- Sangat teruja hari ini menunggu album baharu Deftones dan selepas habis dengar satu album, terbaca berita Brent Hinds meninggal dunia. Fak. Album baharu Deftones, bak seperti kata seorang peminat yang rambang di internet, setara dengan Diamond Eyes. Saturday Night Wrist dan Koi No Yokan; dan ya, saya setuju walau saya lebih cenderung kepada Koi No Yokan. Beberapa minggu sebelum Private Music rilis, saya kembali mendengar keseluruhan diskografi album utama Deftones sebelum menyambung dengan senarai main Deftones, jadi ya, secara tak langsung,kembali biasa dengan bunyi Deftones berlainan era (walau belum cukup mahir), Private Music adalah gabungan antara Around The Fur dan Koi No Yokan dengan terselit beberapa album lain di antaranya. Cukup Deftones ke bunyi Private Music? Boleh kata kalau tak minat Koi No Yokan dan Around The Fur, akan rasa Private Music masih belum cukup Deftones.
- Cuma kadang-kadang rindu juga trip hop Deftones. Dan Team Sleep.
- Tahun ni mungkin tak begitu baik untuk metalheads, rasanya orang masih belum begitu pulih dengan kematian Ozzy, dan sekarang tambah pula kematian Brent.
- Fieldy dengarnya buat supergroup baharu. Well, aku bersangka buruk, secara muzikalnya, (maknanya tak termasuk isu peribadi lain). aku rasa Fieldy dan Ray Luzier bukan gabungan yang sesuai. Sebab Ray bukan pemain dram yang sesuai untuk Korn. Aku tak tahu la nak terangkan macam mana, tapi tak boleh dinafikan Ray pemain dram yang hebat (walaupun aku rasa dia main biasa je dan pengenalan permainan dia agak jengkel) tapi gaya permainan dia langsung tak sesuai dengan Korn. Sebab Ray tak ada groove langsung. Berbeza langit dengan bumi dari permainan Dave yang sangat groovy dan funky. Aku tak kisah Dave nak masuk balik ke tak, tapi yang penting tukar la Ray tu kepada pemain dram yang lebih sesuai.
- Entah kenapa hari tu aku tergerak nak dengar Korn di persembahan langsung, selain dari mengetahui Ray main agak menjengkelkan, baru tahu senarai lagu dalam konsert Korn.. agak mengharukan. Hahaha. Aku cuma dengar betul-betul Korn sampai Untouchables je. Dan secara peribadi, terfikir empat album Korn ni memang solid habis. Untouchables sebenarnya okey juga, cuma aku ambil masa sikit untuk masuk. Dan kebanyakan album-album lain rasa macam tak masuk. Dannn.. masa aku tengok video konsert tu, lebih dari separuh setlist tu hanya tiga album pertama, selebihnya selit sikit sikit album lain dan rasanya ada je album yang tak terselit. Aku macam wow. 30 tahun dengan 14 album dan dalam setlist konsert separuh ialah tiga album pertama?
- Aku tiba-tiba tadi terfikir, macam mendapat epifani juga, yang pengembaraan waktu memang tak wujud. Maksudnya kita tak boleh kembali ke masa lalu dan kita tak boleh pergi ke masa hadapan. Sebab rukun iman keenam dah menyatakannya. Percaya kepada qada dan qadar. Percaya pada ketetapan tuhan. Adakah ia secara tak langsung menyatakan, bagaimana nasib kita di dunia, memang dah ditentukan, dan tak ada cara lain untuk mengubahnya. Bukan bermakna kita tak payah berusaha, tapi tuhan maha mengetahui, dan semuanya memang dah tertulis, dan kita cuma perlu percaya dan berusaha ke arah kebaikan.
- Walaupun berbeza perjalanan hidup, aku syak Brent sebenarnya adalah jenis yang sama macam Bukowski. Hidup tak menentu tapi akhirnya berjaya.
- Aku dah siapkan novel pertama dan aku hantar kat sayembara. Kalau tak menang atau terpilih, terasa nak tulis semula susunan cerita dia. Bukan sebab tak percaya dengan apa aku tulis. Tapi lebih kepada menggunakan material yang sama untuk stail yang lain. Novel asal ni ditulis mengikut enam kali ketukan pada pintu dan ya, ia ada enam bab je. Aku terfikir untuk susun balik, seperti yang aku pernah fikir dulu untuk buat cerpen berdasarkan sitcom. Ia boleh berdiri sebagai cerpen tunggal tapi semua cerpennya menggunakan watak yang sama. Sebab tu aku panggil sitcom, ia macam cerpen bersiri tapi setiap cerpen mempunya cerita berbeza. Dan ia akan jadi lebih banyak bab.
- Aku masih berusaha untuk siapkan (mungkin paling sesuai ialah mulakan) novel kedua. Sila ingatkan aku lepas ni jangan ambil tugas atau kerja sambilan untuk novelisasi apa-apa. Aku harap dalam sebulan dua siap la sebab lama sangat aku bertangguh ni.
- Kalau ikutkan, aku dah ada idea untuk 2 novel lagi. Tapi tak ada masa. Aku nak tulis novelet dulu, siri akhir novelet. Kot. Aku tak pernah fikir nak habiskan berapa, tapi dia patut dalam bilangan enam atau lapan sebab cantik kalau susun. Tapi tak rasa akan terkejar dengan benda lain, jadi aku cadang berhenti dulu sampai empat.
- Aku dah cakap ke aku pergi tengok Wormrot hari tu?
Rasa sudah tiba masa untuk kemas kini banyak hal rambang tanpa sebab yang khusus.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan