Beberapa filem yang saya tonton kebelakangan ini, dan semuanya di Wayang Budiman. Oleh kerana memasuki separuh kedua 2023 ini Wayang Budiman menawarkan tayangan hampir setiap minggu, jadi saya tak ada aktiviti lain selain ke kafe dan ke tayangan, juga sebab saya fikir bila kafe dah buka, saya takkan ada masa untuk menghadiri tayangan lagi, jadi seberapa mana kesempatan yang ada, saya akan hadir untuk tayangan.
Senarai filem yang saya tonton, yang mungkin saya belum kemaskini di sini, bermula dari Drama Manusiawi Wim Umboh - Senyum Dipagi Bulan Desember (1974) dan Pengemis Dan Tukang Becak (1978); tayangan filpen Ridhwan Saidi; Bil Berganda - Picnic At Hanging Rock (1975) dan Mad Max (1979); Bil Berganda - Di Bawah Lindungan Ka'bah (1977) dan Roro Mendut (1983); Realiti Filipina Semasa - John Denver Trending (2019) dan Verdict (2019); dan juga tayangan tertutup Maryam (Pagi Ke Malam) (2023).
Mungkin takkan ulas banyak sebab banyak sangat dan malas (kahkah) tapi secara keseluruhannya, semua filem-filem yang baik dan menarik. Pada peribadi, saya gemar filem Wim Umboh tapi sekiranya saya perlu beri cadangan tentang filem mana yang perlu ditonton, saya cadang dua filem dalam slot Realiti Filipina Semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan