Kemas kini kemas kini

Aku rasa kena kemas kini lagi kot perkembangan terkini tentang projek penulisan aku. Bila baca entri terakhir dan bandingkan dengan progress terkini rasa macam, agak lain gile kot. Mungkin inilah yang dikatakan rencana sang maha penentu. 

Aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi okey, sebab blog ni jarang ada orang baca, sekali aku tengok view ada la 2-3, itupun entah entah aku sendiri, jadi aku tulis je lah segala maklumat bagi senang faham. 

Aku cakap awal dulu ada nak setelkan novela, cerpen (1), novelet, cerpen (2) dan novel. Novela ditunda dahulu, cerpen (1) tengah proses akhir, novelet belum mula tulis, cerpen (2) dah siap hantar dan novel dibatalkan. 

Okey, cerpen (1) adalah kumpulan cerpen dengan judul manuskrip Gegelas Afrodisiak, dah siap tulis dan dah siap dapatkan renungan, dah dapatkan tema, dah dapatkan judul (paling penting) buku, dah dapat judul cerpen-cerpen di dalamnya dan dah siap juga blurb (untuk secara halusnya terangkan konsepnya). Semua dah siap, dan penerbit dah terima, tapi menurut perkembangan terkini, mungkin akan diterbitkan dan mungkin juga tidak. Secara jujurnya, walaupun aku tak kisah sangat sebab memang agak biasa juga manuskrip disidai lebih setahun, dan pernah juga terpaksa dibatalkan penerbitan, tapi ada rasa Gegelas Afrodisiak akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. Aku rasa aku rileks je la kot, kalau tak jadi, aku hantar penerbitan lain je. Yang ni malas nak swaterbit.

Kemudian novelet. Novelet ni macam satu keajaiban juga. Waktu aku terakhir kemas kini, aku cakap memang tak mula menulis lagi, tapi bila mula tulis, aku rasa aku boleh siapkan sekali duduk. Tapi sudah tentu aku tak lakukan itu sebab aku perlukan renungan. Tapi untuk beberapa kali duduk tu, aku terus tulis separuh novelet. Kalau aku benar-benar fokus, aku syak ia akan siap ditulis dalam masa tiga hari. Aku tak pasti jumlah waktu yang sebenar, tapi masih ada jarak mungkin seminggu tak menulis dan mungkin beebrapa hari yang tak begitu menulis, tapi kalau tak silap, mula menulis pada hujung November, sekitar 23 haribulan (sebab ada tweet rasa boleh siap sekali duduk), lepas tu mohon ISBN & PDP pada 11 Disember, dapat ISBN pada 16 Disember dan PDP pada 18 Disember (cepat gile). Patut dah boleh terus hantar cetak tapi melalui proses renungan dan semakan pihak ketiga, jadi esok (atau hari ni) 26 Disember akan hantar cetak. Ia ditulis denganjangka masa pendek sebab ada perasaan seperti menulis blog - tak ada weight sangat dan kena tulis dengan pantas cuma bahagian suntingan dan renungan yang perlu buat seperti selalu, ambil masa sikit. Tapi aku rasa ia masih cepat juga sebab dalam sebulan je untuk proses hasilannya. Kalau aku buat lagi tergesa, mungkin boleh sempat kejar untuk rilisan 2024 tapi sudah tentu aku tak buat camtu. Kalau tak, memang tak sempat masuk renungan untuk bancuh konkrit pada novelet ini. 

Cerpen (2) ialah kumpulan cerpen lama. Judulnya CERPEN Mohd Azmen (rasa boleh tangkap kan siapa penerbitnya), dah siap lama. Cuma pada asalnya, ia dijadualkan cetak awal Januari 2025, kemudian anjak pada PBAKL 2025, dan akhirnya anjak lagi hingga pada Ogos 2025. Secara jujurnya juga, ni pun aku tak kisah kalau tunda. Cuma lucunya, persoalan yang berlegar tentang penerbitan ini ialah siapakah penulis cerpen wanita yang cukup prolifik dan kontemporari? Ya, tiada. Sejak dari mula dapat soalan ni, aku dah mula fikir bagaimana mahu isi kekosongan ini. Atau bagaimana boleh untuk bantu pada sesiapa mengisi kekosongan ini. 

Akhir sekali novel. Fak. Mula-mula aku ingat projek ni tak jadi, sekali memang jadi. Novel ni adalah adaptasi dari filem. Judul filem ialah Luka. Pelakon utama ialah Namron dan memhanyut. Aku pergi dua kali penggambarannya untuk dapatkan feel dan lihat sebalik tabir. Tak silap, ia sepatutnya ada feel macam filem Wong Kar-wai. Tapi kalau tak ada pun, memang aku akan buat macam feel Wong Kar-wai. Sebab genrenya ialah thriller romance. Aku dah baca skrip dan lepas seminggu, aku masih belum mula sebab belum sampai lagi renungan dia. Sepatutnya ini kerja yang taklah rumit sebab cuma novelisasikan filem berdasarkan skrip. Tapi aku tak mahu letakkan jangkaan yang rendah, jadi kena bermain dengan feel dan renungannya. Projek novelisasi ni agak longgar juga, sebab kalau ikutkan tiada penerbit lagi dan aku sendiri tak ada deadline. Tak ada apa-apa jangkaan yang mereka jangka pada novel, mungkin hanya untuk jadi satu bentuk cenderahati dari filemnya. Tapi aku set sendiri, untuk hasilkan draf pertama dalam tempoh sebulan, dan mula tulis draf pada Januari 2025. Aku minta Sufian jadi penyunting. 

Oleh sebab 2025 aku mulakan dengan tulis novel, jadi ada rasa ia patut jadi tahun menulis novel. Haha/ Okeh, novela aku dah tangguh, tapi ia kurang 15, 000 perkataan untuklengkap sebagai novel. Kalau kau tanya aku, adakah boleh ia sampai patah minimum novel iaitu 40,000, aku rasa boleh sebab ada beebrapa bab belum habis dan aku jangka ia mungkin dalam 10,000 patah perkataan. Tapi aku macam target, selepas lengkap 40,000, aku nak tambah hingga cukup  60,000 sebab cukup tebal untuk penerbit terbitakannya. Tak tahu nak bagi siapa tapi aku rasa aku akan kekal dengan judul Cincin. Atau Empu sebagai bekap.

Ada lagi satu projek sampingan, tak tahu la akan betul buat ke tak tapi aku memang kena buat sebab penulis kena sekurang-kurangnya sekali buat terjemahan. Jadi aku akan buat zine terjemahan cerpen-cerpe Bukowski. Aku target lima cerpen.


Okeh, sebagai rumusan:

1) Novelet Adrenalin - on.

2) Kumpulan Cerpen Gegelas Afrodisiak - tak pasti.

3) Kumpulan cerpen CERPEN Mohd Azmen - on (tapi anjak sikit)

4) Novelisasi Luka - on (tak tahu bila nak terbit)

5) Novel Cincin - selepas siap Luka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan