Okey lagi satu sambungan. Betul punya lupa ni.
Ada pendengar Deftones kata dia dah mendengar Deftones untuk 20 tahun dan kecewa dengan Private Music sebab ia kedengaran generik. Ia kedengaran sama saja seperti album-album lepas. Bila dia cakap album lepas ni, dia merujuk selepas White Pony. Sebab aku dah Mula dengar balik diskografi Deftones dari awal, aku macam boleh faham. Dan aku boleh faham kenapa Deftones tak boleh kembali macam tu. Sebab dia merujuk pada album di mana Chino masih boleh menjerit. Adrenaline, Around The Fur dan White Pony, ni semua album yang Chino masih elok lagi tekak dia. Sekarang kalau nak buat macam tu memang tak dapat la, sebab faktor usia. Takkan dia nak nyanyi macam Engine No. 9 sebab dia memang dah tak boleh. Muzik Deftones boleh berbunyi macam tu, tapi Chino tak boleh dah. Mungkin paling relevan komplen tu adalah bunyi trip hop yang dah hilang. Sayang juga dah lama tak ada lagu trip hop dalam album DEftones. Sampai rasa macam lagu I think about you all the time dalam Private Music ni patut letak beat supaya jadi trip hop. Jadi, untuk aku, adalah Deftones masih Deftones selepas 30 tahun ni, aku kata ya. Masih ya.
Sambungan.
1. Aku lupa nak masuk dalam pos semalam perihal keberkesanan seseorang ahli band itu di dalam band dia. Semalam aku dah cerita pasal bagaimana pentingnya bunyi Dave Silveria dalam Korn, tapi aku lupa nak masukkan pasal almarhum Chi Cheng. Yeee, walau pun ni lah paling penting nak kena cakap. Deftones, bagi aku, selepas kemalangan Chi Cheng memang agak bersusah payah untuk melengkapkan bunyi Deftones mereka sebab Chi dah tak ada. Maksud aku, yalah, kenapa nak peduli dengan pemain bass kan, lagipun tak salah aku, walaupun kebanyakan lagu dikreditkan dengan semula ahli Deftones, tapi kebanyakan lagu ditulis oleh Stephen dan Chino. Tapi, aku baru terbaca/terdengar (aku lupa kat mana) tentang bagaimana ahli Deftones lain kata Chi memang ada signature atau tempo yang agak pelik dan mereka memang tak boleh nak ikut Chi punya timing atau tempo atau senangnya, macam diorang cakap, jangan tengok kaki Chi sebab kaki Chi akan menunjukkan tempo lain berbanding lagu yang sedang mereka main, lebih kurang macam tu la yang aku faham. Dan sebenarnya jujur aku tak suka Sergio dari mula masuk, jangan tanya kenapa, ia memang semula jadi. Walaupun aku ada rasa sebab kenapa Sergio keluar dari Deftones agak logik dan betul sebab dia tak diberikan amaun yang selayaknya, tapi sebab itu masalah Sergio jadi aku tak peduli sangat. Haha. Dan bila fikir balik kelmarin, Mungkin sebab itu Deftones takkan dapat hasilkan muzik seperti sebelum Chi mati dan kemalangan. Dan secara jujurnya mendengar progres muzik Deftones selepas Chi tak ada, aku tak kisah atau tak apa je kalau dah tak macam dulu, sekurang-kurangnya mereka masih aktif dan masih hasilkan album dengan hala tuju yang tidak teruk macam Linkin Park.
2. Okey sebelum masuk Linkin Park, aku nak masuk ke Slipknot dulu. Aku dah tak ingat apa aku nak tulis tapi lebih kurang begini, dalam Slipknot, ahli band yang memainkan instrumen yang tak penting, adalah ahli yang paling berkuasa. Aku dah tak ingat apa aku nak tulis, tapi dia lebih kurang macam ni, dalam Slipknot, yang tulis lagu ialah almarhum Paul yang main bass dan Clown yang main perkusi kustom. Kalau tak silap, atau secara umumnya la. Dulu tak silap almarhum Joey pun sama juga, paling banyak bentuk lagu Slipknot, tapi dia yang kena buang. Sekarang dah tinggal Clown dengan Corey yang nampak paling dominan dalam band, dan mereka paling tak penting haha. Okey la, Mungkin Corey penting la sebagai imej vokalis.
3. Okey lagi satu, sebelum masuk Linkin Park. Selama ni semua orang tahu almarhum Joey memang pemain dram paling hebat. Aku pun percaya. Walaupun ada je orang cakap Joey tak hebat sangat tangan ke kaki, aku lupa, sebab tu ada bekap perkusi tambahan. Dan aku rasa, ye la kot, sebab tu aku anggap Mungkin akan ada je yang boleh ganti Joey dalam Slipknot. Aku fikir mesti ada orang hebat gila boleh main sama dengan Joey, lagi pula dah ada dua pemain dram Slipknot lepas Joey mati. Tapi Hari tu aku tengok orang buat perbandingan lagu yang sama, dimainkan oleh Joey, Eloy dan Jay, aku rasa macam kahkah cilaka. Rupanya Jay dan Eloy tak main sebiji macam Joey. Maksud aku, aku selama ni ingat Jay dan Eloy main sepatah sepatah not yang Joey palu, laa rupanya memang tak sama, tak solid dan lengkap macam Joey main. Tapi masih jadi la lagu tu. Cuma bila tengok perbandingan tu rasa, pehhh Joey memang power.
4. Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku kena cakap pasal Linkin Park sebab aku dah lama tinggal dengar Linkin Park. Linkin PArk ni aku rasa memang satu band besar yang selalu buat keputusan yang salah. KAdang rasa macam tak adil nak kata Hybrid Theory adalah album terbaik diorang tapi ituah hakikat. Itu jelah album yang betul-betul nampak menunjukkan mereka sebagai Linkin Park, oh dengan Meteora jugalah. Tapi semua album lepas tu, mereka mahu progress tapi semua pilihan yang salah. Secara jujurnya memang kecewa. Dan bila Linkin Park nak kembali aktif selepas hiatus kematian Chester, aku tak rasa nak peduli pun, sebab aku dah tahu dah, mesti diorang akan tetap buat pilihan yang salah. Tak ada masalah dengan muncul kembali bersama vokalis perempuan, tapi secara jujurnya, Emily memang tak sesuai untuk Linkin Park. Untuk muzik Linkin Park. Masa lagu baharu rilis dengan Emily, aku dengar, Dan terus rasa, okey boleh sambung tak pedulilah. Sekarang ni memang tengah hype vokalis perempuan. Banyak gila band hardcore dengan penyanyi perempuan dan seronok juga trend ni, sama ada disengajakan atau tidak. Cuma ya, Linkin PArk, selain dari arah tuju muzik, kena pilih vokalis yang lebih sesuai, tak kisah perempuan atau perempuan.
5. 2025 agak seronok sebab banyak album best, Turnstile, The Cure, Deftones, apalagintah aku dah lupa.
Rasa sudah tiba masa untuk kemas kini banyak hal rambang tanpa sebab yang khusus.
- Sangat teruja hari ini menunggu album baharu Deftones dan selepas habis dengar satu album, terbaca berita Brent Hinds meninggal dunia. Fak. Album baharu Deftones, bak seperti kata seorang peminat yang rambang di internet, setara dengan Diamond Eyes. Saturday Night Wrist dan Koi No Yokan; dan ya, saya setuju walau saya lebih cenderung kepada Koi No Yokan. Beberapa minggu sebelum Private Music rilis, saya kembali mendengar keseluruhan diskografi album utama Deftones sebelum menyambung dengan senarai main Deftones, jadi ya, secara tak langsung,kembali biasa dengan bunyi Deftones berlainan era (walau belum cukup mahir), Private Music adalah gabungan antara Around The Fur dan Koi No Yokan dengan terselit beberapa album lain di antaranya. Cukup Deftones ke bunyi Private Music? Boleh kata kalau tak minat Koi No Yokan dan Around The Fur, akan rasa Private Music masih belum cukup Deftones.
- Cuma kadang-kadang rindu juga trip hop Deftones. Dan Team Sleep.
- Tahun ni mungkin tak begitu baik untuk metalheads, rasanya orang masih belum begitu pulih dengan kematian Ozzy, dan sekarang tambah pula kematian Brent.
- Fieldy dengarnya buat supergroup baharu. Well, aku bersangka buruk, secara muzikalnya, (maknanya tak termasuk isu peribadi lain). aku rasa Fieldy dan Ray Luzier bukan gabungan yang sesuai. Sebab Ray bukan pemain dram yang sesuai untuk Korn. Aku tak tahu la nak terangkan macam mana, tapi tak boleh dinafikan Ray pemain dram yang hebat (walaupun aku rasa dia main biasa je dan pengenalan permainan dia agak jengkel) tapi gaya permainan dia langsung tak sesuai dengan Korn. Sebab Ray tak ada groove langsung. Berbeza langit dengan bumi dari permainan Dave yang sangat groovy dan funky. Aku tak kisah Dave nak masuk balik ke tak, tapi yang penting tukar la Ray tu kepada pemain dram yang lebih sesuai.
- Entah kenapa hari tu aku tergerak nak dengar Korn di persembahan langsung, selain dari mengetahui Ray main agak menjengkelkan, baru tahu senarai lagu dalam konsert Korn.. agak mengharukan. Hahaha. Aku cuma dengar betul-betul Korn sampai Untouchables je. Dan secara peribadi, terfikir empat album Korn ni memang solid habis. Untouchables sebenarnya okey juga, cuma aku ambil masa sikit untuk masuk. Dan kebanyakan album-album lain rasa macam tak masuk. Dannn.. masa aku tengok video konsert tu, lebih dari separuh setlist tu hanya tiga album pertama, selebihnya selit sikit sikit album lain dan rasanya ada je album yang tak terselit. Aku macam wow. 30 tahun dengan 14 album dan dalam setlist konsert separuh ialah tiga album pertama?
- Aku tiba-tiba tadi terfikir, macam mendapat epifani juga, yang pengembaraan waktu memang tak wujud. Maksudnya kita tak boleh kembali ke masa lalu dan kita tak boleh pergi ke masa hadapan. Sebab rukun iman keenam dah menyatakannya. Percaya kepada qada dan qadar. Percaya pada ketetapan tuhan. Adakah ia secara tak langsung menyatakan, bagaimana nasib kita di dunia, memang dah ditentukan, dan tak ada cara lain untuk mengubahnya. Bukan bermakna kita tak payah berusaha, tapi tuhan maha mengetahui, dan semuanya memang dah tertulis, dan kita cuma perlu percaya dan berusaha ke arah kebaikan.
- Walaupun berbeza perjalanan hidup, aku syak Brent sebenarnya adalah jenis yang sama macam Bukowski. Hidup tak menentu tapi akhirnya berjaya.
- Aku dah siapkan novel pertama dan aku hantar kat sayembara. Kalau tak menang atau terpilih, terasa nak tulis semula susunan cerita dia. Bukan sebab tak percaya dengan apa aku tulis. Tapi lebih kepada menggunakan material yang sama untuk stail yang lain. Novel asal ni ditulis mengikut enam kali ketukan pada pintu dan ya, ia ada enam bab je. Aku terfikir untuk susun balik, seperti yang aku pernah fikir dulu untuk buat cerpen berdasarkan sitcom. Ia boleh berdiri sebagai cerpen tunggal tapi semua cerpennya menggunakan watak yang sama. Sebab tu aku panggil sitcom, ia macam cerpen bersiri tapi setiap cerpen mempunya cerita berbeza. Dan ia akan jadi lebih banyak bab.
- Aku masih berusaha untuk siapkan (mungkin paling sesuai ialah mulakan) novel kedua. Sila ingatkan aku lepas ni jangan ambil tugas atau kerja sambilan untuk novelisasi apa-apa. Aku harap dalam sebulan dua siap la sebab lama sangat aku bertangguh ni.
- Kalau ikutkan, aku dah ada idea untuk 2 novel lagi. Tapi tak ada masa. Aku nak tulis novelet dulu, siri akhir novelet. Kot. Aku tak pernah fikir nak habiskan berapa, tapi dia patut dalam bilangan enam atau lapan sebab cantik kalau susun. Tapi tak rasa akan terkejar dengan benda lain, jadi aku cadang berhenti dulu sampai empat.
- Aku dah cakap ke aku pergi tengok Wormrot hari tu?
Langgan:
Catatan (Atom)