Tab mandi. Julai yang tak habis. Stesen petrol. Kafe.

Balik dari lepak dengan Sufian (ye, aku dah sampaikan yang korang suruh dia tulis dan rilis material baharu) dan tiba-tiba dapat cetusan idea baru untuk Kafe tapi macam biasa la, ia tak patuh syariah. Aku patut buat Kafe side-B kot.  

Rasa macam lambat juga bulan Julai ni, macam tak habis-habis.

Rasa macam produktif gila hari ni, aku pun tak ingat apa aku buat. Rutin macam biasa kat rumah, lepas tu aku siapkan poslaju pesanan (boleh kata novelet dah habis jual, cuma tinggal beberapa yang masih pending lagi bayaran, tapi kalau tak jadi pun tak apa, sebab kalau ada yang nak, aku cakap dah habis, tapi kalau ada yang tak jadi, aku boleh je la jual), lepas tu buat tuntutan insurans untuk cermin kereta lepas tu buat pendaftaran untuk penerbit baru dan permohonan ISBN dan PDP (tapi ni belum siap lagi). Kira banyak juga la aku setel hari ni. Malam ni pulak jumpa Sufian dan malam esok jumpa Saat dan Beduk - semua hal berkaitan buku. Aku syak lepas ni mesti aku sibuk lagi sikit ni. Dah buka kafe nanti lagi sibuk kot. Semoga dimurahkan rezeki untuk pakai MT15 (nak pakai MT25 ekor dia tak cantik, nak pakai MT09 cuak juga laju-laju).

Ada lagi dua naskah tinggal. Cepat le beli.

Aku dah lupa la masa pertama kali jual zine tu berapa lama aku habiskan untuk setelkansemua naskah, tapi kali ni aku ada rasa macam perlahan juga; mungkin sebab kuantiti yang lebih sedikit, dan kali ni lebih sikit pendedahan berbanding sebelumnya, sebab tu aku rasa mungkin akan terus habis sebelum dua puluh empat jam. Dan mungkin ini kira tinggi juga jangkaan aku untuk habis dalam masa dua puluh empat jam, tapi takpe lah, pada aku kira bersyukur juga lah laku (sekarang dah tinggal dua naskah je nak setelkan - tak termasuk naskah pending, ada lebih kurang lima atau enam yang aku simpankan sebab dah tempah tapi belum lagi sahkan lagi urusniaganya). Dan boleh tambah dana untuk buat cetakan yang elok sikit. Aku syak mungkin sebab tu kot, tunggu je terus edisi yang elok. Dan lagi satu, mungkin sebab hujung bulan sangat kot. Aku kejarkan sebelum habis Julai, dan aku ada rasa biasanya dah hujung-hujung ni biasa orang dah gaji, tapi mungkin ada yang belum gaji kot.

Aku kira, kali ni mungkin corak pembeli adalah sama seperti sebelum ni, tapi tak serupa walaupun sama. Maksud aku, aku jangka pembeli yang sama juga setiap kali yang beli, dengan pembeli yang rambang. Cuma pembeli yang sama memang tetap beli, tapi ada yang dah tak beli, ada juga pembeli rambang beli, tapi bukan dari yang pembeli sebelum ni (maksudnya, dulu ada yang aku tak kenal beli, aku ingat kali ni dia akan beli, tapi tak beli). 

*

Beberapa pengalaman jual beli kali ini:

Aku agak kekok juga bila pembeli memanggil aku encik ketika berurusniaga di dalam teks mesej, tapi aku tak fikir menegurnya atau memberitahunya secara kasual, tak perlu panggil encik, rasa macam lagi janggal. Ia macam, oh tak perlu panggil encik, panggil saja........ okeh, aku dah jem nak suruh panggil apa.  Okeh, aku potong sampai, oh tak perlu panggil encik. Tapi lepas tu nanti pembeli tu jem pulak nak kena fikir nak panggil aku apa pula. Tapi aku dah terfikir dah lepas setel semua tadi, kalau lain kali ada orang panggil aku encik atau tuan, aku akan balas balik dengan puan/tuan/encik/cik kembali. Bukan untuk kembali sinis ke apa, aku fikir, ia untuk mengembalikan rasa hormat.

Jangan lupa letak buku lain juga dalam promo atau iklan, maknanya kat bawah tweet tu boleh la letak sekali buku apa ada. Kadang ada pembeli memang nak beli buku lain, jadi kebetulan aku ada keluar material baru dan juga rilisan lama yang dia juga nak beli, jadi boleh jimat kos pos sekali jalan. Dan, yang paling penting, biasanya aku lembut hati sikit. Jangan la korang tanya nak diskaun ke apa, automatik aku bagi diskaun je terus. Siapa yang pernah berurusan dengan aku masa awal-awal, memang tau la, aku jual murah gila, sebab aku rasa macam segan nak caj mahal-mahal (padahal itu la harga asal dan mengikut pasaran). Sekarang kurang sikit la diskaunnya, tapi kurang-kurang ada la. Kadang-kadang aku fikir lantak je lah kot, aku dah fikir habis-habis tentang harga, jadi aku rileks je lah lepas tu tak fikir dah. Tapi aku masih menerima maklum balas dari pembeli, maknanya jika kalau harga mahal, aku akan terima, dan mungkin akan tanya berapa yang dia fikir sesuai. 

Ada rasa banyak desakan dalam diri, dan juga luar untuk aku mulakan penerbitan dalam skala kecil. Secara jujurnya, modal tak banyak sangat pun, dan ada beberapa hal yang aku nak kena ketahui (macam ISBN dan hal-hal percetakan, oh dan juga edaran) sebelum mula. Tapi bila fikir semula, rasa kena ada pasukan baru la berani sikit kot. Okeh takpe, nanti aku fikirkan macam mana.  

Ayuh beli zine aku segera.

Okeh, aku dah mula jual novelet edisi DIY-AF lepas setel fotostat semalam. Macam aku cakap sebelum ni, ada rasa macam terfikir nak cari tempat lain untuk fotostat, sebab edisi demo hari tu, karbon dia dah tanggal-tanggal. Ada naskah yang aku pos pada Afiq hari tu, nampak juga bahagian gambar kat depan kaver dah banyak tanggal. 

Jadi, lepas solat Jumaat hari tu aku fikir nak satu pergi kedai ni. Cerita dia, aku cuba la google apa kedai fotostat yang ada dalam kawasan tempat tinggal aku ni. Aku macam heran jugak kenapa macam tak banyak, dan lagi heran ialah dia tak cadangkan pun kedai-kedai yang selalu aku nampak bila keluar hari-hari hantar dan ambil Ariana tu. Maksudnya dalam senarai tu, kedai-kedai tu tak ada. Mungkin diorang takde google review ke apa kot. Tapi pelik jugak kedai fotostat dan cetak takde google review.

Dalam banyak-banyak senarai tu, ada satu kedai je yang nampak meyakinkan. Selain dari latar papan tanda dia warna merah jambu pekat, dan beberapa reviu yang bagus, tapi itupun dah berapa tahun lepas punya reviu, aku dah siap belek laman facebook dia dari awal sampai sudah, memang tak banyak sangat kemaskini. Tapi aku fikir, okey la kot boleh cuba. 

Masa aku nak ke sana tu aku dah fikir, ni kedai papan tanda merah jambu, ni mesti perempuan punya kedai dan bayangkan kedai dia mesti lawa atau kemas. Paling kurang, sama elok dengan kedai sebelum ni, atau satu kedai yang sebelum ni aku suka pergi tapi dah tutup sebab pemiliknya dah meninggal. 

Jadi, aku memandu ke sana, dan nampak macam sempit juga kawasan dia, sebab macam di depan kawasan rumah-rumah pekan/separa bandar jadi aku lajak sikit jalan jauh sikit. Bagus jugak jalan kaki ni sementara aku tengah diet tapi malas nak bersenam, tapi muka dah kecik sikit. Masa sampai depan kedai, oh aku boleh je parkir depan kedai dia, tapi maknanya aku akan blok jalan situ (tapi sebenarnya memang okey pun, sebab kedai sebelah dia tak bukak dan tak ada orang pun ada kat situ sangat).

Masa sampai depan kedai dia, aku jem kejap, kenapa ada kaunter dekat depan pintu kedai. Rupanya kedai dia tak boleh masuk. Hanya tekan loceng dan berurusan kat kaunter tu. Aku tekan loceng, lepas tu ada seorang pakcik ni keluar (kan aku cakap tadi aku ingat ni kedai perempuan). Dia sebenarnya ada je kat depan tu, cuma aku tak nampak sebab pintu dan dinding kaca dia ada pasang lapisan gelap. Aku macam, okey, dan tanya fotostat depan belakang sekeping berapa sen.

Dia jawab lebih kurang macam ni, ni kita tak kira sekeping, kita kira depan belakang sebab depan belakang ada fotostat..jadi, depan belakang ni sekeping sepuluh sen. 

Aku dah macam terkejut jugak. Satu sebab dia mainkan perasaan aku kejap masa awal tu dia cakap ni kira depan belakang. Dua sebab sepuluh sen je. Kedai lain semua kalau macam tu sekeping dua puluh sen. Aku pun cakap okey lah.

Sambil tunggu dia fotostat, aku tengok sekeliling, wah, macam tak terurus juga kedai dia. Kaunter dia pun tak lawa. Siap ada ikat tali dekat pintu. Dan macam-macam lain lagi la, termasuk yang dalam kedai yang sempat aku intai dan juga yang mana boleh tembus pandang dari cermin. 

Aku dalam hati sekilas tu terfikir dah, ni murah ni mesti macam kedai hari tu yang tercabut karbon dia tu. Tapi oleh sebab aku memang dah tawakal je, so aku okey je, sebab ni semua memang percubaan la. Lama juga aku tunggu, tapi tak lah lama sampai sejam, cuma rasa hari tu aku fotostat macam tak lama tapi aku fikir sebab kali ni sekali ganda kot, mungkin tu lambat sikit. 

Lepas dah siap, pakcik tu panggil dan semua zine tu dah siap dia asingkan (setiap naskah melintang atau menegak untuk membezakannnya) dan masukkan dalam bekas kertas A4. Aku macam, oh patut le lama. Sebenarnya kalau tak asing pun tak apa je, sebab nanti aku masa nak ketip pun, akan aku asingkan. Tapi aku akui memang lagi senang la masa ketip tu takyah mencari. Lepas bayar tu aku masih belum rasa apa-apa sangat, kira belum cukup kagum la.

Sampai kat rumah dan susun zine tu baru aku rasa kagum gila. Sebab dia bagi aku sekeping sepuluh sen, lepas tu hasilnya memang mantap. Maknanya karbonnya tak tertanggal dan warna pekat. Aku ingat kalau lain kali nak fotostat kena bagi kurang gelap gambar untuk bagi jelas. Aku macam, patut la aku letak nama kedai bila aku buat zine DIY-AF lagi ni. 

Dan aku rasa macam nak print je zine aku kat sana, sebab macam ada rasa ia akan jadi cantik sikit sebab aku cetakkat rumah dia lari sikit dan membazir ruang. Takpe, nanti aku akan rilis satu zine rahsia, sepuluh keping je, takkan beritahu tajuk, isi, atau apa-apa pun, dan akan minta siapa yang beli tu untuk rahsiakan juga. Dekat dalam zine, aku akan tulis 'naskah ini tak wujud, dan anda sedang memegang ketiadaan'  

Dilema juga nak tengok Mission Impossible ke Barbie.

Hari ni patut aku jumpa Syuk nak tengok kafe baru, tapi tak jadi. Oleh sebab hari ni Rabu dan aku dah pandai pergi MBO, jadi rasa nak pergi tengok Barbie hari ni. Baru RM10. Kalau tengok kat SCM mau dekat RM20. 

Jadi aku buka la laman web MBO, cuba usha panggung penuh ke kosong ke. Tapi sebab pagi lagi aku rasa memang kosong lagi kot. Aku tengok Barbie pukul 3 lebih ke 2 lebih, baru ada dua orang beli. Mission Impossible pulak kosong takde orang beli lagi. Aku syak macam besar kemungkinan, aku sorang je dalam panggung kalau aku beli Mission Impossible ni.

Terus aku terfikir, bayangkan kalau korang tengok cerita seram atau hantu (aku tak minat filem seram dan hantu), dalam panggung tak ada orang lain, duduk sorang-sorang je dalam tu, tayangan malam, lepas tu tengok dekat Space U8 yang memang macam mall tinggal. Pehhhh. Ni kalah Imax punya pengalaman nii.  Lepas tu dia lagi seram bila tengah tengok tu baru perasan ada orang lain dalam panggung tapi tak perasan bila dia masuk, atau sejak bila dia ada situ. Penampilan pulak mencurigakan. Kahkah. Real, real.

Seronok tengok harga ayam murah. Aku harap harga daging lembu pun murah jugak lepas ni.

Aku rasa sebelum ni kalau pernah aku nyatakan kat sini, yang aku suka beli ayam ikut bahagian yang spesifik saja, biasanya bahagian keseluruhan kaki - paha dan atas paha, sebab aku rasa ia lagi jimat dari beli ayam sekor; jadi aku rasa macam nak ubah balik pendirian ni.

Dulu aku selalu fikir, dari aku beli sekor ayam, baik aku beli bahagian yang spesifik sebab dapat lagi banyak bahagian yang memang boleh makan dan kegemaran, berbanding beli ayam seekor sebab kepala dan isi ayam yang tak dimakan pun dia timbang, dan ada bahagian yang tak berapa banyak isi - macam isi ayam, hati, pedal, atau sedikit bahagian pada  rusuk dekat dada atau beberapa bahagian kecil yang dekat badan, dan juga belum masuk tulang dia, jadi aku rasa beli bahagian yang spesifik lagi murah - tak ada bahagian yang tak dimakan kecuali tulang, dan juga sebab ia bahagian daging yang sedap. Lagi pula, waktu tu aku kira secara congak dalam kepala, mungkin bezanya dalam empat lima ringgit saja setiap kilogram.

Tapi sejak walaun asyik cerita barang mahal, aku mula perhatikan semua harga yang ada dekat bahagian ayam dan daging kat pasar raya. Aku tengok kaki ayam harga berapa, pedal berapa harga, keseluruhan kaki harga berapa, dada saja harga berapa, tengok harga daging beku siap potong berapa, perut lembu berapa, paru lembu harga berapa tapi sejak kebelakangan ni aku asyik perati je harga ayam seekor. Aku rasa masa sebelum PMX naik, harga runcit ayam memang biasa dalam sepuluh ringgit sekilo. Lepas beberapa bulan PMX naik, pelan-pelan harga ayam seekor mula turun. Sampai minggu lepas aku rasa mula pertimbangkan untuk mula beli ayam seekor, tapi aku beli tiga ekor la sekali beli, sebab biasa aku beli ayam memang banyak. Kalau sebelum ni, aku biasa beli ayam mungkin dalam enam puluh ringgit seminggu (itupun sebenarnya sebelum seminggu dah habis - ye lah, sebab aku beli ayam ikut bahagian spesifik, paling banyak aku ambil biasa dalam dua belas bahagian keseluruhan kaki, kadang enam puluh ringgit, kadang lapan puluh ringgit ikut berat dia sebab kadang dapat ayam kecik kadang besar). Jadi semalam aku pergi NSK lepas tu aku tengok harga ayam, rasa macam ni harga runcit biasa kot. Mulanya aku terbaca RM7.99 (ke sebenarnya memang RM7.99 tapi tukang timbang tu tersalah tekan RM7.79, tak tahu la, sebab memang aku tengok resit RM7.79 sekilo) aku rasa okey kot, dan ambil tiga ekor ayam, suruh dia potong dua belas (diorang dah sediakan papan tanda macam arahan juga la macam mana nak beli ayam dan juga jenis potongan yang ada, ada 4, 12, 24 - aku tak ingat sangat cuma aku ingat nak suruh potong lapan, rupanya takde potong lapan, potong dua belas terus). 

Lepas tu bila dapat ayam tu aku rasa macam banyak juga ayam tiga ekor ni, berat dalam 5.4 kilogram dan total harga ialah RM42.06. Bapak murah. Terkejut aku. Maknanya selama ni aku memang salah percaturan la. Maknanya kalau nak jimat, beli ayam sekor, bukan bahagian spesifik. Tapi kalau tak nak jimat dan nak makan sedap, korang beli je ayam ikut bahagian kegemaran. Dan bila dah siap bungkus tu aku rasa memang sangat banyak banding dengan kalau aku beli ikut bahagian. Dan kalau rasa macam tak best sebab bahagiannya terhad (sebab ikut anatomi seekor ayam), kalau dah beli tiga ekor, maknanya bahagian best pun banyak la juga. Aku rasa macam seronok pulak tengok kaki ayam ada enam, pedal ada tiga (kalau belah dua, dah enam), hati lagi, lepas tu paha pun enam, atas paha aku rasa macam ada dua belas, terus rasa macam, okey jugak eh. 

Dan lagi bagus ialah, aku tak payah potong bila balik nanti sebab diorang dah potongkan. Aku rasa mesti korang ingat dulu masa kerajaan cirit mentadbir, penjual ayam siap terpaksa caj kalau nak potong ayam, sebab nak bagi harga ayam rendah tapi tak nak rugi. Sekarang, bukan takat ayam harga murah, caj potong pun tak ada. Aku dengar jelajah rahmah tu lagi jual ayam sekilo RM5. Kalau ikut aku beli semalam 5.4 kilo, maknanya baru RM27. Bapak murah. Aku tak boleh bayangkan macam mana rasa gembiranya dapat beli ayam murah camtu. Haha.

Jadi balik rumah, waktu cuci ayam dah jadi pendek sebab tak payah nak potong, kalau ada potong pun, cuma potong kuku dan bersihkan pedal. Itu je. Aku bilas sikit lepas tu masuk dalam bekas lepas tu setel. Ke sebenarnya aku boleh suruh orang tu potongkan ayam aku yang bahagian spesifik tu tapi aku tak tahu benda tu boleh. Kahkahkah.

Cuma satu yang aku kesalkan ialah walaun walauntat walauntit yang beria nak menyatakan harga barang mahal. Maksud aku, kalau benda elok, tak perlulah nak buat persepsi sebaliknya. Sebab yang penting, harga barang turun, kita raikan la, gembira ke, bersyukur ke.

Itu la masalah kalau patuh berlebihan pada parti. Parti buat salah, pemimpin buat salah pun nak pertahankan. Sepatutnya pertahankan diri sendiri, rakyat, umum, jelata, sebab kalau harga barang turun, kita juga yang rasa. Bukan jenis reda je harga barang naik, terima je bulat-bulat oh harga barang memang naik, tak ada apa yang kita boleh buat. Sebab partiparti nibukan kepentingan kita, itu kepentingan orang politik. Kepentingan kita nak dapat hidup selesa, dan pentadbir kerajaanlah yang perlu buat polisi untuk bagi naik taraf hidup. 

Sekian syarahan politik saya. Jangan lupa undi saya nanti. Kahkah.

Edisi Diy-AF


Okeh, baru buat cetak Hingar Sunyi Eterniti untuk difotostat bagi Edisi DIY-AF. Berbanding Edisi Demo yang aku guna Words saja, ni aku guna Canva. Tapi macam biasalah, aku tak tau apa masalah mesin pencetak ke tetapan dalam komputer ke, dia nampak macam ada mengecil ke tengah sikit. Edisi Demo pun sama. Aku dah rasa macam nak beli mesin pencetak baru je. Mesti lari dia punya susun letak dia. Aku dah buat elok kat tengah, dia mesti akan ke tepi juga. Akhirnya aku fedap dan jadikan ia macam house style. Tunggu la edisi umum lepas ni, aku hantar kilang, tapi lambat sikit sebab kos dia mahal sikit. 

Edisi DIY-AF ada dua puluh dua keping, nanti lepas aku hantar fotostat baru aku war-warkan. Sebab macam nak cari fotostat yang elok sikit. Setakat yang sebelum ni, memang murah tapi kalau fotostat gambar, dia punya karbon akan tanggal. Aku periksa jurnalzine yang lepas, okey tak tanggal. Jadi ni maknanya memang murah tapi kualiti kurang sikit. Tapi rasanya kalau untuk tulisan nampak macam ngam. Mungkin aku hantar fotostat kaver kat tempat lain, isi kandungan dekat tempat lain. 

 

Saat cakap okey la budak-budak tu awal-awal dah didedahkan dengan filem macam tu.

Aku ingat kalau budak semalam tu cakap Oppenheimer pun dah macam tu, apa lagi agaknya kalau dia tengok Dune (part 1) pulak. Aku tak minat sai-fai tapi ada beberapa kraf penulis yang aku baca macam Hicthhikers Guide To The Galaxy (aku ada trilogi dalam lima bahagian dia) dan aku rasa nak kena ulang balik baca dan juga mula baca Dune.  

Mungkin patut maraton selebihnya filem Nolan. Dan kena tengok Barbie.

Semalam aku baru tonton Oppenheimer kat Space U8. Pertama kali pergi Space U8, aku rasa best jugak tempat dia. Tapi ye lah, cuma tak ada orang. Aku syak macam-macam boleh buat acara kat sini sebab luas gila. Dulu siap tiap-tiap minggu ada konsert Versus kat sini. Tapi macam biasa la, membudayakan muzik memang susah. Takat nak dengar layan perasaan je tu memang majoriti buat tapi untuk menyokong memang jauh panggang dari babi. 

Aku rasa kalau ada kompeni yang pendapatan dia memang banyak dari atas talian atau kompeni yang perlukan ruang kecil dan bekerja secara terpencil, bolahlah sewa ruang kat gedung ni. Tapi aku tak tau la murah ke tak. Cuma tempat ni memang boleh fokus la buat kerja, takde nak fikir makan apa sedap ke, nak pergi sana sini beli belah ke, sebab memang secara harafiahnya tak ada apa sangat kat sini. Mungkin tempat ni walau dah cantik gedung dan tempatnya tapi persekitarannya tak tumbuh dengan organik. Sebab tu terus mati. Tapi nak bertenang dan berfikir kat sini okey la, ye lah, macam kau pergi menenangkan diri kat tanah perkuburan. Memang zen habis. 

*

Sebenarnya aku tak bercadang pun nak tonton wayang semalam, walau masa Wayang Budiman hari tu Saat dah cakap dan ajak nak pergi tengok Oppenheimer kat Space U8. Aku teruja juga tapi yelah, aku sedar diri, mana ada duit sangat. Aku cakap minggu depan la, sekali terus maraton Barbenheimer. Dapat dekat budak-budak lain terus macam-macam idea dia. Aku ajak tengok Oppenheimer kat Imax sebab aku ingat semua orang pun terikut dengan dakyah filem ni kena tengok kat Imax. Walaupun sebenarnya aku macam ada idea nak tengok kat Imax lepas sebulan ke macam tu, sebab dengar cerita sampai berapa minggu ni Imax manjang je penuh. Ada yang malas nak tengok Barbie. Aku kena tengok Barbie sebab Ryan Gosling. Kahkah. Lepas tu ada jugak ajak maraton terus Oppenheimer, Barbie, Mission Impossible dengan Indiana Jones. Tu belum masuk cerita lagi tiba-tiba nak buat maraton kat rumah, pasang filem-filem Nicholas Cage. Aku apa lagi tambah nasi la, haa kita tengok filem-filem macam tu, Alien, Mission Impossible, Starship Troopers dan lain-lain filem macam tu. Lepas tu dia jadi, okeh nak tengok rumah siapa dan terus jadi okey kita gilir-gilir rumah. 

Aku syak boleh kot aku anjurkan acara tonton filem haram kat rumah. 

*

Okeh, berbalik kepada Oppenheimer, masa aku cakap dengan Saat tu, dia macam eh, bukan kata nak pergi minggu depan ke. Aku macam, esok kebetulan free. Nak tengok pukul berapa? Sebelas pagi? Dia terus bagi tangkap layar dekat MBO dan GSC. Aku tanya GSC mana ni? Dia cakap SCM, terus aku macam, kahkah tak payah lah sebab esok Ahad, kompom penuh. Memang dalam tangkap layar tu dah separuh panggung penuh. MBO dia tak tunjuk kerusi panggung, jadi tak tau la penuh ke tak. Tapi mendengarkan reputasi Space U8 aku malas nak fikir dah sebab... hehe. Lepas tu Saat tanya, siapa lagi ikut? Aku cakap kejap aku tanya Beduk. Bila aku tanya Beduk, kira maksudnya aku tanya Beduk sekali dengan Bob la. Beduk cakap pukul sebelas pagi tak sempat. Aku cakap, okey, pukul satu. Aku roger Saat, pukul satu okey ke? Dia cakap okey. Aku cakap Beduk okey pukul satu. Lepas tu dia tanya dah tengok ke, takut esok penuh. Aku tak tahu nak jawab apa, aku cakap je la tadi Saat tengok. Tu je la walaupun jawapan tak menyakinkan. 

Aku janji dengan Saat jumpa kat Rahmath pukul dua belas tengah hari. Aku rasa awal gila sebab boleh la kot minum dulu. Kebetulan pula aku bawa cekodok, boleh la makan sikit. Dengan kadang-kadang aku salah bajet masa, ingat boleh ngam sampai pukul dua belas, sekali lambat dua puluh minit ke setengah jam camtu la. Tapi semalam aku sampai ngam sebab aku keluar awal nak pergi isi minyak. Sampai je Rahmath, Saat dah tunggu kat motor, dan baru nak masuk Rahmath, aku ikut belakang dia. LEpas tu dia cakap okey jom gerak. Aku macam, eh terus gerak ke? Haah, nanti tak sempat. Aku macam, oh ingat Space U8 dekat je. Sebenarnya memang dekat, cuma pusing-pusing parkir-parkir naik lif apa semua, dekat setengah jam semua sekali. 

Lepas Beduk sampai, bari kitorang beli tiket (Beduk sampai sama dengan kitorang tapi dia parkir motor kat luar, kitorang kat dalam, jadi tunggu dia masuk dan naik). Waktu tu baru aku cakap, takut penuh ke apa, Saat steady je jawab, kalau penuh kita pergi lepak minum la. Bernas juga cadangan tu. Sedangkan aku pernah dari Segamat pergi ke Melaka untuk tengok wayang lepas tu segala tayangan penuh dan lepas tu kitorang lepak mamak je kesudahannya (ada diceritakan separa fiksyen di dalam antologi Tandoori Nan Sekeping) ni pulak setakat pergi Space U8.

Okeh, beli tiket, aku tengok dalam skrin, setakat ni, baru ada tiga orang beli. Kahkah.

Hari Ahad woi. Dah rasa macam tempah satu panggung untuk diri sendiri je ni. Ni maknanya okey juga la kalau nak datang lain kali sebab memang tak penuh. Aku tanya Saat pernah ke dia penuh, Saat cakap masa Ombak Rindu. Aku macam syak masa Mat Kilau pun sama kot kalau begitulah dia punya khalayak. 

*

Ulasan ringkas tentang Oppenheimer dari budak-budak (aku syak budak sekolah) yang duduk kerusi belakang kerusi aku beberapa baris;

"..baik tengok Mission Impossible."

*

Aku sebenarnya macam heran juga kenapa orang tak minat Tenet. Masa aku tengok Tenet, aku masih belum faham tentang perihal Nolan ke apa ke, aku cuma ingat Inception dan juga Dark Knight sebab dua ni memang aku minat. Masa tu aku belum tengok Interstellar. Pernah tengok Memento tapi tak faham - mungkin sebab takde sarikata. Dunkirk, Following, The Prestige dengan Insomnia tak pernah tengok. Trilogi Batman aku tengok semua tapi masih tetap rasa Dark Knight paling membekas. Biasa aku tengok filem, aku akan perhatikan jalan cerita dan cerita. Masa tengok Oppenheimer, aku boleh kata macam jalan cerita dia terus takde belok-belok pada separuh yang pertama, separuh masa kedua pula, baru nampak dia punya plot dan jalan cerita banyak belok belok. Rasa separuh masa kedua lagi suspens. Tapi macam biasa la, aku kena tunggu, beberapa hari, minggu atau bulan sebelum sesuatu yang membekas tu nampak bekas dia. Macam Tenet la. Lepas tonton kat panggung aku rasa menarik premis ideanya tapi aku rasa nak kena tengok balik sebab nak tengok secara terperinci dan lebih faham. Lepas beberapa bulan, dia datang balik teringat pasal Tenet rasa macam superb betul idea cerita dia. Jadi aku tengok lagi sekali kat internet. Semua jadi lebih jelas sebab ada beberapa babak yang rasa tak berapa jelas (tapi sikit je la).

Aku rasa, mungkin ada beberapa cara orang tonton filem dan ini aku pelajari dari Wayang Budiman.Sebab minggu lepas, masa tonton filem Wim Umboh, Pengemis Dan Tukang Becak, kualiti dia agak rendah (berkali-kali juga moderator Dr Norman minta maaf sebab hal ni, aku memang tak faham sebab minta maaf sekali okey kot, cuma mungkin bagi pihak penganjur, ia rasa macam sesuatu yang agak tak mencapai piawaian kot) dan tak ada sarikata, jadi memang agak bergelut juga memahami dialog sebab selain tak ada sarikata, bunyi juga agak berdengung dan tak jelas (Dr Norman kata mungkin masalah pembesar suara, sebab dengar di komputer riba, masih jelas lagi bunyinya. Aku ingat kalau aku kaya, aku taja Wayang Budiman terus tempat dia jadi macam panggung siap ada mesin espresso), jadi semua orang menonton berpandukan, sama ada visual atau jalan cerita. Aku memang tak faham sangat apa dia cakap, tapi aku cuba buat-buat faham dari butir kata selain dari panduan visual. Ada yang memang bergantung pada visual sepenuhnya. Tapi lepas tu aku perasan macam ada juga tak faham walau tonton ikut visualnya. Sementara aku yang tonton ikut pergerakan cerita, macam dapat tangkap hampir keseluruhan ceritanya.    

Aku syak mungkin itu jugak la sebab orang macam tak faham Tenet. Visual ada tapi tak mengikuti pergerakan cerita. Mungkin la. Sebab aku ada rasa macam kebanyakan filem yang dikategorikan sebagai prestij, macam tak begitu tekankan cerita, ia kabur dan banyak perkara tersirat (kedua-duanya sama ada sengaja atau tidak). Mungkin sebab definisi penting filem ialah visual dan bunyi. Entah, aku palatao je.

 

Oh ye, malam ni aku bawa juga kat Wayang Budiman yang baki empat tu. Kalau lambat, soriii


 Semalam dah siap cetak novelet baru, Hingar Sunyi Eterniti, edisi demo. Ada sebelas keping aku cetak (atau fotostat) dan setakat ni memang tak war-warkan pun, hanya bagi dekat Beduk dan Saat, siapa yang mengikuti diorang tahu la sebab ada letak kat media sosial. Sementara media sosial aku senyap je tak umum apa-apa. Hanya Afiq Rostam (penterjemah buku Api Kemarahan: Anarkis Pulau Buangan oleh Clement Duval) saja yang berani tanya dalam kotak dm lepas nampak pada perkongsian Beduk. Jadi sekarang ni baki dekat aku ada empat je. Kalau nak, apa lagi, kotak dm la (twitter atau instagram).

Menurut rancangan, edisi demo ni memang edisi saja buat susunan dia pelik dan jimat cermat dan takde banyak benda sangat nak letak sangat dalam ni kecuali novelet tu sendiri. Memang sasarkan untuk beri saja, kecuali kalau kena pos, aku akan minta duit pos je lah (tapi aku bundarkan la bagi ngam haha). Sebab tu ada sebelas je, sebab aku sendiri pun simpan dua cetakan, bagi sembilan tu yang aku edarkan secara rahsia. 

Edisi seterusnya, aku gelar edisi DIY-AF. Masih lagi guna cetakan fotostat, sebab tu aku panggil DIY-AF (do it yourself as fuck) tapi susun atur mungkin lawa sikit sebab ni aku akan susun guna Canva dan akan letak benda-benda lain selain dari novelet tu sendiri (macam kata-kata pujian, gambar-gambar dan bio). Dan kenapa masih cetakan fotostat sebab ada beberapa perkara aku nak cuba, pertama sekali untuk kos pos. Aku ternampak dekat pejabat pos ada satu lagi bungkusan parcel 500 gram yang bukan poslaju tapi harga dia murah nau. Hanya RM4.50. Dah lama aku usha. Jadi aku nak cuba. Tapi kebetulan tadi aku pergi pejabat pos, untuk pos yang edisi demo ni, aku cakap kat kaunter nak beli yang RM4.50 tu. Lepas tu baru la dia cakap kalau pakai yang RM4.50 tu seminggu baru sampai. Kalau poslaju sehari dua sampai (atau ikut mendiang Sammy, hari ni pos, semalam sampai). Dulu aku pernah tanya, diorang bantai cakap sama je. Lepas tu aku jem la, kenapa sama je tapi harga beza banyak kot. Aku siap cadang dekat Sufian pos guna bendalah tu sebab murah. Nak jadi cerita, masa aku nak beli tu, akak kaunter tu sebenarnya tengah upsell dengan aku, sebab poslaju sekarang tengah ada promo. Kalau bukak aplikasi Pos Malaysia, untuk parcel satu kilogram sekarang RM5 je. Tapi kena buat dekat aplikasi je. Masalahnya dalam pejabat pos tu mana ada line. Orang pejabat pos tu pun tahu. Aku dah la nak cepat je, ni siap nak kena muat turun aplikasi la tangkap layar la, jadi aku pun belah dan pergi ke pusat poslaju je. Kahkah. Nanti aku cuba la.

Okeh, lagi satu, aku perasan kalau fotostat gambar memang gambar tu akan cepat tanggal karbon dia, banding kalau setakat perkataan je. Aku berbelah bagi juga, tapi aku ingat, tak pelah, mungkin akan kurang sikit gambar, atau muka depan aku akan guna printer je.Mungkin la, nanti kita tengok macam mana pergi dia. 

Okeh, selepas edisi demo dan edisi DIY-AF, baru aku akan buat edisi cetakan umum. Ni aku akan hantar pergi kilang untuk cetak jadi macam zine yang elok sikit. Mungkin akan cetak dulu dalam lima puluh keping, supaya boleh letak juga kat kedai-kedai yang jual zine. (Oh lupa, edisi DIY-AF mungkin cetak dalam 20 atau 30 saja). 

Jadi dalam minggu depan kalau sempat, aku akan jual edisi DIY-AF. 

Pilihan.

Patutnya aku sekarang tengah sunting novelet dan siapkan untuk cetak edisi demo, tapi tiba-tiba aku ter-termenung dan lepas tu panjang pulak aku termenung. Aku tak ingat la pasal apa aku boleh termula termenung ni, tapi ni semua hal masa kat kampus dulu. (Kebetulan tadi aku ada kemaskini story kat ig gambar aku masa umur 20 tahun, dan ya, masa tu aku kat kampus dan tak banyak pun gambar masa tu, sebab aku rasa tak semua orang ada telefon berkamera dan juga sebab aku tak sempat simpan gambar tu kat mana-mana kot, gambar tu semua pun tangkap guna kamera digital. Dan masa tu ambil gambar boleh dikatakan hal yang masih berjimat cermat lagi, mungkin sebab nak jimat ruang dalam komputer, tak macam sekarang, dalam telefon aku pun entah ada berapa puluh ribu gambar yang aku pun tak tahu kenapa banyak sangat dan aku tak ada masa nak pilih satu-satu).

Aku rasa, sepanjang perjalanan hidup aku ni, mungkin ada beberapa yang aku fikir, akan mengubah perjalanan hidup aku, mungkin mengubah seratus peratus jugak kot. Aku siap fikir, silap-silap sekarang, aku masih belum menulis waima sebuah buku pun, atau kalau menulis pun, mungkin masih belum mencapai tahap seperti sekarang, atau mungkin kalau dah berjaya menulis buku tapi masih belum capai tahap sekarang tapi aku dah jual buku-buku tu lagi banyak dari sekarang. Mungkin sekarang aku belum kahwin dan ada anak. Mungkin aku kurus, lepas tu gemuk, lepas tu kurus balik, lepas tu gemuk balik macam sekarang. Atau mungkin korang akan selalu nampak nama aku dalam media massa. Entah.

Dulu masa mula-mula sambung belajar di kampus, aku ditempatkan di satu bilik kolej - ada empat katil, maknanya untuk empat orang. Aku masuk dengan ada lagi seorang penuntut yang sama batch dengan aku. Minggu orientasi, jadi kitorang masuk lebih awal berbanding penuntut lama. Nak jadikan cerita, walaupun pengurusan dah letakkan aku (dan lagi seorang tu) dalam bilik tu, tapi sebenarnya bilik tu ada penghuni lama dari semester-semester lepas. Kiranya, ada yang duduk haram kat bilik tu. Jadi, pendek cerita, lepas diorang semua naik semester, baru tahu bilik tu ada lima orang (sebab sorang duduk secara haram, tapi dia senior jadi yang baru masuklah kena mengalah). Oleh sebab diorang senior, diorang suruh kitorang cari bilik lain yang ada katil kosong, sama ada kitorang dua orang atau salah seorang lah, sebab dah ada satu je katil yang kosong. 

Jadi dalam masa beberapa saat tu, aku ada rasa macam, berbelah bagi. Aku tak tahu kenapa, tapi, aku ada rasa ia macam keputusan yang agak besar untuk aku ambil walau aku tak tahu apa dia. Aku ada rasa macam, sama ada aku nak hidup tenteram atau aku nak chaos! Sama ada aku nak hidup tenang dan pilih  selamat atau aku nak cabaran dan hidup mengikut acuan yang aku nak, walau ia melawan arus.

Akhirnya aku kata kat diorang, okey lah, takpe, aku pergi cari bilik lain. Aku tak pernah tahu apa akan jadi jika aku pilih untuk kekal dalam bilik tu, dan ada masa kalau aku bayangkan pun, ia akan masih kabur-kabur juga. Tapi secara ringkasnya, bila aku asyik terfikirkan hal ni, aku akan bayangkan, aku akan hidup dalam rock n roll. Mungkin macam rockstar. Mungkin korang pernah baca dalam entri sebelum ni, cita-cita dan minat aku yang utama bukanlah penulisan, dan kalau pernah baca biodata aku, aku ada tulis, menulis bagi aku adalah cara lain untuk menjadi immortal. Jadi apa cara yang utama? Muzik.

Betul, ni minat aku paling utama. Habis sekolah, aku beli gitar kapok dan aku belajar sendiri main gitar. Ada la juga orang lain tunjuk ajar, tapi minimal je. Lepas beli gitar, hari-hari aku praktis, siap bawa pergi tempat kerja, supaya bila tak sibuk, aku boleh praktis. Kawan-kawan sebaya aku tak ada yang minat muzik dan main gitar macam aku, dan diorang selalu ejek aku main gitar, tapi aku buat kental je. Masa dekat kampus je baru la bersyukur jumpa ramai kawan-kawan yang minat muzik, sampai masa kat kampus aku banyak habiskan masa dengan muzik, main gitar, main band dan juga sertai pancaragam (aku main snare drum) (sebab dekat markas pancaragam ada tempat nak jamming). 

Cuma sayangnya, bila belajar sendiri, banyak benda yang aku tak tahu. Lagi pula dulu bukan senang nak cari rujukan macam sekarang kat internet. Aku belajar main gitar, dalam setahun tu jari dah lembut (maknanya dah boleh main dengan sedap) tapi pengetahuan aku agak terhad. Dan tahap permainan aku, aku rasa dari dulu sampai sekarang memang tersangkut dekat situ je. Tapi sebenarnya aku ada peluang masa kat kampus dulu tu nak tingkatkan kemahiran aku. Bila? Ha, ni yang aku cerita pasal bilik dekat atas tu. 

Sebenarnya dalam bilik tu ada seorang senior yang memang power main gitar. Memang satu kolej tahu dia memang power gila main gitar. Kalau aku duduk sebilik dengan dia, memang kompom aku akan cuba usaha untuk dia ajar aku main gitar dengan betul. Tapi apa yang akan aku korbankan? Tak dapat A+ untuk MAT140, CGPA tak cantik, dan mungkin, aku akan belajar juga mabuk-mabuk, khayal-khayal, perempuan-perempuan juga. Silap-silap tak berjaya tamat pengajian. Mungkin la. Mungkin kalau aku berjaya tamat pengajian dan sambung lagi, mungkin lagi barai kot. Dan pastinya, aku akan lebih yakin untuk mengejar cita-cita dalam bidang muzik. Mungkin sekarang aku dah jadi muka yang biasa dalam kelompok muzik, kalau tak industri muzik. Mungkin aku takkan kenal siapa-siapa dari kelompok buku. Mungkin pembaca buku aku masih lagi tertunggu-tunggu buku kegemaran mereka ditulis. Mungkin aku tak kahwin lagi. Mungkin aku tak nak kahwin. Mungkin aku tak ada anak.

Entah.

Kalau ditanya jika apa aku fikir tentang pilihan ni, adakah ia pilihan yang betul atau salah atau sama saja, aku pun tak tahu. Tapi yang aku tahu, aku akan sentiasa pilih pilihan yang ada kedua-dua anak aku, Ariana dan Gibran. Mungkin sebab tu masa tu aku pilih untuk cari katil kosong dekat bilik lain kot. 


Lek lu.

Sebelum tu bagi aku makan nasi lemak dua pagi tu dulu, semalam aku pergi pukul enam pagi, sekali nasi dah habis daa. Aku punya la konpiden ingat sebab hari ni cuti, jadi mesti peniaga nasi lemak tu tak perasan orang cuti jadi mesti banyak lagi nasi lemak dia. Lauk je yang tinggal. 

Oh, dengan teh o ais limau dekat mamak yang aku rasa teh o ais paling best aku minum. 

Tadi jugak dah minum Dunkin. Kira setel la beberapa benda aku nak makan dan minum.  

Selamat tahun baharu!

Oleh sebab aku dah habis tulis novelet (akhirnya), aku akan mula perlahankan aktiviti menulis untuk beri laluan kepada hal-hal lain, seperti mengembalikan rutin dan diet (paling utama, ada lebih kurang dua puluh kilo nak buang - diet dan bersenam),  membaca, dan mula kembali ke kafe. Jadi berdasarkan pengalaman awal tahun, ia agak susah juga nak imbangkan dengan hal-hal penulisan, paling senang fokus ialah membaca - sebab aku ada sangat banyak buku tak habis dan tak mula lagi baca, juga sebab aku dah rasa macam hilang.. emm apa eh namanya, rujukan? Senang cakap, setiap kali idea datang, ia berlegar lebih kurang sama dan aku sendiri rasa ia macam klise untuk diri sendiri, jadi aku ada rasa kena step up the game, dan mula membaca sesuatu yang baharu, bawaan idea baharu, bentuk gaya yang baharu, dan juga untuk bentuk gaya kontemp yang baru. Ada beberapa projek lagi sebenarnya nak kena siapkan, tapi aku fikir lagi penting aku refresh dulu tapi dalam waktu yang sama, aku akan terus catat idea-idea dan draf, dan juga akan set sedikit waktu untuk habiskan idea-idea itu, kira sekurang-kurangnya kalau sikit pun, bagi jalan la jugak.

Macam awal tahun, aku syak aku mungkin dah tak dapat datang Wayang Budiman sebab jadual bertindih. Nak lepak Rahmath okey je lagi sebab tak bertindih. Mungkin akan jadi macam dulu kot, akan datang lambat, mungkin sejam atau setengah jam selepas acara bermula. Yang tak syoknya sebab Wayang Budiman untuk setengah tahun kedua 2023 ni dah lagi banyak slot, sampai aku rasa ia dah jadi seminggu sekali, dan seminggu tu kadang-kadang ada dua slot (untuk dua hari). 

*

Dulu aku pernah senaraikan semua bentuk yang aku mahu tulis (novel, novela, novelet, cerpen, mikrocerpen) dan setakat lepas siap novelet semalam, aku tinggal nak tulis novel dan mikrocerpen (mikrocerpen sebenarnya sedang berjalan sebab ia projek jangka masa panjang, jadi memang dari tahun lepas aku mula kumpul bahan, dan selebihnya menunggu idea datang. Aku target 100 mikrocerpen atau cerpen pendek yang setiap satu jumlah patah perkataan kurang dari seribu. Ada seratus patah perkataan, ada tiga ratus patah perkataan, ada beberapa puluh patah perkataan je, aku cuba untuk imbangkan supaya dapat tangkap dia punya lingkungan bawah seribu tu bukan sekadar mikro sangat (sebab nanti nampak macam puisi healing pulak) semuanya atau banyak yang mendekati seribu sangat semuanya. Setakat ni dah berjaya buat 22 buah dan ada lagi 78 nak kena setelkan, aku harap tak sampai sepuluh tahun la). Mungkin akan cuba buat novel ada idea yang sangat ringkas (wicis tak berapa bagus sangat sebab takut jadi macam novelet - aku pantser keseluruhan novelet menyebabkan ia ambil masa yang sangat lama nak siapkan). Tapi selain novel, ada beberapa medium random yang aku nak cuba, iaitu puisi, skrip filem dan juga filpen. Hari tu aku siap terfikir nak buat skrip drama radio. Entah kenapa ek, tapi aku teringat dulu masa kecik, sebelum pergi solat Jumaat, mesti radio apa entah aku tak ingat, akan pasang sedikit sketsa tentang apa entah, rasanya pasal syaitan yang menyesatkan manusia. Sebab paling sangat membekas dalam ingatan ialah permulaan sketsa atau drama radio tu, bermula dengan deringan telefon. Lepas tu telefon diangkat dan dialog pertamanya ialah "Helo? Syaitan di sini. Siapa di sana?" Punya la popular skit ni sampai kitorang kat sekolah selalu ulang dialog tu, helo? syaitan di sini. Itu je lah yang aku ingat, yang lain apa benda dia cerita semua aku tak ingat. Tiap-tiap kali Jumaat sebelum pergi masjid mesti diorang pasang tu (oh, aku baru ingat, ni masa aku sekolah rendah dan Johor cuti hari Jumaat lagi, sebelum diorang tukar cuti jadi Ahad, dan lepas tu sekali lagi tukar jadi hari Jumaat, sampai sekarang). 

Kalau ikut pada Bukowski punya profil, aku patut tambah lagi satu, iaitu kolumnis. Tu mungkin lambat lagi sikit kot, sebab setakat ni tak jumpa sokabar ke apa medium ke yang cukup popular dan melawan arus sikit untuk kolum aku sebab aku bukan reti nau pun nak tulis esei. Ni la kena baca balik Hishamudin Rais. Aku baru selongkar balik pemacu external aku dan aku baru sedar aku simpan segala tulisan kolum Hishamudin terus dari laman web dia. Masa tu dia menulis untuk Malaysia Today (kot, aku lupa). Haa ni pun salah satu sebab aku nak kena mula membaca balik, sebab banyak arkib yang aku simpan tak baca lagi. 

*

Jap aku senaraikan balik tadi apa

  1. Novel 
  2. Novela  (/)
  3. Novelet  (/)
  4. Cerpen (biasa dan panjang)  (/)
  5. Mikrofiksyen
  6. Puisi
  7. Skrip (filem dan drama radio)
  8. Filem pendek
  9. Kolum
Okeh, nampaknya jauh lagi perjalanan aku. Ni belum masuk lagi bidang yang paling utama dan muktamad nak aku cuba (terpaksa di rahsiakan dulu). 

*

Kebetulan aku habis menulis novelet pada Awal Muharam dan aku fikir ia tarikh yang baik untuk aku bermula semula. Selama ni aku asyik fikir tentang Januari paling best nak mula semula, tapi sebab semua lebur, aku hanya fikir nak setelkan je la satu ni dulu dan bermula semula nanti bila-bila ia setel. Dan tak fikir akan ada tarikh yang signifikan ketika aku habis menulis novelet ni pun. Tapi kebetulan sangat, aku habis menulis pada awal Muharam, dan kebetulan aku ni memang agak memilih sikit untuk bila bermula sesuatu tu (aku pun tak tahu kenapa, tapi sebab ia senang nak ingat atau mungkin nak tarikh cantik kot - macam contohnya, aku berhenti merokok pada 1/1/2011). Jadi, aku sempena permulaan tahun baru ni, aku harap semua akan jadi lebih baik untuk kita semua. 

Akhirnya.

Dah siap tulis novelet. 

Key lime = limau nipis. Calamansi lime = limau kasturi. Kaffir lime = limau purut.

Jiran aku bagi daun kari, daun kunyit dan limau kasturi. Banyak juga dia bagi, sebab dia tanam semua tu belakang rumah. Aku kat rumah ada lalang je, dengan satu pokok entah apa entah. Aku rasa macam aku tak tanam pokok tu, tapi lepas tu aku rasa macam aku yang tanam pokok tu dari biji apa entah aku ambil dalam bahan untuk minuman kat kafe. Aku rasa la. Sebab pokok dia macam bukan pokok biasa yang orang tanam. Maksud aku, rupa dia macam pokok biasa cuma buah dia je yang aku rasa macam tak pernah nampak. Aku cuba google, dia bagitau itu buah tin. Aku macam tak yakin je. Nanti la aku cuba google balik.

Paling banyak jiran aku bagi ialah daun kari. Sebenarnya dia bukan bagi daun kari je, dia bagi pokok kari. Bukan takat satu dua tangkai. Ni macam dia ambil satu dahan besar dan bagi kat aku (kalau nak tengok, ada gambar dia kat dalam twitter, sini leceh lah nak muat naik gambar. Sebab tu aku jarang muat naik gambar kat sini). Aku tak tahu nak buat apa sebab banyak sangat, aku masak pun paling banyak dua tangkai je. Itu pun sebenarnya banyak kalau letak dalam satu periuk. Masa dapat tu, aku tak tau nak buat apa untuk bagi dia tak mati, tapi katanya kena letak air baru dia tak mati. Aku jenuh juga fikir, pokok kari besar gini aku nak letak kat mana. Lepas tu aku teringat, aku ambil la tong sampah untuk alat tulis atau tong sampah yang aku guna untuk buang benda-benda bersih (macam kertas, bukan sisa makanan atau kotoran) dan isi penuh dengan air, lepas tu aku letak pokok tu dalam tu. Oleh sebab tong sampah tu jenis tong sampah pejabat, warna pulak putih, nampak lawa la, macam pasu. Dan sekarang daun kari tu nampak macam pokok hiasan dah. Cuma aku tak tau nak letak mana. Macam nak kena bagi cahaya matahari juga. Mula-mula aku ingat ni dalam sehari dua, mati la pokok ni sebab aku rendam dia dalam air (maksud aku pangkal dia) tapi elok je hidup ni. Aku dah rasa macam nak tanam je kat dalam tanah belakang rumah. Cuma nak kena rajin siram la supaya tak mati. Takpun aku kena rujuk pada pakar macam mana nak bagi dia hidup kat tanah. Ada rasa macam kena buat tut. Aku belajar hal tut ni kat TV Pendidikan walau aku macam taklah faham sangat. Tak salah macam nak kena bungkus akar dia dalam tanah, lepas tu nanti toreh la pokok mana yang kita tumpang, bungkus sekali dengan tanah. Kalau jadi, okeh, aku akan mula tanam pokok limau kasturi pulak. Aku dari dulu bercita-cita nak tanam lada kecik, tapi aku dengar lada la yang paling susah nak tanam. Aku syak tangan aku panas, jadi biasanya kalau bercucuk tanam, tak jadi sangat. Tapi bila ingat aku kena tebang pokok entah apa kat belakang rumah tu, okeh la nanti aku cuba.  

Aku rasa legasi Pandan yang paling aku ingat 'Human Grocery Store' dan 'Akob Zombie'.

Baru terasa nak dengar Educated Horses selepas lama rilis dan dengar reviu yang baik tentangnya.  Dan rasa macam nak kena maraton semua filem-filem arahan Rob Zombie.

Tapi sebenarnya aku suka je benda-benda singkat dan pendek ni. Cerita pendek (cerpen), mungkin lepas ni filem pendek, perempuan pendek ehhh.

Tadi ternampak ada orang tag Suhaimi Sulaiman dan tanya kenapa berita sekarang cuma setengah jam. Dia merujuk kepada berita lapan malam. Aku rasa macam aku terperasan berita ni macam kejap je, tapi sebab aku bukan kat rumah (kat rumah tak pernah pasang saluran biasa tu, sebab hari-hari buka youtube atau netflix atau disney+ je tak sudah) jadi aku macam malas nak peduli sangat. Oleh sebab orang tu secara jujurnya tanya dan Suhaimi pun balas, memang dah sejak Mac lalu (aku tak tau lalu tu maksudnya tahun ni ke, tapi rasanya tahun ni) diorang dah ubah format, ada berita pada 7.44 malam (apa nama dia aku lupa tapi ada 744) lepas tu pukul lapan malam punya berita yang biasa tu tapi setengah jam je, lepas tu sambung lagi apa ntah. Dia punya sebab kenapa pendekkan berita ia sebab sekarang kita punya rentang perhatian dah memendek.

Aku dah pernah dengar tentang hal ni dan kalau perhatikan betul-betul, sebenarnya banyak benda yang dah mula adaptasi dengan transisi ini. Oleh sebab aku memang rajin dengar lagu, jadi aku dah mula perasan kebanyakan band atau artis dah tak keluarkan album, sebaliknya banyak keluarkan single dan lepas tu keluarkan remix. Lama lepas tu baru la keluar album penuh. Malah aku pernah dengar, keluar je single dulu, walau keseluruhan album masih belum siap. Dan kalau keluar album pun, biasanya durasi pun tak panjang. Aku perasan album baru Limp Bizkit, Still Sucks cuma 32 minit dan 1 saat je. Aku rasa macam, gila. Setengah jam je album? Tapi lepas tu bila aku sedar album baru Joji, SMITHEREENS cuma 24 minit je. Bapak ah. Maksud aku, album Nectar pada 2018 masih lagi dalam durasi 53 minit dan album seterusnya,  pada 2022 dah jadi 24 minit je. Yep, rentang perhatian jadi makin singkat.

Kadang-kadang aku selalu rasa kita sebenarnya dalam pengulangan yang sama; cuma mungkin kita tak akan dapat rasa keseluruhan kitaran itu, tapi kita masih boleh rujuk pada sejarah dan akan nampak bagaimana ia cuma satu bulatan yang besar. Dia macam meme - “Hard times create strong men - strong men create good times - good times create weak men, and - weak men create hard times.” berulang-ulang. (Aku ada rasa kita sekarang sama ada dalam fasa good times create weak men atau weak men create hard times). Aku pernah dengar dulu, zaman Beatles macam tu, diorang tak hasilkan album, diorang cuma hasilkan rekod dengan satu atau dua lagu (kira macam single la untuk zaman sekarang) sebab untuk hasilkan album tu sesuatu yang tak popular dan tak begitu ramai yang komited untuk hasilkannya, sampailah Beatles mula hasilkan album (aku tak tahu la betul ke tak, aku tak minat Beatles). Dan sekarang, kita dah kembali pada putaran itu di mana menghasilkan album dianggap tak popular sebab kecenderungan masyarakat untuk gemar dengar satu dua lagu saja. 

Aku rasa, silap-silap lepas ni jadual mata pelajaran kat sekolah pun dah pendekkan masa subjeknya sebab rentang perhatian dah makin singkat. 

Waktu-waktu genting ni la dia nak sakit.

Progres untuk novelet, aku dah sampai bab akhir, dan dalam bab akhir, ada beberapa bahagian, dan aku dah sampai bahagian yang akhir. Bahagian akhir ni aku tak plan untuk buat panjang-panjang, jadi mungkin satu atau dua muka surat. Total patah perkataan, aku anggar dalam lima belas ribu (sekarang tak campur bahagian akhir tu, ada dalam empat belas ribu tujuh ratus, maknanya memang akan sampai lima belas ribu, tapi mungkin tak sampai enam belas ribu).

Tangan aku sakit sejak semalam. Mula-mula belah kanan, aku makan panadol extend je, terus hilang. Tapi sekarang datang balik dan tangan kiri pun sakit. Dah dua-dua belah jadi sakit. Panadol extend tinggal sebijik (biasa makan dua bijik terus). Aku dah makan sebijik tu tapi belum berkesan lagi setakat aku taip ni. 


Don't Hurry.

Antara playlist City Pop yang aku rasa best nak dengar. Aku baru jumpa semalam, dan biar dia pasang sebagai latar. Boleh tahan sebab rasa lagu dia semua tak bosan. Aku banyak kali juga cari playlist City Pop tapi kadang tak sampai satu dua lagu aku dah bosan. Dan sebab playlist ni aku boleh layan Plastic Love (ada lagu ni dalam playlist, dia tulis dalam kanji..chewahh kanji konon, padahal aku main sebat je, taklah maksud aku, dia tulis dalam tulisan Jepun. Lagu dia nombor tiga). Sebelum ni aku banyak kali cuba dengar Plastic Love oleh Puan Elena Pop Pelangi ehh Mariya Takeuchi tapi rasa tak masuk, entah aku rasa dia tak seCityPop yang aku fikirkan kot, sampai aku rasa Sheila Majid lagi City Pop dari dia.  Dekat Spotify pun ada juga playlist ni (dan berapa puluh playlist lain, banyak gilee).



Kesimpulannya janganlah jadi walaun dan walauntit dan walauntat.

Pendapat tak popular: walaupun J-KOM atau bahagian media atau bahagian penerangan yang buat poster anggaran perbelanjaan rumah untuk keluarga dan bujang tu agak merepek, tapi secara jujurnya aku rasa ia okey je.

Jap, aku memang jarang bangkitkan hal politik dalam penulisan dan perkara yang paling dekat korang boleh baca tentangnya ialah pada buku jurnal mini aku tu (tapi ia berlatarbelakangkan pilihan raya negeri jadi ia memang akan tersentuh juga hal politik). Malah, dekat media sosial pun jarang aku kemaskini hal politik, paling kuat aku retweet atau repost je. Oh lupa, paling kuat ialah puisi konkrit yang aku tulis mengkritik kegagalan kerajaan ketika jumlah kematian kerana Covid semakin tak terkawal (ada artikel, boleh baca sini Suara Protes Penggiat Puisi (jendeladbp.my)). 

Mulanya ketika aku menjadi penulis, aku memang bercadang untuk mengekal identiti neutral, boleh kata sebab sebahagian dari identiti yang cuba aku tonjolkan (lebih kurang macam Bukowski la, tak peduli politik, yang penting hedonis) tapi lama-kelamaan, ada waktu di mana aku macam tak boleh berdiam diri (walau sebenarnya taklah beri banyak impak pun - sebab paling aktif aku dekat twitter dan kebanyakan di twitter punya pandangan yang sama, sementara dekat facebook memang jarang la aku pos apa-apa, dan kalau aku pos pun, juga tak beri impak sebab kebanyakan kawan di facebook adalah kawan yang bukan aku kenali secara virtual dan kebanyakan mereka memang tidak mempunyai jalur politik dan politikal yang sama. Dekat facebook memang aku jarang terima permintaan untuk jadi kawan kalau aku tak pernah jumpa orang tu sebab, anggap je lah aku memang set facebook memang untuk kenalan dan keluarga saja - ni aku set tata ni masa awal-awal buat akaun facebook, sekarang aku dah jem nak terima ke tak kalau yang aku tak kenal. Tapi satu tips yang aku guna, dan juga beberapa kawan penulis juga guna; kalau orang tu ada dalam senarai kawan Beduk, okey aku boleh terima. Kahkahkah) tapi aku rasa, lantaklah. Memang sangat jelas kot kecenderungan aku.

Okeh, berbalik kepada pendapat tak popular tadi, memang aku ada rasa bias bila mengeluarkan pendapat tu sebab aku memang cenderung kepada PMX. Tapi sejujurnya, aku rasa poster tu okey je dan kalau poster tu kena kecam, pun aku rasa okey jugak. Dari segi poin politik, sebab poster itu dikeluarkan oleh jabatan kerajaan, jadi selepas beberapa tahun, boleh kitar semula dan guna untuk peluru politik (kalau cytro ni pandai la. Sekarang zaman virtual, jadi memang kena simpan resit banyak sikit supaya senang nak tembak). Yalah, sekarang masih ada lagi berbunyi tentang keadilan untuk Najib lah, bebaskan Najib lah, Najib PM paling best la, sebab apa? Sebab diorang dah lupa macam mana duduk bawah Najib. Macam mana nak ingat balik duduk bawah Najib? Haa keluar la semua resit dari zaman Najib memerintah. Kadang bila tengok balik arkib gambar, terus jadi macam, oh dulu isu ni hangat gila. Aku memang jenis hoarder, segala jenis gambar yang ada telefon aku, aku takkan buang. Dulu mungkin ada la rasa sentimental untuk simpan semua gambar sebab kita semua bukannya jenis rajin amik gambar, malah dulu kalau kita tengok telefon orang tu penuh dengan swafoto pun rasa janggal, rasa macam narsis betul. Tapi sekarang tak, segala benda nak amik gambar. Aku pula kalau gambar dekat telefon dah penuh, aku keluarkan dan simpan dalam pemacu keras tambahan atau di komputer. Jangan tanya kenapa, aku memang buat macam tu walau aku ada simpan juga gambar dekat cloud. 

Lagi satu, aku rasa kebanyakannya kita mungkin rasa tersasar dari realiti bila bercerita tentang hal poster tu. Macam aku cakap tadi, kecenderungan aku ialah pada PMX dan kecenderungan PMX ialah pada golongan miskin. Dulu dia pernah cakap, sabarlah dulu tentang hal nak naik gaji atau bonus, yang paling penting ialah orang yang nak makan pun tak ada apa-apa (lebih kurang la, aku lupa ayat sebenarnya). Jadi, poster tu mungkin tak mewakili keseluruhan rakyat, tapi masih ada yang memang bergantung dengan jumlah demikian untuk perbelanjaan seharian. Secara jujurnya aku faham kenapa ramai rasa tak logik, sebab perbelanjaan mereka lebih dari jumlah tu, dan motivasi perbelanjaan mereka bukanlah sekadar cukup, maknanya berbelanja barang yang sederhana murah, kalau tak barang yang murah sikit dari yang premium. Untuk golongan miskin, mereka berbelanja, sekadar untuk keperluan. Mungkin contoh, sabun basuh baju - beli paling murah, bukan yang paling wangi atau jenama kegemaran. Kicap pun sama, bukan beli yang sedap, tapi yang paling murah. Itulah yang aku fikir tentang motivasi bila poster tu dikeluarkan.

Dan secara peribadi, aku boleh faham tentang hal berbelanja sekadar kemampuan, sebab sekarang aku pun dalam situasi yang sama. 

Okeh, aku rasa aku tahu dah kenapa aku tak menulis tentang hal politik. Sebab tak best dan berterabur jugak poin aku nak terangkan ni. Ni kalau nak berperang dengan cytro ni senang-senang je kena tibai. Atau aku tengah lapar kot. Aku tengah tunggu nasi lemak tepi jalan bukak kedai ni pukul dua pagi. Sanggup tak makan dari petang sebab nak tunggu dia bukak pukul dua. Kahkah.  

 

Haaa borak.

Aku rasa nak letak chatbox la kat tepi ni. Jap aku usha ada lagi ke gajet tu. 

Untuk rujukan plot.

Aku tengah dengar album Dark Ages kat walkman bila aku perasan kat belakang kulit kaset tu ada perkataan Dedicated To God |  Dedicado a Deus. Perkataan yang menarik perhatian aku ialah Deus. Sebelum ni aku selalu baca perkataan Deus Ex Machina. Lagi-lagi selepas berkecimpung dalam dunia cafe racer, Deus Ex Machina ni antara perkataan yang diorang suka letak kat motor (selain Hikari Riders.. blerghhh) dan jaket. Aku tak pernah periksa betul-betul, tapi tak silap aku sama ada ni bengkel kustom atau jenama kustom antarabangsa yang terkenal. Aku rasa aku ikuti akaun instagram diorang tapi tak pernah tahu sebenarnya diorang ni kat mana atau apa, tapi mat-mat kustom memang suka nau letak stiker ni kat motor. Jadi, aku pun semak la kat google, betul ke Deus ni maksudnya god. Dan apa maksud Deus Ex Machina. Nampaknya tak boleh guna google translate untuk bagi faham kena baca artikelnya kat wiki. Deus betul membawa makna god. Deus ex machina bermaksud god from the machine. Jem kejap aku baca makna terjemahan terusnya. Sebab bukan machine from the god, tapi god from the machine.

Okey, pendek cerita, deus ex machina adalalah salah satu jenis device plot. 

Ambil dari wiki:  

Deus ex machina (/ˌdəs ɛks ˈmækɪnə, ˈmɑːk-/ DAY-əs ex-MA(H)K-in-ə,[1] Latin: [ˈdɛ.ʊs ɛks ˈmaːkʰɪnaː]; plural: dei ex machina; English "god from the machine")[2][3] is a plot device whereby a seemingly unsolvable problem in a story is suddenly or abruptly resolved by an unexpected and unlikely occurrence.[4][5] Its function is generally to resolve an otherwise irresolvable plot situation, to surprise the audience, to bring the tale to a happy ending or act as a comedic device.[6]

Okeh, pendek cerita, aku habis baca laman deus ex machina ni, dan bawah dia, ada lagi beberapa terma dalam plot device dan yang berkaitan. Dan bila buka satu-satu, ada lagi sub tajuk. Oleh sebab malas, aku kopipes je la untuk rujukan. Bagus ni buat rujukan menulis.


Lagi dari wiki:

  • Concision – the principle of brevity in writing
  • Foreshadowing – a plot device where what is to come is hinted at, to arouse interest or to guard against disappointment
  • MacGuffin – a plot motivator that is necessary to the plot and the motivation of the characters, but insignificant, unimportant, or irrelevant in itself
  • Occam's razor – the idea that explanatory mechanisms should not be posited without being necessary.
  • Red herring – drawing attention to a certain element to mislead
  • Shaggy dog story – a long-winded anecdote designed to lure the audience into a false sense of expectation, only to disappoint them with an anticlimactic ending or punchline.

Ni aku belum cuba menerokai playlist-playlist macam ni kat spotify lagi ni.

Aku ada satu playlist kat Spotify yang aku namakan 'Senarai Lagu Rambang Yang Melintas Dalam Kepala' sebab ia adalah senarai lagu-lagu yang entah kenapa tiba-tiba aku teringat dan lepas tu aku kena cari sebab nak kena dengar balik. Aku rasa masa aku namakan playlist tu, rasa macam agak rambang juga aku letak nama dia (tapi tak kisah lah sebab aku sorang je pun yang nak dengar, aku suka judul playlist aku yang lagi satu - Runut Bunyi Solitari, rasa macam nak letak judul buku je, Runut Bunyi Solitari Kota ke contohnya) tapi lepas aku asyik suka sangat dengar layankan algorithm pelik-pelik kat youtube, nahh senarai cadangan kat tepi pelayar tu penuh gila dengan playlist dengan judul pelik, lucu dan best juga sebenarnya. 

Sekarang aku tengah dengar playlist 'you're working the night shift at Kmart on a stormy night' kahkah real jugak tajuk dia. Ada lagi playlist lain yang aku nak dengar tapi tak sempat lagi sebab ni pun tak habis lagi, contohnya:

  • an hour of relaxing spongebob music
  • you're a spy about to be exposed
  • Japanese Funk And Soul That Will Brighten Up Your Day
  • when you have to finish your homework in less than 1 hour
  • Employee of the month
  • you look lonely.. i can fix that.. but it's a playlist
  • F O R E V E R  I N  2 0 0 6 
  • you're clocking into your shift at Kmart on a stormy evening in 1989
  • more sound of the department store
  • i'll meet you at the record store 
  • looking over at your city at 3am
  • do you study anytime, anywhere? do you read books while eating?
  • L U C I D  D R E A M
  • it's 2014 and you fell asleep playing minecraft over christmas break 
  • Familiar But Strange Liminal Dreams
  • you're in Tarantino movie | lofi beats
  • (more) songs to slow dance in the kitchen at 2am with the one you love 
  • you're the last person on earth during nuclear winter
  • when you reveal the psycho you really are to the person you've been dating for months
  • somewhere in Mexico, at the end of time
  • summer sunset in the parking lot
  • PlayStation 2 system menu ambience for 2 hours
  • lets meet at the food court
  • you're lost in space for 10 hours and 1 second

Sebenarnya aku memang suka tajuk-tajuk atau judul-judul begini, yang agak panjang dan rambang. Ni semua sebab Bukowski la, walau novel dia kebanyakan judul satu atau dua patah, buku-buku lain dia tajuk memang panjang dan rambang tapi masuk akal. Biasanya judul buku puisi dia yang macam tu, tapi ada juga buku cerpen judul macam tu. Antara yang aku suka:

  • Poems Written Before Jumping Out of an 8-story Window
  • The Captain Is Out to Lunch and the Sailors Have Taken Over the Ship 
  • Erections, Ejaculations, Exhibitions, and General Tales of Ordinary Madness 
  • Confessions of a Man Insane Enough to Live with Beasts 
  • What Matters Most Is How Well You Walk Through the Fire
  • You Get So Alone at Times That It Just Makes Sense 
  • Play the Piano Drunk Like a Percussion Instrument Until the Fingers Begin to Bleed a Bit 
  • The Days Run Away Like Wild Horses Over the Hills 
Sebab tu jurnalzine aku tajuk dia panjang gila, sampai agak sukar untuk orang ingat. Kadang siap muncul perkataan yang tak ada dalam judul bila diorang cuba sebut judul jurnalzine tu. Kahkah. Oleh sebab ia projek yang kebetulan dan juga sebab judulnya agak bererti (walau tanpa perkataan yang catchy) jadi aku on je. Aku pernah borak dengan kawan-kawan perihal judul buku ni. Azrin kata paling elok dua perkataan je untuk judul. Senang nak sebut. Ridhwan pula kata kalau panjang, tak kisah asal ada satu atau dua perkataan yang menarik; perkataan lain dalam judul tu tak kisah pun kalau orang tak ingat. 

Tapi setakat ni, ada rasa judul buku aku memang jarang ada yang betul-betul kuat dan catchy (Wiskipop bukan aku yang beri nama). Novelet yang tengah tulis ni pun rasa judulnya tak begitu catchy, ada rasa macam berbelit juga nak sebut. Tapi harap nanti ada la satu perkataan dari judul tu yang lekat dan orang suka dan senang nak sebut.

Salah Spotify.

Aku baru sedar tiga lagu tambahan dalam versi deluxe Safe Trip Home di Spotify adalah lagu yang salah. Mesti macam pelik kan Spotify boleh salah muat naik lagu? Tak, memang dari dulu lagi aku dah perasan. Dalam Spotify, album Safe Trip Home ada satu versi saja iaitu versi deluxe, walau tak dinyatakan ia versi deluxe tapi ada tambahan tiga trek berbanding versi asal, For One Day, Summer dan Northern Skies (Rollo Remix). Tapi lepas aku dengar balik, dan cuba menghargai lirik-lirik dalam Safe Trip Home (sebab kebetulan terbaca lirik Look No Further dan tiba-tiba rasa sedap juga liriknya - biasa la aku dengar melodi, tak dengar lirik sangat, dan ia buat ada berubah sikit pandangan pada Safe Trip Home sebab aku ada rasa hanya trek satu, sepuluh dan sebelas saja kegemaran dan kedengaran kuat, hingga ada rasa yang lain macam filler tapi macam berbelah bagi juga sebab melihatkan pada promosi album ni yang siap ada filem pendek untuk setiap lagu, maknanya ada keyakinan kat situ untuk kekuatan keseluruhan album) lepas tu aku jem kejap kenapa liriknya tak sama dengan lagu dan baru perasan, sebenarnya ketiga-tiga lagu tambahan tu adalah lagu yang sama, iaitu lagu For One Day. Aku kena buka youtube untuk tahu lagu sebenarnya.

Aku mula-mula perasan Spotify ni kadang bagi lagu salah dengan judul ialah pada katalog OAG (baru perasan dah ada katalog penuh OAG kat Spotify, dengan EP langka diorang pun ada juga). Aku jem kejap kenapa lagu lain tapi tajuk dan gambar lain. Rasa potong gila kot, terus aku jarang dengar OAG kat Spotify. Aku cuba semak balik tadi kat Spotify sebab diorang dah kemaskini katalog keseluruhan OAG jika yang salah tajuk tu ada lagi. Okey masih ada lagi, cuma yang bagusnya, trek-trek yang salah judul tu semua pada single, bukan pada album. Dekat album semua judul betul, hanya pada single je yang berterabur dan single tu ada tiga je (judul Nowwhy2 dan Biru masing-masing terbalik, judul Nowwhy2 tapi lagu Biru dan judul Biru tapi sebenarnya lagu Nowwhy2, dan judul Beautifool tapi sebenarnya lagu Akustatik). 

Lagi satu yang aku perasan ialah pada katalog Butterfingers, lagu Cuai dan Daulat Tuanku dari album Selamat Tinggal Dunia (tapi dalam Spotify diorang tak letak semua lagu dalam satu album, ia terpecah kepada single-single berasingan, ya, semua lagu pecah-pecah sebagai single, tak pasal-pasal aku sendiri kena kumpul dalam satu senarai main untuk senang dengar) dua lagu ni rosak. Lagu Cuai berdurasi lima minit dan lima puluh tiga saat, tapi baru main dalam dua puluh tujuh saat, terus bertukar jadi bunyi statik hingga tamat. Sama juga dengan lagu Daulat Tuanku, durasi lagu hampir sepuluh minit, tapi hanya boleh dengar sampai minit tujuh dan tiga puluh saat sebelum jadi bunyi statik pada baki durasi lagu. Ni yang aku perasan, yang aku tak perasan? Contoh macam kalau katalog dia panjang nak mampus sebab band lama, mana nak tahu kot. Ni la masa awal-awal dulu aku perasan dan dah rasa nak henti langgan Spotify cuma lepas cuba Youtube Music, aku tak rasa yakin, jadi aku dengar je lah Spotify. Nanti la aku tengok balik servis lain yang elok dan semenggah sikit.   

Wayang Budiman (Drama Manusiawi Wim Umboh): Senyum Di Pagi Bulan Desember (1974)

Filem ini dimulakan dengan nota dari penerbit, (lebih kurang la, dah lupa, atau boleh jadi itu motto syarikat) paparan logo syarikat, dan kemudian ada ayat - menghasilkan filem-filem; bermutu tapi komersil dan komersil tapi bermutu. Saya dapat memahami ayat ini, kerana saya sendiri bergelut dengan keadaan yang sama dalam tulisan-tulisan saya. 

Menonton filem ini, secara keseluruhannya, saya dapat bayangan ini adalah filem sempurna. Bukan sempurna dalam erti kata sempurna itu sendiri (atau kalau dalam penilaian 10/10), tapi ia adalah filem yang mengejar kesempurnaan dalam garapan dan pembikinannya. Saya tak pasti jika terma ini atau konsep ini wujud, tapi dari mula bingkai awal filem ini dimulakan, saya dapat rasakan pengarahnya, Wim Umboh, memang agak detail dalam mendapatkan bingkai atau syot yang diingini. Sebenarnya pendapat peribadi saya, saya tak begitu gemar dengan teknik penggambaran jarak dekat dalam era sekitar lapan puluhan (atau mungkin dah bermula dari tujuh puluhan, tapi saya fikir kebanyakan teknik jarak dekat ini dapat saya lihat dalam filem-filem era lapan puluhan, sama ada di dalam negara, atau luar negara, seperti Hong Kong contohnya) mungkin saya fikir ia tak begitu estetik, atau mungkin juga sebab sekarang sudah punya teknologi kamera yang lebih canggih, jadi mengambil bingkai dalam rajah yang luas adalah satu bentuk kebiasaan sekarang dan close up sudah tidak lagi kontemporari. Tapi waktu menonton filem ini, baru saya fahami teknik jarak dekat dan jarak medium sebenarnya adalah sesuatu yang cantik dan estetik jika dapat pada pengarah yang pandai menggunakannya. Imbas kembali dalam (mungkin) sepuluh minit awal, banyak jarak medium yang buat saya kagum, terutamanya bila subjek sedang bergerak dan subjek-subjek ini masih lagi di dalam kekal di bingkainya (di tengah-tengah bingkai). Saya boleh bayangkan pengarahnya sedang cuba mendapatkan hasil yang baik dari syot-syot ini berulang-ulang kali.

Penataan muziknya, adalah perkara kedua yang saya perasan tentang filem ini. Mungkin saya sedang merujuk kepada lagu yang ada di dalam filem ini, kerana rasanya muzik latar, pada sesetengah waktu terasa seperti membingitkan, tapi bila fikir kembali, mungkin kerana ia sesuatu kebiasaan untuk filem-filem waktu itu (tapi kalau 2023 masih lagi nak bunyi bingit macam tu.. ehem Imam ehem). Mendengar lagu di babak pembukaannya, memang menarik perhatian saya, lebih lagi saya memang sedang mencari bunyi-bunyi yang saya mahukan dalam perjalanan muzik saya, dan mendengar vokal yang dreamy (atau syurgawi, haha sebab sebenarnya ia adalah vokal seperti koir di gereja) buat saya terfikir sejenak. Dan bila saya cuba cari maklumat tentang lagu itu, memang tak berjumpa. Sebaliknya saya dapat maklumat penataan muzik dibuat oleh Idris Sardi (menurut wiki, Idris Sardi adalah pemain biola dan komposer lagenda  Indonesia, beliau bermain biola sebermula umur 10 tahun dan mereka gelarkannya anak ajaib bagi permainan biola. Fakta menarik: watak Bunga dalam filem ini dilakonkan oleh Santi Sardi, anak perempuan Idris Sardi). Saya cuba mencari lagu dalam filem ini di Spotify tapi tiada, walau katalog Idris Sardi ada di Spotify  tapi ia tak merangkumi lagu dalam filem ini. 

Semalam pada waktu sesi diskusi, ada seseorang menyebut bagaimana watak Bunga ini, walau hanya berumur lima tahun (pelakonnya Santi Sardi juga berumur lima tahun ketika filem dirakam) tapi ketika berlakon, dia menjadi seseorang yang lebih tua berbanding umurnya. Ketika dikongsikan hal itu, semua mungkin tak dapat tangkap, tapi saya fikir mungkin apa yang dimaksudkan ialah tentang kematangan seseorang pelakon (terutamanya kanak-kanak) ketika menjiwai watak. Walau baru berumur lima tahun, tapi lakonan Santi Sardi nampak sangat semulajadi bagi seorang kanak-kanak. Dari ekspresi muka, hingga lontarannya, seperti kita lihat seorang dewasa yang sedang berlakon (bagi seorang kanak-kanak la). 

Selain itu, saya fikir pemilihan pelakon semuanya sangat bertepatan dengan watak-wataknya. Saya tak mengenali semuanya (kecuali bila disebut Soekarno M. Noer adalah bapa kepada Rano Karno, saya cuma pernah dengar Rano Karno - dia sangat terkenal pada era sembilan puluhan kot, pernah terbaca pasangan dalam filem yang popular tahun lapan puluhan - Rano Karno dan Lydia Kandou) dan semua agak asing bagi saya. 

Secara keseluruhan, saya fikir filem ini mungkin antara yang akan kekal di dalam fikiran saya, bersama Koozhangal (2021) dan beberapa filem lain yang saya tonton di Wayang Budiman. Walau pada awal entri ini saya katakan ia adalah filem yang dibikin untuk mencapai kesempurnaan (pendapat saya lah), masih ada juga ruang yang mengganggu saya, terutamanya saya sebagai penulis, apa yang saya titik beratkan ialah cerita dan jalan cerita. Seperti contoh, menurut logik, jika kita narapidana yang dalam pelarian, kita akan mahu terus bergerak dan tidak akan sembunyi satu tempat saja. Ia mungkin logik untuk mengatakan ketiga-tiga mereka bersembunyi di rumah tinggal, tapi pada saya, jika kita seorang pelarian, saya akan bersembunyi di gua itu berbanding di rumah usang. Dan kemudian, mengubah penampilan  supaya tidak mudah dikenali - lagi pula zaman tujuh puluhan, ia agak sukar melakukan proses pencarian kerana semuanya manual. Ada juga audiens di Wayang Budiman semalam menyebutkan ia agak lucu dan janggal juga membayangkan tiga narapidana tidak mampu menyelesaikan hal kecil seperti bekalan makanan dan hanya tunggu Bunga memberikan makanan. Walau ada logiknya, tapi saya fikir pengarah ada menjawabnya dalam babak di mana ketiga-tiga mereka mengatakan kelaparan langsung jadikan mereka, selain berang, menjadi dungu kerana tak boleh berfikir kerana kelaparan. Juag mungkin lagi satu saya fikir janggal ialah babak akhir, walau ia mahu dapatkan feel sinematiknya, tapi membawa tiga lori polis (atau askar atau pegawai penjara) untuk menahan mereka bertiga, agak melebih-lebih juga. Sama juga ketika Bakar berlari dari lori untuk mengejar Bunga untuk memeluknya, juga tidak begitu logik kerana sepatutnya tindak balas pertama pihak autoriti ialah menembak Bakar (sama ada di kaki untuk membuatkannya tak boleh berlari lagi, atau tembak mati - jika ia undang-undang membenarkan). 

Antara babak kegemaran saya ialah makan nasi goreng sebelum diserbu, Buang memujuk Bunga dalam bentuk sebuah puisi, dan juga Bunga di Jakarta. 

Lagi dua minggu, lagi satu filem Wim Umboh akan ditayangkan. Dengarnya ia filem yang berjaya dari segi komersil dan popular di Indonesia dan Malaysia pada ketika dikeluarkan. Dan ia juga filem kegemaran peribadi beliau. Harap dapat hadir untuk tonton. 


Petikan dari wiki;

Ahmad Salim (26 Mac 1933 – 24 Januari 1996), lebih dikenali dengan nama lahir Wim Umboh namun juga dikenali dengan nama Cina Liem Yan Yung, merupakan seorang pengarah filem Indonesia yang terkenal dengan karya romantik melodrama. 

Sebagai seorang pengarah autoritarian yang menitikberatkan kesempurnaan, Umboh dikenali kerana mengeksperimenkan dengan teknologi berbeza, menurut rakan pengarah Teguh Karya, mengingati keseluruhan dialog filemnya semasa penggambaran. Beliau lebih mengutamakan penggambaran jarak dekat dan medium. Umboh telah mempengaruhi ramai pengarah-pengarah Indonesia, termasuk Karya, Slamet RahardjoGarin Nugroho, dan Arifin C. Noer, dan karyanya telah melancarkan kerjaya ramai pelakon terkenal Indonesia, termasuk Sophan Sophiaan dan Roy Marten. Antara karya terkenal beliau ialah Pengantin Remadja (Pengantin Remaja; 1971), Mama (1972), dan Pengemis dan Tukang Becak (Pengemis dan Penarik Beca; 1978), yang terakhir antara menjadi kegemaran peribadi Umboh.


Juga saya temui klip pendek dari filem ini ketika mencari lagu dari filem ini, mungkin ini jelah yang saya dapat dengar ulang-ulang. Ada juga terselit babak Buang memujuk Bunga. 

    


Tonton filem pendek.

Masih dalam filem pendek. Semalam pada sesi melepak di Rahmath selepas Wayang Budiman, aku dapat rekomendasi filem pendek dari Syafiq dari the_brothersali (akaun youtube untuk reviu filem, jangan lupa subscribe!). Bertemakan psychological horror, memang power filem pendek ni. Oleh sebab memang ada filem penuhnya di youtube, jadi aku letak kat sini. 




Filem pendek dari Safe Trip Home.

Baru tahu album Safe Trip Home (2008) ada filem pendek untuk semua lagunya. Masa tonton video Northen Skies ada rasa pelik juga kenapa pada penghujung filem dia paparkan pautan www.safetriphome.com dan rasa macam betul ke dia nak menten url untuk satu album ni sahaja (tapi sekarang dah takde dah laman web tu, aku cuba buka tapi tak boleh). Tapi tak tergerak langsung nak cuba buka alamat url tu, sampai la aku perasan dekat laman wiki pun ada tulis (walau dia letak nota untuk pengesahan - mungkin sebab laman safetriphome.com dah tak berfungsi dan di youtube Dido juga tiada keseluruhan filem pendek) album Safe Trip Home ni ada sebelas filem pendek untuk setiap lagunya. Aku cuba cari berdasarkan setiap judul lagu, tapi baru tiga lagu macam tu, aku dah jumpa keseluruhan filem pendek dalam satu kompilasi video oleh akaun youtube Dido Latin America (ye, Dido orang British dan aku pun terfikir kenapa fanbase dia yang dari Latin America yang banyak kumpul klip-klip dari persembahan langsungnya dan kongsikan di youtube). Walau kebanyakan videonya lebih mirip kepada video muzik (tak ada dialog dan cuma ada lagu saja) tapi rasa macam best juga dia punya pendekatan, macam aku boleh bayangkan 2008 antara tahun penggunaan video baru nak mula popular, jadi menonton keseluruhan album dalam bentuk filem pendek, memang kedengaran agak menarik juga. Cuma mungkin sayangnya tak keseluruhan filem pendeknya ada kekuatan penceritaanlah, ia macam nampak hanya menjadi latar kepada lagu. Tapi secara jujurnya, aku kalau memang konpiden gila dengan album sendiri memang takde filler, atau mungkin ada satu dua filler je, memang aku buat semua filem pendek untuk lagu-lagunya, walau tak ada kesinambungan antara lagu pun takpe.

Atau boleh jadi juga, filem-filem pendek ini adalah refleksi atau interpretasi zaman sekitar 2008 ketika dirilis, maknanya penggunaan teknologi, tema dan juga suasana ketika itu.

Aku sebenarnya memang dari dulu dah bajet untuk buat satu filem pendek menggunakan telefon bimbit sahaja. Tapi tak tahu lagi la bila sebab tak ada idea lagi, macam biasa la, aku biasa tunggu idea datang, baru boleh mula rangka. Setakat ni, ada rasa akan buat dalam bentuk - visual rambang dengan sarikata untuk gerakkan cerita. Itu je lah idea yang ada. 

Kemaskini: baru sedar ada satu lagu dari Safe Trip Home tak ada dalam klip bawah ni dan juga tak ada dalam carian di youtube; lagu Grafton Street. Yang lain semua ada, total 10 lagu/klip.



Hardcore Sabtu.

Ada ternampak Hate5six muatnaik beberapa video baru dari band-band kegemaran, jadi hari ni akan habiskan dengan dengar semua sambil menulis. Harap dapat setelkan novelet hari ni sebab memang tinggal lagi sikit tapi macam biasa la, walau tinggal sikit, susah juga nak habiskan. 

Band kedua dalam video di bawah adalah band yang aku kongsikan hari tu terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Vokalisnya Madi masih lagi belum sedarkan diri. Kutipan masih dijalankan untuk bantu YOTK walau dah melebihi sasaran kerana ada kemungkinan kos perubatan akan melambung sebab Madi masih lagi dalam rawatan dan dengarnya masih telah menjalani beberapa siri pembedahan. Aku ada tengok gambar kenderaan lepas kemalangan tu, memang teruk juga rupanya. 

Jap, aku rasa boleh kot aku kepoci sikit. Masa aku mula dengar YOTK, diorang masih lagi dengan vokalis lama, Tyler. Ketika itu, Madi ada juga dalam YOTK tapi dia bertindak sebagai bassis dan vokal latar/kedua. Tak tahu kenapa, tiba-tiba semasa jelajah Eropah, Tyler tak ikut, jadi untuk sementara tu, Madi ambil posisi vokal. Tapi yang peliknya, lepas habis jelajah Eropah, posisi Madi masih tak berubah dan Tyler juga tak kembali pada band. Walhal, ada je beberapa siri gig atau konsert di mana kedua-dua YOTK dan Gridiron turut membuat persembahan (Tyler bermain dram untuk Gridiron, band dalam video ketiga  - mantap gila dia main). Aku tak tahu la apa cerita disebalik pengunduran Tyler (biasa la, band dalam sirkit underground camni memang susah kita nak tahu apa gosip perkembangan dia apa semua, sebab kalau ikutkan, YOTK tak pernah benar-benar umum tentang hal jelajah Eropah dan posisi vokalis sementara tu, maknanya orang yang berada dalam lingkungan band dan scene je yang akan tahu tapi biasanya hanya kongsi secara verbal) tapi entah, aku rasa dia mesti ada terlintas juga dalam fikiran tentang hal bagaimana kalau dia terlibat dalam kemalangan tu.