Di manakah hilang 'menjadi tua sucks!'?

Aku tak pernah tengok Sharknado sebelum ni, jadi tahun ni baru rasa nak mula tengok. Aku ingat dari tahun lepas lagi kot ada rasa macam, okeh, aku patut maraton semua filem Sharknado---ada lapan filem. Jadi bila entah dalam tahun ni aku tengok la Sharknado yang pertama, dengan harapan untuk habiskan tengok semua siri filem dia. Aku dah sedar dari awal, yang ni filem gred B, jadi memang ada sedikit jangkaan untuk tak letak apa-apa jangkaan. Tapi tak sampai sejam kot aku tengok lepas tu aku rasa filem ni memang agak membuang masa untuk ditonton. Maksud aku, memang aku dah jangka ia filem yang taklah bagus, tapi tak sampai separuh aku rasa mengarut betul, macam macam gila kot benda yang tak masuk akal. Aku faham kalau kekangan bajet tapi masalahnya besar juga bajetnya ni dan bila aku tengok, memang dia boleh elak benda yang tak masuk akal tu haha. Sama juga macam Idiocracy. Ni pun selalu keratan filemnya keluar kat reels, dan ramai orang puji. Lepas tu aku tengok. Tengok sampai habis.Dan aku rasa, macam tak cukup bagus untuk masuk dalam senarai underated movie. Haha. Aku macam heran, lah, dengan kemudahan atau akses yang ada untuk filem tu, aku rasa macam, sayangnya dia buat betul-betul mahu jadi filem gred B. Sama jugak Bruce Almighty. Kahkah. Aku baru tengok semalam. Agak kecewa jugak. Maksud aku, kau memperolehi kuasa tuhan dan benda yang kau paling pentingkan ialah nak jadi pembaca berita? Dan perlu tidur? Kahkah betul la manusia memang tak terjangkau kekuasaan tuhan. 

Kadang aku terfikir, adakah aku tak gemar filem gred B? Tak menafikan dan tak mengeyakan juga. Tapi ada banyak filem tahap gred B aku rasa aku enjoi dan tak rasa macam diperbodohkan. Tapi entah. Aku terfikir, kalau aku tengok Sharknado, Idiocracy dan Bruce Almighty sepuluh tahun lepas, adakah aku akan berpandangan sama seperti hari ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan