Sebenarnya dah ada lagi satu projek dalam kepala - jurnal tose (foto dan catatan)

Sebenarnya ia mungkin waktu yang kecewa, jadi tak berharap apa sangat, kecuali buat tak tahu je lah. Entah, tak pasti jika ia disebabkan umur tapi terasa banyak sangat benda mengecewakan baru-baru ini (kecuali Wayang Budiman semalam, menayangkan The Dupes, 1972, merupakan adaptasi dari cerpen Ghassan Kanafi berjudul Men in the Sun atau Terpanggang dalam terjemahan bahasa Melayu, baru je keluar). Rasa macam, entah, tiba-tiba terasa lebih minoriti berbanding semasa muda. Terutamanya dalam pendapat peribadi pasal muzik. Aku tak tahu sejak bila, aku mula memikirkan jika pendapat aku adalah pendapat yang agak umum untuk semua tapi sejak dari Static-X kembali aktif dengan vokalis baharu yang memakai kostum robot Wayne Static, aku fikir mereka akan dikecam. Tapi tak, semua orang sangat menyokong. Dan mereka aktif melakukan jelajah sampai aku fikir, kenapa aku sorang je rasa benda ni tak patut. Dan jarang juga nampak mana-mana komen yang tak menyebelahi band. Dan sekarang, pasal Mastodon. Secara jujurnya, bila keluar lagu baharu, menampilkan pemain keyboard dan gitaris utama yang baharu, dan memberi ruang kepada mereka dalam lagu baharu - yang aku fikir tak kena dengan muzik Mastodon - tapi aku tak jumpa satu pun komen yang mengecam. Mereka agak terbuka - masih mengingati Brent tapi dalam masa yang sama memuji hala tuju baharu. Mungkin kita memang boleh begitu - berada dalam dual perasaan yang bertentangan. Atau mungkin itu aku saja. Dan ia buat aku menghargai katalog lama Mastodon. Aku tak tahu kenapa, sebelum ni memang agak sukar nak masuk dan hadam muzik Mastodon - sebab aku cuma dengar single utama je berbanding keseluruhan album walaupun aku dengar habis Crack the Skye dan Once More Around the Sun (dan suka kedua-dua album) tapi Hushed and Grim aku tak selalu dengar album penuh, begitu juga katalog lama. Baru-baru ni aku mula menonton semula konsert lama Mastodon, di mana Brent masih lagi rajin menyanyi, dan rasa, wah, ia Mastodon yang berbeza. Aku jarang dengar album sebelum Crack the Skye tapi boleh cam lagu-lagu tu dan bila tengok persembahan langsung, aku rasa macam wow. Dan sekarang, aku tak rasa nak kemas kini katalog dengar Mastodon aku, ia hanya akan berakhir hingga Floods of Triton je kot. Akan dengar album baharu, sebab mengujakan juga penampilan pemuzik jemputan, tapi yeah, akan buat senarai main dari sebelum Marrow Deep, sebab Mastodon pun macam Cigarettes After Sex juga, ada beberapa lagu tak termasuk dalam album (non album singles, extended play, collab, etc).

Dalam hal tak berkaitan, sejak tak menatal media sosial, rasa macam ada masa terluang, sebab tu boleh tonton konsert, dan baru-baru ni tonton Cavalera Chaos AD. Max makin susut berat, walaupun memang aku selalu berharap Max akan jaga berat tapi bila nampak dia susut dan nampak tua, rasa macam bimbang juga jika dia sakit. Tapi lepas tonton Cavalera jelajah Chaos AD, rasa sangsi tu hilang. Max nampak sihat dan bertenaga dan nampak dia betul-betul bermain gitar (sebab sebelum ni dia selalu nampak main gitar dengan petik not E saja, tali paling atas, tapi kali ni dia betul-betul main) dan nampak lagi tight berbanding Sepultura. Walaupun tak adil untuk membandingkan, tapi aku tak ada jangkaan yang tinggi bila mula pasang Cavalera. Mungkin sebab rasa banyak keputusan dia buat macam tak popular atau nampak macam dia bernostalgia. Nailbomb bermain semula tapi tanpa Alex. Merekod semula Morbid Visions dan Schizophrenia. Melakukan jelajah untuk album-album ini dan Chaos AD. Semua rasa seperti dia bernostalgia dan tak boleh bermain muzik lain. Secara jujur, aku rasa dia lagi okey kalau terus maju dengan muzik sekarang, Go Ahead and Die ke, Cavalera Conspiracy bukan album rekod semula ke, atau main rekod-rekod lama Soulfly ke, tapi tu la, sejak berkrisis dengan Marc, mungkin akan jarang main rekod-rekod ni (kecuali GAAD).  

Okey, kembali kepada Mastodon, selepas asyik dengar lagu zaman Brent, aku terfikir, mungkin aku patut mula praktis main gitar balik dengan belajar lagu-lagu Mastodon. Yep, harap aku dapat siapkan semua projek penulisan yang terbengkalai dan siarkan semua penulisan yang masih lagi tak jumpa penerbit, dan lepas tu boleh la aku fokus main gitar, baca buku dan main skate. 

Tapi lepas tu, sebalik siap siapkan dua projek yang paling penting - novel Luka dan re:Insomnia (tinggal satu cerpen jeee), aku siap tambah sasaran pulak. Selang beberapa minggu sebelum ni, aku terfikir untuk menulis eceran (ada dua idea) dan sekrang aku terfikir nak tulis manuskrip skrip pentas. Sebab nak hantar dekat projek Madani. Sebab nak hantar cerpen, tak sempat, aku nak kena sedia 10 cerpen paling sikit. Tapi kalau skrip pentas, dia cuma nak 3 paling minimum (syarat 3-5 skrip) dan aku dah ada satu skrip, jadi kena tulis lagi dua jee. Aku optimis ni. Doakan semoga semua siap ditulis dan jangan ditunggu aku yang sedang hiatus ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan