Okey la semangat sikit.

Punya la bercelaru kelmarin sampai bercampur guna aku dan saya dalam entri kelmarin. Kahkah. Padahal kelmarin dah beria juga semak untuk pastikan tak tertukar aku dan saya, sekali tak perasan jugak la. 

Baik, walau saya memulakan hari pertama 2024 dengan sakit kepala (bukan pening) dan juga rasa tak semangat, tapi semalam ada rasa naik sikit la semangat (tapi dia naik bukan terus jadi naik semangat, dia naik kepada par sifar, jadi macam tak teruja tapi tapi bukan murung tapi ada sikit riang). Lepas ada rasa macam nak berhenti menulis sebab ada rasa macam tak ada arah tujuan je menulis ni sebab tak ramai pun yang beli, semalam tiba-tiba ada orang beli. Ada beli melalui pos dua-dua novelet, dan ada yang datang kafe beli novela (dan juga borong buku-buku Laras yang saya jual-jadi dapat la komisyen hehe). Kemudian ada juga kawan yang membaca kedua-dua novelet dan komen dia lebih gemar Pandu Lebih Perlahan berbanding Hingar, pun rasa seronok juga. Walau sebenarnya kalau ikutkan Hingar adalah lebih peribadi, sementara Pandu adalah lebih kepada eksperimen tapi saya fikir ia menaikkan semangat jugalah. Pandu Lebih Perlahan adalah versi panjang untuk sebuah cerpen (baca sini) yang saya tulis untuk sebuah manuskrip tapi semasa menulisnya, saya agak spontan dan impromtu dan tulis je segala benda yang terfikir dalam kepala tapi lepas tu banyak buang semula semasa edit. Satu, sebab ia macam bersyarah sangat, dua, sebab dah panjang sangat, tiga, mungkin sebab sangat rambang. Lepas habis tulis, saya terfikir, mungkin saya patut masukkan segala benda yang saya buang, termasuklah hal-hal macam bersyarah ke, benda rambang ke, berda tak berkaitan ke, dan jadikan ia sebuah novelet yang saya sasarkan jadi menyesakkan, memeningkan, atau respon yang 'amende siak', atau 'kenapa aku gigih baca dia tulis pasal benda macam orang takkan tulis ni', atau 'ni cerita pasal apa siot', atau, 'ah ni tulis benda merepek panjang-panjang ni sebenarnya nak panjangkan ayat dan tebalkan mukasurat ni', atau terlalu bersyarah. Lebih kurang macam tu la. Sebab tu walau tajuk dia macam menarik, tapi setakat ni tak jumpa lagi orang komen pasal novelet ni. Dan menariknya juga, sebab akhirnya ada orang terfikir, okeh baca zine atau novelet sebagai bahan bacaan ringan.... sama seperti yang saya rancang, ia murah dan pendek, jadi boleh baca dengan cepat. Yaaa, benar kata Sufian, buku tipis tak semestinya boleh habis cepat. Hehe. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan