Kemas kini kemas kini

Aku rasa kena kemas kini lagi kot perkembangan terkini tentang projek penulisan aku. Bila baca entri terakhir dan bandingkan dengan progress terkini rasa macam, agak lain gile kot. Mungkin inilah yang dikatakan rencana sang maha penentu. 

Aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi okey, sebab blog ni jarang ada orang baca, sekali aku tengok view ada la 2-3, itupun entah entah aku sendiri, jadi aku tulis je lah segala maklumat bagi senang faham. 

Aku cakap awal dulu ada nak setelkan novela, cerpen (1), novelet, cerpen (2) dan novel. Novela ditunda dahulu, cerpen (1) tengah proses akhir, novelet belum mula tulis, cerpen (2) dah siap hantar dan novel dibatalkan. 

Okey, cerpen (1) adalah kumpulan cerpen dengan judul manuskrip Gegelas Afrodisiak, dah siap tulis dan dah siap dapatkan renungan, dah dapatkan tema, dah dapatkan judul (paling penting) buku, dah dapat judul cerpen-cerpen di dalamnya dan dah siap juga blurb (untuk secara halusnya terangkan konsepnya). Semua dah siap, dan penerbit dah terima, tapi menurut perkembangan terkini, mungkin akan diterbitkan dan mungkin juga tidak. Secara jujurnya, walaupun aku tak kisah sangat sebab memang agak biasa juga manuskrip disidai lebih setahun, dan pernah juga terpaksa dibatalkan penerbitan, tapi ada rasa Gegelas Afrodisiak akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. Aku rasa aku rileks je la kot, kalau tak jadi, aku hantar penerbitan lain je. Yang ni malas nak swaterbit.

Kemudian novelet. Novelet ni macam satu keajaiban juga. Waktu aku terakhir kemas kini, aku cakap memang tak mula menulis lagi, tapi bila mula tulis, aku rasa aku boleh siapkan sekali duduk. Tapi sudah tentu aku tak lakukan itu sebab aku perlukan renungan. Tapi untuk beberapa kali duduk tu, aku terus tulis separuh novelet. Kalau aku benar-benar fokus, aku syak ia akan siap ditulis dalam masa tiga hari. Aku tak pasti jumlah waktu yang sebenar, tapi masih ada jarak mungkin seminggu tak menulis dan mungkin beebrapa hari yang tak begitu menulis, tapi kalau tak silap, mula menulis pada hujung November, sekitar 23 haribulan (sebab ada tweet rasa boleh siap sekali duduk), lepas tu mohon ISBN & PDP pada 11 Disember, dapat ISBN pada 16 Disember dan PDP pada 18 Disember (cepat gile). Patut dah boleh terus hantar cetak tapi melalui proses renungan dan semakan pihak ketiga, jadi esok (atau hari ni) 26 Disember akan hantar cetak. Ia ditulis denganjangka masa pendek sebab ada perasaan seperti menulis blog - tak ada weight sangat dan kena tulis dengan pantas cuma bahagian suntingan dan renungan yang perlu buat seperti selalu, ambil masa sikit. Tapi aku rasa ia masih cepat juga sebab dalam sebulan je untuk proses hasilannya. Kalau aku buat lagi tergesa, mungkin boleh sempat kejar untuk rilisan 2024 tapi sudah tentu aku tak buat camtu. Kalau tak, memang tak sempat masuk renungan untuk bancuh konkrit pada novelet ini. 

Cerpen (2) ialah kumpulan cerpen lama. Judulnya CERPEN Mohd Azmen (rasa boleh tangkap kan siapa penerbitnya), dah siap lama. Cuma pada asalnya, ia dijadualkan cetak awal Januari 2025, kemudian anjak pada PBAKL 2025, dan akhirnya anjak lagi hingga pada Ogos 2025. Secara jujurnya juga, ni pun aku tak kisah kalau tunda. Cuma lucunya, persoalan yang berlegar tentang penerbitan ini ialah siapakah penulis cerpen wanita yang cukup prolifik dan kontemporari? Ya, tiada. Sejak dari mula dapat soalan ni, aku dah mula fikir bagaimana mahu isi kekosongan ini. Atau bagaimana boleh untuk bantu pada sesiapa mengisi kekosongan ini. 

Akhir sekali novel. Fak. Mula-mula aku ingat projek ni tak jadi, sekali memang jadi. Novel ni adalah adaptasi dari filem. Judul filem ialah Luka. Pelakon utama ialah Namron dan memhanyut. Aku pergi dua kali penggambarannya untuk dapatkan feel dan lihat sebalik tabir. Tak silap, ia sepatutnya ada feel macam filem Wong Kar-wai. Tapi kalau tak ada pun, memang aku akan buat macam feel Wong Kar-wai. Sebab genrenya ialah thriller romance. Aku dah baca skrip dan lepas seminggu, aku masih belum mula sebab belum sampai lagi renungan dia. Sepatutnya ini kerja yang taklah rumit sebab cuma novelisasikan filem berdasarkan skrip. Tapi aku tak mahu letakkan jangkaan yang rendah, jadi kena bermain dengan feel dan renungannya. Projek novelisasi ni agak longgar juga, sebab kalau ikutkan tiada penerbit lagi dan aku sendiri tak ada deadline. Tak ada apa-apa jangkaan yang mereka jangka pada novel, mungkin hanya untuk jadi satu bentuk cenderahati dari filemnya. Tapi aku set sendiri, untuk hasilkan draf pertama dalam tempoh sebulan, dan mula tulis draf pada Januari 2025. Aku minta Sufian jadi penyunting. 

Oleh sebab 2025 aku mulakan dengan tulis novel, jadi ada rasa ia patut jadi tahun menulis novel. Haha/ Okeh, novela aku dah tangguh, tapi ia kurang 15, 000 perkataan untuklengkap sebagai novel. Kalau kau tanya aku, adakah boleh ia sampai patah minimum novel iaitu 40,000, aku rasa boleh sebab ada beebrapa bab belum habis dan aku jangka ia mungkin dalam 10,000 patah perkataan. Tapi aku macam target, selepas lengkap 40,000, aku nak tambah hingga cukup  60,000 sebab cukup tebal untuk penerbit terbitakannya. Tak tahu nak bagi siapa tapi aku rasa aku akan kekal dengan judul Cincin. Atau Empu sebagai bekap.

Ada lagi satu projek sampingan, tak tahu la akan betul buat ke tak tapi aku memang kena buat sebab penulis kena sekurang-kurangnya sekali buat terjemahan. Jadi aku akan buat zine terjemahan cerpen-cerpe Bukowski. Aku target lima cerpen.


Okeh, sebagai rumusan:

1) Novelet Adrenalin - on.

2) Kumpulan Cerpen Gegelas Afrodisiak - tak pasti.

3) Kumpulan cerpen CERPEN Mohd Azmen - on (tapi anjak sikit)

4) Novelisasi Luka - on (tak tahu bila nak terbit)

5) Novel Cincin - selepas siap Luka.

Sedikit kemaskini.

Okeh berdasarkan beberapa entri yang lalu, aku kena kemaskini sikit, okey la ttakyah la simpan duit nak beli buku akan datang aku. Kahkah. 

Jap, kita mula ingat semula, aku cakap ada lima material untuk rilisan tahun hadapan, novela, cerpen (1), novelet, cerpen (2) dan novel. Okeh, beberapa perkara telah berlaku, jadi novela yang sedang ditulis sejak beberapa bulan lepas, mungkin takkan disiapkan dalam waktu terdekat sebab pertama, penerbit sasaran cenderung menerbitkan cerpen berbanding novela. Jadi, aku putuskan, okey, hantar cerpen (1) kepada penerbit itu. Novela pula, aku terfikir untuk menerbitkan secara swaterbit tapi kemudian aku terfikir untuk kembangkan jadi novel (yeee, dari mula dulu novelet, tak jadi terbit dan panjangkan jadi novela, dan sekarang pun sama, tak jadi terbit dan panjangkan jadi novel. Harap tak tangguh atau batal lagi sebab dah nak panjang mana lagi dah selain novel, jangan cakap novel bersiri pulak). Keputusan untuk jadikannya novel agak berisiko sebab tak ada material sangat pun untuk sambung tapi sebab senarai lagu Bernadya, aku tulis je lah walau agak ringkas. Dan paling penting, inilah adalah perubahan kembali ke asal. tak, cerita dia, novela ni aku bajet nak letak judul Cincin (walau nampak sangat pengaruh Hindia tambah pula memang fasa kedua novela ini ditulis dalam ulangan lagu Hindia, tapi sekarang dah Bernadya, jadi fasa ketiga dengan watak lain dan secara tak langsung, ia menjadikan idea sebelum ini untuk menulis novel dengan judul macam Women oleh Bukowski telah terbuka. Dan paling best, aku dah tahu nak letak judul apa kerana Perempuan, Wanita dan Betina kedengaran klise. Kalau nak teka, boleh la pergi ke youtube binfilem dan tonton filem-filem pendeknya. Jawapannya ada di situ. Cuma masalahnya ialah tak tau nak bagi kat penerbit mana. Tapi yang penting, aku tulis je la kot. Atau jeda kejap tulis benda lain dalam turutan. 

Okeh, cerpen (1) siapkan, novela simpan. Seterusnya, novelet. Ini memang tak buat apa langsung kecuali sampulnya. Aku target memang takkan mula menulis selagi tak habis cerpen (1) dan novela, ttapi menurut perkembangan terkini, aku siapkan cerpen (1) lepas tu boleh kot menulis novelet. 

Cerpen (2) dah siap total, blurb pun aku dah bagi. Aku pening jugak nak tulis apa kat blurb, tapi lepas aku hantar blurb, penerbit balas dengan Woooo. Aku takpastilah maknanya mantap atau meh tapi aku suka la blurb tu kahkahkah. 

Dan terakhir ialah novel. Pendek cerita, kita bolehlah anggap novel ni tak jadi. 

Jadi, sebagai kesimpulannya, tahun depan, mungkin paling maksimum, ada tiga material baharu dari aku. Paling minimum ialah dua. Jadi, takat dua-ttiga ni korang boleh rilek dulu la. 

Okey esok aku mula diet.

Sebenarnya takde nak kemas kini blog tapi aku kemas kini je la.

Aku rasa aku pernah kot cerita yang aku ada macam kepercayaan tahyul yang sebenarnya tak betul pun tapi selalunya memang akan berlaku tapi walaupun terjadi aku anggap ia memang kebetulan dan tak la anggap ia memang hal yang sahih. Lebih kurang camni la, kalau kau ada member kerja kafe, benda paling pantang atau tabu untuk disebut ketika sedang kerja, terutamanya bila baru lepas sibuk waktu pelanggan ramai, ialah 'oh, dah tak busy' atau ''haa, berhenti pun customer (masuk)'. Mana-mana kafe atau restoran atau kedai makan atau seumpamanya, memang ada kepercayaan tahyul begini sebab, sebaik saja melafazkan ayat itu, menderu pelanggan masuk ke dalam premis. Dan entah macam mana, memang ia jadi satu budaya dalam bidang makanan dan minuman. Atau konteks lain ialah jangan cakap nak beli barang yang baharu di depan barang yang lama, nanti ia akan merajuk (jadi rosak atau meragam). Macam, jangan cakap nak beli kereta baharu depan kereta lama, nanti tengok la selang berapa hari ke ia akan mula meragam. Atau member aku, dia spesifik sikit, antara tabu yang aku rasa menarik, dia cakap kalau dia pergi kerja, dan tiga lampu isyarat berturutan yang dia lalu semua hijau, maknanya ada benda tak best la akan jadi masa kerja. Kadang dia tak nak percaya tapi selalunya kalau dah lampu isyarat kedua hijau jugak, lampu isyarat ketiga dia akan bawa motor pelan-pelan supaya sampai waktu lampu merah. 

Sementara aku pulak, aku punya agak kompleks sikit. Aku percaya, dalam setahun, mesti ada satu tempoh (tak pasti sebenarnya berapa lama, mungkin sebulan, mungkin beberapa minggu) di mana segala benda yang aku buat mesti tak jadi. Kadang bukan benda yang besar sangat pun, dia lebih macam rutin harian. Kalau nak faham, kejap lagi aku taip kat bawah sebab baru je berlaku dekat aku hari ni. Biasanya tempoh ni akan berlaku pada waktu pertengahan tahun, dan selalunya tak spesifik. Aku hanya akan perasan kalau lepas beberapa hari tu, ada banyak benda aku nak buat asyik tergendala atau seperti disusahkan. Aku ingat dulu ia akan berlegar sekitar pertengahan tahun, tapi kadang-kadang ia akan berubah-ubah sampai aku siap fikir, oh, kitaran tahun kita ni mungkin tak betul kot sebab tempoh malang aku ni macam dah berganjak sikit. Haa lebih kurang camtu la. Dan selalunya, benda ni dia tak menyusahkan, tapi ia melecehkan. Macam mana aku nak terangkan. Okey la aku cerita je la kes hari ni.

Hari ni ni aku nak pergi NSK, aku nak beli ayam, ikan bilis dengan kaya Yeo's (astagfirullahalazim, aku tak tahu la korang camne, tapi aku agak kagum jugak bagaimana semua orang boleh merahsiakan hal ini tapi kaya Yeo's adalah kaya paling sedap, aku saja cuba beli sebab sebenarnya aku pun dalam fasa makan roti sapu kaya, aku tak makan sangat roti sapuan apa semua ni walaupun boleh je makan dan selalunya aku akan makan roti sapu kaya pandan Gardenia Aunty apa entah tu tapi ada sekali tu kononnya aku nak cuba kaya pandan lain, tapi rupanya kaya pandan adalah benda yang tak popular, jadi aku amik je la kaya biasa, ada kaya Nona (tak sedap) dan kaya Yeo's, aku amik je la Yeo's lepas makan aku rasa macam apakelancau sedap gilee ohtuhanku?!), jadi dimulakan dengan aku masuk tempat letak kereta lepas tu aku macam, banyak tempat kosong tapi masih banyak kereta, dan aku pulak dua kali pusing tempat letak kereta tu bukan sebab takde kosong tapi sebab takde tempat best. Aku dah terfikir satu tempat yang ala strategik jugak tapi tak dapat dibuktikan lagi, jadi aku ingat okeh, aku letak kereta kat tempat tu, kat luar bangunan, lepas tu bila lalu, oh macam tak begitu efisien jadi aku pusing balik masuk dalam lepas tu ada banyak petak kat tepi tiang (kegemaran aku sebab akan dapat banyak ruang buka pintu taklah tersagat kereta orang) tapi aku rasa macam tak cukup ruang nak amik untuk masuk setiap petak yang ada. Akhirnya aku ambil spot yang tak best dan lagi kelakar, aku letak kereta masuk depan (aku tak suka letak kereta secara mengundur) dan kereta depan pulak menghadap aku, dia tengah lepak dalam kereta. Aku rasa macam, eh kau nak keluar kat tempat aku masuk ni ke, tapi ah lantak lah. 

Lepas tu aku naik atas, aku rasa macam hmm tak banyak sangat barang nak beli, jadi tumpuan utama ialah ayam. Tapi aku pergi tengok kaya dulu, sekali habis pulak kaya Yeo's tu. Aku dah berbelah bahagi. Lagi satu sebab aku tengok harga ayam RM8.49 kat NSK, walaupun sebenarnya tersangatlah murah berbanding zaman Din Cirit, tapi aku tengah nak berjimat, sebab harga ayam patutnya dalam RM7.29, bawah RM7 pun pernah. Lepas tu aku baru ingat, hari ni dengan semalam cuti umum Hari Malaysia dan Maulud Nabi, sebab tu naik sikit harga ayam. Tapi sebab malas, okey la aku amik la dua ekor ayam kat NSK tu, panggil bhai tu cakap potong 16. Yang aku geram, dia dah ulang aku cakap potong 16 lepas tu dia tak timbang dan bagi aku nombor, dia terus timbang orang lain punya ayam potong ikut bahagian, lepas tu pergi sebelah sana, bungkus ayam yang dah potong lepas tu patah balik, dia amik ayam orang lain yang datang lagi lambat dari aku. Aku tumbuk jugak muka bhai ni, tapi aku husnuzon sebab macam lembam je bhai ni, aku pun belah dengan geram. Jadi lepas bayar segala benda dekat NSK tu, aku naik kereta dan memandu ke Lotus. Aku tahu ayam Lotus lagi murah tapi barang Lotus tak begitu beraneka berbanding yang lain, jadi aku jarang singgah. Okeh, aku pergi usha kaya dulu, ada jugak kaya Yeo's tapi masalahnya tin besar. Aku dah mula diet esok jadi takkan nak beli besar-besar pulak. Tak jadi beli, aku terus pergi tempat ayam. Okeh, ayam dekat Lotus RM6.89 sekilo. Gileeee babeee. Okeh tapi limit dua ekor je satu keluarga. Kira okey la sebenarnya, kalau aku nak sangat ayam, aku ulang la datang dua kali tapi aku syak dua ekor dulu cukup kot. Tapi paling best, hari ni takde servis potong sebab yang jaga ayam cuma seorang je tapii punyalah berhemah brader ni, dia terangkan baik-baik, maaf hari ni tak dapat nak potong sebab saya jaga bahagian ni seorang jadi tak sempat nak potong. Aku terus okey je, dan aku amik la dua ekor minta dia timbang. Ayam dia ni aku patut beli sekurang-kurangnya tiga ekor sebab ringan nau ayam dia. Tapi takpelah. 

Tak habis lagi sebenarnya. Lepas setel timbang, aku pun pergi la bayar. Oleh sebab aku manusia berbudaya, aku akan cari kaunter paling sikit orang beratur dan kalau ada kaunter bayaran layan diri, aku akan pilih situ juga. Ya, begitulah berbudayanya aku, kalau boleh pergi restoran pun aku lebih gemar imbas kod untuk pesan berbanding panggil pelayan dan cakap nak pesan apa. Kau ingat pelayan suka sangat ke layan kau walaupun nama dia pelayan. Jadi, aku sebagai manusia berbudaya terus ke bahagian bayaran layan diri dan mula mengimbas sendiri pembayaran. Lepas tu hanat. Kahkah. Aku dah imbas kad debit untuk bayaran tapi mesin bermasalah pule, dia katta pembayaran tak berjaya. Aku pun panggil la staf, dia dengan tenang walaupun aku tahu dia tengah gelabah sebab sorang-sorang jaga situ, batalkan pembayaran tadi dan minta aku buat pembayaran semula. Aku ikut. Aku bayar lagi sekali lepas tu gagal jugak. Kahkah cilakeee. Cerita dia aku rilekss je, staf ni dia dah tak ada akses nak batalkan lagi sekali sebab dah dua kali jadi dia kena panggil penyelia dia. Penyelia dia pulak macam biasa la sibuk sikit, dia dah panik tengok aku rilek tunggu macam tak nak marah. Biasanya orang yang nampak tak marah ni yang merbahaya sebab tengah tunggu meletup. Tapi aku rileks la sebab aku dah bingit dengan bhai lembam tadi, aku dah habis guna kuota bengang untuk hari ni. Kahkah percaya la cakap aku. Jadi, ni la lebih kurang benda tak menyusahkan tapi leceh. Aku kena tunggu sampai penyelia datang - tak susah, sebab aku memang boleh tunggu, tapi leceh la sebab tersangkut kat situ sedangkan aku boleh cepat setel kalau aku pilih mesin lain. 

Lepas setel tu aku pun balik. Masa aku balik pulak, masuk dalam taman perumahan, aku nampak ada motor dari arah bertentangan. Bangla potong rumput. Aku rilek je lah, sekali aku tengok dia patah balik. Sebenarnya rumah aku ni memang diorang dah target dah sebab rumput panjang tapi tak potong-potong. Aku saja bawa kereta terus sampai hujung taman. Dia berhenti depan rumah aku pulak. Cilakeee. Memang betul tahu aku kereta mana rumah mana pulak cilake ni. Aku geram, terus aku keluar taman, pergi taman sebelah. Tunggu dia lalu sambil tenung dia lepas tu baru la aku balik rumah. Ya, tak menyusahkan aku, cuma leceh je nak mengelak.

Mesti korang ingat dah habiskan? Belum. Ada lagi satu. 

Aku mula taip bendalah blog ni masa sampai kafe tadi dalam pukul dua ke tiga petang. Lepas tu kena berhenti kejap sebab sibuk buat benda lain, ni pukul sembilan malam baru aku dapat setelkan menaip. 

Mantap naik lima kilo.

Okeh, berat naik balik lima kilo (kahkah hanatt) sebab biasa la fokus menulis. Jadi esok aku kena mula diet balik, aku target untuk terus diet sampai hujung tahun. Untuk permulaan, mungkin aku target untuk turun sepuluh kilo dulu, lepas tu lagi lima kilo. Aku tak tahu kali ni kira bersedia betul ke tak, tapi ada beberapa hal aku dah ambil nota, macam contoh, hal yang paling penting - nak makan apa. Aku target untuk makan telur dadar goreng tanpa minyak (ye, kena jaga kolestrol pulak sekarang) (aku goreng pakai gril jadi takyah letak minyak, dia tak melekat dekat kuali) dan untuk daging, aku akan fokus ayam la cambiasa cuma bezanya aku buang lemak dan kulit, potong dadu, pilihan menu sama ada goreng kunyit (okey la ni kena minyak la sikit tapi ni pun aku buat paling ringkas, bukan masak macam ayam masak kunyit tapi secara harafiahnya ayam lumur kunyit lepas tu aku tumis dengan bawang) dan ada nampak juga salad timun tapi aku malas jadi, aku rasa aku makan timun je la, cuma bezanya aku pakai timun jepun. Haa menu diet - ayam, timun dan telur.. Aku harap boleh la kenyang.
Sementara itu, oleh sebab tawaran novel macam senyap dan ada rasa macam bakal diberikan tugasan itu agak lambat, jadi ada kemungkinan tak sempat atau tolak atau aku redah je. Jadi ceritanya, aku masih tengah tulis novela, nak kata berjalan lancar, kira okey la tapi masih lagi lambat. Aku sasarkan dalam Ogos siap, ni September pun dah setengah. Tapi takpe, untuk perjalanan penulisannya aku rasa ia agak baik. Cuma aku kena laju lagi sikit la. Lepas tu ada setelkan 2 cerpen untuk siapkan kumpulan cerpen, ni aku target dua minggu siap. Lepas tu, aku mula tulis novelet sampai habis 2024. 
Oh, aku lupa. Waktu ini segala penulisan dikuasakan oleh Krontjong Ensemble Pantja Warna. Rasanya aku tak dengar benda lain sangat selain On Repeat kat Spotify dan KEPW.

Dalam mood Henry-Chinaski-mendengar-klasikal-sambil berbaring-atas katil cuma tukarkan dengan keroncong dan sofa; lepas tu bangun ke meja dan mengarang.

Biasanya ketika mengarang (ya, tolong ingatkan saya untuk menggunakan perkataan mengarang bagi menggantikan perkataan menulis). saya akan sentiasa rasa saya tak cukup membaca dan menonton filem dan kemudian saya akan terus muat turun buku elektronik dalam amaun yang tak sihat, rasanya hari ni saya muat turun lebih dua ratus buku - betul, sebab ada kecenderungan untuk muat turun keseluruhan bibliografi berbanding memuat turun judul yang penting.  Murakami saja ada 29, Samuel Beckett 62, Carver 16, sekadar memetik beberapa nama. Dan saya akan bercita-cita untuk habiskan cepat manuskrip-manuskrip yang sedang dikarang sebab nanti nak fokus baca buku dan juga mmenonton filem walaupun lepas tu saya rajin baca dalam seminggu lepas tu entah apa saya buat. 

Waktu memuat turun ini saya terfikir, hanat banyak betul judul diorang ni sedangkan saya sendiri terkial-kial capai sepuluh judul, siap hiatus dua-tiga tahun. Sekarang dah ada enam judul, jadi sedang usahakan lagi tiga tahun ni, satu dah siap, jadi insyaallah tahun depan cukup la sepuluh. Walau ia kedengaran seperti agak mementingkan kuantiti berbanding kualiti, tapi sebenarnya saya baru sedar satu hal waktu memuat turun buku-buku elektronik ni semua, sekiranya anda memang seorang penulis, anda tak perlu mengira berapa jumlah buku yang mahu anda karang sebab biasanya secara semulajadinya, penulis kerjanya ialah mengarang, jadi akan sentiasa ada sesuatu yang mahu ditulis dan ditaip dan kemudian simpan hingga ia berkembang dalam bawah sedar. Dan ia sentiasa takkan habis. Sebab tu kalau lihat pada kebanyakan penulis, memang akan ada banyak judul di bawah senarai bibliografinya. Tapi taklah bermakna lebih banyak buku, lebih bagus. Ada je pengarang bagus tapi hanya hasilkan dua buah bukusepanjang hidupnya. Tapi tak bermakna dia tak menulis dan mengarang, cuma ia tak diterbitkan. 

Jadi, kepada penulis, mengaranglah. 

Lambat dari jadual juga aku menyiapkan manuskrip ni walaupun tak ada tarikh akhir.

Walau saya pernah nyatakan beberapa jenis bunyian yang akan menemani saya ketika menulis, tapi seleksi keroncong di radio pada tengah malam kedengaran lebih sesuai. Dan ia jadi berbelah bagi juga kerana ia memilih sama ada menulis pada waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah di mana ia pagi yang lebih sunyi dari keseluruhan malam digabungkan atau menulis pada tengah malam bersama seleksi keroncong di radio. Menulis di kafe, ia adalah kewajipan, walaupun ia tak begitu menginspirasikan (sebab saya sedang bekerja - jadi fokusnya terbahagi, walaupun kerja 10%, menulis 90%), saya mengejar waktu dengan diri sendiri. 

Kumpul duit woih

Saya harap anda semua dapat mengambil perhatian terhadap apa yang bakal saya katakan, lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang Azmeniacks atau Azmenians.

Jumaat lepas bolehlah dikatakan sebuah hari yang cemerlang kerana mendapat dua (2), ya, dua (2) tawaran menulis. Mungkin anda tak memahaminya, tapi biar saya sedarkan anda; pada waktu ini saya sedang mengusahakan tiga (3) material--sebuah novela, sebuah kumpulan cerpen dan sebuah novelet. Dan sekarang, saya dapat tawaran untuk menyiapkan sebuah kumpulan cerpen dan sebuah novel (!). Untuk tawaran kumpulan cerpen itu, saya tidak akan menggunakan kumpulan cerpen yang sedang saya siapkan tadi tu, kerana penerbit mahu kumpulkan koleksi cerpen yang pernah tersiar sebelum ini, jadi saya memutuskan untuk menghimpunkan semua cerpen eceran saya (yang sebenarnya memang saya dari dulu telah kumpulkannya untuk dijadikan sebuah koleksi yang amat tebal seperti Ingin Jadi Pujangga oleh A. Samad Ismail) dan akan juga diselitkan cerpen baharu atau cerpen yang tidak pernah diterbitkan (cerpen di Wattpad atau mungin di blog-blog kini atau blog lama). 

Tawaran kedua adalah peluang untuk menulis adaptasi novel. Saya berasa agak konpiden juga sebenarnya walaupun saya tak jumpa lagi cara menulis novel,  tapi sebab ia sebuah adaptasi, jadi perihal cerita, jalan cerita, plot, semua sudah ada arah. Tak pasti bila ia akan mula ditulis sebab perbincangan belum dimulakan tapi saya membayangkan saya ada masa setahun untuk menyiapkannya.

Baik, bila kumpulkan semua, saya ada sebuah novela (sedang gilirannya untuk ditulis), sebuah kumpulan cerpen (sudah siap 90% la lebih kurang, hanya ada dua tiga cerpen untuk diselesaikan--tapi akan mula menulisnya selepas siap novela), sebuah novelet (belum mula langsung, tapi saya optimis untuk menyiapkannya sebelum tamat 2024, tapi kalau tak sempat, saya fikir boleh je anjak tahun depan hingga siap), sebuah kumpulan cerpen (koleksi eceran, saya akan sunting cerpen-cerpen lama ini untuk mengikut gaya terkini, sekiranya perlu. Saya perlu seragamkan semua cerpen dalam tone dan nada yang sama) dan sebuah novel adaptasi. Secara kesimpulannya, anda mungkin akan nampak banyak rilisan saya tahun depan, sekiranya tiada aral melintang. 

Dan saya harap anda semua ambil perhatian dan mula mengumpul duit. Jangan kata saya tak cuba memberitahu dari awal lagi.

Mungkin akan kembali melawat Crosses, Palms dengan Team Sleep.

Sebagai peringatan, mungkin semua hasil penulisan untuk separuh akhir 2024 ini dikuasakan oleh Slowdive, Deftones album Diamond Eyes dan juga playlist shoegaze, dreampop, ethereal wave yang rambang di youtube.  

Bukowski ada 73 material/rilisan termasuk kompilasi, koleksi dan posthumous. Aku tak sampai 10% pun dari jumlah ni.

Kemaskini perancangan setakat ini kerana tiba-tibaaa ada perubahan. Punya la banyak fikir sampai ada perubahan. Okeh, untuk 2024, rancangan menulis ada seperti berikut dan mengikut turutan yang patut disiapkan.

1.Novela

2. Kumpulan cerpen.

3. Novelet. 

Kalau ikut ni, memang rasa baki 2024 akan rasa sangat pendek sebab banyak nak kejar walaupun sebenarnya dah tulis separuh dari tiga-tiga projek ni (atau mungkin dua per tiga tapi ia akan rasa seperti setengah sebab novelet langsung tak mula lagi. Novela mungkin lagi separuh. Kumpulan cerpen pula tinggal dua buah cerpen saja yang perlu disunting, perkemas atau ditulis semula, tapi aku kena setelkan ikut turutan dan tidak lompat-lompat dari satu projek ke projek lain sebab aku memang tulis macam tu). Novelet mungkin satu-satunya yang akan aku swaterbit dan punya logo sekutu. 

Novel atau puisi?

Beberapa hari lepas, berbual dengan seorang kawan dan dia komen tentang cerpen saya (atau mungkin tulisan, secara umumnya), dia kata tertarik dengan stuktur (saya fikir ini berkaitan tentang stuktur ayat kot, bagaimana saya kraf ayat, untuk jadikan ia dibentuk berkesinambungan dari satu perenggan ke perenggan yang lain) dan menarik jika saya kekalkan stuktur ini dalam bentuk novel. Sementara itu, terbaca juga sebuah pos tentang bagaimana saya mungkin punyai kebolehan untuk menulis puisi seperti Bukowski (jika saya mula menulis puisi la). Lepas tu saya pun buat undian di twitter dan instagram. Walaupun undian ini tak bermakna apa-apa, sebab selalunya saya memang dah set apa yang saya nak buat lepas ni (lepas ni nak selesaikan satu kumpulan cerpen, satu novelet dan satu lagi kumpulan cerpen tapi tak sebanyak seperti kumpulan yang cerpen tadi) iaitu menulis novel, tapi saya fikir proses menulis novel akan jadi lebih perlahan dan teratur, jadi pada waktu yang sama, mungkin saya boleh menerokai puisi dalam masa yang sama. Lagipun, puisi, boleh kata saya selalu menelaah bentuk dan hala tuju yang saya mahu, cuma melaksanakannya saja agak sukar. Mungkin sebab saya kurang membaca puisi.

Novel mungkin dekat dengan saya, (malah saya habiskan masa beberapa tahun ini untuk mengkaji bagaimana saya boleh tulis novel, dengan menulis beberapa novelet) tapi agak sukar untuk menemui cara yang sesuai menulisnya. Mungkin kerana saya mahu ia ditulis dengan segera, walau ia sangat berbeza dengan gaya saya menulis (saya seorang pantser; duduk dengan idea dan mula menulis---kebanyakan plot yang saya tulis memang apa yang saya fikirkan ketika itu). Mungkin saya akan cuba buat novela (lagi sekali) sebelum mula menulis novel. 

Puisi pun agak menarik minat saya untuk menulisnya sebab boleh kata tiada yang menulis puisi seperti yang saya suka. Tak, ini bukan bermakna tak ada penulis puisi yang baik, cuma gaya penulisan puisi yang saya gemar, belum jumpa lagi. Bukanlah tak jumpa langsung, ada beberapa yang saya jumpa, tapi malangnya, jenis puisi yang saya gemar ini, bukan ada pada keseluruhan buku atau gaya kepengarangannya, hanya terselit di dalam timbunan puisi yang mereka tulis. Sebab itu saya terpanggil untuk menulisnya, tapi genre kegemaran saya ini, sangat mudah dan ringkas untuk membacanya tapi sangat sukar menulisnya.

Summertime Sadness

Selesai KLAB dan entah kenapa novelet Pandu paling banyak orang beli berbanding Hingar. Tapi okey la.

Okeh, sebelum ni aku ingat nak setelkan satu novelet dan satu kumpulan cerpen; kedua-duanya secara swaterbit, tapi berjumpa dengan seorang penerbit dan menawarkan untuk menulis kumpulan cerpen secara zine dengan penerbitannya. Untuk pendekkan cerita (sebab cerita dia panjang tak panjang sangat tapi aku malas nak taip, kalau nak tahu, tanyalah di kotak mesej), aku cakap okey. Kahkahkah. 

Selepas melalui proses fikir dan rangka cerpen yang sedia ada, okeh, aku tak jadi untuk swaterbit kumpulan cerpen, dan bahagiakan ia dalam dua kumpulan berbeza. Sepatutnya ia sebuah manuskrip yang agak tebal juga, sebab tak siap lagi pun, dah dekat tiga puluh ribu perkataan. Kenapa aku kena bahagi dua? Sebab aku pernah ditanya oleh penerbitan lain, tapi aku tak sempat siap sebelum tarikh akhir dan kitorang pun tak pernah cakap apa-apa pasal tu lepas tu. Tapi bila dah jadi camni, aku kena bagi dulu dekat penerbit pertama sebelum bagi kepada penerbit kedua. Salah satu caranya ialah bahagi terus dua. Senang. Takdelah terkejar-kejar aku nak siapkan satu manuskrip. 

Dan dalam pada itu juga, setelah menelaah draf-draf lama, ada satu novelet yang sesuai dengan kaver yang aku kongsi sebelum ni. Kahkahkah. Maknanya aku kena tulis novelet tu jugak keee. 

Paling best, aku sebenarnya malas nak menulis selagi aku belum kurus. Mantap. 

Okey takpelah, kita susun balik. Siapkan setelkan satu menuskrip cerpen. Hantar pada penerbit pertama jika mereka masih berminat. Ada dua kemungkinan; satu, tak berminat, jadi aku terus bagi semua cerpen pada penerbit kedua dan suruh dia pilih dan susun. Baki cerpen tak terpilih, kita simpan dulu, lain kali baru fikir. Dua, penerbit pertama menerima manuskrip, jadi aku kena siapkan manuskrip kedua untuk penerbit kedua (sebenarnya tak perlu tebal sangat jadi, mudah-mudahan tak terlalu lama nak siap). Selepas itu, kita siapkan novelet pertama yang dirancang tapi tak ada kaver lagi la. Novelet kedua pulak, dengan kaver bawah ni, pun sama, kita akan simpan dulu juga, tak tergesa-gesa untuk tulis. Selesai kumpulan cerpen dan novelet pertama, kita mulakan proses menulis novel dari cakar. Kahkahkah. From scratch laa. Aku syak seluruh penulisan novel, dari kumpul draf kepada kerangka idea, menulis draf pertama semua mungkin akan ambil masa tiga atau empat tahun. Jadi ya, boleh jangka yang rilisan mutakhir saya akan terhenti selepas 2025. Selepas iu, aku akan setelkan jual semua rilisan yang ada sampai habis. Sekarang pun aku dah mulakan proses menjual rilisan, waktu ini aku dah mula fokus menjual Polaroid sebab dengarnya masih banyak naskah tidak terjual. Segereeee beli Polaroid!

Aku macam nak demam ni.

Aku tengah buat susun atur keseluruhan buku seterusnya Saat. Oleh sebab ada kemungkinan akan dicetak, jadi aku susun semua sekali berdasarkan saiz untuk cetak dan juga buat kaver. Nasib baik kat kafe banyak gila buku terpakai dan aku boleh buat rujukan saiz. Buku seterusnya ni buku skrip pentas, jadi aku pun amik feel dan saiz buku skrip yang ada. Cuma agak leceh sebab aku tak pernah tulis atau betul-betul baca skrip, jadi agak tak reti sangat aku macam mana nak susun. Jadi aku ingat, aku terai je la buat sambil rujuk balik kat Saat okey ke, betul ke format dia. Saat memang dah ada idea kasar untuk kaver, jadi aku olah balik, dengan berikan warna dan gambar latar. Kebetulan dari gambar tu, memang warna lembut, jadi kaver dia secara automatik jadi warna lembut jugak. Sekarang ni memang kebanyakan buku menstrem semua warna lembut (sebab tu pembaca dia semua jadi lembik) jadi aku cuba into scene yang tak into scene sangat. Gambar bawah ni Saat minta tukar, tapi aku mungkin akan kekalkan warna yang sama la kot. Tapi tak sama sangat, sebab aku dah boleh agak dari segi editing, dia takkan dapat jadi warna sama macam bawah tapi sipi-sipi.  



Kebetulan juga, sebelum mula buat projek buku skrip ni, aku ada la cuba-cuba membuat kaver untuk zine seterusnya, dan kebetulan ia juga berwarna lembut. Malah paling lembut aku pernah buat kot. Mosyuki kata ini tak mencerminkan buku-buku aku, sebab buku aku biasa warna gelap (sebenarnya dia nak cakap pasal kaver zine aku yang dua ketul sebelum ni). Tapi sebenarnya, perkara yang mencerminkan buku aku ialah perempuan seksi, tapi yelah, dua zine sebelum ni, tak ada perempuan seksi untuk dijadikan kaver. 

Aku saja buat mock cover ni sebab untuk novelet seterusnya, idea dan arah tuju dah ada, cuma belum tulis dan belum ada judul (ye, judul di bawah cuma saja je aku letak, tapi Beduk cakap sedap juga tajuk ni, tapi masalahnya nanti nak menyebutnya aku tak reti. Yeee, kau ingat Neesa reti sebut Schadenfreude keee). Jadi mungkin novelet seterusnya paling cepat keluar pada pertengahan tahun, tapi aku syak mungkin hujung tahun baru siap. 



 

Aku dah macam nak tulis sesuatu tentangnya tapi lepas tu aku fikir, takpelah.

Kalau bila-bila masa akan datang, aku baca ni balik, sekarang adalah antara waktu di mana pengakuan secara anonim di NGL tweetfemes adalah konten yang paling popular di twitter. Aku dulu masih boleh terima lagi kalau ada pengakuan secara anonim di akaun-akaun macam Tweet Secret tapi kemudian bila ia mula perlahan-lahan beralih kepada influencer, aku terfikir, memang agak teruk juga hidup korang berpaksikan selebriti media sosial. Aku fikir hidup berpaksikan selebriti sebenar pun dah cukup menyedihkan,  ini lagi pula acah-acah selebriti.

Tapi ada satu pengakuan NGL, yang pada awal sebelum semua orang sibuk mengadu dan bertanya kepada influenza ni, yang sentiasa aku ingat. Walau aku tak ingat begitu detail, tapi dia lebih kurang tentang seorang isteri yang mempunyai kawan imaginari yang selalu menemaninya di rumah, kerana dia seorang surirumah. Dan kawan imaginarinya ialah bekas teman lelaki pada waktu sekolah, cuma ia agak platonik, kerana kawan imaginari ini kekal pada umur mereka bersama, walau dalam kehidupan sebenar, bekas teman lelakinya sudah dewasa sama seperti surirumah tadi, dan sudah kelihatan tak sama langsung seperti kawan imaginarinya (bayangkan kau umur 17 dengan umur 30, lebih kurang macam tu la). Aku tak ingat apa yang diluahkan, tapi dia rasa kehadiran kawan imaginarinya buat dia tak rasa sunyi.

Aku tak pasti jika ia akan ada apa-apa terkait dengan aku, tapi setiap kali teringat pengakuan tu, ia akan buat aku mahu terus duduk di depan komputer dan sambung menulis. 

Penat.

Sebenarnya aku sibuk. Sibuk sakit, sibuk kerja, sibuk nak membaca, sibuk nak menyunting, sibuk nak menyusun, sibuk nak menulis, sibuk kemas rumah, sibuk nak tambah produk kat kedai shopee, sibuk nak bega motor, sibuk nak perbaharui cukai jalan (kereta dan motor sekali huhu), sibuk nak senam, sibuk nak kuruskan badan, lepas tu entah lah.   

Masa ni, biodata aku akan jadi singkat.

Selepas berbual dengan seorang penerbit, yang di mana aku pernah bercadang untuk menulis di bawah penerbitannya, aku rasa ia sedikit menyegarkan perspektif untuk hala tuju akan datang. Dia lebih kurang macam ni, aku pernah bercadang untuk terbitkan kumpulan cerpen dengan seliaan penerbitan ini (selain dari mempelbagaikan penerbitan, paling utama ialah untuk menimba pengalaman dengan penyunting yang berbeza) dan dah siap habis tulis pun; tapi ketika menulis, ada terfikir yang mungkin tidak kena dengan gaya penerbitan (tapi aku dengan steady hantar je sebab paling utama ialah untuk tunggu maklumbalas, sama ada mahu teruskan atau tidak, semua terletak pada penerbit). Habis tulis pula, kebetulan, aku masih lagi berkonflik dengan diri sendiri tentang hala tuju sendiri, sama ada mahu menulis serius atau kekal dengan hala tuju sedia ada; hinggalah kemudian, telah menemui epifani, menarik balik semua tulisan yang telah dihantar dan akan mulakan semula dari awal - sebab telah menemui jawapannya; hal yang paling penting ialah aku patut tulis apa yang aku nak tulis, kedua, aku rasa nak menulis gaya serius, jadi ya, aku patut tulisnya sebab aku nak, dan tak semestinya aku kena kekal dalam gaya begini. 

Kebetulan juga, ungkapan pertama yang penerbit berikan bila aku cakap, aku nak tulis balik, dia cakap, tulis benda lain. Kalau aku biasa tulis cerpen, jadi tulislah novel. Masa dia cakap tu, aku tak terfikir sangat, tapi lepas tu aku fikir semula, wow, betul juga tu. 

Jadinya, hala tuju akan datang, selepas menyelesaikan beberapa penulisan yang tertangguh, aku akan mula menulis novel, dalam gaya sastera. 

Jangkaan untuk siap tulis draf pertama ialah dalam masa tiga atau empat tahun (lama sebab aku tak ada material atau idea langsung - tapi elok juga kot, aku tak payah bawak apa-apa dari penulisan lama dan teruskan dengan gaya sastera).

Bunyi dia macam dah fedap tapi belum tapi dah jugak

Sebenarnya aku selalu rancang lepas tu aku lupa apa aku rancang, lepas tu aku buat rancangan baru. Okeh, sebab aku dah konfius, aku rancang nak baca balik blog ni dari sampai habis dan catat apa benda perancangan aku selama ni. Setakat yang aku ingat ada dua benda yang aku belum pernah tulis dalam prosa; novel dan cerpen pendek. Cilakak dua-dua sama susah, tapi ada kemungkinan novel dulu kot. Tapi itu pun tak tahu bila.

Setakat semalam, lepas aku  rasa macam malas dah nak menulis (dah rasa macam nak buat lawak, dengan ini saya ingin mengumumkan persaraan saya dari menulis, kita akan jumpa lagi beberapa tahun bila saya buat reunion) aku rasa nak setelkan semua yang dalam draf dan pending lepas tu baru duduk rilek-rilek. Habiskan segala stok buku dan zine yang ada, lepas tu duduk tepi. Sebenarnya aku terfikir untuk baring la. Sebenarnya selalu rasa macam dah malas campur murung sikit nak bergelut untuk tulis dan jual buku, tapi selalunya aku akan rasa okeh, habiskan semua dalam draf. Jadi aku pun geledah, apa yang agaknya aku kena setelkan untuk bersara ni. Yang paling jelas, ialah kumpulan cerpen. Ni mungkin akan dikeluarkan sebagai buku swaterbit, ya, bukan zine tapi buku. Mungkin akan hasut beberapa kawan yang nak keluar material untuk keluar sekali. Yang cakap nak buat zine tu dengan seorang lagi yang aku ada tolong kumpulkan cerpen dia. Lepas tu sorang yang selalu bagi buku elektronik percuma tu pun macam elok juga ajak. Aku ingat dalam tahun ni, aku nak keluar dua material je, buku cerpen dengan zine novelet.

Buku cerpen ni ada lagi empat yang dah tulis tapi belum siap, dan empat yang belum tulis. Yang dah siap ada tujuh. Okey la tu. Lepas tu, zine ni bila aku riki-riki, ada tiga. Jadi, mengikut pelan asal, aku buat je lah satu. Lagi dua tu, tengok la kalau aku rajin. Tapi bawak ke tahun depan juga tu. Kalau setel, menjadikan zine total ada lima. Bolehlah jugak box set. 

Okeh, kumpulan cerpen (1), zine (3 iaitu 2 novelet dan 1 cereka) dan yang perlu ditulis lagi ialah novel (1) dan cerpenpen (1). Nampaknya belum boleh bersara lagi nampaknya. Tapi nak bersara jugak ni. Ah, okey la, aku setelkan enam bendalah ni lepas tu aku bersara. Perkara pertama aku buat masa bersara ialah tulis skrip filem. Berfungsi jugak bersara menulis (benda lain) dengan menulis (benda yang lagi lain). Bila aku nak menulis muzik pulak? Terpaksa aku cuba buat semua serentak. 

Aku sebenarnya dah rasa givap dah, tapi masa givap ni la ada orang jemput buat borak buku la, bual bicara buku la, sebab dah rasa terlambat sebenarnya, tapi nak terlambat mende, belum umur pencen lagi kot. Haaa macam tu la perasaan aku. Selalu aku rasa nak givap lepas tu rasa mendee baru sampai mana je nak givap ni. 

Di antara masa sengkang.

Setakat ni yang terlintas dalam kepala adalah; transkrip sebuah mimpi dan membahagikan novelet. 

Mimpi semalam aku sempat tuliskannya sebelum terlupa dan ada rasa macam ia seperti pembukaan sebuah novel dan sekarang tengah berkira-kira untuk merangka novel. Cuma nampak sangat mentah dan mungkin boleh kumpul dulu sebelum betul-betul ambil keputusan untuk tulis. 

Sementara itu, novelet terakhir yang ditulis, mungkin akan dibahagikan babnya menjadi cerpen. Jadi ada 2 cerpen. Dan bab ketiga yang belum ditulis, mungkin akan jadi cerpen lain, bukan sambungan cerpen ketiga. Okeh, setakat itu saja buat masa sekarang. Tengah sibuk menyunting dan menyusun kumpulan cerpen Beduk Logam dan juga Saat O. 

Okey la semangat sikit.

Punya la bercelaru kelmarin sampai bercampur guna aku dan saya dalam entri kelmarin. Kahkah. Padahal kelmarin dah beria juga semak untuk pastikan tak tertukar aku dan saya, sekali tak perasan jugak la. 

Baik, walau saya memulakan hari pertama 2024 dengan sakit kepala (bukan pening) dan juga rasa tak semangat, tapi semalam ada rasa naik sikit la semangat (tapi dia naik bukan terus jadi naik semangat, dia naik kepada par sifar, jadi macam tak teruja tapi tapi bukan murung tapi ada sikit riang). Lepas ada rasa macam nak berhenti menulis sebab ada rasa macam tak ada arah tujuan je menulis ni sebab tak ramai pun yang beli, semalam tiba-tiba ada orang beli. Ada beli melalui pos dua-dua novelet, dan ada yang datang kafe beli novela (dan juga borong buku-buku Laras yang saya jual-jadi dapat la komisyen hehe). Kemudian ada juga kawan yang membaca kedua-dua novelet dan komen dia lebih gemar Pandu Lebih Perlahan berbanding Hingar, pun rasa seronok juga. Walau sebenarnya kalau ikutkan Hingar adalah lebih peribadi, sementara Pandu adalah lebih kepada eksperimen tapi saya fikir ia menaikkan semangat jugalah. Pandu Lebih Perlahan adalah versi panjang untuk sebuah cerpen (baca sini) yang saya tulis untuk sebuah manuskrip tapi semasa menulisnya, saya agak spontan dan impromtu dan tulis je segala benda yang terfikir dalam kepala tapi lepas tu banyak buang semula semasa edit. Satu, sebab ia macam bersyarah sangat, dua, sebab dah panjang sangat, tiga, mungkin sebab sangat rambang. Lepas habis tulis, saya terfikir, mungkin saya patut masukkan segala benda yang saya buang, termasuklah hal-hal macam bersyarah ke, benda rambang ke, berda tak berkaitan ke, dan jadikan ia sebuah novelet yang saya sasarkan jadi menyesakkan, memeningkan, atau respon yang 'amende siak', atau 'kenapa aku gigih baca dia tulis pasal benda macam orang takkan tulis ni', atau 'ni cerita pasal apa siot', atau, 'ah ni tulis benda merepek panjang-panjang ni sebenarnya nak panjangkan ayat dan tebalkan mukasurat ni', atau terlalu bersyarah. Lebih kurang macam tu la. Sebab tu walau tajuk dia macam menarik, tapi setakat ni tak jumpa lagi orang komen pasal novelet ni. Dan menariknya juga, sebab akhirnya ada orang terfikir, okeh baca zine atau novelet sebagai bahan bacaan ringan.... sama seperti yang saya rancang, ia murah dan pendek, jadi boleh baca dengan cepat. Yaaa, benar kata Sufian, buku tipis tak semestinya boleh habis cepat. Hehe. 

Lebih perlahan untuk 2024

Pada penghujung 2023, Disember untuk lebih spesifik, saya ada rasa akan memulakan 2024 dengan garang. Saya tak ingat kenapa, tapi boleh kata pada Januari 2024 saya akan terlibat dalam sebuah persembahan dan jadi salah seorang pelaku utama. Walaubagaimanapun, memasuki 2024, malah pada malam menjelang ambang 2024, saya rasa macam sedikit hambar. Ada rasa macam sekali lagi nak hiatus. Tak pasti kenapa, tapi bila fikir semula, banyak juga hal yang hendak diteruskan dan macam tak boleh nak hiatus. Lepas tu saya fikir, biarlah sebab memang dari awal lagi saya jangka untuk awal 2024 adalah untuk diri sendiri. Mungkin tiga bulan pertama saya lebih banyak menyepi, tapi hal-hal berkaitan kafe dan penulisan masih perlu kemaskini seperti biasa. 

Berkenaan material penulisan, novelet ketiga sudah hampir habis ditulis, boleh kata ia cuma tinggal 1% saja untuk siap, tapi saya telah henti menulisnya pada hari terakhir 2023 (kebetulan ia sama dengan tarikh akhir yang ditetapkan) dan hanya akan sambung pada masa akan datang, masa yang saya sendiri tak ketahui. Kalau ikut, novelet ini ditulis adalah untuk sebuah penerbitan tapi, pendek cerita, boleh kata tak jadilah nak terbit atau hantar pun. Dan saya tak ralat pun tiba-tiba terpaksa ambil keputusan begini sebab kalau ikutkan, novelet ini ada tiga bahagian dan seperti biasa, saya cantumkan ia dari tiga cerpen berbeza. Tapi sepanjang proses penulisan ini berjalan, saya ambil keputusan untuk guna dua cerpen pertama saja, sebab satu, kuota perkataan dah cukup, dua, sebab cerpen ketiga ada jarak masa yang aku tak fikir logik. Untuk faham, lebih kurang camni, cerpen satu dan dua, berlaku dalam tempoh 24 jam yang sama. Cerpen satu mula petang ni dan cerpen dua mula pagi esok (dan habis pada petangnya) sementara cerpen tiga, lepas setahun. Jadi, bagilah masa untuk saya fikir sama ada perlu habiskan takat cerpen dua, atau sambung beberapa lagi cerita lain sebab boleh je sambung jadi novela. Ada asas idea untuk masukkan tapi nantilah. Tapi lagi satu yang saya fikir tak ralat walau tak habis ialah, cerpen/bahagian satu dan cerpen/bahagian dua ni adalah antara idea lama yang saya dah simpan, mungkin sejak dari awal saya menulis lagi, sama macam Hingar, dan akhirnya berjaya juga menulisnya, walau ia tak sama seperti yang saya bayangkan awalnya. Ada watak yang saya memang khususkan dia sebagai seorang FL (ini dalam konteks era Tumblr) kemudian saya ubah jadi seorang DS (dalam konteks Twitter sebelum X dan boleh kata semasa X juga) dan kemudian akhirnya saya ubah lagi jadi OF (pasca Twitter kot, atau mungkin era penstriman langsung) dan lepas tu saya buang semuanya dan dia jadi watak biasa. Mungkin akan perkenalkan kembali perwatakan ini dalam masa akan datang. Masa tulis novelet ni, ada rasa mungkin ia tak begitu digemari oleh pembaca sebab ia mungkin tak terlalu permukaan. Tapi entahlah, sebab pernah ada pembaca yang teringatkan cerpen saya di dalam Svara, jadi saya fikir yang novelet ni pun mungkin sama. 

Okey, awal tahun 2024 mungkin bermula dengan celaru untuk saya, walau saya ada rasa teruja menunggu 2024, jadi berilah saya masa untuk jalani hidup dulu sebelum mula fokus kembali nak buat apa. Setakat ni saya akan simpan novelet terakhir ditulis pada 2023 (siap rekod rujukan lagu apa yang saya dengar ketika menulis, mana tahu nanti nak sambung, kena sambung dengar balik untuk dapat mood), ada sejumlah cerpen yang saya tulis, tapi bercampur cerpen yang saya suka gila (banyak) dengan cerpen yang saya rasa memenuhkan manuskrip (macam tak banyak), semua ni simpan saampai saya dah ada idea nak buat apa dengan semuanya. Sementara yang masih belum tulis, novelet keempat, yang ni memang agak menarik untuk ditulis jadi saya akan perlahan-lahan tulis. Ada satu material zine yang juga belum ditulis/siapkan, cereka dalam bentuk patah kata dan gambar; yang ni kena tunggu cukup material bertulis, sebelum boleh mula betul-betul pilih gambar, walau ada rasa aku patut mula je pilih gambar. Dan juga novel, macam biasa, aku mesti tak ada perancangan langsung untuk bagaimana menulis novel tapi masih nak tulis jugak. Aku tak tahu nak fokus menulis ke tak tahun depan. Mungkin aku fokus baca dulu, dan menulis ni buat santai atau sambil-sambil kot. Aku syak, aku target nak keluar lagi satu novelet sebab nanti aku nak jual novelet 3 buah RM50, sebuah RM15 sampai orang tanya kenapa beli 3 lagi mahal. Kahkah. 



Okeh, untuk rujukan entri ni:

FL - free lance

DS - dark side

OF - onlyfans

senarai lagu dan main lagu dari novelet yang tak berjudul

1. https://open.spotify.com/track/1A0SVbPYh76qzwtnlAkgH5?si=2377b1ef75944b5f

2. https://open.spotify.com/track/4YSOlJJoFu4vfZYJUiewl9?si=1918782389ee4ec4

3. https://open.spotify.com/track/2LQZ32XuFlkcoEUDSG6BMT?si=8f8a5864a9424269

4. https://open.spotify.com/track/09eWF5r8kasfOEp8RFRQLv?si=653405642ea743b3

5. https://open.spotify.com/track/5hkQFKFRrr5gKdbbxsg6Lj?si=aa24b9eb3d2a4057

6. https://open.spotify.com/track/1RV4ibzfQKOYisbT5GY3Mg?si=66c4001a09824dab

7. https://open.spotify.com/track/0Vk3H9BNPmaa6Be1RGpy4V?si=9c58b0dc04d7495e

8. https://open.spotify.com/track/5iUrGfRTWwjm3eoNeblllJ?si=43429ffa826142fc

9. https://open.spotify.com/playlist/3wywsKREkEKwMeq7nzZ2OX?si=03fc4ab233184925