Melihat BIMB dan Citibank pada pengisytiharan Anwar Ibrahim buat jiwa bekas staf perbankan islam saya seperti tergelak kecil. Saya tak tahu nak terangkan macam mana, tapi lebih kurang beginilah, waktu saya bekerja di sektor perbankan di bahagian pusat panggilan, ketika itu macam ada satu kesedaran orang ramai tentang perbankan islam dan mula beralih kepada perbankan islam, terutamanya pengguna kad kredit (mungkin sebab selalunya yang sibuk telefon ke pusat panggilan ialah pengguna kad kredit, berbanding pengguna produk lain). Selalunya mereka akan pindah baki dari kad kredit lama dari bank konvensional ke bank islam, atau potong kad kredit lama di bank konvensional dan mohon kad kredit bank islam. Dan kebanyakan pelanggan kad kredit ini berbangsa Melayu dan menggunakan Citibank. Dan selalunya tanpa disuruh mereka akan laju je cakap sendiri lebih kurang macam ni - saya nak tutup dah bank yahudi ni, nak pakai yang islamik punya. Sementara saya tak mahu komen apa-apa tentang kedua-dua bank ini, tapi apa yang saya pernah dengar dulu ni kira konteks kenapa saya rasa tergelak kecil di atas. Sekarang ni tak tahu lah macam mana, sebab dah lama sangat tinggalkan sektor perbankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan