Kalah sikit, menang sikit

 Tak pasti jika ia adalah sesuatu yang baik, tapi untuk seketika ini, kehidupan dalam progres yang agak baik, awalaupun hanyalah hal-hal kecil. Walaupun tak mahu terlalu yakin dan sukaria tapi mungkin aku patut catatkan sebab ia macam seronok juga. 

Pekerjaan akan ada jeda*. Penulisan - novel pertama kandas tapi sekarang dalam perjalanan menulis novel kedua dan bulan seterusnya, akan mulakan novel ketiga. Walaupun nampak macam seronok atau gah, tapi novel 2 dan 3 ni boleh kata, sebagai projek sampingan atau bukan projek utama untuk letakkan kredit pada nama aku. Boleh anggap ia sebuah eksplorasi dan mungkin kau takkan nampak nama aku pada novel ketiga. Dan hal yang ketiga dan tak sangka ialah, akhirnya aku berjaya menjawab tentang apa yang aku mahu letak dalam setiap bingkai gambar yang aku ketik. Aku tak pernah anggap fotografi sebagai sesuatu yang aku mahu terokai kerana satu-kos mahal, untuk kamera yang elok, paling murah pun RM2000 lebih kurang, dua- sebab aku tak ada masa. Tapi persoalan yang paling utama ialah apa yang mahu aku bingkaikan? Kita pecahkan begini, dalam banyak-banyak jenis stail fotografi, aku fikir, foto jalanan mungkin yang paling dekat dengan aku. Sebab banyak stail fotografi lain rasa tak begitu menarik, atau mungkin aku tak jumpa lagi. Mungkin kalau ada jenis stail lain yang menarik, mungkin aku akan cuba. Dan untuk menyertai kumpulan foto jalanan, masa aku agak terhad. Selalu nampak mereka kongsi gambar-gambar menarik di acara-cara dan rasa macam aku patut join. Tapi tu la takde masa. Dan lagi satu pula ialah, aku tak ada kecenderungan untuk ambil gambar manusia. Kebanyakan masa aku cuba elak untuk masukkan orang dalam foto. Bukan sebab apa, ia macam sifat semula jadi untuk tidak ganggu privasi orang jadi aku tak fikir mahu peningkan kepala untuk berintteraksi dengan orang, mungkin orang tu tak suka gambar dia ambil dan minta padam, lebih kurang macam tu la. Tapi yang paling penting, aku tak tahu nak ambil gambar apa. Aku pernah bincang hal ni dengan beberapa kawan, Beduk, Adam, Sufian dan Elyas tapi macam tak jumpa jawapan - atau yang sebenarnya aku menolak untuk menerima jawapan tu. Walaupun takdela aku cakap langsung terus macam tu, tapi aku selalu anggap ia bukan penyeelesaian. Adam agak konsisten bila aku tanya nak beli kamera apa murah-murah, dia akan tetap jawab, apa yang ada dalam tangan kau. Aku tahu benda ni tapi aku rasa macam, agak janggal juga jalan-jalan ambil gambar orang dengan telefon bimbit haha. Sufian pun sama, bila aku cakap tak tahu la nak ambil gambar apa, dan dia selalu jawab, ambil je gambar Padang Jawa (atau sebenarnya Seksyen 16). Aku rasa macam, hari-hari aku kat situ sampai aku tak rasa tahu apa aku nak ambil gambar. Tapi Sufian memang konsisten juga dengan jawapan dia, sebab kalau dia tak ada kerja ambil gambar, dia akan keluar rumah dan ambil gambar apa-apa je dekat sekitar rumah dia. Semua jawapan ni aku kumpul je sebab aku tahu ia betul tapi belum jumpa lagi jawapan akhir - apa aku nak letak dalam bingkai. Apa subjek yang aku mahu foto? Sampai la hari ni secara tak sengaja aku terjumpa grup Liminal Photography dalam Facebook. Terus terjawab soalan aku. Kebetulan beberapa minggu sebelum, aku rasa ada sikit progres bila ada satu hari aku cuba ambil gambar segelap yang boleh dan entah kenapa aku suka pulak hasil dia. Ia buat aku rasa yang aku tak mahu jadi jurufoto professional atau jurugambar yang menang banyak anugerah atau diiktiraf oleh mana-mana badan profesional; ia buat aku mahu terus ambil gambar sebagai melebarkan jenama Mohd Azmen. Ada seorang pembaca menyifatkan tulisan aku sebagai dreamy, witty & lonely dan aku pegang ayat ini dari kali pertama kau baca reviu dia sampailah hari ni dan bila aku lihat foto-foto gelap aku, ya, ia ada nuansa dreamy, witty & lonely MA. Waktu mula-mula cuba-cuba ambil foto, aku selalu perasan gambar-gambar aku agak lonely tapi tak pernah terfikir apa-apa kecuali, wah foto aku pun macam tulisan aku, lonely. Aku tak terfikir pun sebenarnya apa yang aku letak dalam bingkai tu, hanya lagi dua perkara iaitu dreamy dan witty. Foto aku tu terlalu gelap hingga aku ada rasa ia lucu, macam tiberr kalau stail aku ambil ni jadi popular, semua orang yang tak mengikuti mesti macam, ambil gambar gelap macam ni pun boleh jadi stail ke, senang buat duit. Kahkahkah. Atau kalau tak terkenal pun, aku buat la satu zine atau buku dan kumpulkan gambar-gambar gelap dalam tu. Pencetak Jin Wai pun memang gelap, jadi lagi gelap la gambar tu. Kahkah. Dreamy tu takdelah nampak macam berombak atau macam tak kesan mata nampak kabur, tapi ia dreamy sebab ia gelap tapi jelas. Macam mimpi sebenarnya kita boleh je nampak jelas tapi kita tak nampak pun betul-betul kiri kanan. Fotografi mungkin cabang seni yang aku tak fikir akan ceburi sebab aku tak pandai ambil gambar. Biasa ambil gambar mesti kena komen je tak jadi la tak lawa la. Tapi akhirnya aku sedar sebab estetiknya berbeza. Chewah. Kahkah. Jadi, kalau ada orang nak bagi aku hadiah hari jadi, bagilah Macbook atau mirrorless camera. 

*akan aku tulis dalam blog ni nanti pada Januari 2026

Tiada ulasan:

Catat Ulasan