Sebenarnya nak tulis hari Jumaat hari tu tapi tak sempat.

Rasa kejap pulak dah nak mula sekolah balik walaupun memang aku tak sabar juga nak tunggu sekolah naik. Boleh kata sebab aku masih belum sempat nak betul-betul sambung habiskan novelet sebab tu ada rasa sikit gelabah walapun memang aku harap cuti cepat habis. 

*

Aku sebenarnya masih memikirkan hal Jumaat lepas. Solat Jumaat hari tu, aku parkir kereta di Lotus sebab sebagai manusia bertamadun dan akal sihat, aku tak parkir tepi jalan buat dua tiga baris dan ganggu laluan dan blok kereta orang lain. Dari Lotus ke masjid tu takde la jauh sangat, malah parkir di Lotus banyak kosong dan ianya berbumbung. Kadang aku tak faham juga orang parkir tepi jalan walau ada tempat yang lagi elok nak parkir. Kecuali la memang takde tempat elok nak parkir, itupun aku takkan parkir dua tiga baris dan blok kereta orang lain. Dan ini bukan merujuk kepada hal solat Jumaat je pun, sebab aku selalu pergi hospital, jadi tak kira la bangsa atau agama apa, sama je mentalitinya. Memang lepas berjam-jam duduk tunggu doktor, aku memang nak sangat tunggu kau alih kereta lagi sejam sebab kereta kau blok satu-satunya laluan keluar. Maafkan, tengah gemuk ni senang emosi sikit.  

Waktu masuk ke dalam parkir Lotus (yang ada bumbung dan banyak parkir, walau aku terpaksa memandu lebih kurang lima kilometer - kot - sebab mesti yang tak sampai satu kilometer dari rumah, selalu penuh, aku ingat kena datang pukul dua belas setengah tengah hari kot baru dapat solat dalam masjid, aku datang pukul satu suku pun aku kena solat kat tepi longkang, siap longkang tu curam ke tempat aku sujud - kaki lagi tinggi dari kepala), aku berhenti kereta kejap sebab ada sebuah kereta (entah aku tak ingat kereta apa, sebab aku tak minat kereta jadi memang selalunya aku tak tau entah apa model kereta yang tak begitu popular, lagi lagi pula kereta model yang bukan terbaharu, tapi nak bagi sikit gambaran, aku rasa bentuk dia macam Proton Perdana sebab kereta dia besar dan lebar, tapi seingat aku tu bukan kereta nasional la) nampak macam tengah nak keluar parkir. Jadi aku berhenti tunggu dia. Lepas tu baru aku perasan, dia sebenarnya nak masuk ke dalam parkir cuma kereta dia dah rapat sangat dengan tiang. Tiang tu sebelah kanan dia, sementara sebelah kiri pulak dah ada kereta lain. Jadi aku macam jem kejap tengok kereta dia memang rapat gila dengan tiang, apa orang kata, satu hun je jaraknya? Dan brader dalam tu memang tengah bersusah payah untuk ejas bagi tak terseret tiang. Tapi masalahnya memang susah gila kot. Aku pulak, patutnya dah boleh gerak je tapi entah kenapa aku tengok sampai habis. Aku tak tahu la sebab aku ke apa, tapi brader dalam kereta tu memang takde nak turun tengok ke apa dulu, bagi bajet nak buat apa, dia tetap cuba juga, boleh jadi sebab kereta aku kat situ tak gerak-gerak, jadi dia mungkin fikir aku tak boleh lalu ke, atau aku memang peratikan dia ke, sampailah akhirnya dia sagat tiang tu dalam dua tiga kali. Aku memang dah jem habis dah, sampai dua tiga orang lain yang kebetulan kat kawasan parkir tu datang dan tengok sebab bunyi kereta tu sagat memang kuat jugak. Tapi diorang pun tak boleh apa sebab brader tu dah setel tegakkan parkir, tapi pintu belakang dia memang dah kemek dan ada macam besi dekat kawasan atas tayar belakang tu dah tercabut. 

Bila dia dah setel tu, baru aku macam tergerak, eh amende aku buat kat sini. Kenapa aku tak jalan je terus. Nasib baik belakang aku memang tak ada kereta lain, kalau tak memang jadi jem kejap sebab aku tak gerak-gerak. 

Jadi, kesudahannya, tiba-tiba ada rasa sikit bersalah, ada aku dengan secara tidak langsung dah buat brader tu gelabah dan terus je ambil jalan mudah untuk selesaikan masalah dengan sagat kereta dia kat tiang. Rasa macam aku patut turun dari kereta dan suruh brader tu matikan enjin dan kita tolak sama-sama perlahan-lahan kereta tu biar tak terkena tiang. Tapi tu lah, benda dah lepas. Aku doa tak banyak la brader tu kena bayar untuk betulkan pintu dengan bahagian yang kemek tu (walaupun nampak macam teruk jugak). Dan aku doa kereta aku pun tak kemek dan calar lah.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan