Oleh sebab aku baru balik dobi dan dah tapau air, jadi aku ingat nak setelkan menulis novelet. Tapi lepas tu aku teringat untaian tentang hal polemik puisi kat twitter, jadi aku log masuk twitter dan baca untaiannya. Ada banyak artikel sebab sebenarnya takde la polemik sangat pun, dan taklah berkait-kait sangat kot, dia dalam topik perbincangan yang sama tapi sikit-sikit dia lari pergi topik lain, lepas tu ada orang masuk balik topik tu, terus dikatakan polemik tak habis lagi. Oleh sebab nanti lepas setel terbit novelet, aku bercadang untuk rehat jap menulis, dan habiskan masa dengan membaca (dan tonton filem), aku dah rancang untuk baca puisi Bukowski. Aku syak lepas habiskan buku tebal tu, mesti aku masuk dalam fasa nak menulis puisi (juga sebab - untuk kali keduanya, ada panah puisi Eros telah tersesat dan menikam relung sukma, chewah, boleh la ni tulis puisi kahkah).
Aku tak habis baca semua polemik sebab boringnyee. Macam boleh tak cakap je apa nak, ni ha berbelit-belit, dah la aku tak minat nak baca esei. Habis sastera la tu. Aku rasa macam elok je whatsapp eh kau nak cakap apa ni. Sebab tu dari dulu aku dah mengemukakan teori bakar sastera dan tinggalkan tulisan yang sedap je. Tu tulisan healing apa semua tu pun boleh bakar sekali, dah alang-alang tulisan picisan tak sedap bajet healing boleh menang penganugerahan sastera pulak. Tak faham aku. Oh, yang aku lagi tak faham, macam takde sorang pun yang bangkit dan mengamuk tentang hal tu. Aku tak tahu la kalau aku ada terlepas ke, setakat dalam susurmasa, haram satu pun takde bunyi, paling dekat pun ada orang menganjing je. Takde yang nampak macam bingit pasal hal tu. Ke sebab diorang pun tak tahu? Entah la, lantak la, aku bukan sastera pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan