Okeh, minggu kedua diet nampaknya progress agak ke belakang. Minggu pertama dah ngam berjaya sampai target 2.5 kilogram, minggu kedua total susut cuma 0.5 kilogram. Awal minggu tu memang nampak macam berjaya juga, sebab dah setel satu kilogram, tapi sepanjang hujung minggu agak tak berapa cantik sebab hujung minggu tak makan sangat jadi perut masuk angin. Campur juga ada beberapa bahan larangan yang aku makan dan minum jadi memang efek dekat diet. Lagi teruk pulak, aku langsung tak senam minggu lepas. Minggu ni hari pertama agak barai jugak sebab tak senam lagi. Tapi aku optimis, esok aku mula senam. Atau malam ni. Jangan sampai aku terpaksa letak gambar PMX sebagai latar gambar telefon bimbit nak bagi semangat punya pasal.
Akan datang tak pasti akan dapat kerja kafe lagi ke tak dengan konsisten. Bulan Februari nampaknya memang terganggu jadual, jadi yang paling konfiden, cuma akan ada hujung minggu di kafe. Dan bulan Februari adalah bulan terakhir beroperasi di lokasi sana, jadi aku tak pasti lepas ni macam mana. Sebab lokasi baru, bukan sahaja lokasi bertukar, waktu perniagaan mungkin juga bertukar.
Ada tak ada, memang kena kembali tumpu pada manuskrip. Sebab memang dah tergendala juga lepas mula kerja kafe. Nasib baik berjaya tunda tarikh akhir, tapi aku harap dalam bulan ni sempat la siap. Aku kena mula balik, lagi sekali, macam biasa. Harap minggu ni dapat setel sekurang-kurang-nya satu cerpen, dan susut 4.5 kilogram (kejar balik 2 kilogram yang minggu lepas, campur minggu ni punya sasaran minggu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan