Okey esok aku mula diet.

Sebenarnya takde nak kemas kini blog tapi aku kemas kini je la.

Aku rasa aku pernah kot cerita yang aku ada macam kepercayaan tahyul yang sebenarnya tak betul pun tapi selalunya memang akan berlaku tapi walaupun terjadi aku anggap ia memang kebetulan dan tak la anggap ia memang hal yang sahih. Lebih kurang camni la, kalau kau ada member kerja kafe, benda paling pantang atau tabu untuk disebut ketika sedang kerja, terutamanya bila baru lepas sibuk waktu pelanggan ramai, ialah 'oh, dah tak busy' atau ''haa, berhenti pun customer (masuk)'. Mana-mana kafe atau restoran atau kedai makan atau seumpamanya, memang ada kepercayaan tahyul begini sebab, sebaik saja melafazkan ayat itu, menderu pelanggan masuk ke dalam premis. Dan entah macam mana, memang ia jadi satu budaya dalam bidang makanan dan minuman. Atau konteks lain ialah jangan cakap nak beli barang yang baharu di depan barang yang lama, nanti ia akan merajuk (jadi rosak atau meragam). Macam, jangan cakap nak beli kereta baharu depan kereta lama, nanti tengok la selang berapa hari ke ia akan mula meragam. Atau member aku, dia spesifik sikit, antara tabu yang aku rasa menarik, dia cakap kalau dia pergi kerja, dan tiga lampu isyarat berturutan yang dia lalu semua hijau, maknanya ada benda tak best la akan jadi masa kerja. Kadang dia tak nak percaya tapi selalunya kalau dah lampu isyarat kedua hijau jugak, lampu isyarat ketiga dia akan bawa motor pelan-pelan supaya sampai waktu lampu merah. 

Sementara aku pulak, aku punya agak kompleks sikit. Aku percaya, dalam setahun, mesti ada satu tempoh (tak pasti sebenarnya berapa lama, mungkin sebulan, mungkin beberapa minggu) di mana segala benda yang aku buat mesti tak jadi. Kadang bukan benda yang besar sangat pun, dia lebih macam rutin harian. Kalau nak faham, kejap lagi aku taip kat bawah sebab baru je berlaku dekat aku hari ni. Biasanya tempoh ni akan berlaku pada waktu pertengahan tahun, dan selalunya tak spesifik. Aku hanya akan perasan kalau lepas beberapa hari tu, ada banyak benda aku nak buat asyik tergendala atau seperti disusahkan. Aku ingat dulu ia akan berlegar sekitar pertengahan tahun, tapi kadang-kadang ia akan berubah-ubah sampai aku siap fikir, oh, kitaran tahun kita ni mungkin tak betul kot sebab tempoh malang aku ni macam dah berganjak sikit. Haa lebih kurang camtu la. Dan selalunya, benda ni dia tak menyusahkan, tapi ia melecehkan. Macam mana aku nak terangkan. Okey la aku cerita je la kes hari ni.

Hari ni ni aku nak pergi NSK, aku nak beli ayam, ikan bilis dengan kaya Yeo's (astagfirullahalazim, aku tak tahu la korang camne, tapi aku agak kagum jugak bagaimana semua orang boleh merahsiakan hal ini tapi kaya Yeo's adalah kaya paling sedap, aku saja cuba beli sebab sebenarnya aku pun dalam fasa makan roti sapu kaya, aku tak makan sangat roti sapuan apa semua ni walaupun boleh je makan dan selalunya aku akan makan roti sapu kaya pandan Gardenia Aunty apa entah tu tapi ada sekali tu kononnya aku nak cuba kaya pandan lain, tapi rupanya kaya pandan adalah benda yang tak popular, jadi aku amik je la kaya biasa, ada kaya Nona (tak sedap) dan kaya Yeo's, aku amik je la Yeo's lepas makan aku rasa macam apakelancau sedap gilee ohtuhanku?!), jadi dimulakan dengan aku masuk tempat letak kereta lepas tu aku macam, banyak tempat kosong tapi masih banyak kereta, dan aku pulak dua kali pusing tempat letak kereta tu bukan sebab takde kosong tapi sebab takde tempat best. Aku dah terfikir satu tempat yang ala strategik jugak tapi tak dapat dibuktikan lagi, jadi aku ingat okeh, aku letak kereta kat tempat tu, kat luar bangunan, lepas tu bila lalu, oh macam tak begitu efisien jadi aku pusing balik masuk dalam lepas tu ada banyak petak kat tepi tiang (kegemaran aku sebab akan dapat banyak ruang buka pintu taklah tersagat kereta orang) tapi aku rasa macam tak cukup ruang nak amik untuk masuk setiap petak yang ada. Akhirnya aku ambil spot yang tak best dan lagi kelakar, aku letak kereta masuk depan (aku tak suka letak kereta secara mengundur) dan kereta depan pulak menghadap aku, dia tengah lepak dalam kereta. Aku rasa macam, eh kau nak keluar kat tempat aku masuk ni ke, tapi ah lantak lah. 

Lepas tu aku naik atas, aku rasa macam hmm tak banyak sangat barang nak beli, jadi tumpuan utama ialah ayam. Tapi aku pergi tengok kaya dulu, sekali habis pulak kaya Yeo's tu. Aku dah berbelah bahagi. Lagi satu sebab aku tengok harga ayam RM8.49 kat NSK, walaupun sebenarnya tersangatlah murah berbanding zaman Din Cirit, tapi aku tengah nak berjimat, sebab harga ayam patutnya dalam RM7.29, bawah RM7 pun pernah. Lepas tu aku baru ingat, hari ni dengan semalam cuti umum Hari Malaysia dan Maulud Nabi, sebab tu naik sikit harga ayam. Tapi sebab malas, okey la aku amik la dua ekor ayam kat NSK tu, panggil bhai tu cakap potong 16. Yang aku geram, dia dah ulang aku cakap potong 16 lepas tu dia tak timbang dan bagi aku nombor, dia terus timbang orang lain punya ayam potong ikut bahagian, lepas tu pergi sebelah sana, bungkus ayam yang dah potong lepas tu patah balik, dia amik ayam orang lain yang datang lagi lambat dari aku. Aku tumbuk jugak muka bhai ni, tapi aku husnuzon sebab macam lembam je bhai ni, aku pun belah dengan geram. Jadi lepas bayar segala benda dekat NSK tu, aku naik kereta dan memandu ke Lotus. Aku tahu ayam Lotus lagi murah tapi barang Lotus tak begitu beraneka berbanding yang lain, jadi aku jarang singgah. Okeh, aku pergi usha kaya dulu, ada jugak kaya Yeo's tapi masalahnya tin besar. Aku dah mula diet esok jadi takkan nak beli besar-besar pulak. Tak jadi beli, aku terus pergi tempat ayam. Okeh, ayam dekat Lotus RM6.89 sekilo. Gileeee babeee. Okeh tapi limit dua ekor je satu keluarga. Kira okey la sebenarnya, kalau aku nak sangat ayam, aku ulang la datang dua kali tapi aku syak dua ekor dulu cukup kot. Tapi paling best, hari ni takde servis potong sebab yang jaga ayam cuma seorang je tapii punyalah berhemah brader ni, dia terangkan baik-baik, maaf hari ni tak dapat nak potong sebab saya jaga bahagian ni seorang jadi tak sempat nak potong. Aku terus okey je, dan aku amik la dua ekor minta dia timbang. Ayam dia ni aku patut beli sekurang-kurangnya tiga ekor sebab ringan nau ayam dia. Tapi takpelah. 

Tak habis lagi sebenarnya. Lepas setel timbang, aku pun pergi la bayar. Oleh sebab aku manusia berbudaya, aku akan cari kaunter paling sikit orang beratur dan kalau ada kaunter bayaran layan diri, aku akan pilih situ juga. Ya, begitulah berbudayanya aku, kalau boleh pergi restoran pun aku lebih gemar imbas kod untuk pesan berbanding panggil pelayan dan cakap nak pesan apa. Kau ingat pelayan suka sangat ke layan kau walaupun nama dia pelayan. Jadi, aku sebagai manusia berbudaya terus ke bahagian bayaran layan diri dan mula mengimbas sendiri pembayaran. Lepas tu hanat. Kahkah. Aku dah imbas kad debit untuk bayaran tapi mesin bermasalah pule, dia katta pembayaran tak berjaya. Aku pun panggil la staf, dia dengan tenang walaupun aku tahu dia tengah gelabah sebab sorang-sorang jaga situ, batalkan pembayaran tadi dan minta aku buat pembayaran semula. Aku ikut. Aku bayar lagi sekali lepas tu gagal jugak. Kahkah cilakeee. Cerita dia aku rilekss je, staf ni dia dah tak ada akses nak batalkan lagi sekali sebab dah dua kali jadi dia kena panggil penyelia dia. Penyelia dia pulak macam biasa la sibuk sikit, dia dah panik tengok aku rilek tunggu macam tak nak marah. Biasanya orang yang nampak tak marah ni yang merbahaya sebab tengah tunggu meletup. Tapi aku rileks la sebab aku dah bingit dengan bhai lembam tadi, aku dah habis guna kuota bengang untuk hari ni. Kahkah percaya la cakap aku. Jadi, ni la lebih kurang benda tak menyusahkan tapi leceh. Aku kena tunggu sampai penyelia datang - tak susah, sebab aku memang boleh tunggu, tapi leceh la sebab tersangkut kat situ sedangkan aku boleh cepat setel kalau aku pilih mesin lain. 

Lepas setel tu aku pun balik. Masa aku balik pulak, masuk dalam taman perumahan, aku nampak ada motor dari arah bertentangan. Bangla potong rumput. Aku rilek je lah, sekali aku tengok dia patah balik. Sebenarnya rumah aku ni memang diorang dah target dah sebab rumput panjang tapi tak potong-potong. Aku saja bawa kereta terus sampai hujung taman. Dia berhenti depan rumah aku pulak. Cilakeee. Memang betul tahu aku kereta mana rumah mana pulak cilake ni. Aku geram, terus aku keluar taman, pergi taman sebelah. Tunggu dia lalu sambil tenung dia lepas tu baru la aku balik rumah. Ya, tak menyusahkan aku, cuma leceh je nak mengelak.

Mesti korang ingat dah habiskan? Belum. Ada lagi satu. 

Aku mula taip bendalah blog ni masa sampai kafe tadi dalam pukul dua ke tiga petang. Lepas tu kena berhenti kejap sebab sibuk buat benda lain, ni pukul sembilan malam baru aku dapat setelkan menaip. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan