Dalam usaha menangani gejala sarak kafein, saya tuliskan sesuatu sebahagian dari estrak buku attau zine foto hitam putih akandatang yang saya tak pasti jika saya akan siapkan atau tidak kerana saya rasa saya tuliskan ini adalah kerana sebagai usaha malawan gejala sarak kafein (bila fikir semula, ada beberapa benda yang saya akan lalui dua kali - mungkin fasa lebih sesuai, akan laluinya dua kali tapi boleh jadi sebenarnya dah beratus kali saya lalui cuma yang terkini lebih terkesan - seperti sarak kafein ni lah. Saya sekali lagi melalui fasa surarumah dan kali ini nampak macam lebih pendek tapi oleh kerana saya pernah melaluinya sbelum ini jadi ada banyak benda yang saya sudah ambil langkah awal untuk menjadikan fasa ini lebih mudah kerana mengambil pelajaran yang lepas dan satu perkara paling berhati-hati ialah kewangan, di mana saya akan cuba berbelanja seminimal yang mungkin dan banyak hal yang menjadi kebiasaan, terpaksa saya ketepikan demi kelangsungan hidup. Walaupun kali ini nampak sedikit selesa berbanding sebelumnya, tapi ada satu hal yang mengganggu - iaitu gejala sarak kafein. boleh bayangkan tak, sebagai barista, saya akan minum kopi hampir setiap hari - hampir kerana kedai juga perlu berjimat dan ada waktu saya tak minum langsung sebab tak nak meningkatkan kos operasi kedai. Dulu pun macam tu juga, berhenti kerja dan tak lagi minum kopi setiap hari dan saya tak ada masalah langsung untuk tidak minum kopi. Maknanya saya tak begitu ada had untuk minum seharian, saya boleh minum 4-5 cawan kopi sehari dan mungkin cawan kelima baru tangan menggigil terlebih kafein. Atau mungkin cawan kesepuluh baru menggigil, tak pasti sangat sebab dah lama tak minum sebanyak itu. Dan selepas itu, saya boleh saja tak minum kopi langsung untuk beberapa hari atau minggu tanpa mengalami apa-apa gejala. Tapi sekarang tidak. Masuk hari ketiha tanpa kafein, kepala saya mula sakit. Mulanya pelik juga, kenapa sakit kepala, rupanya dah tiga hari tak minum kopi. Nampaknya usia memang telah memamah tubuh saya. Perut saya dah mula menunjukan gejala tidak toleren terhadap laktos. Aku saboo je le)
.
.
.
Tak pernah ada had tentang keinginan manusia. Kita akan sentiasa menemui apa yang kita ingini dan ia takkan terhenti. Ada infiniti amaun untuk keinginan. Kita memang akan selalu mengingini hal yang tak kita ada. Kita boleh ada semua hal yang impikan tapi bila tercapai semua itu, kita masih lagi menginginkan sesuatu. Dan kita tak pernah tahu pun sekiranya keinginan itu pernah wujud berpuluh tahun sebelum kita mengetahuinya. Mungkin pernah saja ada hal atau barang kita mahukan sangat pada waktu ia masih belum lagi brada di dalam tangan. Tapi bila ia sudah ada, kita takkan sentuhnya mungkin beberapa bulan selepas. Begitu juga dengan segala hal kita tanpa sedari nikmati setiap hari dan tak rasa ia sebahagian dari kehidupan. Saya sedang mengalami gejala sarak kafein dan ia buat saya lemah, tak fokus dan terganggu. Saya septutnya menuliskan beberapa buah novel tapi simptom ini buat fikiran saya tak tertumpu. Dan saya mula melihat sekitar rumah dan terasa seperti begitu banyak yang saya mahukan. Banyak hal yang saya kecewakan waktu melihat di dalam rumah. Tapi kemudian saya sedar, mungkin ini adalah simptom. Rasa tak bersemangat. Seseorang pernah beritahu, dia pernah mendapat tugasan untuk mengambil gambar di sekitar rumah saja. Bagaimana menjadi sesuatu yang mundane dan dull sebagai tugasan. Mungkin tak menjadi masalah bagi saya kerana saya bukan seorang jurufoto---saya hanyalah pemfoto dengan kamera telefon, kamera digital berusia; dan kecenderungan saya ialah mengelakkan dari memfoto individu lain. Boleh kata kerana ia adalah cerminan peribadi secara langsung saya yang tak begitu gemarkan interaksi berlebihan dengan orang asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan