Punya sibuk nak kejar tarikh akhir hantar draf, campur lagi dengan sibuk pergi hospital, aku harap sempat la setel sebelum tahun baru. Dah rasa malas nak pergi Wayang Budiman sebenarnya sebab nak kejar habiskan tulis. Aku sasarkan sebelum tahun baru dah siap semua draf. Takat ni patut kena siapkan empat draf, satu dah setel, satu lagi dah setengah tapi dah mengantuk. Esok aku cadang pergi solat Jumaat, lepas tu sambung tulis kat rumah, malam pergi Wayang Budiman. Lepas kejap Rahmath lepas tu balik sambung menulis. Tapi aku syak petang lepas solat Jumaat mesti aku bantai tidur. Ni yang malas jadi gemuk ni asyik banyak tidur dan makan. Tapi biasanya gemuk-gemuk la tulisan jadi sedap. Dah kurus biasanya kurang sikit, jadi bila kurus kena fokus lebih sikit dekat mempromosi dan menjual (jual buku dan jual diri). Campur lagi aku dah pandai buat poster, memang siap sedia la aku buat poster letak gambar aku banyak-banyak.
Aku sasarkan tahun depan bulan tiga dah kurus. Kalau turun dua puluh kilogram, aku potong rambut. Aku syak tak dapat ni dua puluh, sebab biasa aku tengok, dia akan sampai mungkin lapan belas, sembilan belas je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan