Aku kembali dengar Joji sebab rasa macam lama gila tak dengar Joji. Tapi bagi mana-mana artis atau band pun, hal yang paling sulit ialah untuk menyusun dan menjadi kurator bagi lagu-lagu dalam senarai. Aku bermula dengan Deftones, memang agak sukar jumpa playlist Deftones yang betul-betul disusun seperti yang aku bayangkan. Mungkin sebab Deftones dah 10 album, jadi memang sukar. Aku cari satu playlist yang mengenengahkan trek-trek kurang popular tapi kuat bunyi ambien-nya dan kedengaran cukup sifat (aku selalu rasa ada sebahagian lagu Deftones tak digubah dengan baik, macam aku tak suka korus 976-Evil, atau keseluruhan baki trek Battle-axe selepas intro). Ia bermula sebab aku terfikir apakah lagu balada pertama Deftones, adakah ia i think about you all the time? Lepas tu aku tanya Gemini dan tak mendapat jawapan yang betul walaupun aku dah susun senarai gemini bagi dalam spotify. Sukar juga nak tentu mana lagu yang benar-benar balada. Tapi dari situ aku mula buat satu lagi playlist Deftones. Benee pun sama juga, tak ada yang benar-benar buat playlist yang menyerlahkan lagu-lagu sebelum era tiktok. Tapi Joji aku bernasib baik sebab aku terjumpa satu playlist berjudul love us again.. kat spotify dan aku rasa ia playlist yang sangat baik kerana ia betul-betul menyusun semuanya agak seimbang dari album dan ep pertama hingga terakhir dan tak letak Glimpse of Us awal-awal haha.
Cuma dari situ, aku perasan kenapa dia letak judul playlist dia sebagai love us again, dan dari situ baru aku tahu ni antara lagu unreleased dia. Tak dengar betul-betul lagi semua unreleased yang aku jumpa kat youtube tapi Love Us Again dan Hold My Blood adalah yang paling aku gemar sekali sekarang.
Dan berita baiknya ialah aku sedang menulis beberapa novel (okey, satu novelisasi yang memang kena siapkan, dan dua novel pendek - aku cakap novel pendek sebab aku nak buat novel-novel ni panjang 30,000 patah perrkataan je, tapi tak mahu guna terma yang teknikal macam novela atau apa sebab, ia mengambil semangat novel berbanding novela; dan kemudian menyusun semula novel Cincin tapi cuba meminimalkan sebolehnya penambahan perkataan, tapi kalau tak boleh elak, aku tulis je lah; oh, dan akan datang menjadi penulis bayangan untuk sebuah novel lain) dan playlist ini memang banyak membantu mood. Masa nak menulis hari tu aku asyik fikir apa lagu atau mood yang akan dipakai. Jadi jawapannya ialah dengar Joji.
Berita buruk pulak, Joji dan 3 tahun hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan