Aku dah macam nak tulis sesuatu tentangnya tapi lepas tu aku fikir, takpelah.

Kalau bila-bila masa akan datang, aku baca ni balik, sekarang adalah antara waktu di mana pengakuan secara anonim di NGL tweetfemes adalah konten yang paling popular di twitter. Aku dulu masih boleh terima lagi kalau ada pengakuan secara anonim di akaun-akaun macam Tweet Secret tapi kemudian bila ia mula perlahan-lahan beralih kepada influencer, aku terfikir, memang agak teruk juga hidup korang berpaksikan selebriti media sosial. Aku fikir hidup berpaksikan selebriti sebenar pun dah cukup menyedihkan,  ini lagi pula acah-acah selebriti.

Tapi ada satu pengakuan NGL, yang pada awal sebelum semua orang sibuk mengadu dan bertanya kepada influenza ni, yang sentiasa aku ingat. Walau aku tak ingat begitu detail, tapi dia lebih kurang tentang seorang isteri yang mempunyai kawan imaginari yang selalu menemaninya di rumah, kerana dia seorang surirumah. Dan kawan imaginarinya ialah bekas teman lelaki pada waktu sekolah, cuma ia agak platonik, kerana kawan imaginari ini kekal pada umur mereka bersama, walau dalam kehidupan sebenar, bekas teman lelakinya sudah dewasa sama seperti surirumah tadi, dan sudah kelihatan tak sama langsung seperti kawan imaginarinya (bayangkan kau umur 17 dengan umur 30, lebih kurang macam tu la). Aku tak ingat apa yang diluahkan, tapi dia rasa kehadiran kawan imaginarinya buat dia tak rasa sunyi.

Aku tak pasti jika ia akan ada apa-apa terkait dengan aku, tapi setiap kali teringat pengakuan tu, ia akan buat aku mahu terus duduk di depan komputer dan sambung menulis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan