Untuk latar lagu filem pendek nanti, aku dah teringat kembali pada lagu-lagu yang aku cuba gubah di dalam Garageband. Aku rasa macam ada beberapa lagu yang sesuai dengan tapi bila godeh balik dalam Garageband tu, ada satu lagu je yang sesuai untuk aku pakai. Dan itupun ada bunyian instrumen yang aku rasa ada letak tapi dah takde pulak. Mungkin aku kena ejas balik sampai setel kot. Secara keseluruhan, ia macam sesuai ketika bahagian penutup sebab ia lagu penuh (maknanya instrumen penuh), mungkin akan tambah sedikit susunan di bahagian hadapan, supaya boleh guna untuk latar filem. Walaupun idea sebenarnya ialah bunyi kesunyian sepanjang filem, oh dan juga bunyi latar semasa dirakam (tapi akan rakam waktu sunyi juga sebab sepatutnya dalam semua bingkai tiada manusia lain di dalamnya) tapi ada rasa mungkin kena tambah sikit juga untuk naikkan mood. Apa-apa pun aku akan sambung karang dulu, dan nanti tengok macam mana sesuai ke tak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan