Sebenarnya aku baru teringat, sekarang aku rasa macam ada kurang motivasi sikit, rasa macam tak progress sangat menulis dan macam macam, tapi lepas tu aku teringat yang beberapa tahun lalu, aku asyik berdoa supaya aku boleh berhenti kerja untuk menulis. Haha. Serius aku boleh lupa sekejap. Sebab waktu tu aku rasa macam aku sibuk sangat kerja, sampai tak ada masa menulis. Ada cubaan menulis, cubaan menyiapkan sesuatu tapi lepas tu bila akhirnya aku ada sedikit masa untuk luangkan, aku akan habiskan masa tu untuk ingat balik apa yang aku nak tulis, cari balik material yang dah tulis, cari draf yang dah tulis dan akhirnya aku bernostalgia waktu membaca karangan yang dah siap lama dulu atau yang dah siap terbit. Ya, aku sampai ada rasa, masa aku tengah duduk kat meja pejabat kat belakang kedai, aku rasa macam nak sangat menulis. Aku siap bayangkan, kalau aku ada banyak masa, mesti dah banyak manuskrip aku siapkan. Tak salah aku, masa tu aku rasa susah gila nak habiskan tulis Hingar (waktu tu belum ada judul). Sebab kerja dan lepas tu aku macam konfius nak tulis macam mana. Akhirnya aku tinggal dan lupa. Kalau ikutkan, lepas habis Wiskipop dan Polaroid (ditulis pada tahun sama - 2014) aku terus sambung menulis Insomnia dan perca-perca Hingar. Insomnia patut jadi lebih panjang, lepas waktu yang secukupnya berlalu, bila aku lawat semula, rasa macam tak tercapai apa yang Insomnia perlukan. Patutnya Insomnia adalah kumpulan cerpen yang lebih panjang, semua mesti menghampiri maksimum sebuah cerpen - 7500. Maknanya kalau dalam 4000, 5000 masih okey la. Tapi dalam Insomnia yang dicetak, ada tiga je dai tujuh cerpen yang benar-benar panjang. Dan aku patut buat lagi beberapa cerpen untuk bagi dia tebal dan panjang tapi kau bayangkan, 2017 aku dah habis tulis semua tujuh cerpen tu dan aku tengah berusaha untuk tulis lagi beberapa yang panjang tapi gagal hingga akhirnya, aku putus asa pada 2019 dan berikan cerpen-cerpen tu (tujuh cerpen) kepada Laras untuk terbitkan. Sebab aku dah givap. Aku memang takkan ada masa untuk menulis lagi. Aku tak boleh menulis dah. Tapi tu la, masa duduk kat belakang kedai, depan komputer, (tak) pakai apron (aku malas), aku rasa macam aku patut menulis semula. Walaupun pada 2019 aku akur jugak untuk mengalah dan bagi je manuskrip tu tapi ada dalam diri rasa macam, aku patut menulis. Tapi aku tak ada masa. Kalau aku periksa balik fail-fail digital dalam google drive aku, tahun 2017 adalah yang terakhir ia betul-betul ada isi. Ada folder-folder judul sementara dengan fail-fail doc yang berisi draf. Tahun 2020 tak ada satu folder pun. Bila aku buka balik folder tahun 2020, nak semak balik apa aku tulis 2020, kosong. Tak ada satu folder atau fail dalam folder 2020.
Jadi, entah macam mana, aku berjaya juga berhenti kerja dan aku mula menulis balik pada 2021. Baru susun balik semua fail dan semak semula semua draf dari tahun 2012 yang aku tinggalkan. 2012 atau 2013 sebab fail fail sebelum tahun tu semua dah hilang sebab kena curi laptop.
Dan aku mula menulis dari 2021, boleh kata tanpa henti. Okey mungkin ada jeda beberapa bulan tapi aku tak berhenti. 2021 sampai sekarang, aku ingat aku dah tulis
Mini travelog (Sebuah Catatan) ini kira debut la, buat zine dan menulis kembali selepas entah berapa lama tak tulis,
manuskrip kumpulan cerpen Hilang (Kawalan) atau judul dalam progress Sisi-B (oleh kerana ghairah nak keluarkan kumcer, aku kumpulkan segala cerpen yang ada dan yang pernah kena rejek, yang tak best, semua la, sebab tu nama Sisi B sebagai pengenalan semula. Aku hantar kat penerbit tapi kena rejek, jadi aku muat naik dalam wattpad dalam dua siri tapi kebanyakannya dah kena keluarkan sebab masuk dalam projek lain, jadi tinggal la sikit)
Siri Sisi #3 sebuah zine mini dengan cerita mini terbitan muckypulp
Novelet Hingar Sunyi Eterniti (mula tulis 2014/2015 dan habis pada 2023 dengan 90% ditulis 2023)
Novelet Pandu Lebih Perlahan
Novelet Adrenalin
manuskrip Himpunan Cerpen 2012-2023 (semua eceran, yang pernah terbit dan tidak, tapi majoriti semua pernah terbit)
manuskrip kumpulan cerpen Gegelas Afrodisiak (tak pasti penerbit tolak atau terima, tapi aku malas nak tanya)
manuskrip novel Cincin (hantar untuk sayembara, tak lepas saringan awal. Tak akan ditulis semula tapi akan disusun semula dengan cuba meminimalkan tulis semula atau tambahan tulisan; takkan swaterbit sebab aku nak novel pertama diterbit oleh penerbit)
juga eceran-
Wiskipop 2022, dirilis semula dengan menulis lagi empat cerpen baharu
Eceran 2 cerpen di Svara
Eceran 2 cerpen di Selangorkini
Eceran (pelbagai werk) buku elektronik Sekutu (Latif Borgiba Vol. 1, Ed Osmera Vol. 2 dan Idris Hashim Vol 3.)
Dan sekarang aku masih lagi tak habis menulis. Kadang aku lupa kenapa aku beria nak menulis walaupun tak ramai beli, tak ramai baca dan peminat aku lebih berkurangan berbanding dahulu; lepas tu aku lupa, aku minta pada tuhan untuk menulis, bukan untuk jadi kaya. Jadi sekarang, aku dalam misi untuk habiskan
satu novelisasi dari filem
satu novel sebagai penulis upahan
satu novel pendek (bukan novelet atau novela, walaupun aku target dalam 30000 perkataan lingkungan novela, ia bersifat novel dan aku mahu ia dianggap novel, cuma pendek sikit)
novel pendek lagi satu (sama, target dalam 30000 perkataan)
rilis semula Kota Insomnia dengan empat cerpen tambahan (supaya nanti bila Insomnia cetakan baru ni dah habis, aku akan buat satu buku dengan 4 cerpen tambahan Wiskipop dan 4 cerpen tambahan Insomnia, bersama 4 cerpen yang tak pernah terbit lagi, yang aku belum tulis lagi)
novelet nombor 4
litzin terjemahan (bukan) Bukowski - perca novel, cerpen, sajak dan esei
kumpulan cerpen bertema kafe
buku skrip campuran (radio, pentas, filpen, mungkin filem)
kumpulan puisi
kumpulan cerpen pendek (ya cerpen yang tak lebih 1000 perkataan dan total cerpen 100, aku baru tulis 40)
siri tulisan di atas poskad
sebenarnya aku dalam misi nak habiskan semua ni sebab aku nak beralih kepada cabang seni lain. Seni yang lebih mencabar. Seni yang dah lama aku pendam. Tapi buat masa ni, aku mesti meraikan semua doa yang aku lafazkan pada tuhan beberapa tahun lalu bila aku kat belakang kedai (tak) pakai apron, yang aku nak menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan