Semalam ke Wayang Budiman, tapi tengah malas nak ulas pasal filem semalam, jadi nanti lah, sebab macam elok juga lambat sket reviu sebab tak berapa minat tapi kebanyakan suka, jadi biar kejap dan tengok apa yang terlintas atau terngiang dalam kepala, baru tulis.
*
Selepas beberapa hari sakit kepala dan badan dan langgar deadline, cerpen-cerpen yang dikerjakan sejak beberapa minggu lepas dah hantar pada Sufian (walaupun masih hutang satu cerpen. Aku bajet nak bagi tiga tapi saja mengada cakap nak bagi empat dan tiga dah siap, tinggal lagi satu yang aku yakin akan bagi sakit kepala sakit badan dan langgar deadline lagi). Respon dari Sufian macam mengujakan juga - dia suka dan terinspirasi untuk cuba menulis semula. Cuba menulis semula ni memang paling payah. Jujurnya aku faham sebab kebanyakan masa aku menulis kebelakangan ni memang pembahagian masanya ialah 90% tak tahu nak buat apa dan 10% tiba-tiba entah dari mana datang idea dan terus sambung tulis sebelum rejek idea tu sendiri sebab rasa tak best dan lagi sekali datang idea lain lepas tu rasa tak best dan ulang lagi sampai rasa okey ni best sikit.
Aku ingat beberapa tahun lepas aku dah jumpa gaya baharu penulisan (baharu untuk diri sendiri la, rasa macam banyak kot menulis macam ni tapi sebab aku baru nak buat, jadi baharu pada aku la) yang aku nak buat - aku ingat aku tweet perbandingannya seperti side project band yang telah menjadi hala tuju baru band utama. Lebih kurang macam tu la. Beberapa tahun lepas aku rasa aku tulis lambat gile sampai aku rasa menyampah apsal aku tulis lambat sangat. Jadi aku mula menulis dengan nama lain untuk cuba menulis dengan bukan gaya aku menulis. Segala benda pasal Mohd Azmen, aku cuba terbalikkan - sebabnya memang satu je, aku harap aku menulis dengan lebih pantas. Jadi dalam fasa itu, aku macam menemui satu suara baru dalam tulisan dan aku cadang untuk terus guna je semua yang aku cuba buat tu dengan nama Mohd Azmen. Tak pasti macam mana penerimaannya tapi ada rasa mungkin akan dapat respon yang bercampur la kot.
Stail baru ni akan ada dalam empat cerpen baru dalam Wiskipop edisi baru dan seterusnya mungkin dalam kumpulan cerpen dengan satu penerbit lain yang sepatutnya aku dah mula siapkan draf sebelum hujung tahun. Tapi di antara Wiskipop baru ni dengan kumpulan cerpen tu, akan ada novelet tapi novelet tu masih tulis dalam stail lama sebab novelet ni memang dah mula tulis sejak 2016 (geram jugak aku, nak tulis novelet jeee tapi nak siapkan dia makan tahun jugak. Aku letak sasaran untuk setelkan tahun ni juga, atau paling lambat awal tahun depan. Oleh sebab novelet ni pendek & nipis je, aku takkan hantar mana-mana rumah penerbitan sebab nak jual sebagai zine dan akan ada banyak versi zine - sebab aku akan cetak dengan amaun yang minima tapi bila habis, aku cetak lagi - jadi akan ada edisi yang aku cetak dengan mesin fotokopi, ada yang akan dicetak di kilang dan mungkin juga ada yang akan upah pihak ketiga untuk buat satu edisi).
Lepas siap novelet dan kumpulan cerpen seterusnya, dah boleh pelan-pelan fokus pada novel. Mungkin novel ni aku akan paksa untuk ditulis dengan gaya baru juga walaupun, ya, ideanya juga dari beberapa tahun lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan