Semoga emak dapat masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang emak mahu.

Ia akan mengambil masa sebelum aku mula menulis tentang arwah emak, cuma mungkin bukan sekarang. Bukan tak ada belasungkawa atau obituari yang akan aku tulis, cuma nantilah. Aku memang seboleh-bolehnya mahu asingkan hal-hal peribadi dan tak begitu menonjol, walaupun kadang-kadang aku kongsi juga gambar ahli keluarga tapi yalah itu cerita lain. Tak pernah rasa selesa untuk terlalu berkongsi tentang hal peribadi sebab untuk pembaca, hal yang paling peribadi dan intim sepatutnya mereka tahu dan baca ialah apa yang tertaip di dalam buku-buku aku sahaja. Ada waktu rasa seperti jika ada akaun yang berkunci mengikuti, aku selalu rasa serba salah untuk mengikuti semula sebab sentiasa ada rasa sesuatu yang mereka mahu sorokkan bila mereka kunci akaun dan aku tak rasa aku begitu rapat untuk mengetahui apa yang mereka sorokkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan