Ones.

Ada banyak benda yang aku pernah doa dan tak perasan ia dimakbulkan kerana dunia memang tak berputar sekeliling aku dan pada waktu aku menyedarinya, dalam secara harafiahnya, ia termakbul, cuma mungkin bukan seperti yang aku jangkakan. Maksud aku, sebelum ni pernah aku meminta untuk kerja paling best di dunia, dan sekarang aku tak pasti sebenarnya aku sedang bekerja dalam pekerjaan paling best dalam dunia. Sebab ia tak semudah yang aku fikir ia best. Lebih kurang macam ni lah, dulu aku pernah terpengaruh untuk menjalani kehidupan yang minimalis selepas menonton (tapi tak habis) sebuah dokumentari berkaitan. Rasa macam sebenarnya aku tak perlukan banyak barang pun dalam kehidupan, hanya guna apa yang perlu. Dan antara yang terfikirkan ialah untuk mengurangkan jumlah pakaian atau baju di dalam almari. Maksudnya, hanya beberapa helai baju saja dah cukup. Sebab kita memang akan ulang pakai baju pun selepas basuh. Jadi tinggalkan saja jumlah minimal dah cukup. Tapi sampai sekarang, aku tak berjaya mengurangkan jumlah pakaian di almari - NAMUN WALAUBAGAIMANAPUN - dalam satu aspek, sebenarnya aku dah pun menjalani kehidupan dengan pakaian minimalis itu, tanpa aku sedari. Penerangannya lebih kurang begini: dari 2021 hingga 2025 berat badan aku naik mendadak sebanyak 20 kilo atau lebih. Jadi, semua pakaian aku tak muat. Tapi sebab sebelum ni aku memang pernah capai berat sekarang dan kemudian berjaya buang 20 kilo atau lebih tu, jadi aku selalu bersangka yang aku boleh je turunkan berat badan. Cuma untuk sepanjang empat ke lima tahun kebelakangan ni, aku cuma berjaya turunkan berat badan (sebelum naik semula) paling banyak cuma 10 kilo. Jadi, aku selalu dalam perasaan berbelah bagi untuk beli baju dan seluar baharu ke tak. Sebab kalau aku beli, nanti pakai cuma tiga bulan lepas tu dah tak pakai dah (sebab dah kurus). Tapi kemudian aku beli juga beberapa helai sebab dah fedap sebab tak sempat turunkan berat badan (aku memang akan gemuk semasa menulis - kalau kau peminat penulisan aku dan kau nampak aku gemuk, tadah tangan dan panjatkan kesyukuran kerana aku sedang menulis---dan kalau nampak aku tengah kurus, kau doa la aku tengah baca buku-buku yang sedap) dan ia berterusan untuk beberapa tahun. Jadi untuk beberapa tahun ni memang aku terpaksa ulang balik pakai baju yang sama setiap kali. Walaupun ada juga beli baju lagi selepas tu, tapi pada awalnya, baju aku memang sangat terhad. Dan aku tak perasan pun yang ini, kalau boleh kata doa-doa sebelum ini, telah pun dimakbulkan untuk aku hidup dalam gaya minimalis, walau pun ya, aku tahu, kau pun fikir sama juga - baju kat almari tak berkurangan dan aku pun tak perasan sampai la hari ni. Tapi, ya, secara tak langsung pemakaian aku agak minimal. Cuma satu hal yang aku pelajari sepanjang tempoh itu, ia tak begitu praktikal kalau terlalu sedikit baju. Maksud aku, aku pernah terfikir kalau aku betul-betul minimal, maknanya aku cuma perlu 7 helai baju sahaja. Tapi ia telah meningkatkan kekerapan cucian jadi baju cepat lusuh. Baju tadika Gibran dulu jadi macam tu la sebab awal tu cuma dapat sepasang baju, jadi hari-hari basuh dan baju tu lusuh cepat. Sama juga dengan baju yang aku beli masa saiz badan naik, aku beli sehelai je, jadi baju tu agak kerap dipakai, walaupun berselang dengan baju lain tapi sekarang baju tu lusuh teruk, sama lusuh dengan baju dalam waktu yang sama aku ulang pakai masa tu. Paling selamat, mungkin 14 helai la. 
Jadi, bila menyedari hal ini, kadang-kadang aku jadi takut untuk minta yang bukan-bukan, keraa takut ia makbul bukan seperti yang kita jangka dan kita tak sedar pun ia telah termakbul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan