Mejelang tahun baharu

Menghampiri hujung 2025, ada banyak berita baik, walaupun ia tak merujuk terus kepada aku. Maksud aku, Najib akan terkurung lebih lama di dalam penjara dan aku tak fikir ia hal yang lebih menggembirakan bagi rakyat Malaysia kecuali mereka yang bebal dan (aku nak tulis buta tapi ia akan menjadi penghinaan kepada orang buta). Cuma entah, selepas tak bekerja, ada rasa macam bosan sikit sebab macam terlalu bebas. Dan ia buat rasa macam kosong. Rasa malas nak menulis, macam setiap hari masih mencari keinginan untuk menulis, sebab tu aku buat zine lipat-lipat dan juga buku foto diy, sekadar untuk mengekalkan janaan kreativiti. Kalau ikut, tahun ni, tak ada eceran langsung. Bila tengok semula, 2023 nampak macam agak produktif. Ada satu cerpen yang menang anugerah dan ada rilis dua novelet. Sekarang cuma rasa nak habiskan buku dan zine yang ada dalam stok. Sebenarnya dah lama sangat nak habiskan zine-zine ni semua. Dua zine 2023 tu aku cetak 150 naskah dan ia masih lagi berbaki. Hingar tinggal 4 naskah sekarang, walaupun aku dah cuba habiskan ia sejak tahun lepas, waktu tu mungkin ada beberapa belas je kot, tapi susah payah jugak nak bagi setel. Tapi ni sekarang tinggal 4, aku rasa okey la. Pandu masih ada 18 naskah. Pandu sebenarnya agak terlebih konpiden haha. Hingar mulanya aku cetak 50, lepas tu kejap gila habis, jadi aku cetak lagi 100. Jadi bila rilis Pandu, aku cetak terus 150 haha susah juga nak ngabiskan, sekarang pun ada 18, tak masuk dengan entah mana-mana ntah aku anto dulu tu. Adrenalin pula aku cetak 100 sebab dah ambil pengajaran, haha, aku takkan dapat habis jual sendiri 150, jadi 100 okey la. Sekarang Adrenalin tinggal 9, jadi ya, semua tinggal sikit sikit nak habiskan. Harapnya dengan buat promo diskaun ni, setel la cepat. 

Lepas tu setelkan dua novel, lepas tu aku bertenang jap, fikir balik nak buat apa sebenarnya. Ada banyak benda aku terfikir, tapi sekarang ni rasa macam nak masuk kerja balik, jadi bila masuk kerja semula, tak rasa akan dapat menulis lagi. Sekurang-kurangnya, setel dua ni, yang lain tu semua projek sendirian, boleh la tenang-tenang tulis walaupun lambat sangat. 

Okeh, aku beli americano sebotol terus ni

Dalam usaha menangani gejala sarak kafein, saya tuliskan sesuatu sebahagian dari estrak buku attau zine foto hitam putih akandatang yang saya tak pasti jika saya akan siapkan atau tidak kerana saya rasa saya tuliskan ini adalah kerana sebagai usaha malawan gejala sarak kafein (bila fikir semula, ada beberapa benda yang saya akan lalui dua kali - mungkin fasa lebih sesuai, akan laluinya dua kali tapi boleh jadi sebenarnya dah beratus kali saya lalui cuma yang terkini lebih terkesan - seperti sarak kafein ni lah. Saya sekali lagi melalui fasa surarumah dan kali ini nampak macam lebih pendek tapi oleh kerana saya pernah melaluinya sbelum ini jadi ada banyak benda yang saya sudah ambil langkah awal untuk menjadikan fasa ini lebih mudah kerana mengambil pelajaran yang lepas dan satu perkara paling berhati-hati ialah kewangan, di mana saya akan cuba berbelanja seminimal yang mungkin dan banyak hal yang menjadi kebiasaan, terpaksa saya ketepikan demi kelangsungan hidup. Walaupun kali ini nampak sedikit selesa berbanding sebelumnya, tapi ada satu hal yang mengganggu - iaitu gejala sarak kafein. boleh bayangkan tak, sebagai barista, saya akan minum kopi hampir setiap hari - hampir kerana kedai juga perlu berjimat dan ada waktu saya tak minum langsung sebab tak nak meningkatkan kos operasi kedai. Dulu pun macam tu juga, berhenti kerja dan tak lagi minum kopi setiap hari dan saya tak ada masalah langsung untuk tidak minum kopi. Maknanya saya tak begitu ada had untuk minum seharian, saya boleh minum 4-5 cawan kopi sehari dan mungkin cawan kelima baru tangan menggigil terlebih kafein. Atau mungkin cawan kesepuluh baru menggigil, tak pasti sangat sebab dah lama tak minum sebanyak itu. Dan selepas itu, saya boleh saja tak minum kopi langsung untuk beberapa hari atau minggu tanpa mengalami apa-apa gejala. Tapi sekarang tidak. Masuk hari ketiha tanpa kafein, kepala saya mula sakit. Mulanya pelik juga, kenapa sakit kepala, rupanya dah tiga hari tak minum kopi. Nampaknya usia memang telah memamah tubuh saya. Perut saya dah mula menunjukan gejala tidak toleren terhadap laktos. Aku saboo je le)

.

.

.

Tak pernah ada had tentang keinginan manusia. Kita akan sentiasa menemui apa yang kita ingini dan ia takkan terhenti. Ada infiniti amaun untuk keinginan. Kita memang akan selalu mengingini hal yang tak kita ada. Kita boleh ada semua hal yang impikan tapi bila tercapai semua itu, kita masih lagi menginginkan sesuatu. Dan kita tak pernah tahu pun sekiranya keinginan itu pernah wujud berpuluh tahun sebelum kita mengetahuinya. Mungkin pernah saja ada hal atau barang kita mahukan sangat pada waktu ia masih belum lagi brada di dalam tangan. Tapi bila ia sudah ada, kita takkan sentuhnya mungkin beberapa bulan selepas. Begitu juga dengan segala hal kita tanpa sedari nikmati setiap hari dan tak rasa ia sebahagian dari kehidupan. Saya sedang mengalami gejala sarak kafein dan ia buat saya lemah, tak fokus dan terganggu. Saya septutnya menuliskan beberapa buah novel tapi simptom ini buat fikiran saya tak tertumpu. Dan saya mula melihat sekitar rumah dan terasa seperti begitu banyak yang saya mahukan. Banyak hal yang saya kecewakan waktu melihat di dalam rumah. Tapi kemudian saya sedar, mungkin ini adalah simptom. Rasa tak bersemangat. Seseorang pernah beritahu, dia pernah mendapat tugasan untuk mengambil gambar di sekitar rumah saja. Bagaimana menjadi sesuatu yang mundane dan dull sebagai tugasan. Mungkin tak menjadi masalah bagi saya kerana saya bukan seorang jurufoto---saya hanyalah pemfoto dengan kamera telefon, kamera digital berusia; dan kecenderungan saya ialah mengelakkan dari memfoto individu lain. Boleh kata kerana ia adalah cerminan peribadi secara langsung saya yang tak begitu gemarkan interaksi berlebihan dengan orang asing. 

Sekadar perancangan 2026

Progress menulis novel ketiga tahun ini mungkin terasa perlahan, tapi macam menunjukkan petanda yang baik. Walaupun memang perancangannya ialah mula menulis pada Disember, tapi berharap untuk mula menulis dengan lebih awal - mungkin sekitar hujung November tapi SIBF bermula hujung November jadi agak sibuk membantu menyeduh. Dan memulakan penulisan novel ketiga ini agak skeptik, tak yakin akan mampu memulakan dan menghabiskan tapi selepas duduk di meja reruai waktu bekerja menyeduh dan berselang seli dengan pelanggan yang datang memesan minuman, termasuk keriuahan pengunjung yang tak begitu ramai (berbanding hujung minggu, mula menulis novel ni pada Selasa) bergabung dengan suara penjual reruai yang lain juga bunyi pembesar suara reruai penjual air balang yang asyik memainkan lagu-lagu yang berdentam dentum haram tak sedap (ada lagu akal imitasi, ada lagu tekno, ada lagu nasyid sebab dah maghrib dan kadang-kadang zikir) entah kenapa seperti membantu untuk memulakan novel. Sasaran ialah setiap bab dalam dua ribu patah perkataan dan semalam ajaibnya, berjaya selesaikan bab pertama dengan lingkungan dua riba perkataan. Agak kagum dengan diri sendiri dan rasa seperti ada momentum yang perlu diteruskan untuk novel ini kerana awal lagi seperti dah dapat rentak. Boleh jadi juga sebab ini adalah draf yang sangat kasar, jadi jangkaan mungkin lebih rendah. Tapi masih percaya ia dalam kualiti yang agak baik (untuk peribadi, tapi mungkin tidak untuk penerbit). Cuma kekurangannya ialah tak betul-betul baca plot dan garis cerita, jadi ada yang tersilap plot dan idea cerita. Tapi lepas semak, macam agak minimal juga. Sebab macam masih booleh ditukarkan menjadi mengikut kehendak cerita. 
Walaupun sepatutnya hari pertama Disember lagi dah mula tulis, tapi kalau hari kedua Disember dah ada draf untuk bab pertama, rasa macam konfiden untuk menghabiskan sasaran lima belas bab dalam Disember ini sahaja. 
Mungkin menulis novelisasi Luka banyak membantu. Jadi sementara masih dalam mood Tahun Menulis Novel Kebangsaan, bolehlah teruskan. 
Okey, berdasarkan perkembangan terkini beberapa hari di SIBF, mungkin Tahun Menulis Novel Kebangsaan akan dilanjutkan hingga pertengahan tahun 2026. Walaupun tak yakin, tapi sekurang-kurangnya kalau ada tarikh akhir, bolehlah menjadi rujukan berbanding tak ada sekatan. Dan bersama perkembangan ini, mungkin Tahun Menulis Puisi Kebangsaan akan dijadualkan jauh lebih lambat. Berbual dengan beberapa rakan penulis dan penerbit, ada kemungkinan untuk tempoh waktu akan datang, fokus pada novel:

Satu-- novel penulis upahan (sebenarnya tak boleh sebut langsung, tapi korang pembaca blog ni akan tahu, cuma jangan sebutkannya secara terbuka sebab ini adalah novel yang ditulis untuk penulis lain dan saya tidak akan mengambil kredit)
Dua-- novelisasi Luka (siap draf pertama bulan lepas, saya akan rehatkan draf itu sebulan dan bermula Januari akan kembali melawat draf ini untuk manuskrip akhir; seperti pernah saya sebut ada beberapa aspek yang akan diberi penekanan)
Tiga--novel Re: Cincin (novel yang saya hantar untuk sayembara tapi tidak terpilih, jadi akan panjangkan kepada penerbit lain, tapi tidak akan hantar salinan yang sama, sebaliknya akan rombak semula susunan cerita, walaupun cerita yang sama, tapi susun atur yang berbeza, ini mungkin Januari akan hantar pada penerbit untuk penilaian)
Empat---novelet keempat (swaterbit, sebab macam dah lama juga dari kali terakhir tulis novelet, jadi ada rasa keperluan untuk lengkapkan dalam jumlah genap. Dulu sebenarnya nak buat enam novelet tapi sebab sibuk, saya harap sekurang-kurangnya untuk genapkan jadi empat. Dan sampul dia pun dah lama siap.)
Lima--novel pendek (untuk penerbit; baru diminta waktu SIBF beberapa hari lalu, memandang memang ada dua idea untuk novel pendek dan kebetulan dua-duanya walau belum benar-benar mula tulis tapi kedua-duanya dah mula tulis hal-hal rambang berkaitan idea itu walaupun sebenarnya masa nak tulis ni cuma ada satu penerbit dalam kepala dan tak rasa untuk penerbit ini akan siapkan dalam masa terdekat sebab perlu keperincian yang lebih, jadi tak letak tarikh akhir. Dan juga tak tahu hasilnya bagaimana, jadi tulis saja dua-dua dulu. Tapi sebab dah ada penberbit lain minta, jadi boleh berikan salah satu. Ia novel pendek sebab jumlah perkataan yang dirancang lebih pendek dari sebuah novel, mungkin dalam 30 ribu perkataan saja. Sebab untuk projek ini -  dua-dua novel pendek tadi - kepanjangan perkataan bukanlah sesuatu yang ditekankan.)

Di samping itu, antara sasaran tahun depan adalah siri poskad cereka (satu cerita tapi pecah dalam empat poskad) dan juga sebuah kumpulan cerpen (masih belum putuskan sama ada mahu ambil semula manuskrip cerpen yang pernah dihantar atau tulis baharu; tapi ini mungkin akan mula fikir pada enam bulan terakhir 2026. 
Jadi, selepas semua ini, bolehlah nampak mengapa Tahun Menulis Puisi Kebangsaan, terpaksa ditangguhkan.