1. Ada kawan twitter kata pertama kali dengar tentang mee siput. Oleh sebab aku berasal dari Johor, jadi aku tak pasti sangat tentang pandangan orang negeri luar tentang makanan Johor. Rasa yang mungkin orang luar ingat tentang makanan Johor (dari segi kelainan berbanding negeri lain) ialah sambal kicap dan laksa Johor. Kalau ikutkan, banyak je menu dari Johor dan rasanya tak pelik kalau nampak restoran atau kedai menggunakan tema makanan Johor sebab pada aku memang cukup untuk penuhkan menu dari sarapan hingga makan malam. Cuma mungkin ia agak seimbang untuk keseluruhan menu, jadi tak ada yang begitu mendominasi. Atau mungkin juga makanan Johor banyak disukai ialah snek. Tapi jujurlah, sebenarnya aku tak pernah fikir sangat tentang hal makanan negeri sendiri berbanding negeri lain, jadi susah juga nak ceritakan sebab mungkin apa yang orang negeri lain rasa ia unik, tapi biasa je kat negeri sendiri. Macam contoh kacang pool, aku masih rasa ia bukanlah sebahagian makanan Johor sebab kacang pool ni mula popular mungkin sekitar sepuluh tahun lepas. Atau nasi beriyani gam, aku tak fikir ia ekslusif untuk negeri Johor sebab negeri lain pun ada juga menu ni. Tapi lepas tu aku rasa ada juga menu walau berkongsi nama tapi ia ada versi berlainan berbanding negeri lain. Macam contoh, aku memandang rendah martabak dan yong tau fu kat Kuala Lumpur dan Selangor. Mula-mula aku makan martabak kat KL, aku pelik kenapa martabak ni kecik. Martabak kat Johor besar jadi aku tak pernah minat sangat dengan martabak negeri/a lain, kecuali Singapura. Jangan mula pasal yong tau fu. Aku tak faham langsung macam mana orang boleh makan kuah coklat tu. Masa mula-mula jumpa yong tau fu palsu tu, aku macam, apa benda ni kot. Mana sup? Mana sambal? Kenapa letak kuah tak sedap? Ni mi apa korang panggil mi tapi lagi tebal dari jari ni? Astogeee.
2. Cerita pasal yong tau fu, hari ni terbaca pasal makanan cina kat FB. Aku terbaca Cina ni kahwin dengan Melayu lepas tu dia mengalami kejutan budaya dengan makanan Melayu yang diadaptasi dari masakan Cina. Mula-mula pasal char kuetiau lepas tu yong tau fu. Dia pergi kedai Melayu nak makan char kuetiau lepas tu jem kejap kenapa kuetiau dia basah/berkuah. Dia pergi tanya kat penjual lepas tu penjual tu terangkan char kuetiau tu apa.... pada seorang Cina. Pernah nampak juga isu ni kat twitter tapi pendapat aku, memang bangang la amik masakan dari luar lepas tu letak nama ikut suka hati. Sama juga macam yong tau fu. Pos kedua dia cerita pasal yong tau fu. Dia ajak isteri dia pergi makan yong tau fu (yang sebenar) lepas tu isteri dia bising cakap ni bukan yong tau fu.... pada seorang Cina. Walaupun dia tulis dalam pos FB dia bukan dalam keadaan marah atau jengkel (sebaliknya memang tenang dan rileksss) tapi aku pula yang rasa nak rage. Tu makanan diorang kot, orang lain pulak yang berlebih. Cuba bayangkan nanti satu hari, orang bangsa asing, contoh Bangladesh atau Nepal, jual mi goreng basah lepas tu dia bagi mi goreng mamak. Macam tu la perasaannya tentang char kuetiau/kuetiau. Tak pun, nasi goreng tukar nama jadi nasi tumis sebab secara teknikalnya, nasi tu bukannya digoreng, sebaliknya ditumis. Mungkin satu hari nanti kalau aku buka kedai makan, aku akan buat menu ni; nasi tumis dan mi goreng basah (tapi kering).
3. Pernah masa aku kerja kafe, ada orang datang lepas tu dengan konpiden order teh. Okey, dah bagi dia seleksi teh untuk dia pilih. Lepas dia dapat teh dia, dia datang balik kaunter dan komplen.
Dia tanya, mana susu? Kenapa teh dia takde susu, dia order teh bukan teh o.
Kalau boleh aku lempang pelanggan, dah lama aku buat. Memang rasa nak marah sebab jenis tak pandai tapi buat-buat pandai. Dia ingat ni mamak ke order teh dapat teh susu. Bukan nak merendahkan restoran mamak (aku pun kaki lepak mamak) tapi aku merendahkan pelanggan mangkuk tu sebab kalau tak tahu, tanya lah elok-elok. Dah kau masuk kafe, jadi, memang ikut menu kafe la. Takde la aku pergi mamak lepas tu komplen ni apa jual cappuccino ice blended, cappuccino mana boleh buat ice blended (kisah benar - dulu pernah dengar cerita, ada pelanggan dari Barat datang kafe order cappuccino lepas tu terkejut bila barista tanya cappuccino nak ais ke panas. Apalagi melenting terus mat salleh tu terus bising mana boleh cappuccino buat sejuk atau ais. Dia cakap dah pergi banyak kafe kat barat sana tak pernah jumpa cappuccino ais. Memang lah, sebab yang ada jual cappuccino ais cuma kat Asia Tenggara je. Dan secara jujurnya cappuccino ais memang bodoh, dari segi rupa atau fungsinya). Yang aku paling bengkek tu konpiden je dia komplen. Memang jenis tak pernah order air kat kafe. Ni sama la jenis order iceblended coklat lepas tu masuk gambar dalam instagram dengan tanda pagar #coffeelover.
Sebagai seorang yang bukan dari Johor (kecuali untuk 3 tahun masa aku dekat Segamat), aku tak boleh kenalpasti apa tu makanan Johor. Aku rasa Johor ada isu dengan 'branding'.
BalasPadamApa-apapun, seronok tengok banyak post. Dah lama tak tengok blogspot berisi.