Semalam masa kat Jin Wai aku dapat mesej, dari sebuah penerbitan, bertanya jika aku berminat untuk tulis novelet untuk mereka. Membaca perkataan novelet, aku dah lima puluh peratus setuju, sebab aku memang tengah pergi cetak novelet, aku tengah ada idea untuk tulis novelet, dan aku tengah sasarkan untuk tulis beberapa novelet untuk tahun ni. Lepas tu baca ayat seterusnya, anggaran patah perkataan dan juga gaya penulisan yang dicari, terus aku setuju je. Memang aku tak tanya benda lain, sebab aku memang tengah tak ada material yang dah siap, jadi kena tulis dulu dan kebetulan tarikh akhir penghantaran pula agak selesa jaraknya. Jadi, aku setuju, aku kata akan diusahakan. Aku agak konpiden sebab novelet yang diminta dalam jumlah perkataan yang agak lebih rendah berbanding jangkaan aku untuk sebuah novelet. Novelet biasa tak melebihi 17500 perkataan, jadi aku fikir, kalau antara 13000 atau 16000 ni kira ngam lah. Jadi, kalau lagi rendah dari tu, aku macam okey sangat ni, sebab walau aku ada beberapa idea untuk novelet, tapi tak pasti sama ada ia bersesuaian dengan stail penerbitannya.
Oh, aku tak pernah menulis untuk penerbitan ni dan aku tak begitu jelas sangat akan penerbit ni kecuali pernah nampak masa pesta buku hari tu, dan ada lihat laman sosial mereka, kira maklumlah penerbit ni. Cuma gaya pernebitan je yang, walau aku tak pernah baca lagi buku-buku mereka, ada rasa macam agak berlainan dengan gaya penulisan aku. Tapi sebab memang secara spesifiknya mereka minta 'macam cerpen-cerpen Azmen' jadi, ya, aku on je.
Mungkin inilah namanya branch out kot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan