinya 111111) dan aku rasa tiba-tiba telah terterjun ke dalam lubang arnab. Tapi aku cuba pastikan untuk berhenti tapi masih tak percaya ada lagi lagu-lagu unreleased, lagu tak siap, snippet atau entah apa demo yang aku tak pernah dengar. Begitu juga video yang aku tak tahu ada. Tapi buat masa ni, yang paling penting, baru tahu kewujudan Love Us Again dan aku rasa kembali ke fasa mendengar Joji. Aku rasa Love Us Again mungkin lagu yang belum lengkap untuk dirilis tapi rasa cukup lengkap bila mendengarnya. Dan bila satu saluran Youtube buat gabungan Wake Up dan Love Us Again, rasa macam superb gila trek ni. 
Aku kembali dengar Joji sebab rasa macam lama gila tak dengar Joji. Tapi bagi mana-mana artis atau band pun, hal yang paling sulit ialah untuk menyusun dan menjadi kurator bagi lagu-lagu dalam senarai. Aku bermula dengan Deftones, memang agak sukar jumpa playlist Deftones yang betul-betul disusun seperti yang aku bayangkan. Mungkin sebab Deftones dah 10 album, jadi memang sukar. Aku cari satu playlist yang mengenengahkan trek-trek kurang popular tapi kuat bunyi ambien-nya dan kedengaran cukup sifat (aku selalu rasa ada sebahagian lagu Deftones tak digubah dengan baik, macam aku tak suka korus 976-Evil, atau keseluruhan baki trek Battle-axe selepas intro). Ia bermula sebab aku terfikir apakah lagu balada pertama Deftones, adakah ia i think about you all the time? Lepas tu aku tanya Gemini dan tak mendapat jawapan yang betul walaupun aku dah susun senarai gemini bagi dalam spotify. Sukar juga nak tentu mana lagu yang benar-benar balada. Tapi dari situ aku mula buat satu lagi playlist Deftones. Benee pun sama juga, tak ada yang benar-benar buat playlist yang menyerlahkan lagu-lagu sebelum era tiktok. Tapi Joji aku bernasib baik sebab aku terjumpa satu playlist berjudul love us again.. kat spotify dan aku rasa ia playlist yang sangat baik kerana ia betul-betul menyusun semuanya agak seimbang dari album dan ep pertama hingga terakhir dan tak letak Glimpse of Us awal-awal haha. 
Cuma dari situ, aku perasan kenapa dia letak judul playlist dia sebagai love us again, dan dari situ baru aku tahu ni antara lagu unreleased dia. Tak dengar betul-betul lagi semua unreleased yang aku jumpa kat youtube tapi Love Us Again dan Hold My Blood adalah yang paling aku gemar sekali sekarang.
Dan berita baiknya ialah aku sedang menulis beberapa novel (okey, satu novelisasi yang memang kena siapkan, dan dua novel pendek - aku cakap novel pendek sebab aku nak buat novel-novel ni panjang 30,000 patah perrkataan je, tapi tak mahu guna terma yang teknikal macam novela atau apa sebab, ia mengambil semangat novel berbanding novela; dan kemudian menyusun semula novel Cincin tapi cuba meminimalkan sebolehnya penambahan perkataan, tapi kalau tak boleh elak, aku tulis je lah; oh, dan akan datang menjadi penulis bayangan untuk sebuah novel lain) dan playlist ini memang banyak membantu mood. Masa nak menulis hari tu aku asyik fikir apa lagu atau mood yang akan dipakai. Jadi jawapannya ialah dengar Joji.
Berita buruk pulak, Joji dan 3 tahun hilang. 

Di manakah hilang 'menjadi tua sucks!'?

Aku tak pernah tengok Sharknado sebelum ni, jadi tahun ni baru rasa nak mula tengok. Aku ingat dari tahun lepas lagi kot ada rasa macam, okeh, aku patut maraton semua filem Sharknado---ada lapan filem. Jadi bila entah dalam tahun ni aku tengok la Sharknado yang pertama, dengan harapan untuk habiskan tengok semua siri filem dia. Aku dah sedar dari awal, yang ni filem gred B, jadi memang ada sedikit jangkaan untuk tak letak apa-apa jangkaan. Tapi tak sampai sejam kot aku tengok lepas tu aku rasa filem ni memang agak membuang masa untuk ditonton. Maksud aku, memang aku dah jangka ia filem yang taklah bagus, tapi tak sampai separuh aku rasa mengarut betul, macam macam gila kot benda yang tak masuk akal. Aku faham kalau kekangan bajet tapi masalahnya besar juga bajetnya ni dan bila aku tengok, memang dia boleh elak benda yang tak masuk akal tu haha. Sama juga macam Idiocracy. Ni pun selalu keratan filemnya keluar kat reels, dan ramai orang puji. Lepas tu aku tengok. Tengok sampai habis.Dan aku rasa, macam tak cukup bagus untuk masuk dalam senarai underated movie. Haha. Aku macam heran, lah, dengan kemudahan atau akses yang ada untuk filem tu, aku rasa macam, sayangnya dia buat betul-betul mahu jadi filem gred B. Sama jugak Bruce Almighty. Kahkah. Aku baru tengok semalam. Agak kecewa jugak. Maksud aku, kau memperolehi kuasa tuhan dan benda yang kau paling pentingkan ialah nak jadi pembaca berita? Dan perlu tidur? Kahkah betul la manusia memang tak terjangkau kekuasaan tuhan. 

Kadang aku terfikir, adakah aku tak gemar filem gred B? Tak menafikan dan tak mengeyakan juga. Tapi ada banyak filem tahap gred B aku rasa aku enjoi dan tak rasa macam diperbodohkan. Tapi entah. Aku terfikir, kalau aku tengok Sharknado, Idiocracy dan Bruce Almighty sepuluh tahun lepas, adakah aku akan berpandangan sama seperti hari ini?

Mungkin dah masuk musim menulis semula sebab dah kena serang insomnia

Jap, rasanya belum kemas kini lagi kat sini kan yang penyertaan sayembara novel tak berjaya melepasi peringkat saringan dan sekarang saya ada manuskrip novel yang tak tahu nak buat apa? Haha takla, bukan tak tahu nak buat apa, cuma agak kabur sikit, sebab untuk manuskrip novel, tak pernah bercadang untuk swaterbit. Tak ada sebab khusus, ia boleh jadi antara gabungan kos cetakan novel yang lebih mahal berbanding zine, atau sebab ia novel pertama ditulis jadi perlu sesuatu macam pengesahan yang novel ini patut dinilai pihak lain dan ditentukan sekiranya berbaloi atau layak dicetak oleh penerbitan, atau juga novel pertama memang tak mahu swaterbit. 

Jadi, bila dah terberjaya, secara automatiknya, seperti manuskrip lain yang sekiranya direjek - akan simpan saja, atau leraikan (biasanya ni untuk manuskrip cerpen) dan ambil mana yang bersesuaian untuk manuskrip selanjutnya. 

Untuk novel ini, sebenarnya dah terfikir dari masa tulis lagi, sekiranya tak berjaya, mungkin nak cuba buat susunan lain, bukan sebab susunan sebelum ni tak bagus, tapi saja ingin tahu bagaimana jika ia dalam susunan berbeza. Susunan sebelum ini lebih banyak menjadi imbas kembali, jadi terasa nak susun mengikut turutan waktu. 

Berdasarkan sejarah novel ini, ia bermula sebagai novelet, naik jadi novela, dan akhir sekali, dah jadi novel. Semua berlaku perubahan selepas pembatalan projek sebelumnya dan ia menjadi semakin berkembang. Saya terfikir, mungkin mahu cuba lagi sebuah penerbitan selepas menyusunnya dalam susunan baharu, dan jika tak berjaya juga, jadi saya akan buat seperti sebelum ini, tambah lagi jadi lebih panjang. Setakat ni jumlah perkataan sekitar 50k, jadi mungkin akan target hingga 100k? Hahaha tak tahu lah. 

*

Sebenarnya ada rasa tahun ni mungkin tahun paling bernasib baik untuk bidang penulisan, dan mungkin takkan jadi lebih baik, jadi ada berharap juga agar ia pergi semaksima yang mungkin, tapi mungkin saya dah habis gunakannya untuk memenangi anugerah itu, jadi tak apalah. Mungkin sampai sini saja kot saya letak harapan untuk apa-apa progress berkaitan penulisan. Selesaikan beberapa projek penulisan dan kemudian fokus hal lain sambil waktu di antara itu menjenguk kembali tulisan. 

Banyak juga nak tulis, patut ada lagi satu novel perlu disiapkan. Oleh sebab ia adaptasi dari filem, jadi agak buntu, hinggalah akhirnya bila duduk berbual dengan Nazim, tak sangka dia beritahu saya tips yang agak penting untuk saya selesaikan (atau boleh kata, mulakan. Haha) projek novelisasi ni.