Jap, rasanya belum kemas kini lagi kat sini kan yang penyertaan sayembara novel tak berjaya melepasi peringkat saringan dan sekarang saya ada manuskrip novel yang tak tahu nak buat apa? Haha takla, bukan tak tahu nak buat apa, cuma agak kabur sikit, sebab untuk manuskrip novel, tak pernah bercadang untuk swaterbit. Tak ada sebab khusus, ia boleh jadi antara gabungan kos cetakan novel yang lebih mahal berbanding zine, atau sebab ia novel pertama ditulis jadi perlu sesuatu macam pengesahan yang novel ini patut dinilai pihak lain dan ditentukan sekiranya berbaloi atau layak dicetak oleh penerbitan, atau juga novel pertama memang tak mahu swaterbit.
Jadi, bila dah terberjaya, secara automatiknya, seperti manuskrip lain yang sekiranya direjek - akan simpan saja, atau leraikan (biasanya ni untuk manuskrip cerpen) dan ambil mana yang bersesuaian untuk manuskrip selanjutnya.
Untuk novel ini, sebenarnya dah terfikir dari masa tulis lagi, sekiranya tak berjaya, mungkin nak cuba buat susunan lain, bukan sebab susunan sebelum ni tak bagus, tapi saja ingin tahu bagaimana jika ia dalam susunan berbeza. Susunan sebelum ini lebih banyak menjadi imbas kembali, jadi terasa nak susun mengikut turutan waktu.
Berdasarkan sejarah novel ini, ia bermula sebagai novelet, naik jadi novela, dan akhir sekali, dah jadi novel. Semua berlaku perubahan selepas pembatalan projek sebelumnya dan ia menjadi semakin berkembang. Saya terfikir, mungkin mahu cuba lagi sebuah penerbitan selepas menyusunnya dalam susunan baharu, dan jika tak berjaya juga, jadi saya akan buat seperti sebelum ini, tambah lagi jadi lebih panjang. Setakat ni jumlah perkataan sekitar 50k, jadi mungkin akan target hingga 100k? Hahaha tak tahu lah.
*
Sebenarnya ada rasa tahun ni mungkin tahun paling bernasib baik untuk bidang penulisan, dan mungkin takkan jadi lebih baik, jadi ada berharap juga agar ia pergi semaksima yang mungkin, tapi mungkin saya dah habis gunakannya untuk memenangi anugerah itu, jadi tak apalah. Mungkin sampai sini saja kot saya letak harapan untuk apa-apa progress berkaitan penulisan. Selesaikan beberapa projek penulisan dan kemudian fokus hal lain sambil waktu di antara itu menjenguk kembali tulisan.
Banyak juga nak tulis, patut ada lagi satu novel perlu disiapkan. Oleh sebab ia adaptasi dari filem, jadi agak buntu, hinggalah akhirnya bila duduk berbual dengan Nazim, tak sangka dia beritahu saya tips yang agak penting untuk saya selesaikan (atau boleh kata, mulakan. Haha) projek novelisasi ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan