Sambungan.

1. Aku lupa nak masuk dalam pos semalam perihal keberkesanan seseorang ahli band itu di dalam band dia. Semalam aku dah cerita pasal bagaimana pentingnya bunyi Dave Silveria dalam Korn, tapi aku lupa nak masukkan pasal almarhum Chi Cheng. Yeee, walau pun ni lah paling penting nak kena cakap. Deftones, bagi aku, selepas kemalangan Chi Cheng memang agak bersusah payah untuk melengkapkan bunyi Deftones mereka sebab Chi dah tak ada. Maksud aku, yalah, kenapa nak peduli dengan pemain bass kan, lagipun tak salah aku, walaupun kebanyakan lagu dikreditkan dengan semula ahli Deftones, tapi kebanyakan lagu ditulis oleh Stephen dan Chino. Tapi, aku baru terbaca/terdengar (aku lupa kat mana) tentang bagaimana ahli Deftones lain kata Chi memang ada signature atau tempo yang agak pelik dan mereka memang tak boleh nak ikut Chi punya timing atau tempo atau senangnya, macam diorang cakap, jangan tengok kaki Chi sebab kaki Chi akan menunjukkan tempo lain berbanding lagu yang sedang mereka main, lebih kurang macam tu la yang aku faham. Dan sebenarnya jujur aku tak suka Sergio dari mula masuk, jangan tanya kenapa, ia memang semula jadi. Walaupun aku ada rasa sebab kenapa Sergio keluar dari Deftones agak logik dan betul sebab dia tak diberikan amaun yang selayaknya, tapi sebab itu masalah Sergio jadi aku tak peduli sangat. Haha. Dan bila fikir balik kelmarin, Mungkin sebab itu Deftones takkan dapat hasilkan muzik seperti sebelum Chi mati dan kemalangan. Dan secara jujurnya mendengar progres muzik Deftones selepas Chi tak ada, aku tak kisah atau tak apa je kalau dah tak macam dulu, sekurang-kurangnya mereka masih aktif dan masih hasilkan album dengan hala tuju yang tidak teruk macam Linkin Park.
2. Okey sebelum masuk Linkin Park, aku nak masuk ke Slipknot dulu. Aku dah tak ingat apa aku nak tulis tapi lebih kurang begini, dalam Slipknot, ahli band yang memainkan instrumen yang tak penting, adalah ahli yang paling berkuasa. Aku dah tak ingat apa aku nak tulis, tapi dia lebih kurang macam ni, dalam Slipknot, yang tulis lagu ialah almarhum Paul yang main bass dan Clown yang main perkusi kustom. Kalau tak silap, atau secara umumnya la. Dulu tak silap almarhum Joey pun sama juga, paling banyak bentuk lagu Slipknot, tapi dia yang kena buang. Sekarang dah tinggal Clown dengan Corey yang nampak paling dominan dalam band, dan mereka paling tak penting haha. Okey la, Mungkin Corey penting la sebagai imej vokalis.
3. Okey lagi satu, sebelum masuk Linkin Park. Selama ni semua orang tahu almarhum Joey memang pemain dram paling hebat. Aku pun percaya. Walaupun ada je orang cakap Joey tak hebat sangat tangan ke kaki, aku lupa, sebab tu ada bekap perkusi tambahan. Dan aku rasa, ye la kot, sebab tu aku anggap Mungkin akan ada je yang boleh ganti Joey dalam Slipknot. Aku fikir mesti ada orang hebat gila boleh main sama dengan Joey, lagi pula dah ada dua pemain dram Slipknot lepas Joey mati. Tapi Hari tu aku tengok orang buat perbandingan lagu yang sama, dimainkan oleh Joey, Eloy dan Jay, aku rasa macam kahkah cilaka. Rupanya Jay dan Eloy tak main sebiji macam Joey. Maksud aku, aku selama ni ingat Jay dan Eloy main sepatah sepatah not yang Joey palu, laa rupanya memang tak sama, tak solid dan lengkap macam Joey main. Tapi masih jadi la lagu tu. Cuma bila tengok perbandingan tu rasa, pehhh Joey memang power.
4. Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku kena cakap pasal Linkin Park sebab aku dah lama tinggal dengar Linkin Park. Linkin PArk ni aku rasa memang satu band besar yang selalu buat keputusan yang salah. KAdang rasa macam tak adil nak kata Hybrid Theory adalah album terbaik diorang tapi ituah hakikat. Itu jelah album yang betul-betul nampak menunjukkan mereka sebagai Linkin Park, oh dengan Meteora jugalah. Tapi semua album lepas tu, mereka mahu progress tapi semua pilihan yang salah. Secara jujurnya memang kecewa. Dan bila Linkin Park nak kembali aktif selepas hiatus kematian Chester, aku tak rasa nak peduli pun, sebab aku dah tahu dah, mesti diorang akan tetap buat pilihan yang salah. Tak ada masalah dengan muncul kembali bersama vokalis perempuan, tapi secara jujurnya, Emily memang tak sesuai untuk Linkin Park. Untuk muzik Linkin Park. Masa lagu baharu rilis dengan Emily, aku dengar, Dan terus rasa, okey boleh sambung tak pedulilah. Sekarang ni memang tengah hype vokalis perempuan. Banyak gila band hardcore dengan penyanyi perempuan dan seronok juga trend ni, sama ada disengajakan atau tidak. Cuma ya, Linkin PArk, selain dari arah tuju muzik, kena pilih vokalis yang lebih sesuai, tak kisah perempuan atau perempuan. 
5. 2025 agak seronok sebab banyak album best, Turnstile, The Cure, Deftones, apalagintah aku dah lupa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan