Mantap naik lima kilo.

Okeh, berat naik balik lima kilo (kahkah hanatt) sebab biasa la fokus menulis. Jadi esok aku kena mula diet balik, aku target untuk terus diet sampai hujung tahun. Untuk permulaan, mungkin aku target untuk turun sepuluh kilo dulu, lepas tu lagi lima kilo. Aku tak tahu kali ni kira bersedia betul ke tak, tapi ada beberapa hal aku dah ambil nota, macam contoh, hal yang paling penting - nak makan apa. Aku target untuk makan telur dadar goreng tanpa minyak (ye, kena jaga kolestrol pulak sekarang) (aku goreng pakai gril jadi takyah letak minyak, dia tak melekat dekat kuali) dan untuk daging, aku akan fokus ayam la cambiasa cuma bezanya aku buang lemak dan kulit, potong dadu, pilihan menu sama ada goreng kunyit (okey la ni kena minyak la sikit tapi ni pun aku buat paling ringkas, bukan masak macam ayam masak kunyit tapi secara harafiahnya ayam lumur kunyit lepas tu aku tumis dengan bawang) dan ada nampak juga salad timun tapi aku malas jadi, aku rasa aku makan timun je la, cuma bezanya aku pakai timun jepun. Haa menu diet - ayam, timun dan telur.. Aku harap boleh la kenyang.
Sementara itu, oleh sebab tawaran novel macam senyap dan ada rasa macam bakal diberikan tugasan itu agak lambat, jadi ada kemungkinan tak sempat atau tolak atau aku redah je. Jadi ceritanya, aku masih tengah tulis novela, nak kata berjalan lancar, kira okey la tapi masih lagi lambat. Aku sasarkan dalam Ogos siap, ni September pun dah setengah. Tapi takpe, untuk perjalanan penulisannya aku rasa ia agak baik. Cuma aku kena laju lagi sikit la. Lepas tu ada setelkan 2 cerpen untuk siapkan kumpulan cerpen, ni aku target dua minggu siap. Lepas tu, aku mula tulis novelet sampai habis 2024. 
Oh, aku lupa. Waktu ini segala penulisan dikuasakan oleh Krontjong Ensemble Pantja Warna. Rasanya aku tak dengar benda lain sangat selain On Repeat kat Spotify dan KEPW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan