Sebenarnya aku lupa nak tulis pasal apa hari ni, tapi siang tadi memang banyak kali snooze dan tunda semua benda tapi ia berakhir dengan okey. Maknanya ia macam hari biasa cuma bermula lewat. Kira produktif dalam erti kata paling minimum dan tak boleh dibanggakan.
Malam ni patut aku ambil peluang untuk pergi menulis di kafe tapi bila keluar memandu tadi (ya aku dah siap berpakaian dan keluar memandu) aku nampak kilat dan langit agak cerah - macam petanda akan hujan, hujan yang agak lebat (tapi setakat dua jam yang lepas, masih belum hujan). Jadi, aku tak terus ke kafe di lebuh raya persekutuan, sebaliknya isi minyak dan ke kafe terdekat dan juga 7Cafe - sebab aku masih teringat hal pumpkin spice dengan bagel kayu manis. Dan ia bukan pengalaman yang menyenangkan. Dan ia juga buat aku terfikir lagi sekali tentang bekerja di kafe.
Mungkin lebih kurang macam ni la perasaan Rafizi agaknya.
Pada kebanyakan kafe yang aku kunjungi, memang banyak perkara yang tidak memuaskan dan ia sangat menjengkelkan. Aku tak pasti untuk salahkan siapa - latihan tak cukup, beban kerja yang banyak, generasi ni tak peduli dan sedang quiet quitting, atau memang generasi ini terlepas banyak perkara, gaji tak setimpal, jangkaan yang terlalu tinggi, atau mungkin semua. Entah. Ia buat aku rasa macam, elok la melingkup sebab aku bukan sebahagian dari masalah sekarang. Tapi kemudian, lancau betul praktis sekarang ni. Lepas tu kalau aku kembali bekerja di kafe, ia akan jadi sesuatu yang menjengkelkan dan memenatkan sebab terlampau banyak perkara yang hendak diperbetulkan. Dan lebih malan lagi sebab ia bukan posisi aku untuk buat semua tu.
Beberapa hari lepas, aku fikir mungkin bila tiba waktunya, aku berharap untuk bekerja di kafe pada syif yang tidak lazim - syif nokturnal supaya aku boleh imbangkan masa dengan keluarga, walaupun ia sebenarnya agak rumit; dan juga bekerja di kafe kawan-kawan dan kenalan berdasarkan keperluan semasa. Tapi beberapa kali mengunjungi kafe buat aku rasa; fakof la bendalah ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan