Minggu ni rasa macam hampir mengetahui tentang susunan sepatutnya jadual harian tapi lepas tu aku malas. Jadi, minggu ni ada rasa macam akan kurang sikit penurunan berat badan sebab aku tak bersenam pun. Kalau ikut penimbang, baru turun dalam lima ratus gram. Kira ada lagi dua kilogram nak kejar sebelum Selasa depan. Tapi minggu ni waktu luang pun nampak macam kena buat entah apa benda yang bukan aku punya kerja.
Oh, beberapa hari lepas aku beli seluar dan baju setelah sekian lama tak beli kat gedung. Aku ingat masa kurus hari tu aku sibuk beli baju murah kat bundle atau pasar malam. Ada banyak dah sampai aku terpaksa meminimaliskannya dengan derma. Tapi masih banyak. Tapi sekarang semua tak boleh pakai, sebab dah tak muat. Terpaksa aku selongkar balik baju dan seluar lama saiz besar untuk pakai. Masalahnya tak banyak. Seluar panjang pun ada sehelai je. Yang lain semua seluar pendek. Baju pun banyak yang dah pudar. Oleh sebab kerja di kafe sekarang hanya pakai pakaian harian, aku dah rasa elok la aku beli baju dan seluar sementara nak menunggu kurus. Yelah, walaupun kejap, tapi sekurang-kurangnya dua bulan paling lama nak tunggu sebelum boleh pakai balik baju dan seluar lama yang saiz kecil sikit. Aku pun dah tak tahu saiz pinggang sekarang apa. Lepas aku beli seluar, okey la aku dah tahu, saiz 36. Kali terakhir aku pakai saiz 36 ialah masa pinggang saiz 32. Yelah, kan waktu tu tengah stail pakai seluar besar dan labuh.
Lepas tu kalau agak macam tak pasti macam mana keadaan diri sendiri, aku patut masuk ruang cuba pakaian kat Lotus's. Sebab kat situ ada cermin depan dan cermin belakang; cermin belakangnya boleh laras sampai boleh nampak diri sendiri dari sudut pandang pihak ketiga. Jadi memang nampak gemuk betul lah. Baju pun aku terpaksa beli saiz XL. Padahal rasa dulu lagi gemuk. Takpe lah. Aku dah sedia nak kurangkan lagi banyak baju lepas ni. Memang aku sedekah je lah nanti banyak-banyak sebab baju aku dah banyak pudar. Susah betul nak jumpa baju yang tak cepat pudar.
*
Lagi satu perkara yang aku temui tentang diet pemakanan ialah aku patut panggang je segala benda. Cerita dia sebelum ni aku macam jem juga nak masak apa sayur-sayur ni. Aku bayangkan, ayam masak dengan sayur, so cukup la. Masalahnya aku tak boleh fikir apa yang mudah dan senang. Aku ingat macam nak masak seminggu sekali lepas tu bekukan lepas tu panaskan bila nak makan. Aku cuba buat sayur gorang biasa je, macam okey jugak. Lepas tu aku cuba sup sayur, terus rasa menyesal jugak. Sebab sayur yang digunakan ialah kobis bunga dan kobis bunga hijau, memang cepat layu kalau terlebih masak atau masuk dalam tempat beku. Jadi minggu ni baru aku berjaya buat penemuan yang memudahkan makanan diet aku - iaitu aku perap ayam lepas tu aku panggang, lepas tu bila hampir dah nak siap panggang ayam, aku panggang sekali sayur-sayur tu. Kira masak tak terlalu lama, hanya cukup untuk bagi dia lembut. Lepas tu dia meresap jugak kuah perap tu. Mantap jugak idea aku. Tak payah masa seminggu sekali. Aku beli ayam terus perap je. Cuma lepas ni boleh la masukkan sekali ayam. Setel dah diet aku.
Cuma senam ni je yang tak setel sangat. Secara teorinya ada juga, aku ingat nak bangun pukul lima pagi, buat yoga sambil senam ringan kalau sempat, sampai pukul enam. Lepas hantar Ariana boleh la senam. Maslaahnya sekarang ialah aku tidur tengah set jadi lambat. Pukul satu atau pukul dua baru nak tidur. Ada waktu, pukul tiga baru aku tertidur. Ada juga aku rasa aku tengah pura-pura tidur je sebab rasa macam tak tidur. Sebab pukul enam dah kena bangun siapkan Ariana. Aku harap jadual tidur aku berubah sikit sebab dia dah ganggu waktu menulis aku. Kira sekarang tengah hilang momentum balik.
Aku sasarkan dalam minggu depan untuk cuba betulkan tidur dan bangun pukul lima pagi buat yoga. Power, power.
*
Buat masa sekarang, latte art aku tengah pelan-pelan nak datang. Cilakak, nak didihkan susu pun tak lepas kot masa awal-awal tu. Semua teori memang dah ada dalam kepala. Cuma aku kena keluarkan balik sebab rutin dah tak sama sebab mesin dah lain. Lagi pula dulu memang semua automatik. Sekarang manual jeee. Takpe, aku sabar. Aku dah sasarkan, untuk menguasai rosetta dan heart je. Tulip mungkin la. Malas ah nak buat bunga-bunga kuda ke angsa ke. Bagi sempurna segala rosetta dan heart dan tulip baru fikir benda lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan