Biasanya ketika mengarang (ya, tolong ingatkan saya untuk menggunakan perkataan mengarang bagi menggantikan perkataan menulis). saya akan sentiasa rasa saya tak cukup membaca dan menonton filem dan kemudian saya akan terus muat turun buku elektronik dalam amaun yang tak sihat, rasanya hari ni saya muat turun lebih dua ratus buku - betul, sebab ada kecenderungan untuk muat turun keseluruhan bibliografi berbanding memuat turun judul yang penting. Murakami saja ada 29, Samuel Beckett 62, Carver 16, sekadar memetik beberapa nama. Dan saya akan bercita-cita untuk habiskan cepat manuskrip-manuskrip yang sedang dikarang sebab nanti nak fokus baca buku dan juga mmenonton filem walaupun lepas tu saya rajin baca dalam seminggu lepas tu entah apa saya buat.
Waktu memuat turun ini saya terfikir, hanat banyak betul judul diorang ni sedangkan saya sendiri terkial-kial capai sepuluh judul, siap hiatus dua-tiga tahun. Sekarang dah ada enam judul, jadi sedang usahakan lagi tiga tahun ni, satu dah siap, jadi insyaallah tahun depan cukup la sepuluh. Walau ia kedengaran seperti agak mementingkan kuantiti berbanding kualiti, tapi sebenarnya saya baru sedar satu hal waktu memuat turun buku-buku elektronik ni semua, sekiranya anda memang seorang penulis, anda tak perlu mengira berapa jumlah buku yang mahu anda karang sebab biasanya secara semulajadinya, penulis kerjanya ialah mengarang, jadi akan sentiasa ada sesuatu yang mahu ditulis dan ditaip dan kemudian simpan hingga ia berkembang dalam bawah sedar. Dan ia sentiasa takkan habis. Sebab tu kalau lihat pada kebanyakan penulis, memang akan ada banyak judul di bawah senarai bibliografinya. Tapi taklah bermakna lebih banyak buku, lebih bagus. Ada je pengarang bagus tapi hanya hasilkan dua buah bukusepanjang hidupnya. Tapi tak bermakna dia tak menulis dan mengarang, cuma ia tak diterbitkan.
Jadi, kepada penulis, mengaranglah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan