Bunyi dia macam dah fedap tapi belum tapi dah jugak

Sebenarnya aku selalu rancang lepas tu aku lupa apa aku rancang, lepas tu aku buat rancangan baru. Okeh, sebab aku dah konfius, aku rancang nak baca balik blog ni dari sampai habis dan catat apa benda perancangan aku selama ni. Setakat yang aku ingat ada dua benda yang aku belum pernah tulis dalam prosa; novel dan cerpen pendek. Cilakak dua-dua sama susah, tapi ada kemungkinan novel dulu kot. Tapi itu pun tak tahu bila.

Setakat semalam, lepas aku  rasa macam malas dah nak menulis (dah rasa macam nak buat lawak, dengan ini saya ingin mengumumkan persaraan saya dari menulis, kita akan jumpa lagi beberapa tahun bila saya buat reunion) aku rasa nak setelkan semua yang dalam draf dan pending lepas tu baru duduk rilek-rilek. Habiskan segala stok buku dan zine yang ada, lepas tu duduk tepi. Sebenarnya aku terfikir untuk baring la. Sebenarnya selalu rasa macam dah malas campur murung sikit nak bergelut untuk tulis dan jual buku, tapi selalunya aku akan rasa okeh, habiskan semua dalam draf. Jadi aku pun geledah, apa yang agaknya aku kena setelkan untuk bersara ni. Yang paling jelas, ialah kumpulan cerpen. Ni mungkin akan dikeluarkan sebagai buku swaterbit, ya, bukan zine tapi buku. Mungkin akan hasut beberapa kawan yang nak keluar material untuk keluar sekali. Yang cakap nak buat zine tu dengan seorang lagi yang aku ada tolong kumpulkan cerpen dia. Lepas tu sorang yang selalu bagi buku elektronik percuma tu pun macam elok juga ajak. Aku ingat dalam tahun ni, aku nak keluar dua material je, buku cerpen dengan zine novelet.

Buku cerpen ni ada lagi empat yang dah tulis tapi belum siap, dan empat yang belum tulis. Yang dah siap ada tujuh. Okey la tu. Lepas tu, zine ni bila aku riki-riki, ada tiga. Jadi, mengikut pelan asal, aku buat je lah satu. Lagi dua tu, tengok la kalau aku rajin. Tapi bawak ke tahun depan juga tu. Kalau setel, menjadikan zine total ada lima. Bolehlah jugak box set. 

Okeh, kumpulan cerpen (1), zine (3 iaitu 2 novelet dan 1 cereka) dan yang perlu ditulis lagi ialah novel (1) dan cerpenpen (1). Nampaknya belum boleh bersara lagi nampaknya. Tapi nak bersara jugak ni. Ah, okey la, aku setelkan enam bendalah ni lepas tu aku bersara. Perkara pertama aku buat masa bersara ialah tulis skrip filem. Berfungsi jugak bersara menulis (benda lain) dengan menulis (benda yang lagi lain). Bila aku nak menulis muzik pulak? Terpaksa aku cuba buat semua serentak. 

Aku sebenarnya dah rasa givap dah, tapi masa givap ni la ada orang jemput buat borak buku la, bual bicara buku la, sebab dah rasa terlambat sebenarnya, tapi nak terlambat mende, belum umur pencen lagi kot. Haaa macam tu la perasaan aku. Selalu aku rasa nak givap lepas tu rasa mendee baru sampai mana je nak givap ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan