- Aku tak setuju sangat idea 'oleh sebab aku dah masak, jadi orang lain pulak kemas' sebab sebagai seseorang yang terdidik oleh kerja-kerja kafe, hal pertama yang aku pelajari ialah clean as you go. Maknanya sambil buat kerja, sambil kemas atau cuci terus untuk elakkan ia bertimbun. Ini merujuk kepada tugas barista ketika menyediakan minuman, lepas ambil susu - simpan semula dalam peti sejuk, lepas ambil bahan di dalam peti sejuk - simpan semula, lepas turunkan syot - terus tekan butang air untuk cuci gelas syot, sambil menunggu minuman dikisar dalam pengisar - lap terus bekas tumpahan susu atau bahan lain, lepas ambil ais di dalam bekas ais - terus tutup kembali bekas, dan sebagainya. Jadi, kalau kita aplikasikan dalam rutin harian, memang akan memudahkan kerja kita. Tak perlu risau hal 'aku dah penat masak, takkan aku juga yang kena kemas' sebab sebagai seorang yang berbudaya, kita akan terus kemas ketika memasak. Dah habis guna bahan - simpan lebihan bahan kembali dalam bekas atau peti ais. Dah habis guna pinggan, mangkuk dan bekas untuk isi bahan masakan - terus cuci lepas masukkan dalam kuali atau belanga atau periuk. Sambil potong bawang, halia, kentang, atau sayuran lain - buang sisa terus ke dalam tong sampah, tak perlu campak semua dalam sinki dulu lepas tu baru nak kutip dan kemas balik ke dalam tong sampah. Kalau tak pernah cuba, cubalah - sebab rasa kepuasannya ialah ketika kita siap masak dan dalam waktu yang sama kita siap mengemas. Rasa macam seronok sebab dapur bersih pada waktu sama selesai masak dan nak mula makan.
- Kalau nak masak daging (aku tengah tulis ni masa raya pertama korban 2023), jangan rebus dulu daging tu sebab masakan akan cepat basi. Biasa kalau masak pagi, dalam petang macam tu dah mula nak basi dan berbuih, kalau rebus daging tu dulu. Paling elok ialah tak perlu rebus, terus je masak. Masak segala ramuan dia dulu, dah mendidih baru la masukkan segala daging. Biar la dalam tiga empat jam (atau kalau malas nak tunggu, ikut sampai empuk la, api besar pun takpe, tapi takla besar sangat. Kalau jadi kering, tambah je air). Kecuali masak dendeng la sebab tu memang kena rebus tapi lepas tu dia goreng pulak. Aku tak tahu apa sains di belakangnya, tapi penerangan pseudo sains dia lebih kurang macam ni - bila rebus daging, air yang meresap masuk dalam daging ialah air paip (atau air Coway, ikut la kau rebus guna air apa), dan bila kita campurkan dalam masakan, air (paip) dalam daging tu akan keluar semula dan menyebabkan lauk cepat basi. Kalau terus masuk dalam masakan, yang meresap ke dalam daging ialah ramuannya. Semoga bermanfaat. Chewah.
- Biasanya ketika menulis, aku akan banyak kali menemui jalan buntu. Rasa macam jalan cerita tersangkut, atau idea tak bergerak, atau plot rasa macam klise sangat. Biasa orang panggil writer's block, pada aku ia cuma tak cukup inspirasi. Lebih kurang sama je sebenarnya. Dan biasanya kalau aku sangkut macam ni, aku akan baring dan peluk anak lelaki aku (dulu aku peluk dan baring dengan anak perempuan tapi sebab dia dah besar, jadi aku tukar la) sampai datang inspirasi. Kadang tak datang, tapi aku terus je la tidur. Kira situasi menang-menang juga la. Kahkah. Kadang bukan malam je aku buat camni, tengah hari kalau aku tengah duduk menaip lepas tu takde idea nak sambung macam mana, terus aku bawak anak aku masuk bilik dan baring dan peluk dia. Kahkah.
- Aku rasa untuk orang yang baru nak membudayakan minum latte dan tak pernah betul-betul minum latte di kafe, minuman yang korang cari sebenarnya ialah vanilla latte. Sekurang-kurangnya, untuk permulaan, minum dulu vanilla latte, lepas tu baru beralih kepada latte (yang tanpa gula). Kalau boleh, tak payah latte dengan gula terus (bila nak naik taraf dari vanilla latte tu). Dulu masa mula-mula kerja kafe, aku tak tahu latte ni rasa macam mana, dan bila pertama kali minum latte, ia tak sama seperti aku bayangkan, dan selepas lama kerja dan ingat balik pengalaman masa mula-mula kerja tu, boleh la aku simpulkan waktu tu aku ingat latte tu rasa macam vanilla latte (cuma waktu tu aku juga tak tahu macam mana rasa vanila latte). Tapi tak kisah la korang nak minum macam mana pun, cuma nasihat aku satu je, jangan minum (perasa hazelnut).
- Korang pernah cuba kopi o ais limau? Dulu aku pernah sekali pergi mamak dan aku memutuskan untuk baca semua menu yang ditampal kat dinding (ada mamak yang suka senaraikan semua sekali menu dia besar-besar pada sebahagian atas dindingnya, selain dari paparkan visual makanan yang, sudah tentu, tak sama dengan apa yang datang lepas pesan kahkah. Mamak yang aku suka pergi, diorang tampal terus menu kat meja sepenuh-penuhnya, yang di mana bagus juga sebab macam pelapik meja dan kita akan selalu dapat baca menunya - aku paling tak suka jenis restoran bagi menu bila nak pesan lepas tu ambil balik bila dah habis order, apa kau tak tahu ke aku ni suka membaca, menu pun aku baca sampai habis tau. Tapi aku okey je kalau restoran yang pesan pakai QR kod. Antara benda paling bodoh aku pernah baca kat twitter ialah projek memboikot restoran yang menggunakan QR kod. Kau ingat semua orang jenis suka panggil pelayan ke? Aku sebenarnya paling tak suka panggil pelayan sebab selalu aku panggil mesti dia tak nampak. Kalau siapa pernah lepak dengan aku, kalau aku selesa betul lepak dengan orang tu, aku siap suruh orang tu tolong cakapkan sekali aku punya pesanan) dan antara menu yang banyak-banyak tu, aku nampak kopi o ais limau. Sebagai kopi entusias dan aficionado, mesti aku kena cuba. Yang aku bengkek tu, bila aku pesan dekat mamak tu, dia tengok aku pelik je dan siap ulang tanya. Aku apa lagi, aku tunjuk la, tu ha ada kat menu. Aku ingat dia pun jem dan buat je air aku. Kali pertama minum, aku rasa wow. Sedap, sebab dia ibarat minum teh o ais limau, tapi tukar dengan kopi. Cuma aku rasa, dia macam susah sikit kot nak buat sebab nak imbangkan rasa dia. Okeh, aku boleh jangka dia guna kopi robusta, jadi memang tak akan ada rasa dan segala benda kecuali kepekatan kopi la. Jadi, pahit kopi, campur masam limau kasturi, dia takkan rasa sedap, jadi nak imbangkan semua tu, kena letak gula. Bungkusan pertama yang aku minum tu, dari segi imbangannya, gula lebih sikit, tapi itu memang imbangan yang paling sesuai. Memang kena manis-manis sikit, baru dia tawarkan masam dan pahit. Lepas dari tu aku ulang beli, memang tak dapat sedap yang sama sebab tak berapa manis. Oleh sebab kat rumah ada limau kasturi, dan kopi 434, jadi elok aku cuba buat esok.
- Ni biasanya memang susah, sebab aku pun selalu buat. Aku pernah terbaca, jangan snooze penggera kalau dah berbunyi. Sebabnya, bila kita tidur balik tu, otak akan set yang kita patut tidur lagi empat jam (aku tak ingat la penerangan saintifik dia, tapi lebih kurang macam tu la). Maknanya kalau nak snooze, letak la empat jam awal. Kahkah. Atau paling senang, bangun je terus lepas berbunyi. Itu lagi senang dari nak bangun semula lepas snooze.
- Petikan dari interviu dengan Crosses diambil dari laman web Alternative Press "Usually when we are making this music, we usually put up some movie on the TV in the studio. A lot of the movies we put up are really weirdo, visual movies, usually from the ’60s and ’70s. A lot of them are weirdo, religion-sort-of-based and satanic-sort-of-based. I love visual inspiration while I’m making music. That stuff is always inspiring to me. Those movies—back in that era, before CGI and any of that—it’s just amazing to just have up whether you’re tracking a guitar, tracking bass, or singing. It’s cool to look over and see this bugged-out whatever. [Laughs]" Waktu aku menulis, biasanya aku akan pasang youtube, tapi ada waktu aku akan pasang youtube dan juga televisyen; sama ada youtube di televisyen juga tapi pasang filem P. Ramlee (ada yang dah diwarnakan ada yang masih hitam putih) atau buka Netflix atau Disney+. Selalunya filem yang aku pasang ialah Blade Runner 2049 atau Don't Look Up.
- Aku dah hampir lupa dah pasal draf ni sebab dah tertimbus dengan entri-entri lain. Kecuali kalau aku selalu simpan draf atau buat apa-apa edit, dia akan kekal kat bawah. Sama juga macam kat twitter, aku ada threads merakam random thoughts, dan ia hanya untuk circle aku saja dan setakat ni circle aku cuma ada aku sorang je (kahkah) dan aku selalu lupa aku ada thread tu. Patut dah boleh la letak lebih dari satu pinned tweet kat twitter ni. Banyak nak pin, nanti aku lupa. Okeh, aku sudahkan lah draf panjang yang bermula pada 14/7/2023. Takde la lama sangat. Nanti la aku buat lagi lama.
Beberapa catatan rambang tentang hal-hal rambang (aku simpan dalam draf selama yang mungkin sebab aku nak bagi ia sepanjang yang mungkin).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan