(Pasang lagu tema GTO, Poison)


Okey, aku tahu PRN agak mengecewakan dan beberapa plan tergendala menyebabkan aku mengambil keputusan untuk tidak menulis Catatan (2) pada PRN kali ni. 

Namun walaubagaimanapun, dari satu hal ke satu hal yang lain, yep, peta di atas adalah perancangan untuk peta perjalanan untuk Catatan (2) sekiranya PRU berlangsung. Ada dua laluan pilihan (okey la tiga tapi laluan persekutuan di pesisiran lebih kurang sama, sama ada nak lalu sebelah Port Dickson atau nak lalau Seremban) dan akan lalu kedua-duanya - satu untuk perjalanan pergi dan satu lagi untuk perjalanan pulang. Berdasarkan anggaran tempoh durasi perjalanan, boleh kata, baik aku ambil cuti panjang sikit la. 

Dan juga, yang paling penting, hal utama yang menjamin keberjayaan perancangan kali ini, adalah jika aku berjaya beli motor baharu. Kalau tak beli motor baharu, maknanya tak adalah perjalanan ni semua. Dan tak ada Catatan (2) la cerita dia.

Doakan semoga sukses!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan