Semalam dah pergi kedai/kilang cetak dan malam pulak lepak dengan Sufian kat CBTL sampai tutup (aku ingat nak sambung lepak Rahmath dengan Beduk, tapi dia dah gerak). Kali pertama aku pergi Jin Wai yang memang diketahui ramai tempat tak rasmi untuk semua penerbit marhaen (baca: indie) menerbitkan buku mereka. Aku dengan konpiden terus memandu pergi sana petang-petang dan ketuk pintu dia walau tak pernah cuba kontek dia kat whatsapp atau mana-mana platform. Aku main gamble je datang, bawa contoh macam mana aku nak cetak dan lepas tu minta nombor telefon dia masa dia suruh bagi fail untuk cetak tu (dia siap terkejut, ei? you tak ada nombor saya? macam mana boleh datang sini?) Aku sempat cakap la hari tu buku aku ada buat kat situ jugak yang dengan Laras. Dia pun ingat lagi la jugak. Jadi, masa aku bagi fail, dia terus bukak dan terus sunting aku punya kaver sebab tak center. Lepas tu baru aku faham perbezaan antara Adobe Indesign dengan Canva (aku buat rekaletak pakai Canva je) dan nampak la bila nak buat benda yang kena cetak, guna Indesign lagi sesuai, atau mungkin juga aku tak betul-betul faham cara guna Canva. Aku tak tau la lepas ni macam mana, tapi aku rasa memang pakai Canva je la kot. Sebab dekat kaver je mungkin macam nak kena ejas sikit. Untuk susunatur huruf dan mukasurat nampak macam elok je.
Okeh, lepas pergi semalam, mungkin aku boleh buat tips atau ingatan untuk diri sendiri tentang hal pergi cetak ni. Aku tak riki tempat lain, memang aku pergi je Jin Wai, tapi berdasarkan harga yang ditawarkan semalam, untuk zine (saiz A5 lebih kurang) bawah 70 mukasurat memang berbaloi gila (untuk zine dia cadangkan letak anggaran dalam 70 mukasurat atau lebih sikit tapi kalau boleh jangan sampai 80, sebab ia jadi sangat tebal dan lebih sesuai untuk buat macam buku terus). Rasa macam harga sepuluh tahun lepas. Dia pun cakap, dia memang bagi harga macam tu sebab susah juga penerbit nak jual kalau mahal-mahal. Dan aku cuba untuk tanya dia punya katalog harga tapi sebenarnya mungkin susah juga dia nak anggar, jadi paling senang, kalau nak cuba cetak kat sini, boleh whatsapp je terus dan dalam whatsapp beritahu nak cetak zine atau buku (ye, dia faham zine tu apa), saiz buku, jumlah mukasurat dan jumlah cetakan yang diperlukan (aku buat lima puluh cetakan dulu untuk yang pertama ni). Nanti dia akan beritahu berapa harga berdasarkan permintaan tu.
Untuk pergi ke sana, Sufian kata belah pagi agak sibuk juga tempat dia, aku pulak pergi petang-petang, dalam pukul empat lebih kot aku sampai, jadi memang agak tenang. Aku siap terfikir ni kawasan apa eh, tak sibuk sangat. Rupanya aku dah lepas waktu sibuk tempat tu. Nanti lain kali aku nak datang ambil cetakan yang dah siap pun aku akan ambil belah petang. Dia cakap boleh je nak hantar tapi dia akan guna kurier, jadi agak tak begitu jimat kos. Dia boleh pakai perkhidmatan penghantar tapi kalau dari tempat dia sampai rumah aku, mahu dalam RM20-RM30 camtu, memang baik aku ambil sendiri lah. Dia cakap sebenarnya pelanggan dia ramai yang jauh-jauh, jadi biasa dia pos je.
Okeh, setakat ni aku dah usha macam mana nak buat rekaletak, lepas tu cara nak dapatkan ISBN dan PDP, ni cara nak hantar cetak dan riki harga, jadi lepas ni pasal pemasaran pulak. Macam biasa, cara paling senang ialah jual sendiri tapi biasa tak le pergi jauh sangat. Jadi, dari dulu, benda yang aku fikir ialah untuk hantar ke kedai buku dan kedai buku ni memang kena pilih la sebab tak rasa nak hantar yang menstrem sangat, sebab pernah dengar ada kedai buku macam ni biasanya akan ambil komisen yang sangat besar, dalam lima puluh persen atau enam puluh persen macam tu. Setakat ni, ada beberapa yang aku dah riki, mungkin akan letak di Tokosue, Fixi dan Tegak Balai. Aku macam tak perasan sangat kalau ada lain yang boleh aku tumpang, tapi nanti aku cuba riki. Okeh, selain kedai buku fizikal, aku akan cuba buat secara daring juga. Pilihan pertama ialah Shopee, ada rasa nak cuba buat kedai Shopee sebab kebetulan aku baru tahu pasal poslaju punya parcel daring (sebenarnya cara macam ni dah lama dah, aku baru sedar je sebenarnya, sebab dulu pernah cuba dengan Ninjavan - tapi ni masa kerja kafe, aku siap ingat khidmat macam ni cuma untuk syarikat besar je camtu, rupanya, bukan Ninjavan je buat dan semua boleh buat). Aku dah siap beli pek berbusa untuk penghantaran nanti sebab sampul atau pakej kena balut sendiri, hanya perlu buat pesanan di dalam sistem dan pergi ke poslaju atau pejabat pos untuk cetak pelekat dan tampal pada parcel. Benda dah lama, aku je baru sedar. Kalau tak, takyah susah-susah aku beli plastik parcel tu kat pejabat pos. Aku harap harga rendah sikit la, hari tu ada promosi tapi dah habis dah. Cuma sekarang ni aku kena telaah sikit macam mana nak buka kedai Shopee dan uruskan penghantarannya. Silap-silap tak pakai poslaju. Aku ada masa lebih kurang seminggu untuk setelkan sebelum cetakan kat kilang siap. Okeh, selain kedai Shopee, aku ada lagi satu cara untuk daring; iaitu minta tolong Beduk jualkan kat Facebook. Aku ingat boleh kot aku bagi sikit komisen. Facebook ni memang kurang sikit aku, jadi macam nak minta tolong Beduk dan guna pengalaman dia dulu jual buku untuk bantu jual novelet aku. Setakat ni, ni je la dulu. Sebab sasaran nak habiskan empat puluh tiga naskah ni dulu (lima naskah kena bagi Perpustakaan Negara, satu naskah bagi kat Sufian dan satu naskah untuk simpanan sendiri, jadi tinggal la empat puluh tiga.
Okeh, seterusnya aku kena siapkan naskah novelet seterusnya, sebab macam tak banyak sangat nak buat sebab ia adalah versi panjang cerpen yang aku tulis (tak pernah rilis lagi), cuma sebab dah hantar dalam manuskrip kepada satu penerbitan, dan aku bercadang nak ambil balik manuskrip tu, jadi aku kena maklumkan pada penerbit tapi aku tak tau nak cakap macam mana, sebab ada rasa nak datang jumpa berdepan. Tapi macam pelik juga kalau takat jumpa dan cakap nak ambil balik manuskrip. Walau sebenarnya penerbit tak kisah kot kalau aku whatsapp je. Takpe, yang penting tulis dulu.
Untuk novelet seterusnya ni, aku akan beri pada Sufian untuk buat rekaletak. Sebab hari tu dia pelawa untuk beri novelet Hingar ni kat dia untuk buatkan rekaletak. Aku cakap aku dah buat semua sekali dah, kulit muka dan isi halaman semua tapi aku cakap aku ada lagi novelet nak keluar sebab aku sasarkan untuk tulis empat novelet tahun ni. jadi yang seterusnya ni boleh je bagi kat dia buat. Laras 99 akan mula tawarkan perkhidmatan marhaean untuk rekaletak zine dengan harga berpatutan. Aku syak, mungkin selepas seminggu jual Hingar, mungkin dah hantar novelet kedua untuk cetak (tapi ikut berapa cepat aku habiskan sunting dan tulis lah kahkah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan