Selepas berbual dengan seorang penerbit, yang di mana aku pernah bercadang untuk menulis di bawah penerbitannya, aku rasa ia sedikit menyegarkan perspektif untuk hala tuju akan datang. Dia lebih kurang macam ni, aku pernah bercadang untuk terbitkan kumpulan cerpen dengan seliaan penerbitan ini (selain dari mempelbagaikan penerbitan, paling utama ialah untuk menimba pengalaman dengan penyunting yang berbeza) dan dah siap habis tulis pun; tapi ketika menulis, ada terfikir yang mungkin tidak kena dengan gaya penerbitan (tapi aku dengan steady hantar je sebab paling utama ialah untuk tunggu maklumbalas, sama ada mahu teruskan atau tidak, semua terletak pada penerbit). Habis tulis pula, kebetulan, aku masih lagi berkonflik dengan diri sendiri tentang hala tuju sendiri, sama ada mahu menulis serius atau kekal dengan hala tuju sedia ada; hinggalah kemudian, telah menemui epifani, menarik balik semua tulisan yang telah dihantar dan akan mulakan semula dari awal - sebab telah menemui jawapannya; hal yang paling penting ialah aku patut tulis apa yang aku nak tulis, kedua, aku rasa nak menulis gaya serius, jadi ya, aku patut tulisnya sebab aku nak, dan tak semestinya aku kena kekal dalam gaya begini.
Kebetulan juga, ungkapan pertama yang penerbit berikan bila aku cakap, aku nak tulis balik, dia cakap, tulis benda lain. Kalau aku biasa tulis cerpen, jadi tulislah novel. Masa dia cakap tu, aku tak terfikir sangat, tapi lepas tu aku fikir semula, wow, betul juga tu.
Jadinya, hala tuju akan datang, selepas menyelesaikan beberapa penulisan yang tertangguh, aku akan mula menulis novel, dalam gaya sastera.
Jangkaan untuk siap tulis draf pertama ialah dalam masa tiga atau empat tahun (lama sebab aku tak ada material atau idea langsung - tapi elok juga kot, aku tak payah bawak apa-apa dari penulisan lama dan teruskan dengan gaya sastera).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan