Puisi tak sengaja



rasa terhentak

pasang lagu di stereo

Budak perempuan itu kata penat duduk di kerusi belakang kerana tak dapat menyandar sepenuhnya. Nak tidur pun susah, katanya. Memang patut aku bawa bantal sekali dari rumah, mungkin dia perlukannya. Aku kata, baring sajalah. Memang dia punya keseluruhan tempat duduk belakang untuk dirinya sendiri. tapi dia hanya balas dengan tertawa.

ada sungai kecil dan budak perempuan itu rendamkan kakinya. Dia kata macam nak makan. aku kata kita bawa bekal tadi tapi kat kereta. Aku kata okey juga sebab aku boleh ambil kereta dan parkirnya dekat sikit.

 

budak perempuan itu kata dia teringat kata-kata aku tentang anak yang tuhan pinjamkan.

 

tidur tak lena. Mimpi yang sama? tanya aku. dia kata entah.

boleh ke duduk kat sini selamanya. Boleh ke aku tinggalkan dia kat situ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan