Lebih perlahan untuk 2024

Pada penghujung 2023, Disember untuk lebih spesifik, saya ada rasa akan memulakan 2024 dengan garang. Saya tak ingat kenapa, tapi boleh kata pada Januari 2024 saya akan terlibat dalam sebuah persembahan dan jadi salah seorang pelaku utama. Walaubagaimanapun, memasuki 2024, malah pada malam menjelang ambang 2024, saya rasa macam sedikit hambar. Ada rasa macam sekali lagi nak hiatus. Tak pasti kenapa, tapi bila fikir semula, banyak juga hal yang hendak diteruskan dan macam tak boleh nak hiatus. Lepas tu saya fikir, biarlah sebab memang dari awal lagi saya jangka untuk awal 2024 adalah untuk diri sendiri. Mungkin tiga bulan pertama saya lebih banyak menyepi, tapi hal-hal berkaitan kafe dan penulisan masih perlu kemaskini seperti biasa. 

Berkenaan material penulisan, novelet ketiga sudah hampir habis ditulis, boleh kata ia cuma tinggal 1% saja untuk siap, tapi saya telah henti menulisnya pada hari terakhir 2023 (kebetulan ia sama dengan tarikh akhir yang ditetapkan) dan hanya akan sambung pada masa akan datang, masa yang saya sendiri tak ketahui. Kalau ikut, novelet ini ditulis adalah untuk sebuah penerbitan tapi, pendek cerita, boleh kata tak jadilah nak terbit atau hantar pun. Dan saya tak ralat pun tiba-tiba terpaksa ambil keputusan begini sebab kalau ikutkan, novelet ini ada tiga bahagian dan seperti biasa, saya cantumkan ia dari tiga cerpen berbeza. Tapi sepanjang proses penulisan ini berjalan, saya ambil keputusan untuk guna dua cerpen pertama saja, sebab satu, kuota perkataan dah cukup, dua, sebab cerpen ketiga ada jarak masa yang aku tak fikir logik. Untuk faham, lebih kurang camni, cerpen satu dan dua, berlaku dalam tempoh 24 jam yang sama. Cerpen satu mula petang ni dan cerpen dua mula pagi esok (dan habis pada petangnya) sementara cerpen tiga, lepas setahun. Jadi, bagilah masa untuk saya fikir sama ada perlu habiskan takat cerpen dua, atau sambung beberapa lagi cerita lain sebab boleh je sambung jadi novela. Ada asas idea untuk masukkan tapi nantilah. Tapi lagi satu yang saya fikir tak ralat walau tak habis ialah, cerpen/bahagian satu dan cerpen/bahagian dua ni adalah antara idea lama yang saya dah simpan, mungkin sejak dari awal saya menulis lagi, sama macam Hingar, dan akhirnya berjaya juga menulisnya, walau ia tak sama seperti yang saya bayangkan awalnya. Ada watak yang saya memang khususkan dia sebagai seorang FL (ini dalam konteks era Tumblr) kemudian saya ubah jadi seorang DS (dalam konteks Twitter sebelum X dan boleh kata semasa X juga) dan kemudian akhirnya saya ubah lagi jadi OF (pasca Twitter kot, atau mungkin era penstriman langsung) dan lepas tu saya buang semuanya dan dia jadi watak biasa. Mungkin akan perkenalkan kembali perwatakan ini dalam masa akan datang. Masa tulis novelet ni, ada rasa mungkin ia tak begitu digemari oleh pembaca sebab ia mungkin tak terlalu permukaan. Tapi entahlah, sebab pernah ada pembaca yang teringatkan cerpen saya di dalam Svara, jadi saya fikir yang novelet ni pun mungkin sama. 

Okey, awal tahun 2024 mungkin bermula dengan celaru untuk saya, walau saya ada rasa teruja menunggu 2024, jadi berilah saya masa untuk jalani hidup dulu sebelum mula fokus kembali nak buat apa. Setakat ni saya akan simpan novelet terakhir ditulis pada 2023 (siap rekod rujukan lagu apa yang saya dengar ketika menulis, mana tahu nanti nak sambung, kena sambung dengar balik untuk dapat mood), ada sejumlah cerpen yang saya tulis, tapi bercampur cerpen yang saya suka gila (banyak) dengan cerpen yang saya rasa memenuhkan manuskrip (macam tak banyak), semua ni simpan saampai saya dah ada idea nak buat apa dengan semuanya. Sementara yang masih belum tulis, novelet keempat, yang ni memang agak menarik untuk ditulis jadi saya akan perlahan-lahan tulis. Ada satu material zine yang juga belum ditulis/siapkan, cereka dalam bentuk patah kata dan gambar; yang ni kena tunggu cukup material bertulis, sebelum boleh mula betul-betul pilih gambar, walau ada rasa aku patut mula je pilih gambar. Dan juga novel, macam biasa, aku mesti tak ada perancangan langsung untuk bagaimana menulis novel tapi masih nak tulis jugak. Aku tak tahu nak fokus menulis ke tak tahun depan. Mungkin aku fokus baca dulu, dan menulis ni buat santai atau sambil-sambil kot. Aku syak, aku target nak keluar lagi satu novelet sebab nanti aku nak jual novelet 3 buah RM50, sebuah RM15 sampai orang tanya kenapa beli 3 lagi mahal. Kahkah. 



Okeh, untuk rujukan entri ni:

FL - free lance

DS - dark side

OF - onlyfans

senarai lagu dan main lagu dari novelet yang tak berjudul

1. https://open.spotify.com/track/1A0SVbPYh76qzwtnlAkgH5?si=2377b1ef75944b5f

2. https://open.spotify.com/track/4YSOlJJoFu4vfZYJUiewl9?si=1918782389ee4ec4

3. https://open.spotify.com/track/2LQZ32XuFlkcoEUDSG6BMT?si=8f8a5864a9424269

4. https://open.spotify.com/track/09eWF5r8kasfOEp8RFRQLv?si=653405642ea743b3

5. https://open.spotify.com/track/5hkQFKFRrr5gKdbbxsg6Lj?si=aa24b9eb3d2a4057

6. https://open.spotify.com/track/1RV4ibzfQKOYisbT5GY3Mg?si=66c4001a09824dab

7. https://open.spotify.com/track/0Vk3H9BNPmaa6Be1RGpy4V?si=9c58b0dc04d7495e

8. https://open.spotify.com/track/5iUrGfRTWwjm3eoNeblllJ?si=43429ffa826142fc

9. https://open.spotify.com/playlist/3wywsKREkEKwMeq7nzZ2OX?si=03fc4ab233184925

Tiada ulasan:

Catat Ulasan